SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Khamis, 9 Oktober 2014

#Throwback Palm Beach Resort dan Shiro

Assalammualaikum readers & Bloggers,

Dalam tahun ni memang berlambak story saya. Jadi, bila dah berlambak, tangguh punya tangguh, hehe... bertambah pula berlambak. kekekeke.

Sebenarnya, saya jenguk blog ni setiap hari. Tapi tak buat apa-apa pun. Jenguk sahaja. Tujuan? Ngehe..! Rinduu...

Memang! Rindu sangat dengan blog ni. Dulu, saya rajin kan update. Cerita la sikit-sikit pasal aktiviti kan. Kalau tak ada aktiviti menarik sangat, saya confirm update cerita pasal si dia kat sini.

Ngehehe!

hekhek..oke lah. Kembali ke topik asal.

Apa cerita pula dengan Palm Beach Resort ni? HEHE.
Siap ada nama "SHIRO" lagi. Amboi...

"Seni duit yang wanita tidak pernah tahu.." [KLIK SINI]

Ogos lalu (Ogos? Sekarang dah Oktober baru nak update cerita ni kat sini - hahaha!! Baru ada mood dan spirit sikit nak update..),

Saya sebenarnya macam tidak percaya boleh join Palm Beach Resort family. Tak pernah ada dalam kepala pun nak melibatkan diri dalam dunia perhotelan dan resort-resort ni. Apatah lagi nak terlibat dalam dunia..dapur-dapur gitu. haha!

Macam ahli kumpulan KOIR pun ada. haha.


Jadi budak partimer untuk function kat sana bulan Ogos lalu. Not Alone for sure la. Dengan Encik Tunang sekali. Tak ada dia, tak sah kot. hehe. Tak seronok. Kan we best friend forever. hekhek.. padahal ramai je pun kawan-kawan kat situ ---- maksudnya tu adalah bukti saya nak kawan paling terbaik saya yang namanya MOHD NASYIT MD NOOH juga!! hehehehhehee! Tak mau yang lain. ngehe!

SOfinazz!!


Pada hujung minggu di suatu hari dalam bulan Ogos tu, Petronas Methanol Chemical buat open house hari raya 2014 kat Palm Beach Resort. Masa kena kol pasal function pada tarikh tersebut, saya memang tak tahu pun tu function under company mana. Saya just rembat je.. sound macam syiok kan.

Ye lahh. Ni la peluang untuk saya ada pengalaman kerja dalam 'perhotelan' atau resort-resort semua ni. Kalau Encik Tunang, dia memang ada pengalaman dalam dunia perhotelan. SO dia lebih faham. hehe.

..dan... pasti ramai member baru kita boleh jumpa kan. Itu pun boleh jadi sebagai tujuan saya yang sebenarnya selain daripada nak dapat pengalaman. Sebab, kalau pasal duit, hampeh la nak banyak sangat kalau part time. hehe. 1 jam cuma RM4 sahaja. Tapi berbaloi bila kita buat sesuatu bukan sebab RM4 tu. Seronok..! Tapi... psst... duit part time tu boleh mengenyangkan saya dan Encik Tunang kat Big Apple dan Oldtown juga. hahaha!

"Seni duit yang wanita tidak pernah tahu.." [KLIK SINI]

Saya terima tawaran tu. Encik Tunang pun terima. Kami sangat semangat terutamanya saya lah. Sampai nak beli baju uniform putih untuk jadi pembantu kat function tu nanti.. Jalan-jalan cari baju uniform, sambil-sambil tu cari kasut hitam untuk Encik Tunang. Hehe. Lain yang kami cari, lain pula yang kami pergi shopping. Kasut hitam juga lah. Tapi kasut hitam couple. aalooo... comel lah!! Suka!!

Encik Tunang pun suka. Dia kata, nak beli dua... nak untuk Cik Tunang dia sekali. Sama kasut baru la matching katanya. Sweetlaa... Nanti dah jadi hubby memang lagi sweet! Thanks darling for this cute shoes!

Ngehehe!! Kasut.

Di sebabkan oleh kasut ni, kawan-kawan kat resort ingat kami ni adik beradik. Ye ke? Saya tahu korang detect sesuatu bukan adik beradik. Saja cakap macam tu tapis-tapis kan. Ada ke adik beradik lelaki dan perempuan nak satu kepala? Susah sikit la tapi masih ada.

Saya dan Encik Tunang ke Palm Resort seawal pukul 8.00 pagi. Laporkan diri kat sana dan ambil botie hitam kat ofis. Funny rasa pakai botie sebab nampak macam ahli kumpulan koir. Tapi kena pakai juga.



Semasa berada di sana, kerja yang dibuat memang korang pun boleh fikirkan.

  1. Kosongkan meja makan.
  2. Kemas meja makan.
  3. Bawa talam.
  4. Jaga makanan.
  5. Jaga minuman.
  6. Hidangkan minuman

...dan sebagainya. Saya dan Encik Tunang berjaya berada kat sana selama 14 jam. Dari pagi hingga malam. Vahh!

Sebab apa? Banyak yang syiok!
Antaranya...
  1. Style buffet sahaja (mudah)
  2. Ada persembahan Shiro
  3. Ada persembahan Magic
Kalau buffet, memang senang nak buat. Tak perlu nak servis tahap cipan macam skema gila dalam hotel 5 bintang.

Semua orang boleh ambil makanan mereka sendiri kat tempat yang sudah disediakan. Tinggal pastikan semua cukup dan keadaan oke sahaja. Maksud kat sini, tak lah gila gaban sangat formalnya.

Dah tu, ada pula SHIRO waktu tu. Memang curi-curi layan persembahan la semua budak hotel. hahaha! Sambil kemas meja tu, mata tengok-tengok la kan kat pentas. 

Tapi tu la... saya seram sejuk bila supervisor asyik pandang-pandang. Huhu.. Memang serius la pada mulanya. Macam budak hotel yang betul-betul good la kononnya. haha!

Saya ada story dengan SHIRO ni. Saya sedang kemas meja. Tak tengok pun Shiro buat persembahan kat pentas. Tapi telinga memang pasang la mendengar lawak-lawak diorang tuh. Tiba-tiba dengar Si Shahrol cakap macam ni "Adik...kau ni asyik kerja je...cuba naik atas sekejap..". Saya dengar je. Tak detect apa-apa. Tiba-tiba.....

"Seni duit yang wanita tidak pernah tahu.." [KLIK SINI]

SHAHROL berdiri kat sebelah saya! Wehh... Saya memang bingung habis lah.

Dia pun cakap, "saya panggil awak..."

Ayomoooooo! Saya pun tengok sekeliling... dalam fikiran fikir macam mana la ni nak respon.

Shahrol terus cakap, "Nanti lah sambung kerja tu... jom naik atas pentas dulu..".

Saya pun pandang la seorang member ni, dia bagi green light, maksudnya, "Tak apa pergilah... aku tolong kemas meja kau" HAHAHA!

Tanpa rasa malu-segan-silu, saya pun naik slumber. Dari pentas tu, memang saya nampak manager tengok! HAHAHA! Dalam hati, alamak habis lah.

Layan SHIRO punya pasal, saya dapat Hamper besar satu! hahaha. Hasil daripada lakonan saya yang paling buruk dalam dunia.... weehh! saya tak reti belakon la... Ayoo...hentam saja la labu. Tapi sekurang-kurangnya dapat hamper tempat kedua walaupun buruk kan lakonan tu. hahaha!

Alhamdulillah bertuah juga saya ni. hehehe :p



Persembahan Magic saya tak dapat nak tengok sangat sebab, saya ni...selain daripada bertuah dapat hamper, bertuah juga asyik terserempak manager kat mana-mana laluan saya. haha. Jadi saya memang full budak skema walaupun sesaat dua tu pandai berubah nakal-nakal sikit. Haha!

Biasalah. Life budak hotel terpaksa macam tu untuk hiburan dengan rakan-rakan.Kena la curi-curi nakal. Lagipun saya tak ada niat nak jadi supervisor atau manager nak skema bagai. huhu!

Petangnya, lepas lunch tu... semasa briefing untuk petang, manager memang tegur la pasal naik pentas tadi. haha.. dah agak dah. Tapi dah terlambat, dah dapat hamper satu. kwang3x...

Saya join Palm Beach Resort ni adalah atas jasa wife uncle Lee. Dia yang ajak saya dan Encik Tunang join jadi part time waktu ada function. Thanks Uncle Lee dan Aunty Hapsah sebab beri peluang yang memang syiok ni. Nanti, kalau saya dan Encik Tunang dah tak berada kat Labuan, tak ada lagi la kesempatan join kamu-kamu semua. hehe.

Paling tak sangka-sangka, saya jumpa kawan-kawan lama saya. Kak Diana, Fairuz, Teaah, Kak Sofie dan yang lain-lain tak berapa rapat sangat. ehehe...

Happy sangat jumpa TEAAH dan Kak DIANA. Diorang ni la kawan saya semasa kerja kat Petronas Methanol tahun 2012 yang lalu.


Kak Diana dah kawen. Dah ada bby girl.


Perubahan Kak Diana dan Teaah,

Kak Diana dah jadi ibu kepada bby girl. Semasa kerja dengan dia dulu, dia memang dah bertunang. Teaah pula, Alhamdulillah sekarang dah bertudung. hehe. Chomel gituew!

Jumpa Kak Sofie (Nama dia Sofinah juga), tapi tak sempat nak snap foto dengan dia. Masa tu, dia preggy. Kitorang sempat borak kejap cuma lupa nak keluarkan kamera. hehehe!

Then, jumpa Fairuz juga. Kawan lama semasa sekolah SMK MUTIARA dulu. Dia sekarang dah kerja Petronas Methanol.



Kami dulu satu kelas semasa tingkatan tiga. hehehe. Syukur Alhamdulillah ada jodoh jumpa lagi. hehe.

Encik Tunang pun ada juga terserempak dengan member-member dia. Saya tengok, Encik Tunang semangat betul angkat-angkat barang. Comel betul! hehehe.

"Seni duit yang wanita tidak pernah tahu.." [KLIK SINI]

Dia borak-borak dengan kawan baru rasa happy sangat tengok... hehe...

Rasanya, sampai sini dulu cerita pasal PALM BEACH. Ada jodoh lagi, In Shaa Allah saya dan Encik Tunang akan jumpa kawan-kawan kat Palm Beach lagi nanti.

Salah satu gambar kenangan dengan kawan-kawan Palm Beach Resort di dapur.. hehehehe...



Terima kasih sebab sudi baca. Jumpa lagi di entry yang seterusnya.


With Love,




Share:

0 Kata-kata Dari Teman: