SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Sabtu, 7 Mei 2016

Hari Lahir Encik Suami di Kota Kinabalu,26 Februari 2016

Assalammualaikum WBT blogger and readers,

Last update blog ni, Januari 17, 2016. Sejak Februari hingga sekarang, saya sibuk. Blog ni hanya sempat di update wajah baru nya sahaja. Yellow theme!! :) macam mana? Comel tak? Kebelakangan ni, banyak spending time untuk benda-benda yang penting-penting belaka,salah satunya spending time di dunia realiti, bukan maya-maya punya hal.. Nak blogging dan blogwalking tak sempat nak buat. Online tu memang laa online. Dah kerja saya pun memang Online Marketer dan Forex Trader. Memang ngadap komputer juga... cuma, ngadap komputer untuk benda lain. Makin dewasa, makin berlambak idea untuk majukan diri. Idea tanpa tindakan, sia-sia belaka. Jadi, saya stop sementara waktu untuk blogging kat sini.

...huhu! sibuk kan jadi orang dewasa ni. HAHAHA! (teringat plak masa kecik kecik).

hm..Tak perasan. Cepat betul masa. Sekarang dah bulan Mei,2016. hee hee.. so, now saya nak sambung blogging dan blogwalking.. ngehehe!

So now, saya nak story cerita bulan Februari,2016. 26 Februari 2016 lepas, saya dan Encik Suami stay kat Kota Kinabalu time tu. So apa lagi, celebrate birthday Encik Suami kat sana laa..

Gambar tak berapa nak banyak sangat, hahaa...sebab kitorang terkejar-kejar masa. Nak ke sana, nak ke sini. Kamera dilupakan..and may be I have no mood depan kamera this time.. Aish,haha..

Time tu, kami memang melantak movie haha... maklumlaa. Panggung wayang bukan tak ada kat Labuan..cuma, panggung wayang kat Kota Kinabalu tu lagi mantop! ngeh...

Sambil-sambil celebrate birthday Encik Suami, kitorang pun menyelam sambil minum air. Kat sana open class forex trading sikit. Sempat jadi "formal" sekejap. On birthday dia plak tu. huhu...


Bluray player

Alhamdulillah! Tahun ni saya murah rezeki dan berkesempatan untuk belikan hadiah yang lebih bagus dari tahun lepas untuk Encik Suami. :)

We are lucky too sebab sempat beli versi yang ini. Boleh buka You Tube HD dan facebook juga. Yang penting ada internet.

Ayah dan mami pun sempat wish birthday menantunya juga!! heehee! THANKS MAMY & DAD!



MAMY & DAD bagi hadiah barang fitness kat Encik husband. Hehe! SWEET MAMY & DAD!

26 Februari 2016 tu, kitorang berpakaian formal untuk class forex. Lepas settle class, kitorang singgah ke Hypermall 1Borneo sempena hari lahir Encik Suami ni. Aiseh... ter-throwback semua kisah-kisah 2012-2013...




1Borneo, tempat lepak, dating, movie, shopping, tempat kitorang spending time berabis as bestfriends kaw kaw. err...GF/BF la tu..bahasa tapis-tapis skit. kihkihkih...pokoknya, susah senang kami ada kat sana.

Teringat kat TOWER B.
Teringat kat RESTOREN APPLE.
Teringat kat K-BOX.
Teringat si KEMBAR.
Teringat HALL MOVIE.
....semuanyalaaah! termasuk tandas2 nya sekali. HAHA!

Throwback gambar-gambar kat KK, 2012-2013...

ish.. nampak gemuk kan saya? huhu...pipi bolat.

Semasa kat 1 Borneo. kami round mana-mana yang sempat. Kedai POPULAR tak pernah dilupakan. Cuci mata dengan buku-buku, stationery...oh Heaven sungguh.

Sempena birthday encik suami ni, diet-diet tu terlupakan dulu. hahaha! makan mana yang nak makan.. kui kui kui...

Enjoy, lepak, jalan berhari-hari ikut suka hati....
Pastu jumpa client lagi di hari yang lain....



Sebelum balik Labuan, sempat ke teratak pelukis Sabah, Halim Batak dan Kartunis Binjai (Ujang) untuk berurusan lukis melukis.

....dan saya mengambil peluang untuk membeli JUMP ROPE Reebook paling idaman sekali!

Yang kuning biru saya punya, yang pro form
Encik husband punya. Jump Rope ni jenis speed punya.
Siapa yang minat jump rope dance,
atau...fitness speed jumpa,
yang ni la - TERBAIK!

Kalau ikutkan hati, nak lama lagi kat KK tu. Malas nak balik Labuan awal-awal...tapi, apakan daya, urusan kat Labuan bukan seketul dua tapi.. berlambak! huwargh!

My wish, semoga Encik suami panjang umur, murah rezeki, kaya dunia akhirat dan sentiasa dilindungi Allah.

Aamiin...

Terima kasih kerana membaca.
Jumpa lagi di lain entry.



With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Khamis, 14 Januari 2016

Selamat Tahun Baru 2016 dan Review 2015

Assalammualaikum Bloggers dan Readers!

Selamat tahun baru  2016 saya ucapkan kepada semua bloggers, pembaca, penulis, facebookers, dan semua rakyat Malaysia....err... dan juga kepada makhluk hidup seluruh angkasa ni. haaa! tu dia. kihkihkih...

So, dah starting azam baru yang semalam-semalam korang list? siap list dari tahun 2015 lagi tu kan. ooo... mesti dah pakai buku diary baru dah ni. Berkilat-kilat lagi buku diary/catatan tu. Tapi jangan sampai bulan 12 pun still berkilat. ngiahaha!

harap belum terlampat wish tahun baru saya ni. Alaa..still january kan, masih hot lagi tahun baru 2016! Jadi, masih ada feeling-feeling new year lagi ni. hehe!

Apa azam baru korang tahun ni? Apa cerita azam tahun lepas?

Ok. Tahun lepas (2015), saya dan suami still fresh wedding. haha! Saya pun tak ingat apa azam baru saya untuk 2015. Yang saya tahu masa tu sedang sweet-sweet, dating-dating je dengan sang suami. Ehh! kesitu pula.. maksud saya, awal tahun tu, kami masih sibuk menyesuaikan diri dengan stage baru kami iaitu alam perkahwinan! malah bukan sahaja menyesuaikan, tapi seperti over sesuai pula.

Sibuk belajar masak masakan favourite suami la, sibuk kat dapur dengan macam-macam resepi la, sibuk buat income thru internet la, sibuk main game COC la..ye la, kan baru start main COC kan, laki bini perangai 2 kali 5 je. Minta-minta troops plak tu. Lepas tu siap minta belanja suami beli GEMS. hahaha! buruk perangai.

Jadi, pointnya, awal-awal tu, kitorang punya azam agak terabur sikit. Semua kitorang nak cuba buat. Ye laa, kalau sebelum tu, buat sesuatu kena buat appointment dulu, jumpa kat sekian sekian dulu, lepas kahwin, tak pandai dah buat appointment, bangun pagi dah sibuk "sayang, apa kata kita buat macam ni dan macam tu, hari ni...kemudian boleh la beli itu.. ini...", esok nya pula, "Darling, jom la kita terai main game ni pula... tapi PC tak boleh angkat la ni.." aduh! serabut kan? kehekehek!

Masa tu, azam kami hanya satu, ENJOY TIME! oyeahhh! hehehe...menikmati dan meraikan kejayaan kami yang sudah berjaya ke level baru (Alam perkahwinan). Pokoknya honeymoon sepanjang masa. Sebab sama-sama tak kerja. Masing-masing buat income online.

Kitorang jalan-jalan, shopping-shopping, makan-makan.

Dalam beberapa bulan selepas kahwin, terasa badan ni macam naik la pula. Alamayai! Tu laa, kuat melantak - "oh, bahagia namanya tuu"...

So then, sejak berat badan semakin meningkat gara-gara makan tak kontrol lepas kahwin tu, kami pun start buat azam. Azamnya...

1. FITNESS LIFESTYLE

Start la journey fitness (program nak turunkan berat badan)
Nak turunkan berat badan beberapa kg untuk saya dan buang belly fat. Encik suami pula kena start buang berat badan banyak sikit. huhu. Actually, dalam tahun 2014, sewaktu dekat-dekat majlis perkahwinan (dalam persiapan wedding) lagi, kitorang dah tak jaga pemakanan. Malah, jogging pun dah stop. Apatah lagi workout/fitness segala macam. So, 2015 memang kena tough la nampak gayanya.

Since start balik makan gaya diet Atkins tahun 2015, pergi jogging dan buat workout, saya hairan kenapa susah sangat berat badan encik suami ni nak turun selepas hampir 3 - 4 bulan. Hmm... kenapakah? Berat saya pula? naik turun naik turun... kalau macam ni tak habis la jawabnya.

Diet atkin sudah ni , makan nasi pun tak (dah namapun diet atkins). Pas tu, siap beli produk bunga safron (kawal selera makan dan meal replacement). Hairan sungguh tak turun-turun tapi maintain je. Mendatar... sedangkan, masa tahun 2014, senang je turun berat ni. Macam kacang je! haha! ambil produk yang sama juga tu.

Pada suatu hari, encik suami beli ebook Kevin Zahri. Baca punya baca, laaaa... rupanya faktor umur. Leh! dah tua ke apa. hahaha! Bukan, maksusnya begini, since umur kita dah semakin meningkat ni, kita tak boleh lupakan kalsium dan vitamin C. Bila kalsium kita semakin kurang dan menghilang lalu sukar untuk mendapat sumber kalsium baru, lemak akan menggantikan kalsium dalam badan kita. So, apa kaitan kalsium dengan vitamin C? Vitamin C adalah penting untuk penyerapan kalsium.

Setelah mendapatkan info ni daripada ebook Kevin Zahri tersebut, kami pun pergi shopping dan dapatkan stok Vitamin C, Kalsium,fat burner dan Fish Oil.

Selepas pengambilan yang kerap dan maintain, Alhamdulillah, berat badan Encik suami semakin kurang.

Berjaya atau tidak sepanjang tahun 2015? Jawapannya berjaya! dan sebenarnya boleh diturunkan lagi tapi...disebabkan Encik suami lebih suka buat workout bina otot, maka, berat dia tak dapat nak ditentukan penurunan atau kenaikan. Otot akan semakin bertambah dan menjadi berat jika kita buat workout otot. Kalau dia timbang berat badan, dah combined berat fat dan mass(otot). Jadi, Encik suami start fokus bina otot je lepas tu.

Encik suami start beli dumbbell yang besar-besar sampai 10kg satu.

Okeyh, tu cerita Encik suami dengan dumbbell-dumbbellnya.. saya pula? Saya start layan skipping yang diinspirasikan oleh lagu "RISE-UP". Boleh tengok video kat bawah untuk dengar lagu tu. Macam mana saya jatuh cinta semula dengan sukan Jump Rope ni, boleh klik sini untuk baca.



Actually, saya nak pro skipping ni pada tahun 2015. Tapi nampaknya praktis basic belum pas pas lagi sampai hari ni. kihkih..

Masih setakat basic. huahua... tak senang macam kita tengok kat video. huhu..

2. KOMPUTER BARU

...and then, azam tahun 2015 saya nak dapatkan PC yang proccessor power sikit. Klik klik laju. Buka photoshop macam kacang, buka bluestack tak hang dan boleh making video semua. Alhamdulillah saya berjaya saving money and beli PC bernilai RM2000 +/- dengan hanya "klik klik" thru internet. PC ni saya beli sebagai kegunaan saya membuat kerja kat rumah seperti projek projek photoshop, video, autodesk, grafik, website, drawing dan sebagainya. Selain tu, gaming! PC yang yang mantop tapi jimat. Sebab, RM2K dah boleh angkat bawa rumah dan money making. Esok-esok dah balik modal. wihihihi! My lappy dah boleh rest. Bawa untuk buat kerja kat luar sahaja.

3. TELEVISYEN

Ketiga, TV. Azam barunya TV baru. hahaha! Kepada yang kenal saya dekat sangat2 dulu, dalam hidup saya mustahil ada list TV. Saya tak ingat sejak tahun berapa tapi memang saya dah lama tak tengok TV sejak sekolah menengah. Astro? Sampai hari ni saya tak ingat nombor-nombor channel kalau korang just sebut "HBO", "AXN" atau "DISCOVERY CHANNEL" . Kalau korang nak suggest rancangan TV, sila sebutkan nombor channel bukan nama channel. FAILED ni.. failed! Since ada astro dalam rumah dulu, saya tidak pernah tahu apa-apa pun termasuklah Maharaja Lawak atau pun Akedemi Fantasia. Saya tahu korang minat tu semua, saya tahu apa kebendanya tu tapi percayalah, saya tidak akan tahu, siapa yang ada kat dalam rancangan tu. Siapa menang ke, suara siapa lawa ke, siapa yang paling boring ke..ntahla. Tak tahu.

So, this is the weird thing. Saya merancang beli TV baru? So ceritanya macam ni. My husband memang suka lepak depan TV. Semasa kami bertunang dulu, dia memang suka layan TV. Dia suka layan movie, dia suka layan WWE setiap selasa dan Jumaat malam. Selain tu, dia suka juga layan discovery channel. My mom and my dad juga suka tengok TV. Diorang suka tengok movie dan WWE (My mom teman my dad je tu tengok WWE tuu..hikhikhik..) Since my older sister stay tempat lain, dah tak ada TV kat ruang tamu sebab TV tu diorang older sister yang punya termasuklah astro (Sekali astro dalam bilik my mom/dad tu my older sister yang punya but my dad yang bayar untuk 2nd decoder tu).

Bagi saya, no TV still can hidup lah! ngiahaha. Nanti ada TV tu saya layan DVD player je lebih. Astro ada pun mungkin tak buka langsung. Bazir kan. Sebelum older sister pindah, my husband layan TV internet atau youtube kat bilik je sebab kat ruang tamu remote my older sister dan anak-anak dia yang punya. Tak ada chance la kan. haha!

So, azam saya nak beli dua TV. Satu untuk my husband lepak kat ruang tamu sambil WWE and Discovery Channel atau apa sahaja yang dia minat. Saya follow je. Sebab kalau saya yang kongker remote tu, nanti saya buka cartoon 24 jam. No story la. Kenapa still minat kartun tu ntah la kenapa. Saya pun tak faham. hahaha!
Satu lagi, saya plan untuk ganti TV lama ayah dalam bilik dia. Aduh, TV kotak kau. Kesian huhu... Sekarang kan zaman blue ray! mana ada TV kotak dah.

Alhamdulillah, saya berjaya saving money lagi thru internet bisnes untuk TV ruang tamu. Saya nak yang besar macam panggung tu. kahkahkah... tapi mahal sangat pula. Mampuih! Ambil la biasa-biasa je bawah RM1K. Besar juga tu, tak payah pakai kanta pembesar untuk orang rabun macam saya ni. huehue.

...tapiii, hah! ada tapinya... disebabkan hidup ni tak selalunya di atas, ye lah macam roda kan. Tiba-tiba masalah datang, tak dapat TV satu lagi. Postpone hadiah TV untuk birthday my mom. Tukar dengan hadiah lain.

Hujung tahun, 07 Disember tu, suprise pula, Encik husband belanja TV satu lagi untuk birthday my dad. Hah! Azam 2015 settle untuk TV dalam bilik my mom and dad. Boleh dah tengok TV cantik-cantik dalam bilik. Jimat ruang. Tak payah pakai TV kotak dah.

4. MENINGKATKAN KEWANGAN, IBADAH DAN ILMU

Azam yang ni memang sebelum-sebelum berkahwin pun memang dah ada. Memang mesti punya! Rasanya ni basic untuk semua orang. Kalau tak ada ni, parah ni. Kalau yang ni memang dah jadi hobi kami berdua cuma tahun ni tambah satu la...

5. BERSAMA SUSAH SENANG
selamanya...
"susah senang" sebelum kahwin
dengan sesudah kahwin tu beza tau! hehe.



Selesai review 2015. Yang negatif akan dijadikan pengajaran...yang positif akan dipertingkatkan lagi. Yang belum settle tahun 2015, bawa ke tahun 2016. In Shaa Allah terlaksana. Aamiin...

Thanks a lot to my mr.husband for everything.
I love you, forever!











Share:

Sabtu, 26 Disember 2015

26 Disember 2015 | Happy 1 year Anniversary #Sofinazz | How Time Flies

Assalammualaikum Readers and Blogger..

Pejam celik pejam celik. Dah setahun usia perkahwinan saya dan Encik Suami. Cepat masa berlalu. Terasa macam baru semalam wedding day. Haha! Amboih...




Semoga Mahligai yang terbina kekal dan bahagia selamanya. Semoga cinta yang terjalin ini terus mekar sehingga ke syurga. Aamiin..



Alhamdulillah. Benarlah kata mereka cinta itu lebih nikmat dalam perkahwinan. Kepada yang ada feeling2 nak kahwin tu, jangan di lambat2kan benda baik macam ni. Teruskan berusaha.

Sepanjang setahun ni, banyak perjuangan dan aktiviti pahit manis diharung bersama. Syukur Alhamdullilah..

Kerjaya bersama
Kami memilih untuk menjadi Usahawan Online sahaja. Kenapa? sebab, bisnes online ni unik, boleh dilakukan dimana-mana sahaja seperti so-ho (rumah), perpustakaan awam, Coffee House (Starbucks, Oldtown, Coffee Bean dan etc), malah kat tepi pantai pun boleh! Disebabkan ia boleh dilakukan di mana-mana (asalkan ada internet dan laptop/smartphone) maka, masa untuk kami bersama itu adalah 100%!



Aktiviti Outdoor
Disebabkan pilihan kerjaya usahawan online yang membawa kepada 'sentiasa bersama', kami boleh pergi kemana sahaja bersama untuk melakukan aktiviti outdoor kami. Macam-macam boleh kami buat tanpa halangan daripada pihak-pihak tertentu (majikan,cuti tanpa gaji atau seumpama dengannya) seperti piknik ditepi pantai, bersenam/jogging/skipping di taman, keluar dari Labuan, shopping dan sebagainya - terlalu banyak untuk dilistkan.

Next Altiviti Outdoor kami
In Shaa Allah, berbasikal round Labuan sambil bawa go pro atas helmet. Wahaha!

Aktiviti Indoor

Game
Kalau cuaca atau sesuatu yang tidak mengizinkan untuk melakukan aktiviti outdoor, kami meluangkan masa lapang bersama dengan layan game! haha! ini rare!! Pasti ada yang kenal saya zaman-zaman dulu sebagai "anti gamers". Itu biasa, dulu saya seorang pekerja biasa, makan gaji, hari-hari duduk ofis, simpan duit untuk makan dan belanja lain-lain perkara takkan tiba-tiba saya nak bazirkan dengan game?! itu satu isu, isu lainnya, masa sangat berharga untuk diluangkan dengan game. Saya juga benci pasangan yang gila game.Setiap kali jumpa dating, cerita game..dah la jumpa pun jarang, weyh! banyak lagi benda nak bincang yang lebih penting dari game kan? Tapi itu dulu, hahaha! Sekarang dah lain, kerjaya sebagai usahawan online ibarat kita menunggu duit selepas buat marketing. Sambil tunggu, main game tak ada hal. Paling tak ada hal bila main game sama-sama dan masa yang kami gunakan tidak melampaui batas untuk perkara yang lebih penting dari game.




Fitness
Fitness kat rumah (Bukan cardio exercise) seperti layan dumbbell, twist board, squard, crunch dan sebagainya yang berkaitan dengan senaman otot.

Melukis
Kalau tak keluar rumah, tak larat depan PC dah, malas main game, tak ada rancangan TV seronok, tak ada mood layan movie, kami akan spend time melukis. Lukis la apa sahaja. Bebas. haha!

Latest Indoor Activity
PHOTOSHOP, DRAWING and VIDEO MAKING software.




Video di bawah ni hasil menelaah video software percuma daripada internet. Zaman sekarang nak belajar apa pun - petik jari je kan - thru internet!

Video ni sempena ulang tahun pertama kami. video still basic-basic.. masih training.


Dear Mr.Husband,
Thanks sentiasa menyokong dan membantu dalam apa jua. Thanks sentiasa memahami dan bersabar dengan kerenah isteri yang terlebih 'cartoon' dan terover 'angan-angan' ni. hahaha! (pengaruh layan movie fantasi) wakaka! Thanks juga sudi menjadi teman - sahabat - suami - pemimpin - sifu - dan seumpamanya! Thanks untuk segalanya - you so sweet! I love you and will love you forever!

Happy 1st anniversary, sweetheart!
M.u.a.h.h..!!











Share:

Jumaat, 25 Disember 2015

#Sofinazz and #BFF at #FikAyuWedding

Assalammualaikum Bloggers and Readers,

5 days ago, saya dan suami ke Majlis wedding Rohayu Osman. Dia teman sebaya saya, ex classmate or ex schoolmate. Saya dan Ayu satu kelas semasa tingkatan 4 dan 5 di SMK Mutiara. Tak sangka pula, Tingkatan 6 di SMK Lajau, berjodoh lagi dengan dia.

19 Disember 2015, sah lah sudah Ayu sebagai isteri. Bidadari milik Syafik di dunia.
20 Disember 2015 adalah Majlis bersanding dua mempelai, Ayu dan Fik di WP.Labuan.

Tidak disangka-sangka, majlis Ayu ni ada rezeki bertemu dengan sahabat-sahabat yang lain. Kawan-kawan 6 tahun yang lalu di SMK Lajau. Meriah sekali!

Alhamdulillah, masing-masing ada 'pattern' masing-masing.Setiap dari mereka ada life yang unik dan tersendiri.

Untuk Ayu dan suami, semoga bahagia selalu. Semoga hubungan hingga ke syurga. Dah official kita satu CLUB. hahaha!

Member-member yang lain pula, semoga impian menjadi kenyataan, semoga perjuangan dan cita-cita diraih dengan cemerlang seperti yang diinginkan.

Semalam, akhirnya siap video yang bertajuk "Wonderfull Memories". Inilah saya dari dulu hingga sekarang, gambar bukan sekadar gambar, disimpan bukan sekadar sebagai koleksi. Memory itu adalah harta. Best moment hanya boleh dilihat semula dengan merekodnya.

Jemput lihat video kami di bawah. Video masih tak mantap..nak pakai software gempak mahal plak. kikikiki :p

Enjoy!



Terima kasih sudi baca.
Jumpa lagi next entry.











Share:

Sabtu, 12 Disember 2015

Clash Of Clans | Minions Attacking for Dummies

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Hari ni saya nak share satu tips untuk niubis Clash Of Clans supaya senang nak menang. haha!
Perkara pertama yang niubis kena buat ialah, baiki casle dulu kepada yang belum baiki castle. Lepas tu masuk ke mana-mana group clan yang korang suka atau korang juga boleh join Clan kami iaitu INFINITY696. Saya dan Encik suami memang suka donate troops kepada niubis supaya diorang excited dan enjoy pakai troops yang diorang belum ada. Salah satunya adalah MINION!


Apabila korang dah ada clan atau group, korang request MINION daripada ahli-ahli group tersebut. Untuk permulaan, housing space atau ruang castle korang hanya boleh muat 5 ekor minions sahaja. Tapi, 5 minions pun boleh mengalahkan pihak lawan selain daripada korang boleh rampas semua harta-harta pihak lawan. hahaha! Elixir dan gold korang akan semakin banyak, so boleh upgrade pertahanan village.

Cara ni, korang BOLEH JIMAT ELIXIR juga sebab korang akan hantar minion menyerang pihak lawan bukan troops korang sendiri. Korang tak perlu nak habiskan semua troops yang korang train tu semasa attacking. Bazir!

Selepas dah terima minions 5 ekor, korang dah boleh pergi attack orang dah. Tapi jangan attack membuta tuli pula.. kena ada strategi juga. Kalau tak ada strategi, habis minions korang tu mati katak macam tu je!

Semasa korang nak attack orang lain guna Minions, korang kena ikut step kat bawah ni.

  1. Tengok kalau-kalau ada Air Defense (Roket) - kalau ada, kena hancurkan dulu benda ni.
  2. Pastikan Acher Tower pun dimusnahkan terlebih dahulu.
  3. Apabila dah clear, tak ada Air defense, keluarkan MINIONS dari castle.
Korang boleh tengok video saya kat bawah ni untuk lebih jelas lagi. Happy COC!!


Thanks sebab sudi baca.
Jumpa lagi next entry.












Share:

Jumaat, 11 Disember 2015

Left 4 Dead 2 | Zombie bertukar menjadi Skeleton | Modded

Assalammualaikum bloggers dan readers,

Semangat betul saya tukarkan zombie-zombie tu jadi skeleton. Dalam fikiran saya, lagi nampak menyeramkan kalau skeleton yang menyerang waktu main Left 4 Dead 2 tu.

Kami pun test la main. Pergghh! semua zombie dah tukar jadi skeleton!! Malangnya, sekali main je kami putuskan untuk tukar skeleton tu kembali kepada zombie asal. Hahaha! Sebab warna skeleton tu nampak tak menarik langsung. Semua nampak sama dan tak jelas keberadaannya di depan. Tak logik pula tembak skeleton tapi darah tepercik-percik. Tak feel langsungg! haha!

Lain-lain komen, bila ada tank datang, akan muncul lagu semacam dalam concert. Lupa pula lagu apa tapi, nanti saya fikirkan semula nak tukar kepada asal atau pun tidak. hahaha!

Jom tengok kitorang main tembak-tembak skeleton kat video di bawah ni.. hehe..

Selamat menonton!!



Terima kasih sudi baca.
Jumpa lagi next entry.











Share:

Rabu, 9 Disember 2015

Left 4 Dead 2 | Semua watak "Special Infected" memakai pakaian dan tatu di badan | Modded

Assalammualaikum readers dan bloggers,

Hari ni, Encik suami ajar saya "tukar pakaian" special infected kat game Left 4 dead. Hahaha! Saya baru tahu PC game boleh buat macam tu. Ingatkan setakat main macam tu je.

Antara watak-watak Special Infected, saya paling suka watak WITCH yang sudah pun menjadi seorang Gothic. hahaha!

Macam mana dengan fesyen dia sekarang? haha! cantik kan.
Ni pakaian asal Witch dalam Left 4 Dead 2.

Saya try main kali ni sorang-sorang, nak tengok semua watak-watak Special Infected dah jadi macam mana. Boomer nampak cute juga berbaju. hahaha!

Jom tengok video saya kat bawah.



Terima kasih sudi baca.
Jumpa next entry.











Share:

Main Left 4 Dead 2 bersama suami di masa lapang

Assalammualaikum readers dan bloggers,

Selain dari Clash Of Clans, saya dan suami dah boleh main PC games sama-sama sejak saya tukar PC yang ada kad grafik. Game favourite kami ialah Left 4 Dead 2. Actually, L4D2 ni game mencabar yang pertama saya pernah main. Masa saya solo dulu-dulu, just main game biasa-biasa sahaja seperti game PS2, game Android dan game Angry Bird untuk kat PC.

Pernah juga try main Counter Strike tapi saya macam lagi suka L4D2. hahaha! Jadi kami kerap main L4D2.

Waktu main L4D2 ni, saya paling tak suka kalau pakai Shortgun. Menyusahkan betul. wakaka! Lambat plak tu. Saya paling suka pakai Machinegun. Kalau Encik suami pula, kuali pun dia boleh guna untuk belasah zombie tu semua. Kadang-kadang dia pancung je kepala Witch tu pakai samurai. Tak payah pakai pistol ke senapang ke.huhu... Tapi paling lawak kalau pakai kuali masak telur goreng tu la. Bunyi pun "Toeng" "toeng"...

Beberapa hari lepas, saya belajar me-rekod desktop ketika bermain game L4D2 menggunakan Smartpixel. Saya nak rekod. Video simpan buat kenangan...haha! Kadang-kadang kami akan tengok balik untuk bincang-bincang game tu. Kadang saja nak tengok nak "mengumpat" game tu je. ahahaha!

Jemput tengok video L4D2 kami di bawah. Map apa? ntah la. Lupa dah.


Thanks sudi baca.
Jumpa lagi.











Share:

Selasa, 8 Disember 2015

Clash of Clans | Cara buli budak baru

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Korang minta troops yang power-power kat leader atau co-leader korang yang level tinggi dalam clans korang tu. Lepas tu korang attack clans budak baru. Hantar satu atau dua troops pun dah boleh hancurkan clans tu. hahaha!



p.s : Kalau korang rasa kesian, tak payah buat :p











Share:

Main Clash Of Clans di PC menggunakan Bluestack versi kedua

Assalammualaikum readers dan bloggers,

Pada january tahun ni, saya ada buat entry tutorial bagaimana bermain Clash Of Clans menggunakan Bluestacks. Boleh -klik sini- untuk baca entry tersebut. Hari ni, saya uninstall bluestack tu dari PC saya untuk tukar kepada bluestack versi kedua. (oh..ya.. saya dah beli PC baru ada kad grafik. So far ringan je guna Bluestack kat PC berbanding kat laptop).

Kenapa kita mesti upgrade bluestacks kita kepada versi kedua? Sebab, bluestack kedua lebih advance dan senang digunakan.


Kepada yang suka layan banyak game tu, boleh buka game lebih dari satu sebab Bluestacks versi kedua mempunyai fungsi multitasking. So, kalau saya...saya boleh la buka game favourite saya serentak. wahaha!

Cara nak dapatkan Bluestacks versi kedua ni, anda hanya perlu uninstall bluestack pertama yang ada kat PC korang tu. Sekiranya korang belum pernah ada Bluestacks sebelum ni, korang boleh direct ke laman web bluestacks versi kedua -klik sini-

Selepas website bluestacks versi kedua sudah terbuka, sila klik "Download".

kemudian, page seperti di bawah akan terbuka. File bluestack akan di download.




Setelah selesai download, anda klik "Show in folder" .



Setelah folder terbuka, anda double klik pada installer bluestacks.


File akan di-extract.


Kemudian, akan muncul window seperti di bawah.. Klik "next" , "install" dan "finish".





Dan, bluestacks anda akan kelihatan sperti di bawah ini. Klik "Discover".


Siap..! :)
Dah boleh main game Clash of Clans...
dan boleh buka banyak games..


Selamat ber-bluestacks!










Share:

Khamis, 3 Disember 2015

Header Baru Blog sofinahlamudin.com

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Selepas selesai created logo, saya mula berfikir untuk menukar header blog ni. Alhamdulillah selesai juga selepas adjust tema warna,background dan kedudukan object sehingga sepuluh kali.

Pada mulanya, saya nak warna hitam putih je tapi husband mencadangkan colourful. Maka, inilah hasilnya.


  1. Dalam bulatan pertama, adalah lukisan oleh seorang kartunis tempatan (Sabah) bernama....err, maaf, saya terlupa pula nama dia. Biasanya, dia akan muncul kat WP.Labuan semasa karnival art (Borneo Art/Labuan Art). Lukisan tu dilukis pada tahun 2013. Waktu tu kitorang still tunang lagi. hehe!
  2. Dalam bulatan kedua, dilukis oleh kartunis yang sama juga. Bezanya, lukisan tersebut dilukis pada pertengahan tahun 2014.Lukisan ni adalah salah satu preparation wedding card. hikhik!!
  3. Dalam bulatan ketiga tu latest (Oktober 2015) dilukis oleh bekas kartunis majalah ujang bernama "BIJAN".. kenal? Kitorang jumpa beliau di Balai Seni Kota Kinabalu.

Actually, pada tahun ni ada beberapa lukisan yang dilukis oleh kartunis yang berbeza but saya pilih lukisan BIJAN kat header terbaru saya..


Di bawah ni adalah hasil-hasil header yang 'rejected'. haha! di-reject lantaran komen Encik Suami agak tidak memuaskan.

Reject sebab perkataan "www.sofinahlamudin.com" tu agak annoying. Kecik dan tidak sesuai.

Reject sebab background tak ceria.

reject sebab terlalu simple.

reject sebab background serabut.

reject sebab colour dalam bulatan tak sesuai.

errr..ni pun reject...tak minat.

Reject sebab kosong sangat pulaa.

Reject sebab splash hitam tu menyemakk.

Reject sebab splach hitam putih tak lawa.

Thanks sebab baca.
Jumpa lagi di lain entry.
Wassalam.











Share:

Logo baru Blog sofinahlamudin.com

Assalammualaikum Bloggers dan readers,

Minggu lepas, saya meluangkan masa sedikit untuk create logo baru untuk blog ni. Anggaplah sempena tahun 2016 yang akan tiba. Selain tu, saya nak tukar logo blog ni sebab saya rasa logo lama agak old school, maksud disebalik logo tu juga agak ketinggalan zaman (Dah tak ada kaitan dalam hidup saya), dan logo lama tersebut agak komplicated untuk dilukis semula.

Logo yang baru ni, mungkin masih kelihatan klasik sikit tapi simple dan senang nak lukis semula. Malah, mempunyai maksud yang lebih sesuai dengan diri saya sekarang.

Inilah logo saya yang latest! :)

Simple, right? :)

Setiap logo tu mempunyai maksud yang tersendiri - of course!.. Jadi apa maksud disebalik logo baru saya ni?

  • WARNA KUNING DAN HITAM adalah bermaksud lebah. Di mana lebah ini saya gambarkan dan kaitkan sebagai suami saya - Encik Mohd Nasyit.
  • WARNA MERAH adalah bermaksud bunga ros. Melambangkan saya.
  • Huruf 'S' adalah bermaksud nama saya - 'Sofinah' menandakan blog ini kepunyaan saya.
  • SAYAP adalah bermaksud impian saya sejak dulu - "ingin terbang" yang membawa maksud "Kebebasan".
  • HURUF 'S' BERBENTUK BURUNG adalah melambangkan " sedang terbang seperti burung".
  • BENTUK BULAT YANG DIBELAH (Sebalik huruf 's') adalah membawa maksud "Yin Yang" atau kehidupan yang seimbang.
Itulah maksud-maksud disebalik logo baru saya. Tapi...for sure maksudnya lebih DEEP bagi saya.

Thanks sudi baca.
See u next entry.
Have a nice day.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @sofinahlamudin2.0, @blogsofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share: