SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Ahad, 21 September 2014

On Air bersama Labuan FM | Sempena Hari Malaysia | 16 September 2014

Assalammualaikum Readers dan rakan bloggers,

Oh ya! Hari ni 21 September 2014.. Sudah 5 hari berlalu sambutan HARI MALAYSIA kita pada tahun ini, 2014. hehehehe!

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.



Alhamdulillah... HARI MALAYSIA juga adalah merupakan HARI LAHIR saya yang ke... ke.. ke.. hm... macam dah tua rasanya. HAHA! Yang ke - 24 tahun. Bila sebut perkataan "puluh" tu rasa macam tak boleh nak melompat-lompat atau terkinja-kinja macam masa umur belas-belasan tahun tu kan ? haha. Rasa macam tak dapat pula nak berlari-lari kat taman dengan member-member main kejar-kejar. Haha. Ganti dengan jogging la kat Taman hihi...Oke.. gurau saja. Saya bersyukur sebab bertambah setahun lagi umur ni. Tu tandanya saya masih hidup. haha!

Bersyukur sebab..

  • Berpeluang untuk meneruskan hidup
  • Belajar dari kesilapan-kesilapan lalu
  • Baiki diri sendiri untuk kebaikan diri dan insan-insan tersayang
  • Berbakti kepada masyarakat
  • Berpeluang untuk menjadi yang lebih matang
  • Berpeluang untuk menikmati hidup yang membahagiakan!

Tahun ini, rasa sangat bertuah sebab PERTAMA, sambut birthday dengan bakal suami ( Klik sini untuk baca entry lepas. En.Tunang buat hari saya begitu bahagia..)

KEDUA pula, Labuan FM jemput saya untuk ON AIR sempena HARI MALAYSIA. Kenapa saya terpilih? Sebab my birthday is on 16 Sept. DJ RUL menjemput saya untuk On Air pada 14 Sept 2014..dua hari lebih awal dari birth date saya. Bila dah jadi macam ni, rasa bertambah proud jadi ANAK MALAYSIA dan lebih bangga bila saya adalah ANAK JATI LABUAN.






KETIGA, dapat wish daripada insan tersayang dan rakan-rakan. Alhamdulillah ada yang mendoakan kebaikan. Semoga dimakbulkan dan saya nak jadi kaya raya. Miahaha!

Ada yang berkerut dahi bila baca tu kan kan? Mesti kata...

  • Eh.. mata duitannya..
  • Eh... jangan berangan la nak kaya..
  • Eh.. jadi kaya bukan bagus sangat pun..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kaya banyak maksud...Boleh pilih nak kaya macam mana. Nak kesemuanya pun boleh! hikhik...Tamak yang baik-baik tak apa. Jangan tamak yang merugikan. Ada juga kaya yang salah kan. So make sure kalau jadi kaya, biar jadi kaya yang betul lah.

Kaya boleh didefinisikan dengan pelbagai maksud...

  • Kaya harta
  • Kaya hati
  • Kaya kesihatan
  • Kaya ramai orang sayang kita
  • Kaya iman
  • Kaya ilmu
Jadi? Jadilah kaya raya untuk kesemua di atas. ngehe!

Kaya harta paling ramai yang suka manipulasi maksudnya oleh manusia-manusia yang pendek akalnya.

Kononnya...

Kaya harta ni...
  • Tak tenang
  • Tamak dan sombong
  • berlagak angkuh
  • Berdosa
  • bla bla bla bla lagi yang boleh di katakan yang negatif-negatif.
Sebenarnya, orang nak kaya harta sebab...
  • Boleh membantu orang lain
  • Boleh berbahagia dengan keluarga (ada ke keluarga yang bahagia kalau tak cukup makan? Tak cukup itu dan ini? Serba kekurangan... kalau ada, boleh bagitahu saya tak siapa?)
  • Cukup duit. (ada yang senyum senantiasa tak kalau duit tak ada dalam tangan? atau... ada tak orang yang kata, dia bahagia tanpa duit? Kalau ada, sila bagitahu saya siapa orang tu dan... saya nak bagi dia akaun number saya.. nak dia bagi semua duit dia kat saya supaya dia bahagia...hehehehe...)
  • Bahagia hidup. Memang kita boleh bahagia bila-bila masa. Tetapi siapa berani membantah kalau saya cakap, banyak duit boleh buat orang yang sedia bahagia itu akan double bahagia?.
  • Boleh membuat sedekah kepada yang memerlukan.
  • ....dan banyak lagi....korang boleh fikir..masing-masing pun dah besar kan. hehe.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------


Psstt! saya tak pergi sendirian ke Labuan FM. Sudah tentu saya akan bersama Encik Tunang. hehe. Tak ada yang lain akan temankan saya melainkan dia. Best Friend paling keras lah! hehe.. Dia la tunang, kawan baik, teman hidup susah senang dan bakal imam dan bakal suami dan banyaaakk lagii (Kalau saya senaraikan tak kan habis punya..hehe.. ).


Saya nak suatu hari nanti turn Encik Tunang pula kongsikan kejayaan dia kat mana-mana radio.Paling best masuk rancangan TV.. Biar macam Irfan Khairi. hehe... In Shaa Allah..

Encik Tunang bersama DJ Rul, Labuan FM.

Lets take a selfie. ngehe!


Apa agaknya perisian atau interview yang DJ RUL timbulkan pada waktu tu? eh eh...rasa neves juga sebab... Mana la tau dia dok tanya sejarah Malaysia ke apa. Semua tu saya kena ulangkaji semula la buku-buku sejarah... hahahahahaa! tak ada lah. Interview biasa sahaja sebenarnya.. 

1st question, macam biasa... DJ RUL tanya latar belakang saya.. alaa... the questions like..saya ni datangnya dari Planet mana dan saya suka makan apa kat situ...haha...

2nd question, kerjaya saya sekarang apa.... oh sudah tentu lah kerjaya saya sekarang sedang mencari planet lain untuk saya jajah. HAHA.

3rd question, kalau kerjaya saya bukan yang sekarang ni, apa yang saya nak jadi? Semestinya saya nak jadi manusia bukan Alien.

4rd question, kenangan manis dan pahit. Kenangan pahit saya adalah...saya terlupa bawa alat pernafasan saya ke bumi. Yang manis pula, saya berkesempatan untuk berkenalan dengan seorang manusia yang rupanya beza betul dengan saya.

hahahaha.. mengarut lah.



Macam seyes saja jawapan macam tu. Waakaka.... Tak adala.. just kidding...saja nak buat entry ni panjang-panjang macam karangan Bahasa Malaysia Tingkatan enam. (Nampak sangat dah kehilangan idea).

Masa tu, nasib baik saya dan Encik Tunang tak buat macam-macam dalam konti... DJ RUL pun lupa bagitahu awal-awal sekarang Labuan FM ada Live Streaming. Weyh.. live tau! Semua orang boleh tengok kami dalam konti. Nasib baik saya kelihatan begitu sopan seperti gadis melayu terakhir dalam konti tu :p :p (Wahahaha!! Pengsanla sekarang!!).

Antara soalan dan jawapan saya pada masa itu...

1. Latar Belakang.
  • Sofinah Binti Lamudin.Anak Jati Labuan.Anak Bongsu dari 2 orang adik beradik.
  • Part ni DJ Rul sempat buat lawak bagi soalan cepu keemasan sikit "Macam mana mak awak buat sampai lahir 16 Sept?" Waahahahaa!! ntah la DJ Rul, tak tahu apa mak saya buat.
2. Kerjaya Sekarang
  • Internet Marketer
  • Blogger
3. Kenangan Pahit
  • Jumpa kawan yang spesis macam "bunga tahi ayam" . Nampak cantik tapi busuk.
  • Jumpa manusia spesis Gunting dalam lipatan, Duri dalam daging
4. Kenangan Manis
  • Mencapai impian tidak kira kecil atau besar
5. Jika kerjaya bukan yang sekarang, apakah kerjaya pilihan anda?
  • Leader dalam syarikat MLM
  • Pengiat seni - main piano, melukis potret, menulis novel/cerpen dan teater
6. Perancangan
  • Menguasai ilmu internet sepenuhnya, meneruskan impian dalam dunia MLM, rumahtangga, ilmu kewangan dan seni.

Itu sahaja yang saya ingat.. yang lain dah bersemadi ditelan masa... hehe. Soalan spontan DJ RUL saya main jawab apa yang terlintas dalam kepala waktu tu. hehehe. Tapi jujur.. semua jawapan itu, itulah yang saya mahu dan maksudkan dalam kehidupan saya.

Jawapan saya waktu tu memang banyak huraian.. kat sini saya cerita isi penting sahaja lah, kan. hekhek....bukan korang nak tahu sangat pun sebab saya bukan selebriti. kwang-kwang-kwang....


Saya paling suka kat alat yang saya pegang tu. Seyes teringat zaman jadi Music Director dulu...
Harap one day saya akan jadi Music Director semula. Aminn...

Apa pun, TERIMA KASIH kepada pihak penerbit Labuan FM dan DJ RUL atas kesudian menjemput saya sekali lagi ke Labuan FM. Kali ini, sempena Hari Malaysia dan dalam masa sama untuk HARI LAHIR saya.

Always THANKS to Encik Tunang yang setia bersama selalu :)

Thanks sebab sudi membaca....jumpa lagi di entry yang seterusnya....Bye peeps!



With Love,





Share:

0 Kata-kata Dari Teman: