SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Isnin, 31 Oktober 2022

YOODO | Puas Hati Menikmati 20GB Dengan Hanya RM20 High Speed dan 20GB Pokemon Unite

YOODO | Puas Hati Menikmati 20GB Dengan Hanya RM20 High Speed dan 20GB Pokemon Unite

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalammualaikum dan Hai My Sugarpeeps!,

Lagi 4 bulan genaplah 2 tahun saya menjadi pengguna Yoodo. Setakat ini, saya sangat berpuas hati dan sangat seronok menikmati kelebihan yang ada pada telco Yoodo di bawah naungan Celcom ini. Terutamanya, perkhidmatan Add-On yang mereka sediakan.


Baru-baru ni saya menghadiri sesi Yoodo bersama blogger dan saya dapati sangat banyak promosi baru yang menarik dan bahagian yang paling saya gemari adalah Add-On ada tambahan aplikasi terbaru untuk kategori permainan video baru iaitu POKEMON UNITE. Wow!

Sebelum saya ceritakan pengalaman saya menggunakan Yoodo, saya kongsikan dulu promosi hebat dan menarik belaka yang ada pada waktu sekarang ni. Okay... keep reading!


2X2X EXPERIMENT

Promosi ni bunyi macam dalam makmal pula kan "Experiment" hahahaha... So ini adalah experiment yang berjaya. RM20 ringgit boleh menikmati 20GB data. Ya Allah! Banyakkkk kot kan? Memang puas hati. Saya dah pakai dah ni. Kadang tak habis pula sebab awal-awal tu saya lupa data saya ada 20GB high speed, saya pergi jimat-jimat pula dah. 



Sayang pula bila data tak habis pakai, jadi saya pakai kaw-kaw layan Pokemon Go (PoGo) kat taman sambil jogging hah! Mantap, tak cukup PokeBall nak tangkap semua Pokemon tu data banyak sangat. Hehe. Sambil jogging, sambil data sentiasa on tak payah fikir nak jimat sangat data tu, sentiasa cukup. Boleh lengkap task PoGo 24 jam.

Tapi PoGo tak ada kat Add-On tau. Jangan silap dengan Pokemon Unite. Saya pakai data High Speed sahaja kalau main PoGo. Permainan video yang sejak dulu ada adalah Mobile Legends, PUBG, Call Of Duty, Arena of Valor dan yang sebutkan tadi, permainan video terbaru yang ada adalah Pokemon Unite.


REFER 2 EARN

Kepada sesiapa yang nak buat pendapatan sampingan dan kecil-kecilan boleh lah try Refer 2 Earn dengan Yoodo ni. Yang dah biasa buat perniagaan Affiliate boleh faham benda ni. Kalau yang tak tahu lagi affiliate tu apa, maksudnya kita ibarat ejen lah. Mirip tapi tak serupa. Affiliate ni lebih kepada secara visual. digital, atau atas talian. Macam mana nak jelaskan ya?



Ringkasannya, ajak kawan-kawan gunakan Yoodo melalui kod kita, kita ada mendapat RM20. Kawan kita pun dapat sesuatu. Kawan kita yang sertai Yoodo melalui kod kita akan memperolehi 7GB data PERCUMA. banyak kan? Haa... Kawan kita tu kalau nak dapat RM20, dia boleh kenalkan Yoodo kat kawan dia pula. Macam tu lah.


WHEEL-YOO-WIN CAMPAIGN

Kempen Wheel-Yoo-Win ni sedang berlangsung sejak 17 Oktober 2022 dan akan berakhir pada 2 Disember 2022.


Boleh spin wheel ni untuk memenangi pelbagai hadiah menarik. Antaranya Starbuck, Grab, Petronas, Baucar Lazada, dannnn yang main MLBB, boleh lah cuba spin ni, mana tahu bertuah boleh dapat Diamonds MLBB. Haaa... boleh tukar skin hero kegemaran yang lebih mantap. Cepat-cepat cuba, okay! masih ada masa lagi, kempen ni berakhir pada 22 Disember 2022.

Hadiah-hadiah utamanya pun hebat belaka. I-Phone 14 plus, Samsung gadgets, dan gaming gear untuk sepanjang lucky draw.

Jadi, tu antara promosi dan kempen yang masih ON GOING sekarang. Kita teruskan dengan keistimewaannya Yoodo pula.


KEISTIMEWAAN MENJADI PENGGUNA YOODO

Tentang keistimewaanya, saya pernah tulis kat blogpost saya bertajuk Yoodo Pelan Internet Terbaik  . Kat sini saya kongsikan secara ringkas dan update terbaru Yoodo sahaja. Okay.

