SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Rabu, 17 September 2014

Thanks Mr. Fiancee | My Birthday on Hari Malaysia Celebration

Assalammualaikum Readers dan Rakan Blogger.

Alhamdulillah. Hari ini kita menyambut Hari Malaysia yang ke -51 tahun. Semoga Malaysia aman selama-lamanya.

Terima kasih , Syukur kepada Allah kerana menganugerahkan kita keamanan dan keselesaan yang ada sekarang. Tak perlu fikir dan cari apa-apa yang kurang dalam Malaysia ni kalau rasa rasa hati kita semua ni berat nak terima jika negara kita sama macam mereka yang tak pernah aman dan sana sini bunyi letupan. Makan pun tak cukup malah ada yang mati kebuluran. Even rakyat Malaysia sendiri pun kadang kadang ada yang rasa tidak seindah khabar dari rupa, tapi teruslah bersyukur kerana kita masih diberikan peluang daripada Allah untuk menikmati makanan, meluangkan masa dengan insan tersayang, beriadah atau beristirahat dengan kedua ibu bapa atau shopping di pusat membeli belah tanpa rasa takut dengan boom atau peluru sesat.

Huhu. Betul tak? Dari berbalah dengan 'Anti-bla bla bla' .... elok kita pilih untuk bercerita bagaimana nak aman atau 'pro-keamanan' . Tak pun elok juga kalau kita bercerita untuk bagaimana nak bahagia setiap hari.

Saya nak bagi beberapa tips bahagia yang ada dalam kepala saya ketika menulis entry ini.

Pertama,
Ingat semula dan bandingkan peningkatan diri dan insan tersayang/keluarga yang sekarang berbanding yang dulu - adakah meningkat? Jika YA! Raikan walaupun peningkatan itu kecil. Kenapa? - kerana hanya kita yang tahu kita sudah lebih bagus daripada yang dulu. Selain tu nak meningkatkan lagi semangat agar kita terus berusaha membuat peningkatan. HEHE!

Kita akan bahagia jika kita melihat diri kita. Jangan lihat walau sedikitpun kepada kehebatan atau peningkatan orang lain untuk tujuan nak jadi lebih baik daripada mereka kecuali untuk belajar kebaikan yang mereka tonjolkan. Siapa sangka... atau...siapa yang tahu peningkatan yang kita lihat secara kasar itu adalah bahagia bagi mereka? mungkin juga beban? Tak ada sesiapa yang tahu melainkan diri mereka sendiri..Kalau iya pun mereka ada sesuatu yang besar, mewah atau sebagainya...kita tak tahu itu adalah bahagia atau beban..hutang atau cash..hehe. Lihat diri sendiri untuk menjadi lebih baik dari diri kita yang dulu. Confirm kita akan bahagia berpanjangan.

Kedua,
Kenali potensi diri sendiri, minat dan kekuatan diri..kemudian fokus ke arah itu sahaja. Seterusnya, bertindaklah selari dengan potensi, minat dan kekuatan tersebut. Kita pasti akan bahagia jika kita melakukan sesuatu dengan minat dan kekuatan diri kita.

Ketiga,
Jika kita tiba-tiba mengalami situasi 'terpaksa' . Melakukan sesuatu yang bukan diminati tetapi kita perlu, mesti dan terdesak,tertekan untuk melakukannya, ikhlaskan hati dan lapangkan dada. Terima dan faham tujuan kita lakukannya. Pasti akan berjalan dengan lancar seperti kita meminatinya. Kita pasti akan bahagia.

OK! setakat itu sahaja tips yang saya kongsikan. hehe...sebab saya nak berkongsi betapa bahagianya saya hari ini kerana...



...Encik Tunang meraikan hari lahir saya bersama saya. Betul-betul sepanjang hari.. pagi hingga ke malam. Thanks Mr.Fiancee. :)

Saya sangat hargai MASA dan KEHADIRAN dia bersama saya pada hari ini... bukan jenis atau harga hadiah yang dia dah spend. Jika mahal hadiah tersebut, itu adalah bonus. Rezeki Encik Tunang Allah bagi dan dia kongsikan bersama saya. Syukur dapat partner yang murah hati. hehe.. Kalau hebat hadiah itu, pun bonus juga..Rezeki kami bersama.. But, bukan itu yang saya 'perlu' kan..

Saya lebih hargai MASA dan KEHADIRAN beliau.

Untuk meluangkan masa bersama saya hari ini,
..dia dah korbankan masa untuk bekerja. Bekerja dan fokus dia tu adalah untuk mencari rezeki halal untuk dia, keperluan seperti makan minum dan selebihnya dia saja yang tahu..hehe..

..dia juga dah korbankan tenaga dia untuk temankan saya yang banyak kerenah ni. hahaha. Jalan sana, jalan sini..

..dia juga dah korbankan minda dia untuk fokus dan berfikir cara nak buat saya gembira hari ini. Tambah tambah berada di Labuan.

..dia juga dah korbankan perut dan penurunan berat badan dia untuk makan makanan yang banyak hari ini untuk makan bersama saya di hari lahir.. hehehe.

..dia juga mesti penat melayan gurau dan 'pembulian' mental daripada saya. Usik dia itu dan ini sepanjang hari...Tehee!

Tahukah perempuan kat luar sana, bahawa....nak full 100% sepanjang hari untuk insan tersayang bagi lelaki adalah sesuatu yang sukar untuk mereka? Jika jumpa lelaki yang seperti ini pada hari lahir korang, korang adalah perempuan yang sangat bertuah kerana mendapat lelaki yang boleh faham tentang perempuan. Walaupun faham bukan 100% tetapi masih beruntung kerana dia tetap mengukir senyuman sepanjang hari lahir korang!

Pada pagi hari... pagi-pagi 16 September 2014. Saya bangun dan terus mengingat 'HARI INI ADALAH HARI LAHIR SAYA! - ORANG PERTAMA SAYA NAK AJAK CELEBRATE SUDAH PASTI ENCIK TUNANG YANG BAKAL MENJADI SUAMI PADA TAHUN INI.'

ohh.. readers jangan salah faham. Saya tak lupa parent saya dan anak-anak buah. In Shaa Allah saya akan celebrate bersama mereka juga - Itu adalah pasti! :)

Kemudian, kami teruskan plan pertama iaitu pergi BREAKFAST. Makan makanan kegemaran kami berdua. Nasi ayam Hainan - Paha ayam putih.

Duduk di meja makan awal pagi bersama insan tersayang adalah sesuatu yang indah tambah tambah adalah di hari lahir. hehe. Walaupun makanan bukan makanan mewah! tetapi makanan itu adalah makanan kegemaran!

Then, kami ke panggung wayang. Nak booking tiket wayang untuk hari ni. Oke! Mungkin, kalau saya belum belajar cara nak 'bahagia sekarang' , mungkin saya akan marah dan geram dengan panggung wayang tu. haha! Sebab... panggung wayang yang ada satu satunya ada di Labuan tutup di public holiday 16 September.

Ops! Mungkin Encik Tunang kecewa sebab plan dia nak bawa saya tengok wayang batal pada hari lahir. Hmm... weyh.. saya rasa bersalah pula. Tapi apa boleh buat panggung wayang tu tutup.

..mati akal sekejap bila tak ada wayang untuk ditonton. haha. Oke then, saya ajak Encik Tunang ke Delihan untuk tengok kek. Waa... kek kat situ kurang menarik perhatian saya. Tapi apa yang menarik perhatian saya adalah, Encik Tunang belanja kek comel dan makan kat situ.


Saya nak kek besar tapi takut tak habis. Encik Tunang kata, kalau nak beli yang tu, kena pulang rumah dan makan dengan anak-anak buah. Bukan tak mahu.. hehe. Tapi kena patah balik ke rumah pula..So, itu next plan. Saya memang plan nak celebrate together dengan my family juga kan. :)

Kami pun jalan-jalan-jalan....cuci mata kat Ujana Kewangan. Encik Tunang ajak masuk kedai beg Pandora. Amboii... punya la lawa-lawa!!

Kebetulan dompet saya pun dah nampak lusuh. Hmm.. Macam ganas je saya pakai. Baru setahun pakai dompet tu dah lusuh. Tehee. So, Encik Tunang pun hadiahkan saya dompet baru!

Dompet tu cute!
Ada Eiffel Tower.
Warna pun tak terang sangat.
Paling suka dengan kulit dompet tu.


Just tempat kad ada kurang sikit - untuk menyelesaikan kekurangan tu, saya cuba untuk jadi Ms.Fix It. Tak nak Encik Tunang rasa sedih dengan hadiah yang dia bagi. hehe.



Tips - Faham lelaki korang; Lelaki bukan macam perempuan. Kalau lelaki dengar perempuan kata " alamakkk... tempat kad tak cukup.." dia akan process cepat cepat...untuk settle problem tu. Walaupun, sebenarnya, perempuan tak rasa pun yang itu adalah problem. Perempuan just cakap saja. hehe. Bagi saya kan... saya tak kisah tempat kad tak cukup. Sebab dalam masa sama, saya suka dompet tu. Jadi tak ada apa yang boleh dilakukan. So perempuan kena hati hati kalau nak luahkan. Ayat kena full... hehe.. "Alamak.. tempat kad tak cukup. Tapi tak apa lah dompet ni cantik dan cute!" SO, lelaki kita akan akan lega.. sure! dia tak akan pakai topi 'Mr.Fix It' dia. Lelaki memang macam tu... kalau dia sayang kat perempuan dia, semua pun dia nak settlekan. Tehehe... :)

So, kami jalan jalan cari tempat kad untuk saya. Memang jumpa yang cantik! Harga pun OK. So, beli la tempat kad tu. Bukan saya yang beli. Tapi Encik Tunang. hehe. Hadiah kedua la tu :p

Paling mengharukan...dia buat semuanya. Bila dompet tu ada part yang tercabut, dia beli gam dan tolong gam kan. HEHE.

Tiba-tiba ada pula yang tak kena. Bila masukkan tempat kad tu dalam dompet,..tebal la pula. Ngehe. Last-last tak boleh letak dalam dompet tu. Alaa...

So, saya kata, tak apa... letak kad tu biasa biasa pun oke! - ye lah. Sebenarnya, letak macam biasa pun nampak OK. Yang penting suka dompet tu, memang tak ada hal punya la. hehe.

Oke.. cukup cerita dompet Eiffel Tower.. haha!


Untuk mengisi masa yang ada, Encik Tunang bawa jalan area kampung, taman dan pantai.

Macam biasa... kalau dah aktiviti macam tu, ambil gambar sudah tentu mesti WAJIB ada.

Ni gambar gambar kat Taman Damai. Ngehe...








Dan...ini gambar-gambar kat Dataran. Part ini, saya terharu sikit. Encik Tunang kata, jom ke dataran shoot gambar. Nak gambar kat tempat yang sama dengan tempat sayang celebrate birthday abang February lepas. Woweee.....!! Dia memang sweet selalu.




Lepas tuuuu... kami dinner. Arrggghhh... excited nak masuk Fratini's Restaurant.This is for my third time makan kat situ. Encik Tunang bawa saya dinner kat situ. Dah lah kat situ lampu malap. Romantic gitew...hahaha... Feel macam tu la sebab lampu.. suasana tetap sama macam restaurant hotel lain.



Alhamdulillah kenyang.

Tapi...Encik Tunang kurang excited dengan makanan Italian. So, next time nak test tempat lain pula. Kalau boleh nak dia excited macam makan Nasi Ayam Hainan pagi tu.. hehe..

Then, we went to Ujana Kewangan again. HEHE... YEahhh!! Encik Tunang nak belikan keyChain Eiffel Tower Pandora...weeee!! Saya memang suka keychain. Tapi....

....kedai Pandora dah tutup. Waktu tu dah dalam jam 7.30 malam. Hmm. But Alhamdulillah. Syukur juga la kedai tu tutup. Kenapa tau? Sebab... macam membazir kan..? Beli keychain untuk harga yang besar...

So, Encik Tunang belikan yang lain. Dia kata, lagi berfaedah!! HEHE!

Dia belikan Seluar jogging baru...Woweee! Rasanya lebih bahagia bila ada seluar jogging dari keychain. hahahaha..! Sebab, seluar jogging guna untuk senaman.. untuk jogging.. untuk sihat.Walaupun seluar sukan dah ada.. tapi kalau ada yang baru mesti lagi semangat. hehehe. Kalau keychain? :p Sedangkan harga keychain tu sama macam harga seluar tu. ish ish ish...



Lagipun... jogging bukan sorang sorang. Jogging dengan dia juga nanti. Ngiahaha!

Thanks Encik Tunang! :)

..bila dah selesai cuci mata dan shopping kat Ujana Kewangan tu, Encik Tunang bawa ke tempat biasa kami lepak lepak semasa hari hari biasa.

Lapangan Terbang Labuan - Encik Tunang belanja Green Tea favourite saya. Minuman Big Apple. Waahhh sangat fresh dan hilang haus. Encik Tunang pula memilih untuk minum rasberry. hehe.



Lepak dan borak-borak kejap...lepas tu saya ajak Encik Tunang balik. Sian kat dia. Saya tengok dah penat. Penat layan saya sepanjang hari. hehe. Lagipun, dia selalu tengok WWE setiap hari selasa. hoho. Nak bagi dia rest dan rileks dengan WWE... supaya dia bersemangat pula untuk esok dan plan kerja.

Tips - Kalau lelaki penat, atau sedang berfikir untuk selesaikan sesuatu, biarkan dia rehat dan duduk diam dengan melakukan apa yang dia minat. Tonton TV sambil minum air panas adalah kegemaran Encik Tunang saya..! hehe. Biasanya, bila dia dah rileks dan berjaya susun atur apa yang ada dalam minda dia, dia akan berjaya buat kerja dengan lancar dan happy! Perempuan jangan nak merepek meraban masa tu. haha. Kalau isteri, elok temankan dia tonton TV sambil minum teh tu. But make sure jangan buka topik yang buat dia ingat you all nak dia settle kan. Atau pun topik yang dia tak suka.

Kalau bukan tonton TV, lelaki biasa akan baca surat khabar. Encik Tunang saya, dia bukan baca surat khabar. Dia baca berita yang ada dalam email atau facebook. Paling tak pun dia akan layan video favourite kat youtube.

Tak akan lama.. dalam 1- 2 jam dia akan pulih dan 'nampak' perempuan dia balik.

Dalam situasi penat, stress atau diam begini. Perempuan kena tahu. 95% minda lelaki tak ada dengan kita. 5% yang tinggal tu, tak akan membantu dia faham perempuan pada masa tu..kemungkinan besar, dia akan terlepas cakap yang buat perempuan menangis. REMEMBER! "TERLEPAS CAKAP" - adalah situasi dia betul betul tak sengaja. Pada waktu ni, dia memang akan lupa perempuan dia.. dan mungkin ada sesetengah lelaki akan jadi dingin atau tidak mengendahkan orang sekeliling termasuk isterinya. Perempuan jangan kecil hati. Tak ambil masa seharian. Bila minda dia dah pulih, happy semula dan sudah hilang penat, dia akan ingat kembali tentang hubungan dia dengan isteri dia. :) Kalau isteri yang ada member perempuan spesis suka jalan jalan, pergi la ajak lepak atau shopping. But, never talk about your problem. Atau... jangan cerita perkara yang bukan bukan. hehe. Kalau tak ada member yang free time masa tu nak diajak jalan-jalan, apa kata buat kerja yang boleh buat sibuk sikit sambil tunggu si lelaki pulih.. :)

err.... pelik? perempuan pun pelik. Lelaki pun tak akan faham kalau dia tak belajar faham perempuan. For SURE! Lelaki bukan sengaja soal 95% ni. Dia pun tak sedar dia macam tu. haha. Perempuan pun tak akan sedar kenapa lelaki tak faham perempuan.Perempuan ni banyak 'ombak' :p perempuan pun tak sengaja soal ombak ombak segala ni. Fitrah jantina. Allah sengaja bezakan supaya lengkap antara satu sama lain dan paling penting nak hubungan lelaki dan perempuan itu dalam masa sama belajar bagaimana nak hargai, fahami dan sayangi pasangan masing masing. Kalau lelaki dan perempuan sama - FACT : HUBUNGAN TU AKAN MEMBOSANKAN DAN TAK BERAGAM. Macam mana nak seronok dan gembira kalau ada lirik sahaja music tak ada kan? Hahaha!

Kenapa perempuan banyak ombak? sebab otak perempuan boleh berfungsi untuk 7 perkara dalam satu masa. Lelaki hanya boleh berfungsi 2 perkara dalam satu masa, sebab tu ALLAH jadikan lelaki sebagai Mr.Fix It.. Perempuan tolong sokong lelaki supaya dia berjaya dalam melakukan kerja dia dengan keadaan fokus. Psst... lelaki kalau buat kerja fokus, kejadiannya adalah GEMPAK tau. hehehehe. Perempuan yang jumpa lelaki yang baik akan beruntung sebab result GEMPAK biasanya akan dikongsikan dengan perempuannya!

Alamakk! TIPS yang terlalu panjang dengan huraian. hahahaha. Itu adalah menunjukkan bahawa saya adalah perempuan yang tak sedar bahawa tulisan dah terlalu panjang dan begitulah kalau saya bercakap/bercerita. huhu..

Oke then.....

Selepas Encik Tunang hantar saya balik, saya terus buat apa yang patut dan saya capai lappy untuk entry ini. haha!



TERIMA KASIH ENCIK TUNANG UNTUK HARI LAHIR SAYA TAHUN 2014 NI. SAYA DAH 24 TAHUN. ALHAMDULILLAH... IN SHAA ALLAH KEMATANGAN AKAN TERUS MENJADI MILIK KITA BERSAMA UNTUK MENJALANI LANGKAH ATAU LEVEL KEHIDUPAN KITA YANG SETERUSNYA.

IMPIAN KITA AKAN MENJADI KENYATAAN DARI TAHAP KE TAHAP YANG SETERUSNYA.

PERJUANGAN ANTARA KERJAYA DAN HUBUNGAN ANTARA KITA BERDUA AKAN DIHARUNGI BERSAMA SUSAH DAN SENANG.. AMIN.

MASA DEPAN TAK MAMPU DIRAMAL TETAPI KITA MAMPU MERANCANG DAN TERUS BERJUANG UNTUK BERSAMA!

I LOVE YOU.

With Love,

#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @sofinahlamudin2.0, @blogsofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher, @sillywonk .


Share:

0 Kata-kata Dari Teman: