SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Jumaat, 11 Jun 2021

Bangkit dari Kegagalan

Bangkit dari Kegagalan

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM~

Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,

Saya sebenarnya masih ada isu dengan diri sendiri. Isu dalaman. Masih tak selesai selesai lagi sejak berkurun lamanya. Agaknya saya ni insecure atau overthiking atau anxious tak bertempat kot. Agaknya? Bukan agaknya. Memang pun sebenarnya. Terimalah hakikat walaupun pahit dan sukar nak ditelan. Tak perlu nak nafikan untuk defend diri. Tak ada gunanya menegakkan benang yang basah.

Dulu, saya bukan main lagi update blog ni hampir setiap hari. Ya! Hampir setiap hari saya menulis kisah hidup sendiri di sini. Meluahkan perasaan, menumpahkan fikiran, dan melontarkan pendapat peribadi tanpa wujud rasa gusar dan gundah gulana tanpa sebab.

Apakah semua ini? Kekurangan tenaga kerana sudah berada di level 3 series? Atau adakah ini yang dipanggil penyakit 'dalaman'. Insecure, anxiety, phobia, atau depressioon? Kehilangan minat, kehilangan inspirasi, kehilangan motivasi, dan seumpamanya? Atau juga berputus asa?

Banyak yang terbuku di hati yang hendak saya buang ke laman blog ni. Ada masa saya tegas berfikir, biarlah saya semadikan kisah hidup saya di blog ni meskipun tiada sesiapa pun yang nak tahu. HhaHa...

Nama pun personal blog. Bukan professional blog/website. Apabila banyak idea datang bertubi tubi, biasanya saya jadi tak tentu hala. Gelisah tidak keruan. Mula tidak boleh melelapkan mata. Akibat beban semangat hendak menulis yang tiba tiba muncul tak kena pada masa yang tepat.

Mungkin juga, dibebani dengan fikiran yang tidak wajar. Perasaan yang jelik tanpa ada puncanya. Apabila bangun pagi, di siang hari, melabuhkan punggung dan duduk tegak di kerusi meja komputer, mata tepat memandang ke skrin komputer, tangan memegang papan kekunci -- Malang! Satu perkataan pun tak ada yang mampu ditaip! Tiba tiba celaru dan serabut otak dibuatnya. Tiba tiba merasa ntah berbaloi kah yang dibuat. Perlukah ditulis? Mungkin tidak perlu? Tiba tiba kecut perut. Tiba tiba jadi pengecut.

Esok, saya wajib bangun seawal mungkin untuk kelas atas talian. Zaman pandemik, atas talian menjadi harapan. Tapi, raikanlah sebab masih ada peluang jumpa walaupun sekadar atas talian daripada tiada langsung. Saya tahu, ini semua menakutkan, tapi apa pilihan yang kita ada?

Online class esok dengan si adik cantik manis. Malam ni, maksud saya, pagi ini (3:07 am), saya sedaya upaya menyusun ayat sebaik mungkin dengan begitu struggle sekali di sini. Ya, di sini -- di pulau Labuan yang semakin tenat dengan kes Covid-19 meningkat setiap hari bermula pada Aidilfitri lepas. *nangis* Temujanji my mom ke hospital di seberang sana terpaksa saya tangguh demi keselamatan dan SOP. Arggghhh saya tidak patut memikirkan benda ni. Shuhhh shuhhh...

Cuba menulis ala kadar di sini walaupun payah demi mendapat tidur yang nyenyak malam ni. Maksud saya, pagi buta ni.

Perbincangan dengan Mr.Bee di siang hari tadi, sedikit sebanyak menyedarkan saya. Sedar dari tidur lena, buaian indah yang tidak wujud. Apa sebenarnya yang saya tercari cari lagi? Saya seorang blogger. Kebetulan sahabat lama sempat sembang panjang siang tadi di aplikasi yang sedang berkembang sekarang, WHATSAPP!. Menguatkan lagi tamparan di muka. 

"Teruskanlah berkarya" katanya. Saya seorang blogger. Blogger Malaysia yang menulis di platform Blogspot ni demi berbakti kepada mereka yang perlukan blogger iaitu mereka yang sanggup mengeluarkan dana atau wang ringgit demi secebis karangan yang mereka gelar artikel. Mungkin tidak sesuai dipanggil 'berbakti' tetapi 'bekerjasama'.

Mungkin saya down kerana saya seorang blogger yang kesunyian. Hhhahaha. Maksud saya, seorang blogger dari negara Malaysia tanpa ditemani blogger dari Pulau Labuan. Dah lah Pulau, sendirian pula. Blogger dari Wilayah Persekutuan mungkin ada lagi yang aktif. Mungkin mereka sedang bersembunyi. Mungkin. Saya tak tahu. Ada masa saya berfikir bukan bukan. Warga Labuan, kenal tak dengan Blogspot. Warga Labuan, tak ada kah lagi yang berminat dalam dunia penulisan blog?

Ada masa, saya rindu macam dulu. Masing masing nak ada blog sendiri untuk update kisah hidup untuk dikongsikan bersama rakan blogger yang lain. Zaman dah berubah. Kebanyakannya sudah mula berhijrah ke media sosial yang lain dan saya... tetap setia di sini demi pendapatan yang dianggap gaji bagi seorang blogger.

Tapi...,masih lagi saya lupa dan alpa. Masih mencari cari nak jadi apa. Masih tertanya tanya diri ini siapa. Saya tak kata saya hebat. Blog pun masih klasik. Cuma, saya sepatutnya fokus, konsisten, dan bersyukur sebab... Dulu...inilah impian saya. Menjadi blogger yang menghasilkan pendapatan. Bila dah dapat? Saya sia sia kan.

@sofieluthor

Baru bangun dari kegagalan. Nak start balik. Sy lupa saya ni blogger 😵😭 Story at www.sofinahlamudin.com 💛 ##SofieLuthor ##Tribe769 ##MalaysianBlogger

♬ Countless - Official Sound Studio

Walaupun pendapatan tak banyak, tak gempak, tapi  tetap cukup. Namun, mengharap lebih lagi. Cuma perlukan penggandaan usaha. Jadi, yang saya masih tercari itu tercari ini dah kenapa? Betullah orang cakap, kuman di seberang nampak, gajah depan mata tak nampak.

Maka, taubatlah saya. Tak payah jadi benda lain. Jadilah blogger yang sudah dicipta sejak tahun 2006 ni. Nak apa lagi?

Terima kasih kepada mereka yang masih mempercayai saya untuk karya yang tidak seberapa. Video di atas, saya kongsikan dengan korang beberapa tasks yang sedang saya kerjakan sekarang. Antaranya adalah 'hutang'. Wajib bayar. Submit saja lah walaupun dah basi. Hhuhu... 

Sepatutnya saya bersyukur dan ucapkan "Alhamdulillah" kerana impian tercapai. Haih, dah Allah beri betis nak paha pula. Ketuk kepala tu!

Maka, bangkitlah saya dari kegagalan yang kononya tiada kesudahan ini. Berhentilah saya mempercayai ilusi diri sendiri. Lama lama jadi halusinasi baru tau. 

...dan, siaplah penulisan ini selama lebih kurang 30 minit. Hmm... Tak ada lah susah mana, Sofie. Just do it! Stop overthiking. Tapi..

ehh tapi apa lagi? entahlah... tetiba ada tapi pula. K bai.

Kepada korang yang sudi membaca, terima kasih.

Jumpa lagi di blogpost seterusnya.

Wassalam.


With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @peculiarescapism, @sofieluthor.



Share:

0 Kata-kata Dari Teman: