Follow Instagram @sofinahlamudin

Wednesday, February 2, 2011

Xing Nian Kuai Le (Berkaitan dengan Chinese New Year)

Hi! Assalammualaikum Bloggers and Readers!,

YeahH yeaahH! GONG XI FA CAI peng you!!! :D

Ingat tak saya kata nak share mengenai CNY kat entry Suatu Karya "Yang Pernah Ada" di Tahun Baru Cina ? Saya dah jumpa dah nota CNY saya tu! hehehe!

Tahun lepas, saya ada buat kajian sikit pasal CNY ni...Sampai saya jadi kemaruk CNY masa tu..ngeh3x...Lagu dalam handphone pun lagu cina..oh! saya tak faham lirik lagu tu secara keseluruhan..ada beberapa patah perkataan je saya faham..

Nak menghayati lah kononnya demi pengetahuan am yang nak dipelajari tu. Hahaha!

SO, nak cerita sikit pasal MITOS 'NIAN' ni...Xing Nian Kuai Le! Menurut Legenda dulu2 kala tu, 'Nian' ni ialah seekor raksasa! Rawrr...Raksasa ni makan orang tau! Berasal dari sebuah pergunungan. Ada juga yang kata, raksasa tu berasal dari bawah laut...Menurut legenda tu, Raksasa ni akan muncul setiap 11 tahun pada musim sejuk...dan akan mencari manusia untuk dimakannya!

Orang ramai percaya satu perkara tentang raksasa 'Nian' ni iaitu raksasa Nian ni tak tahan dengan bunyi bising dan warna merah...di sebabkan itu lah mereka suka buat letupan (bunga api) untuk mengusir raksasa tu..huhu...DAN menggunakan warna merah secara meluas! Kita pun nampak kan? Pakaian mereka merah, tanglong merah...sarong ang pow pun merah juga! rasa-rasanya la kan...isi ang pow tu merah juga tak?? -RM10 hahaha! dan didarabkan 10 lagi...haha! Masyuk~

Adat ni lah yang mewujudkan sambutan 'Tahun Baru Cina' ni..atau dipanggil sebagai 'Meredah Raksasa Nian'...

Tahun ni, Tahun RABBIT! ( mǎo) - 3 Februari 2011
CUTE nyerr...
Esok saya nak OUTING...celebrate CNY...nak pergi rumah kawan mak ayah..nak pergi rumah MY LADY BOSS. Nak pergi rumah Madam Lim...boleh laaa dapat ANG POW WARNA MERAH! pastikan dalam sampul merah tu kaler merah juga ye! hahaha! - just kidding.

Hmm..saya ni slamber je cakap RM10..nak tahu rahsia tentang ANG POW?

Ang pow ni, orang yang dah kahwin akan beri pada mereka yang belum berkahwin dalam masyarakat Cina. Biasa orang memang tahu ni..kan kan kan? hehe...hm...sebenarnya, jumlah wang kat dalam sampul tu, tak boleh suka-suka letak berapa RM. Terutamanya RM4..RM4 adalah sangat tidak boleh diisikan ke dalam sampul...sebabnya, masyarakat Cina percaya bahawa nombor 4 adalah membawa sial . Nombor 4 ni dianggap macam tu sebab bunyi perkataan 4 sama dengan perkataan 'mati' . huhu.. Sementara nombor 8 adalah nombor bertuah bagi masyarakat Cina, Maka, sampul ang pow biasa diisi dengan RM8.. hehe...Perkataan Nombor 8 ni, sama bunyinya dengan perkataan 'kaya'... :)

Selain tu..belum habis lagi ekk...Sampul angpow juga tak boleh diisi dengan jumlah wang yang bermula dengan angka ganjil!! Sebab....Nombor ganjil dikaitkan dengan pertukaran wang pada upacara pengebumian yang berbunyi : (帛金,bó jīn).


Menarik tak? Ambil la info ni sebagai info am mengenai bangsa Cina. Kita kan 1 Malaysia. Tak salah ambil tahu budaya atau sejarah bangsa lain.

OK! Nanti saya sambung lagi info CNY yang lain-lain.

Sekarang tak boleh nak berlama-lama menaip. Kena tidur awal sebab esok nak keluar pagi-pagi.

P/s : To wo de peng you, Suìsuì píng'ān - Semoga Keamanan Berkekalan Tahun Demi Tahun!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.