SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Khamis, 19 April 2018

Keberadaan Batu Soul (Soul Stone) Terdedah Di Movie Guardian Of The Galaxy Pada Tahun 2017

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Seperti yang saya katakan di entri "Apakah Maksud Disebalik 6 Batu Infinity Dan Dimanakah Setiap Batu Ini Berada" , Lokasi Soul Stone tidak pernah disebutkan di mana mana movie Marvel. Oleh itu, belum ada yang mengetahuinya. Soalan di manakah Soul Stone berada adalah soalan paling ingin diketahui jawapannya oleh peminat peminat movie Marvel. Oleh hal yang demikian, soul stone begitu terkenal dan disebut sebut oleh peminat movie marvel dan percaya bahawa soul stone bakal menewaskan Thanos. Baca : "Siapakah Thanos dan Fakta sebelum menonton Infinity War 2018".



Pada pendapat saya, selepas menonton movie The Guardian Of The Galaxy Vol. 2 yang berulang ulang di Astro, telah membuatkan saya rasa telah menemukan jawapannya. Sebelum saya berkongsi dengan korang apa yang saya lihat dan faham disebalik filem The Guardian Of The Galaxy, saya ingin berkongsi dengan korang apa yang peminat lain fikirkan.

Warna Soul Stone Adalah Oren

Heimdall

Disebakan warna Soul Stone adalah oren, beberapa orang orang peminat movie Marvel berpendapat bahawa Soul Stone mestilah berada pada Heimdall. Adakah korang masih ingat watak Heimdal dalam filem Thor?

Dimanakah Soul Stone Berada
Sumber Gambar : Google

Heimdall merupakan penjaga jambatan yang menemukan Asgard dengan 9 alam lain termasuk bumi. Jambatan ini dipanggil "Bifrost Bridge" dan mempunyai portal untuk Asgardian keluar masuk ke Asgard. Heimdall bermata oren dan mempunyai kuasa mendengar dan melihat yang luar biasa.

Heimdall juga seorang yang baik, dan setia kepada Raja Asgard. Oleh kerana mata Heimdall yang berwarna oren dan sutnya terdapat satu batu berwarna oren, maka, ramai yang percaya soul stone berada bersama Heimdall. Disebabkan Heimdall merupakan penjaga yang sangat setia, ia semakin dipercayai sebagai penjaga kepada Soul Stone dan tidak akan mendedahkan rahsia tersebut.

Tetapi, berdasarkan trailer Infinity War, Heimdall tidak kelihatan lagi. Saya percaya Heimdall mati atau bersembunyi bersama Asgardian yang lain semasa serangan Thanos di kapalnya untuk mendapatkan Space Stone (Semasa di Thor : Ragnarok).

Hela

Hela adalah kakak kepada Thor. Semasa melihat railer Thor : Ragnarok, ramai peminat movie Marvel percaya Hela lah yang memegang Soul Stone kerana kuasanya bewarna oren. Dan Hela dipercayai seorang anak Odin yang paling kuat sehingga tidak mampu ditandingi oleh Thor dan Loki atau mana mana Asgardian.

Di manakah Soul Stone Berada
Sumber Gambar : Google



Tetapi ternyata bukan Hela yang memegang Soul Stone kerana selepas tayangan Thor : Ragnarok pada tahun 2017, Soul Stone langsung tidak kelihatan.

Doctor Strange

Disebabkan ramai yang mengatakan kuasa dan mata akan bertukar warna mengikut Infinity Stone semasa digunakan, maka ramai juga yang berpendapat Soul Stone ada pada Doctor Strange kerana kuasa sihir yang dipelajarinya di Kamar Taj bewarna oren.

Di manakah Soul Stone berada
Sumber Gambar : Google

Selain itu, ada yang mengaitkan sikap Doctor Strange yang sangat mahu menyelamatkan nyawa orang lain, tidak mahu membunuh dan sebagainya adalah berkaitan dengan Soul Stone.



Tetapi, disebabkan Infinity Stone tidak boleh berada di satu tempat yang sama (berdekatan) adalah tidak logik Doctor Strange mempunyai Soul Stone setelah terdapatnya Time Stone di Kamar Taj.

Jarvis

Jarvis merupakan program atau sistem buatan Tony Stark.  Jarvis pernah dikaitkan dengan Soul Stone kerana sistemnya bewarna oren. Tetapi itu serta merta salah apabila Jarvis menjadi Vision dan di dahi Vision terdapatnya Mind Stone.

Di manakah Soul Stone berada
Jarvis di sebelah kiri, bewarna oren.
Sumber Gambar : Google

Tidak Ada Kaitan Dengan Warna Batu

Mengapa saya katakan tidak ada kaitan dengan warna batu? Kerana jika korang perasan, semasa Mind Stone masih dalam bentuk Scepter atau tongkat sakti di Pangkalan Penyelidikan HYDRA (Dalam filem The Avenger : Age Of Ultron tahun 2015), Wanda dan Pietro yang menjadi manusia kajian telah mempunyai kuasa luar biasa dengan gabungan Scepter.

Di manakah soul stone berada
Wanda di kiri, Pietro di kanan.
Sumber Gambar : Google

Tetapi, Wanda yang menjadi ahli sihir bermata merah dan kuasanya bewarna merah. Manakala, Pietro bewarna biru. Bukan kuning kerana Mind Stone adalah bewarna kuning. Begitu juga dengan Ultron yang dicipta oleh Tony Stark berdasarkan Mind Stone tidak bewarna kuning.

Lokasi Soul Stone Berdasarkan Hal Lain Lain

Mainan Lego Iron Man

Hal ini agak kelakar tetapi saya faham peminat Marvel memang agak ke-fan-ta-si-an atau mungkin untuk mendapatkan trafik atau sebagainya atau bergurau. Tetapi, ada yang mengaitkan Soul Stone ada pada Iron Man kerana permainan Lego bewarna oren. Uhrmm..



Kisah Kematian Avengers

Semasa dalam filem The Avenger : Age Of Ultron, Tony mendapat satu visi atau mimpi selepas disihir oleh Wanda di mana semua kawan kawannya, Captain America, Hulk, Natasha dan yang lain lain mati oleh tentera Chitauri.

Di sini, peminat mengaitkan bahawa Soul Stone ada pada Tony kerana sifatnya ingin menyelamatkan rakannya dan mendapatkan Soul Stone untuk menghidupkan kembali pasukan Avenger yang sudah mati.

Walau bagaimanapun, pada pendapat saya, ia adalah mustahil kerana Arc Reactor pada dada Tony adalah Space Stone. Sebelum Tony memperbaik kajian berkenaan Space Stone, Arc Reactor Tony telah menyebabkan dia diserang racun dan boleh membawa maut. Apatah lagi jika Tony pemilik Soul Stone?

Alam Black Panther

Semasa di dalam movie Black Panther, T'Challa boleh masuk ke alam lain di mana dia boleh bercakap dengan bapanya yang sudah mati. Disebabkan Soul Stone berkeupayaan untuk menghidupkan nyawa, maka Soul Stone dikaitkan dan dipercayai berada di alam tersebut bersama T'Chaka atau di Wakanda.


Jadi, apakah yang saya lihat dan faham semasa menonton The Guardian Of The Galaxy Vol. 2?


Pada awal cerita, pasukan Guardian Of The Galaxy, Peter Quill, Rocket, Baby Groot, Gamora dan Drax pergi ke planet Sovereign untuk membunuh makhluk Abilisk yang selalu datang menggangu planet Sovereign untuk memakan bateri. Nama bateri tersebut adalah Anulax Batteries yang menjadi sumber tenaga planet Sovereign.

Di manakah soul stone berada
Planet Sovereign.
Sumber Gambar : Movie
Minit ke 00:02:54


Di manakah soul stone berada
Babak menewaskan mahkluk Abilisk.
Sumber Gambar : Movie
Minit ke 00:07:53

Di manakah soul stone berada
Lokasi Analux Batteries
Sumber Gambar : Movie
Minit ke 00:03:04

Di manakah soul stone berada
Analux Batteries jarak dekat
Sumber Gambar : Movie
Minit ke 00:03:19

Sovereign adalah bangsa yang bewarna emas di mana tidak membiak seperti biologi manusia tetapi menggunakan kaedah ciptaan DNA di dalam pod pembiakan tidak kira lelaki mahupun wanita. Pod pembiakan ini juga dikenali sebagai "Cosmic Cocoon".

Ciptaan setiap warga Severeign adalah mengikut seperti yang dicipta dan dirancang oleh masyarakat Severeign. Ia tidak sempurna, tetapi baik secara fizikal dan mental. DNA keturunan Severeign adalah dikawal dan setelah siap akan di tanam ke dalam Cosmic Cocoon.

Info berkenaan cara Sovereign membiak ini dijelaskan sendiri oleh Ayesha, pendeta emas tertinggi dalam planet tersebut selepas Peter Quill dan pasukannya membunuh Abilisk.

Di manakah soul stone berada
Babak Pendeta Ayesha menjelaskan bagaimana warga Sovereign dilahirkan. Babak ini selepas Abilisk dibunuh.
Sumber Gambar : Movie
Minit ke 00:10:02

Kemudian, di pos kredit The Guardian Of The Galaxy Vol. 2 ada satu babak di mana Pendeta Tinggi Ayesha telah mencipta satu Cosmic Cocoon versi lebih advance yang di namakan Advance Birth Pod. Ayesha telah mencipta satu DNA yang sempurna, lebih kuat , lebih cantik, dan mempunyai keupayaan yang mampu menewaskan pasukan Guardian Of The Galaxy (Peter Quill, Rocket, Groot, Gamora dan Drax).

Di manakah soul stone berada
Babak Pendeta Ayesha marah dan menjelaskan ciptaan barunya.
Sumber Gambar : Movie (Pos Kredit)
Minit ke 02:11:58

Ini bermaksud, Ayesha telah mencipta satu kehidupan yang berbeza dari warganegaranya sebelum ini. Ini adalah evolusi yang bakal mengubah fizikal dan mental makhluk tersebut. Ciptaan yang sempurna ini dinamakan Adam oleh Ayesha dan jelas ia adalah berjantina lelaki.

Mengapa Ayesha mencipta Adam? Kerana kemarahannya terhadap pasukan Guardian Of The Galaxy yang telah mencuri Analux Batteries (Rocket mencurinya semasa mereka berlawan dengan Abilisk). Kemudian, Ayesha merasa kecewa dengan kekalahannya di Planet Ego. Kekalahan itu telah membawa kerugian yang besar bagi planetnya apabila Omnicrafts hancur dalam pertarungan tersebut.

Apa itu soul stone
Omnicraft. Drone kawalan jauh daro planet Sovereign.
Sumber Gambar : Movie
Minit ke 01:35:34

Oleh itu, ciptaan Adam adalah kerana Ayesha tidak dapat mengawal kemarahannya dan ingin membalas dendam.

Apakah kaitan Sovereign dengan Soul Stone?

Soul Stone merupakan batu yang unik dan mempunyai kuasa yang tidak dapat diterima akal.

Kuasa Soul Stone :

1. Memberi kehidupan/nyawa kepada yang mati.
2. Mengetahui perkara sebenar dari jiwa orang lain).
3. Telepati.
4. Menyerap jiwa orang lain dan mengambil pengetahuan orang yang diserap.
5. Boleh membuat letupan.



Jadi, apabila difikirkan, warga Sovereign mencipta kehidupan menggunakan ciptaan DNA melalui pod bukan melalui sistem biologi seperti lelaki dan wanita menjalin hubungan intim. Mereka juga bukanlah spesis yang bertelur. Wahaha.

Jika mereka mencipta sesuatu makhluk yang mempunyai DNA, sell, organ dan sebagainya, bagaimanakah dengan jiwa dan akalnya?

Jika benar kuasa Soul Stone adalah seperti yang di gembar gemburkan itu benar, maka tanpa Soul Stone, makhluk yang keluar dari Cosmic Cocoon itu adalah makhluk tanpa jiwa, tanpa fikiran, tanpa akal dan akan sama seperti binatang? seperti robot atau program yang sama seperti yang diciptakan oleh Tony Stark iaitu Jarvis atau Friday.

Kelahiran warga Sovereign adalah kelahiran yang agak pelik. Sama seperti Vision. Mempunyai tubuh tetapi tiada akal sehinggalah Ultron dan Jarvis berada dalam tubuh tersebut. Jarvis adalah sistem komputer yang diprogram oleh manusia manakala, Ultron merupakan program yang menggunakan kuasa ajaib dari Mind Stone. Kerana itulah Vision mampu berfikir dan 'berotak'.

Oleh itu, saya yakin lokasi Soul Stone adalah di planet Sovereign tetapi saya tidak pasti siapa pemiliknya.

Seluruh sumber Planet Sovereign datangnya dari Anulax Batteries. Adakah Anulax Batteries tersebut tercipta daripada Soul Stone?

Jika seluruh warga Sovereign adalah lahir dari Cocoon atau Pod, siapakah orang pertama yang mencipta mereka? 

Dalam babak Ayesha mencipta Adam, dayang dayangnya ada berkata kepadanya, "High Priestess, the council is waiting....."

Itu bermakna, Ayesha bukanlah 'bos' tetapi di atas Ayesha mempunyai lembaga tertingi lagi. Bermaksud ada ketua lagi.. Oleh itu, pandangan saya adalah ketua kepada Ayesha inilah kunci yang bakal menjelaskan Anulax Batteries dan cosmic cocoon diperbuat daripada apa. Adakah dari Soul Stone? dan adakah dia pemilik Soul Stone?

Adam akan muncul di dalam Infinity War atau tidak?



Pendapat saya, tidak. Tetapi, Adam akan muncul di The Guardian Of The Galaxy Vol. 3 dan Soul Stone akan terdedah di dalam filem tersebut.

Adakah Thanos berjaya ditewaskan di dalam Infinity War?

Ada beberapa pendapat, mungkin Doctor Strange terpaksa memanipulasikan masa seperti yang dilakukannya semasa menentang Darmammu di dalam filem Doctor Strange pada tahun 2016. Situasi itu akan berulang ulang. Wahaha.

Pendapat kedua, Thanos akan tewas di dalam The Avenger ke 4 di mana tajuknya belum diketahui. Mungkin juga tajuknya ada "Infinity Gauntlet".

Kesimpulannya,
Persoalan persoalan ini hanya akan terjawab selepas kita menonton Infinity War. Walau bagaimanapun, kalau korang ada pendapat mengenai movie Marvel atau mungkin pendapat berdasarkan komik, boleh kongsikan kat komen OK! Have FUN! VvaahhHHHH!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

2 Kata-kata Dari Teman:

ai berkata...

Rasanya majority cerita marvel ai tengok, tapi kenapa macam banyak yang ai terlepas pandang ya?

Sofinah Lamudin berkata...

Kena tengok banyak kali juga Ai. Kadang kadang lepas tengok dua tiga kali baru nampak 'something' tu hehe. Terutamanya kalau Marvel ni, ada cameo laa, ester egg laa.. macam macam.