Boleh disesuaikan Dengan Keperluan dan Gaya Hidup Kita

As I mentioned kat blogpost sebelum ni. Yoodo merupakan perkhidmatan telco yang berbeza dengan yang lain dengan kemudahan boleh customised. Maksudnya, kita boleh menyesuaikan perbelanjaan kita mengikut keperluan atau gaya hidup kita sahaja. Contoh ringkas, kita boleh beli panggilan mengikut masa yang kita tetapkan sahaja. 100 minit ke, 200 minit ke.

Add-On

Setiap satu aplikasi yang kita selalu gunakan boleh dinikmati dengan data sebanyak 20GB! Suka buat video call mengguakan Whatsapp? Beli 20GB khas untuk Whatsapp sahaja dengan hanya RM3 buat masa ni. Selain dari Whatsapp, banyak lagi aplikasi yang boleh dinikmati tanpa kita mengganggu data asas kita. Maksudnya, 20GB khas untuk Whatsapp sahaja. Data asal tak ganggu. Hanya RM3 sahaja untuk semua aplikasi kecuali Pokemon Unite (RM1), Astro Go (RM7), Viu (RM7), dan Netflix (RM7).




Percuma Add-On

Ada dua aplikasi Add-on adalah PERCUMA. Siapa yang suka main PUBG, haaa, FREE! Satu lagi aplikasi yang percuma adalah BOOST.

100% Digital

Urusan Yoodo dengan pelanggannya juga 100% secara digital. Termasuklah boleh menggunakan perkhidmatan ini tanpa simkad. Hebat kan? Jangan terkejut pula. Nanti korang ingat telefon bimbit korang ada hantu. Hehe gurau.

Kalau nak reload pun boleh gunakan online transfer macam beli barang kat Shopee. Haaa... gitulah.

Penggunaan Yoodo hanya dihujung jari dengan menggunakan aplikasi Yoodo yang kita boleh muat turun dan install dari play store.

Roam Like Home

Nak melancong luar negara, biasanya masalah apa? Tak ada data dan sukar nak berhubung dengan keluarga sebab caj mahal sangat. Betul? Dengan Yoodo sangat memudahkan kaki travel. Caj semurah RM5 sehari sahaja. Wow!

Jadi tak payah dah susah-susah nak menggunakan perkhidmatan pocket WIFI atau travel SIM. Jimat tak jimat? Jangan risau tak ada masalah bil melonjak naik. Semasa melancong ke luar negara, 


PENGALAMAN SAYA SEBAGAI PENGGUNA YOODO HAMPIR 2 TAHUN

Kepada yang mengenali saya rapat-rapat, saya memang jenis tak suka buat panggilan. Saya juga sukar sangat nak jawab panggilan kecuali hal penting dan saya kenal dia. Kalau tak kenal, berat mata memandang telefon tanpa nama, berat lagi nak angkat telefon tu letak kat telinga dan say, "Hello". Huhu...

Since Yoodo ni istimewa bagi saya, saya tidak pernah membeli kredit untuk bertelefon walaupun seminit. Bazir saja beli, dalam sebulan tak pakai langsung. Lagipun, saya gunakan Yoodo ni untuk internet sahaja. Layan gaming dengan Yoodo, memang sangat meriah!

RM3 untuk Mobile Legends? Haa layanlah sampai mata lebam pun boleh. 20GB kot. hehe. Tak puas hati kalah kita teruskan lagi. Lately saya dah tak beli untuk gaming. Selalu beli untuk Instagram, Spotify, dan TikTok. Paling kerap, Tiktok lah sebab saya selalu buka LIVE host-host dalam Tiktok dengan pelbagai niche dan content. Alhamdulillah 20GB tengok LIVE 1 hingga 2 jam tak habis lagi. Puas!

Satu lagi, saya peminat Pokemon. Jadi saya sekarang try main Pokemon Unite. Saya guna data YOODO saja sekarang. Murah sangat! RM1 sahaja, 20GB untuk main game ni saja. Yesss!

Selain tu, saya juga suka mendengar lagu ketika buat kerja. Sambil buat kerja, on saja SPOTIFY. Kalau dulu, saya susah hati nak on SPOTIFY kat smartphone. Risau data habis. Sekarang, anytime anywhere saya layan Spotify. Non-stop. Fikir bateri telefon je cukup ke tidak. haha.

Kalau nak tahu lebih banyak lagi mengenai YOODO, boleh layari laman rasmi YOODO di https://www.yoodo.com.my/. Nantikan blogpost saya yang seterusnya mengenai E-Sports, Music & Entertainment dan K-Pop yang dianjurkan YOODO rakan kolaborasi mereka yang mantap belaka.

Laman web : yoodo.com.my
Instagram : @yoodomy

Share:

0 Kata-kata Dari Teman: