Mengelamun panjang tak sudah. Dari saya termenung jauh-jauh, elok lagi saya blogging yang dekat depan mata. Cerita tentang semalam di mana cuaca mengundang hujan lebat dari bandar hingga ke kampung yakni dari hujung Labuan ke hujung Labuan. Haih..
Mujur saya bukan tunggang motorsikal kalau tak dah lama terbabas duduk bertenggek kat bas stop tunggu teduhnya hujan turun.
Semalam,
saya dan Encik Tunang sempat melawat kawan baik saya, Farah Bandon kat lokasi gerai-gerai atau tamu di Ujana Kewangan, Labuan.
Macam biasa, tak ambil gambar tak sah walaupun muka macam nak pergi beli ikan kat pasar. Hee.
Pertama-tamanya selepas meng-upload gambar di atas nak cerita tentang si cute yang Farah sedang gendong tu. Comel kan ? Si Comel tu namanya Mirza. Lepas di pegang-pegang si Mirza ni rasa hati berat sungguh nak belah dari sana. haha. Reason : He Cute SO much and saya hampir jatuh cinta lagi.. Erk.. ! Encik Tunang, kena tolong saya agar saya tidak jatuh cinta kat Mirza so, saya kena pergi cepat-cepat. :p
Sambutan MERDEKA nampaknya tak ada untuk WP. Labuan. Sunyinya bandar Labuan. Kenapakah .?
Kemudian...
Saya dan Encik Tunang pergi beli barang segala macam makanan dan barang dapur kat One Mart. Haih.. best pulak beli barang macam tu rasa macam dah dalam ikatan perkahwinan. lalala~
Beli barang kemudian saya lepak kat rumah Encik Tunang untuk menonton TV. Bukan tak suka TV bukan juga anti TV, kat rumah saya, saya kawan dengan lappy je lebih. Kat rumah tunang ada life sikit dengan TV sambil makan-makan, gelak-gelak bagai sambil nonton TV bersama bakal mak mertua dan adik-adik ipar..
Dalam pukul 11 malam macam tu saya dihantar pulang ke rumah oleh Encik Tunang. Ayah macam biasa, tolong buka pintu tanya, "Nasyit mana ? Dah nak pulang ke ?" Hari-hari nak jumpa bakal menantu ek ? :p
Selepas itu macam biasa, life sebagai blogger dan online addict dimulakan semula di dalam bilik kecil yang dianggap ofislah kononnya.
Bilik yang sudah tak berkemas selama seminggu ni kelihatan begitu indah dengan barang-barang yang tidak diletakkan di tempat asal dan merata-rata. haha.
Bila mummy saya masuk sah lah di cop seperti tongkang pecah atau stor simpanan barangan terbuang. perrrrr... Alangkah hebatnya lappy ini yang sentiasa kemas di atas kerusi dan saya duduk di atas katil tanpa merasa rimas dengan bilik yang belum saya kemas.
haha.
P.s : Terima Kasih Encik Tunang, minuman jus mangga itu sungguh menyelerakan.. burpp...
P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~
With Love,
1 Kata-kata Dari Teman:
Thanx jd follower n klik iklan..did the same things..dh klik n done follow here
Catat Ulasan