SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Khamis, 19 April 2018

Kisah Dan Maksud Disebalik 6 Batu Infinity Dan Dimanakah Setiap Batu Ini Berada?

Assalammualaikum Bloggers Dan Reader,

Dah selesai membaca entri "Fakta Yang Wajib Kita Ketahui Sebelum Menonton Infinity War Marvel" ? Sekarang ni musim demam Marvel kembali lagi. Semua gara gara Batu Infinity yang bakal dirampas oleh Thanos. Sudah pasti peminat Marvel begitu panasaran (tertanya tanya) di manakah Soul Stone sekarang, kan? sebab Soul Stone tidak pernah muncul di mana mana movie Marvel sejak tahun 2008. Bagi yang masih keliru berkenaan batu batu ini, saya kongsikan apakah sebenarnya 6 biji batu infinity ni dan mendedahkan di manakah setiap batu ini berada sekarang. Jom ketahui kronologi dan asal usul setiap batu batu ini.

Maksud Dan Lokasi Infinity Stone di dalam Movie Infinity War
Sumber Gambar : Google

SPACE STONE (TESSERACT)

Space Stone adalah dalam bentuk kiub (empat segi tepat) berwarna biru laut. Di dalam movie Marvel, ia dipanggil "Tesseract" kerana ia bukan berbentuk kiub biasa. Di dalam dunia matematik, ia mempunyai 8 sel dan 4 kiub. Baca sini berkenaan tesseract dalam geometri. Tak payah fikir panjang hal ni, sebab ni pembelajaran Matematik. Wahaha. Yang penting, kita tahu apakah bentuk Space Stone dalam movie Marvel.



Kisah Dan Maksud Disebalik 6 Batu Infinity Dan Dimanakah Setiap Batu Ini Berada
Sumber Gambar : Google

Space stone ditemui oleh seorang lelaki bernama Johann Schmidt atau dikenali sebagai The Red Skull. The Red Skull merupakan ketua kepada organisasi Hydra dan ejen Nazi pada ketika itu. Beliau mencari dan menjumpai Space Stone di Norway. Bagaimana pula Space Stone boleh ada kat Norway? Menurut penjelasan Thor dalam filem The Avenger 2012 Space Stone hilang ditelan bumi semasa peperangan antara Asgardians dan Frost Giants.

Frost Giants merupakan bangsa manusia yang besar dan tinggal di alam yang sejuk dan beku. Mereka juga dikenali sebagai golongan Jotunheim. Bangsa ini diperintah oleh raja bernama Laufey. Di mana, Laufey itu merupakan bapa kandung kepada Loki. Dalam lingkungan 600 hingga 1000 tahun Space Stone hilang di bumi, kemudian ditemui oleh manusia dan disembunyikan di Norway kerana mereka berpendapat bahawa tesserrect adalah pertemuan yang legend.

Mengapakah Space Stone boleh berada di Norway? Hal ini kerana peperangan antara Asgardians dan Frost Giants berlangsung di Norway. Babak ini ada di filem Thor tahun 2011. Frost Giants ingin merampas Norway dan dijadikan tempat tinggal mereka kerana mereka ini adalah makhluk gelandangan.

Apabila Frost Giants ke Norway, dan ingin berperang dengan manusia, sudah pastilah manusia akan kalah apatah lagi Frost Giant mempunyai kuasa untuk membekukan apa sahaja. Oleh iti, Odin dan tenteranya turun ke Norway untuk campur tangan. Saat ini lah manusia mengenali Dewa Odin, Thor, Loki, Asgard dan sebagainya.

Selepas tamatnya peperangan ini, Asgardian kembali ke alam mereka dan kisah mereka ditelan zaman sehingga ia akhirnya menjadi mitos dalam kalangan manusia dan generasi baru makhluk bumi.

Setelah tesseract ditemui oleh Red Skull, maka bermulalah kajian berkenaan Space Stone di bumi oleh seorang saintis bernama Arnim Zola. Doktor Arnim Zola direkrut oleh Johann Schmidt untuk menjadi saintis dalam organisasi Hydra. Babak ini ada di dalam Captain America : The First Avenger tahun 2012.



Kisah Dan Maksud Disebalik 6 Batu Infinity Dan Dimanakah Setiap Batu Ini Berada
Red Skull atau Johann Schmidt
Sumber Gambar : Google

Dalam filem Captain America : The First Avenger pada tahun 2011, Captain America menentang Red Skull di dalam sebuah kapal ciptaan Red Skull dan akhirnya Red Skull lesap setelah memegang atau menyentuh Space Stone menggunakan tangannya. Apabila jasad Red Skull lesap, Space Stone dalam genggaman Red Skull jatuh ke laut dari kapal tersebut.

Kemudian, Captain America terhempas bersama kapal tersebut. Howard Stark berusaha mencari Captain America tetapi gagal. Dalam usaha mencari Captain America tersebut, Howard Stark tanpa sengaja menemui Space Stone dalam lautan.

Sejak itu, Space Stone menjadi kajian Howard Stark dan S.H.I.E.L.D. Disebabkan teknologi pada zaman Howard begitu terhad, Howard Stark mewasiatkan kajian Space Stone ini untuk diteruskan oleh anaknya, Tony Stark. Babak Tony mewarisi atau meneruskan kajian Tesseract ini adalah dalam filem Iron Man 2. Di mana, tesseract dan buku kajiannya berkenaan tesseract ini diserahkan oleh salah seorang pengasas S.H.I.E.L.D iaitu Nick Fury.



Dengan adanya tesseract ini dalam tangan Tony, Tony dapat menambah baik "Arc Reactor" atau dikenali sebagai "Chest Piece" pada dadanya. Fungsi Chest Piece ini adalah menjadi sumber tenaga kepada sut Iron Man. Dalam masa yang sama sebagai penghalang dari serpihan bom yang berada dalam badan Tony (berhampiran organ hati) dari memasuki hatinya.

Tony terkena letupan bom tersebut semasa serangan "Ten Rings". Arc Reactor mempunyai dua jenis. Pertama adalah sumber tenaga yang bapa Tony dan Anton Vanko cipta semasa perang dunia ke 2. Dengan adanya Arc Reactor ini lah yang menjadi sumber tenaga Stark Industries. Kedua adalah versi Tony Stark yang digunakan pada dadanya dan sut Iron Man.


Kisah Dan Maksud Disebalik 6 Batu Infinity Dan Dimanakah Setiap Batu Ini Berada
Arc Reactor Tony Stark
Sumber Gambar : Google

Kisah Dan Maksud Disebalik 6 Batu Infinity Dan Dimanakah Setiap Batu Ini Berada
Arc Reactor Howard Stark
Sumber Gambar : Google

Kemudian, Space Stone cuba dirampas oleh Loki. Adik kepada Thor. Loki datang ke bumi untuk mendapatkan Space Stone untuk diserahkan kepada Thanos dan untuk membuka portal agar tentera bangsa Chitauri masuk ke bumi tetapi usahanya gagal apabila Thor dan pasukan Avenger berjaya menentangnya. Untuk bahagian ini, boleh menonton di dalam filem Marvel The Avengers 2012.



Kemudian, Thor dan Avengers berjaya menangkap Loki. Loki dan Space Stone dibawah ke Asgard semula. Space Stone disimpan ke dalam peti besi Asgard manakala Loki dipenjarakan oleh Odin, bapa kandung Thor.

Di dalam filem Thor : Ragnarok pada tahun 2017, kakak sulung Thor bernama Hela datang ke Asgard untuk merampas takhta dan ingin membalas dendam ke atas Odin kerana telah  mengurungnya. Dalam keadaan yang begitu kucar kacir di dalam Asgard, Loki telah mengambil kesempatan mencuri Space Stone semula di dalam peti besi Asgard.

Tanpa pengetahuan Thor, Loki telah membawa Space Stone bersamanya semasa Thor dan Asgardian yang lain di dalam sebuah kapal. Melarikan diri dari Asgard yang hancur dan mencari tempat baru untuk Asgardian.

Jadi, lokasi atau kedudukan Space Stone pada masa ini adalah bersama Loki. 

Keupayaan Space Stone : Space Stone mempunyai keupayaan untuk teleport dan mengembara dari planet ke planet.



TIME STONE (EYE OF AGAMOTO)

"Eye of Agamoto" adalah peninggalan terkuat oleh seorang ahli sihir bernama "Agamotto". Agamotto adalah ahli sihir tertua yang agung. Eye of Agamoto dicipta oleh Agamotto untuk menyimpan satu batu yang mempunyai kuasa luar biasa di dalamnya iaitu "Time Stone". Time Stone adalah batu berwarna hijau.

Kisah Dan Maksud Disebalik 6 Batu Infinity Dan Dimanakah Setiap Batu Ini Berada
Sumber Gambar : Google

Kisah Dan Maksud Disebalik 6 Batu Infinity Dan Dimanakah Setiap Batu Ini Berada
Doctor Strange memakai Eye Of Agamotto
Sumber Gambar : Google



Kenapa  Agamotto mencipta Eye Of Agamoto untuk menyimpan Time Stone? Hal ini kerana Agamotto ingin melindungi sesiapa sahaja dari menyentuh Time Stone secara direct. Tiada sesiapa boleh menyentuh Infinity Stone secara direct melainkan mereka mempunyai kuasa istimewa seperti Loki memegang Space Stone.

Kisah Dan Maksud Disebalik 6 Batu Infinity Dan Dimanakah Setiap Batu Ini Berada
Scene Loki memegang Space Stone di dalam Trailer Infinity War 2018
Sumber Gambar : Google

Di dalam filem Doctor Strange pada tahun 2016, Ilmu berkenaan Eye of Agamoto tertulis di dalam buku Cagliostro. Cagliostro merupakan seorang penulis legend yang suka menulis tentang mistik Grimoire.

Penulisan penulisan Cagliostro telah menjadi koleksi Agamotto, Sarjana Seni Mistik. Semua buku itu di simpan dalam sebuah perpustakaan di Kamar Taj di seksyen koleksi rahsia kepunyaan "Ancient One".

Koleksi rahsia ini tidak boleh di pelajari oleh mana mana pelajar baru kerana terlalu ramai pelajar yang "rosak" dan gelap mata apabila mempelajarinya. Walau bagaimana pun, Doctor Strange telah mempelajari buku di bahagian koleksi rahsia secara diam diam kerana perasaan ingin tahunya. Terdapat kesilapan yang telah dilakukan oleh pelajar pelajar terdahulu iaitu tidak membaca keseluruhan arahan dalam buku tersebut dan membuatkan mereka tersalah langkah.

Oleh hal yang demikian, Doctor Strange berjaya menentang Dormammu yang dibangkitkan oleh pelajar lama dengan menggunakan kepandaiannya dalam menggunakan Eye Of Agamoto dan kebijaksanaannya memanipulasikan masa menggunakan Time Stone.

Buat masa ini, lokasi dan kedudukan Time Stone adalah di Kamar Taj iaitu tempat Doctor Strange.

Keupayaan Time Stone : Membolehkan penggunanya mengawal masa dan digunakan untuk perjalanan sementara.



POWER STONE (ORB)

Sudah pasti Power Stone sangat mudah dan masih kekal dalam ingatan penonton setia Marvel. Hal ini kerana Power Stone muncul dalam filem Guardian Of The Galaxy pada tahun 2014 di mana ia di dalam bentuk "Orb". Jalan cerita The Guardian Of The Galaxy yang menarik dan kelakar pasti sangat disukai. Lagipun, sangat jelas sejak di awal cerita lagi, Orb ditekankan dalam filem ini.

Kisah Dan Maksud Disebalik 6 Batu Infinity Dan Dimanakah Setiap Batu Ini Berada
Sumber Gambar : Google

Power Stone adalah di dalam bentuk Orb dan berwarna Ungu. Sama seperti Time Stone, ia disimpan ke dalam Orb untuk tujuan batu tersebut tidak disentuh oleh makhluk organik. Di mana akan lesap sekelip mata setelah menyentuhnya melainkan mereka adalah dewa atau mempunyai kuasa luar biasa seperti Thanos.

Pemilik asal Power Stone ialah "Eson The Searcher". Eson merupakan makhluk yang besar dan kejam yang dikenali sebagai "Celestials". Eson menggunakan Power Stone untuk menghancurkan planet. Eson sangat mementingkan diri dan tidak mempunyai belas kasihan terhadap kehidupan lain dan akhirnya Eson mula dilupakan ditelan zaman.



Kemudian, Orb ditemui dan dimiliki oleh 9 Makhluk Kosmik yang mencuba berkongsi kuasa Power Stone dengan memegang Power Stone sambil berpegangan tangan sesama mereka. Namun, Makhluk ini tetap tidak berjaya mengatasi kekuatan Power Stone dan lesap dalam beberapa saat sahaja selepas memegang Power Stone tersebut.

Akhirnya, Orb yang menyimpan Power Stone di dalamnya disembunyikan di dalam sebuah planet bernama Morag. Di dalam planet Morag, terdapat satu makam rahsia di mana Orb tersebut diletakkan. Makam ini tersembunyi di bawah lautan yang luas dan dalam tetapi akan surut setiap 300 tahun.

Oleh itu, setelah surut makam ini boleh diakses oleh sesiapa sahaja. Di dalam filem The Guardian Of The Galaxy Vol. 1 tahun 2014, Peter Quill atau dikenali sebagai Star-Lord telah datang ke Morag untuk mendapatkan Orb.Pada mulanya Peter ingin menjual Orb ini demi mendapatkan wang kerana beliau belum mengetahui apakah sebenarnya Orb ini.

Orb menjadi rebutan antara, Ronan, Gamora, Nebula, Peter Quill dan Yondu.
Pada mulanya, Ronan perlu mendapatkan Orb untuk diberikan kepada Thanos. Namun, Ronan membelot dan ingin menghapuskan Thanos. Gamora ingin menjual kepada tukang kumpul dan Nebula pula untuk menghapuskan Thanos.

Manakala, Yondu seorang yang terkenal dengan kepakarannya dalam mencuri dan mengadai barang. Oleh itu, adalah tidak mustahil Yondu tidak mahukannya untuk mendapat keuntungan. Tetapi, itu hanyalah tersurat. Perkara tersiratnya adalah Yondu mahukan Orb tersebut agar Peter Quill tidak di dalam bahaya.

Dalam akhir penceritaan The Guardian Of The Galaxy Vol 1, kerjasama antara Peter Quil, Groot, Rocket, Gamora, Groot dan Drax berjaya menentang Ronan dan Orb akhirnya selamat dan diserahkan kepada Irani Rael iaitu komander Nova Corps.

Kisah Dan Maksud Disebalik 6 Batu Infinity Dan Dimanakah Setiap Batu Ini Berada
Irani Rael , Komander Nova Corps.
Sumber Gambar : Google

Jadi, lokasi dan kedudukan Power Stone sekarang adalah di Nova Corps. Di sebabkan dalam trailer Infinity War jelas kelihatan Power Stone berwarna unggu sudah jatuh ke tangan Thanos, kita perlu menonton Infinity War untuk ketahui bagaimana Thanos boleh mendapatkannya. 

Keupayaan Power Stone : Boleh digunakan untuk menghasilkan letupan, ribut, bebola atau tornado dengan tenaga maut berwarna ungu dan boleh menghasilkan tenaga api. Jika digunakan kuasanya di tahap maksimum, gelombangnya mampu memakan seluruh planet.



REALITY STONE (AETHER)

Reality Stone tidak sama seperti Infinity Stone yang lain. Reality Stone adalah dalam bentuk cecair atau kabus/asap merah gelap, cair likat dan tidak berbentuk literal. Namun terdapat tukang kumpul dari muzium mengatakan bahawa kemungkinan pada asalnya ia sama seperti yang lain iaitu dalam bentuk batu. Reality stone dikenali juga sebagai Aether.

Kisah Dan Maksud Disebalik 6 Batu Infinity Dan Dimanakah Setiap Batu Ini Berada
Sumber Gambar : Google

Cerita berkenaan Reality Stone ini hanya akan diingati oleh peminat peminat Thor. Mungkin. Tehee. Hal ini kerana, Reality Stone kurang menonjol dalam filem Marvel kecuali di dalam filem Thor. Walaupun begitu terdapat beberapa babak yang sekejap berkenaan Reality Stone ini di Guardian Of The Galaxy Vol. 1 semasa Peter Quill dan rakannya di tempat tukang kumpul dan di Avengers : Age of Ultron dalam bentuk ilusi oleh Thor.

Reality Stone muncul dalam filem Thor : The Dark World pada tahun 2013. Untuk pengetahuan pembaca, dari manakah datangnya Infinity Stone? Sebenarnya Infinity Stone datang dari satu bentuk tunggal iaitu "Reality Stone" sebelum wujudnya alam semesta.

Setelah alam semesta wujud, 4 makhluk kosmik telah memecahkannya kepada 6 objek di mana terhasillah 6 jenis batu yang dikenali sebagai Infinity Stone dan salah satunya adalah Reality Stone itu sendiri.

Pada mulanya, Reality Stone atau Aether dimiliki oleh "Dark Elves" yang bernama "Malekith". Setiap 5 ribu tahun 9 alam akan menjadi sejajar termasuklah bumi. Di mana akan wujud portal halimunan di planet yang terlibat. Oleh itu, Malekith ingin mengambil kesempatan tersebut untuk menggunakan peristiwa 9 alam sejajar itu untuk melepaskan kuasa Aether dan menjadikan 9 alam dalam kegelapan yang abadi.

Kisah Dan Maksud Disebalik 6 Batu Infinity Dan Dimanakah Setiap Batu Ini Berada
Malekith -  The Dark Elve
Sumber Gambar : Google



Walau bagaimana pun, Asgardian yang diketuai oleh Bor Burisan, moyang kepada Thor telah mengambil tindakan untuk menentang Malekith. Maka, berlakulah peperangan antara puak ini, Dark Elves dan Asgardians. Peperangan tersebut dimenangi oleh Asgardians. Dengan kekalahan itu, Malekith pun melarikan diri dan bersembunyi. Bor tidak mengetahui Malekith masih hidup dan tidak mengetahui rancangannya iaitu akan kembali lagi selepas 5 ribu tahun kemudian.

Aether pula ditanam (Bukan di bumi) oleh Asgardians di mana ia tidak boleh dijumpai lagi oleh sesiapa kerana Aether bukanlah sejenis batu yang mudah dihapuskan kerana kuasanya yang terlalu kuat.

5 ribu tahun kemudian, portal 9 alam sejajar terbuka lagi secara rawak termasuklah di bumi. Semasa portal ini terbuka, Jane Foster mendapat tahu terdapat satu kejadian aneh yang berkaitan dengan graviti yang aneh di suatu tempat.

Kisah Dan Maksud Disebalik 6 Batu Infinity Dan Dimanakah Setiap Batu Ini Berada
Kiri - Jane Foster, Kanan - Thor
Sumber Gambar : Google

Oleh itu, Jane Foster pergi ke arah itu untuk menyiasat dan dengan harapan, mungkin Thor akan kembali selepas sekian lama tidak bertemu. Tanpa sengaja, Jane termasuk ke portal di mana tempat Aether disembunyikan dan Aether termasuk ke tubuh Jane lalu, Jane menjadi perumah kepada Aether.

Oleh hal yang demikian, Malekith yang sudah dapat menghidu keberadaan Aether mencari Jane Foster untuk mendapatkan semula kuasanya itu agar boleh meneruskan niatnya yang tertangguh 5 ribu tahun yang lalu.

Jane Foster, Loki dan Thor bekerjasama untuk menentang Malekith. Apabila berjaya menentang Malekith dengan bantuan Loki, Aether dihantar ke tukang kumpul oleh salah seorang Asgardian.

Babak Asgardian menghantar Aether ke tempat tukang kumpul ini berada di dalam post kredit. Bukan dalam mana mana babak dari awal cerita sampai habis di filem Thor : The Dark World tahun 2013.

Jadi, Reality stone sekarang berada bersama tukang kumpul.Walau bagaimanapun, dalam filem The Guardian Of The Galaxy Vol. 1, Muzium tukang kumpul tersebut mengalami letupan akibat Orb (Power Stone) oleh pembantunya. Oleh itu, Adakah Reality Stone masih selamat dalam simpanan tukang kumpul?

Keupayaan Reality Stone : Mampu menukar yang baik kepada kejahatan. Yang terang kepada kegelapan. Reality Stone juga boleh menjadi parasit seperti kes Jane Foster menjadi perumah kepada Aether. Perumah Reality Stone boleh menjadi senjata kejahatan dan menjadi seorang yang kejam (Macam kerasukan, Tehee).




MIND STONE (SCEPTER)

Mind Stone berwarna kuning dan dikenali sebagai Scepter. Mind Stone adalah dalam bentuk tongkat sakti di mana batu tersebut berada di kepala tongkat tersebut. Walau bagaimana pun, semasa Mind Stone masih sebagai tongkat sakti, warna batu itu adalah biru kerana Mind Stone diselaputi oleh permata lain untuk melindungi batu asli tersebut.

Kisah Dan Maksud Disebalik 6 Batu Infinity Dan Dimanakah Setiap Batu Ini Berada
Sumber Gambar : Google

Dalam The Avenger 2012, Mind Stone ini pada mulanya adalah milik Thanos. Untuk mendapatkan Space Stone di bumi, Thanos dengan rela hati memberi Sceptor ini kepada Loki dengan harapan dapat melawan manusia dengan Mind Stone.

Jadi, ia menjadi milik Loki. Kemudian, Apabila Loki ditangkap oleh S.H.I.E.L.D, scepter disimpan di dalam S.H.I.E.L.D. Namun, Loki berjaya mendapatkan Scepter tersebut semula.

Malangnya, dalam filem The Avenger 1 tahun 2012, Thanos telah kehilangan Mind Stone dan gagal juga mendapatkan Space Stone kerana kecuaian dan kebodohan Loki.

Semasa di The Avenger tahun 2012 juga, orang terakhir yang memegang Scepter adalah Natasha Romanolf (Black Widow). Secara logiknya, Scepter sepatutnya berada di S.H.I.E.L.D kerana Natasha adalah salah seorang ahli S.H.I.E.L.D.

Filem Captain America : The Winter Soldier tahun  2014 menunjukkan bahawa di dalam S.H.I.E.L.D terdapat pengikut HYDRA, Nick Fury telah dibelot dan secara tidak disedari scepter telah dihantar ke pangkalan penyelidikan di Sokovia HYDRA untuk di kaji  oleh Wolfgang Von Strucker dan digunakan untuk tujuan kejahatan. Apabila ketua HYDRA mati, Wolfgang Von Strucker sudah tidak mahu memikirkan tentang kepentingan HYDRA mahupun S.H.I.E.L.D lagi. Mereka ingin merancang sesuatu yang lebih dasyat lagi. Babak ini ada di post credit.

Kisah Dan Maksud Disebalik 6 Batu Infinity Dan Dimanakah Setiap Batu Ini Berada
Wolfgang Von Strucker dan Scepter dalam babak pos kredit di minit 02:08:48.
Sumber Gambar : Movie

Kemudian, bersambung di filem Avengers : Age Of Ultron, pangkalan penyelidikan di Sokovia telah di serang oleh S.H.I.E.L.D dan Avenger untuk mencari Scepter. Ketika di pangkalan penyelidikan HYDRA, S.H.I.E.L.D dan pasukan Avenger diserang oleh dua adik beradik kembar yang mempunyai kuasa luar biasa.



Kembar ini bernama Wanda dan Pietro. Mereka merupakan anak tempatan Sokovia yang sukarela menjadi manusia kajian bersama Scepter bertujuan untuk membersihkan nama negara mereka. Kajian ini diawasi oleh Wolfgang Von Strucker.

Kisah Dan Maksud Disebalik 6 Batu Infinity Dan Dimanakah Setiap Batu Ini Berada
Wanda dan Pietro - Adik beradik kembar
Sumber Gambar : Google

Kebolehan luar biasa Wanda dan Pietro datangnya dari Sceptor itu sendiri.

Semasa di Sokovia, Tony Stark telah disihir oleh Wanda dan mempengaruhi Tony untuk merasa takut akan kehilangan kawan kawannya. Oleh itu, setelah kembali ke pangkalan Avenger, Tony meminta pertolongan Bruce Banner untuk menghasilkan Ultron menggunakan data berkenaan Scepter yang diperolehinya dari pangkalan penyelidikan HYDRA.

Tony mendapati, Scepter mempunyai matriks perisikan yang berfungsi seperti otak dan berfikir jika dia mencipta Ultron menggunakan data tersebut, bolehlah dia memuat naik program Ultron ke dalam sistem Iron Man Legion untuk menjadi robot keamanan. Oleh itu, dia boleh membubarkan pasukan Avenger. Maka, dia tiada risiko untuk kehilangan kawan kawannya.

Namun, ciptaan Ultron ini adalah satu kesilapan apabila Ultron menjadi  satu program yang tidak diingini. Ultron tidak seperti Jarvis di mana boleh menurut arahan Tony Stark. Ultron boleh berfikir sendiri dan boleh bertindak mengikut suka hatinya tanpa sempat diprogramkan oleh Tony Stark apa yang perlu dilakukannya.

Kisah Dan Maksud Disebalik 6 Batu Infinity Dan Dimanakah Setiap Batu Ini Berada
Kiri : Jarvis , Kanan : Scepter
Sumber Gambar : Google

Ultron juga telah tersalah tafsir bahawa untuk menjadikan Bumi tempat yang aman, maka manusia perlu dihapuskan kerana manusialah yang sendiri menghancurkan Bumi dengan pelbagai cara seperti peperangan antara manusia. Pembunuhan berleluasa dan sebagainya. Ultron berhasrat untuk menjadikan bumi tempat kehidupan metal sahaja tanpa manusia.

Disebabkan Ultron diperbuat daripada Mind Stone atau Scepter, Ultron sangat sukar untuk ditewaskan. Ultron juga mampu mencipta pelbagai mesin dengan adanya Vibranium.

Vibranium merupakan teknologi Black Panther yang dijual secara tidak sah oleh pak cik Black Panther suatu ketika dahulu dan menyebabkan Vibranium berada di tangan orang yang tidak bertanggungjawab untuk mencipta senjata dan sebagainya.

Ultron juga mencipta satu tubuh organik, sama seperti manusia yang diselaputi dengan Vibranium agar menjadi tubuh yang sangat kuat. Scepter dipecahkan lalu Mind Stone dikeluarkan dan diletakkan di dahi tubuh tersebut. Selepas tubuh itu siap sepenuhnya, Ultron memindahkan programnya ke tubuh tersebut.

Tetapi, hanya berjaya memindahkan sebahagian sahaja ke tubuh tersebut. Apabila pihak Avenger mengetahui hal tubuh yang dicipta oleh Ultron ini, Tony dan rakannya merampas tubuh ciptaan Ultron itu untuk dijadikan tubuh Jarvis.

Tony dan Bruce memuat naik program Jarvis ke tubuh ciptaan Ultron dan dinamakan sebagai Vision. Vision lah yang mampu menentang Ultron.



Kisah Dan Maksud Disebalik 6 Batu Infinity Dan Dimanakah Setiap Batu Ini Berada
Vision
Sumber Gambar : Google

Oleh itu, lokasi dan kedudukan Mind Stone yang terkini adalah di Bumi bersama Vision.

Keupayaan Mind Stone : Batu ini membolehkan penggunanya membaca minda dan boleh berhubung melalui minda.



SOUL STONE

Setakat ini, sejak dari filem Iron Man pertama pada tahun 2008, kita tidak pernah melihat kemunculan Soul Stone melainkan sebut sebutan di dalam beberapa movie Marvel sehingga tahun 2017.

Disebabkan versi movie telah diubah ubah jalan ceritanya, tidak sama seperti di dalam komik. Tidak ada sesiapa yang tahu di manakah Soul Stone berada. Semakin hampir tarikh movie Infinity War ini, semakin banyak teori dan pendapat daripada peminat peminat Marvel.

Menurut Wong, kawan kepada Doctor Stranger, Soul Stone merupakan batu yang paling kuat di antara 6 batu Infinity tersebut. Dan Batu ini ada kemungkinan mampu untuk menghapuskan Thanos. Walau bagaimanapun, agak begitu mengelirukan kerana tidak sesiapa ketahui kedudukannya.

Walau bagaimanapun, selepas menonton The Guardian Of The Galaxy Vol 2, saya berpendapat, saya tahu di manakah SOUL STONE ini berada sekarang selepas melihat beberapa babak di dalam filem tersebut.

Untuk mengetahuinya, sila baca di entri saya seterusnya yang berjudul, "Keberadaan Batu Soul (Soul Stone) Terdedah Di Movie Guardian Of The Galaxy" .

Terima kasih kerana membaca entri ini. Jika korang mempunyai sebarang pendapat, boleh kongsikan di ruangan komen. VvaahHHH!

OK. Jumpa kat entri sebelah. Tehee.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @blogsofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

2 Kata-kata Dari Teman:

Dunia Zumal berkata...

Zumal suka koleksi kisah Marvel ni sebab setiap watak ada tarikan tertentu yang buat kita tak nak terlepas... Di sebalik aksi ada juga sikit-sikit boleh buat kita ketawa...

Sofinah Lamudin berkata...

Hahaha... betul tu Zumal. Saya suka Captain America.. lurus dan baik wataknya. Kalau nak lawak, Thor, Rocket, Drax tu memang lawak sangat.