SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Rabu, 2 Mei 2018

Game Handle dan Joystick Untuk Main Game Mobile Legends Bagus atau Tak Bagus?

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Hujung minggu lepas, saya dan Mr.Bee sempat ke Kompleks Sukan Air, WP.Labuan. Sedang berlangsung satu acara tahunan waktu tu iaitu "Sea Water Challenge". Acara ni berlangsung seminggu.Tapi, saya dan Mr.Bee sibuk kat Soho/rumah jadi tak mengambil apa apa bahagian atau merayau pada acara tersebut dari awal acara. Sebab acara keramaian ni dah jadi 'terlalu sama' setiap tahun. Tehee. Jadi, saya dan Mr.Bee memilih untuk pergi pada hari Ahad je. Hari lain, stay kat soho/rumah je. Boleh buat apa patut yang lebih penting.

Game Handle dan Joystick Untuk Main Game Mobile Legends Bagus atau Tak Bagus?
Koleksi Joystick saya dan Mr.Bee.

Seperti yang saya katakan tadi, acara macam ni adalah 'terlalu sama' . Bagi saya dan Mr.Bee, acara keramaian seperti ini tidak terlalu menarik perhatian sangat sebab mungkin sebab faktor terlalu kerap ke acara seperti ini di Labuan sejak tahun 2012. Wahaha.. Kalau sebelum tahun 2012, saya memang susah nak ke acara keramaian sebab saya bekerja walaupun Sabtu dan Ahad. Mungkin, itulah faktornya kenapa kurang teruja.



Walau bagaimanapun, kalau sebut berkenaan makanan, memang teruja laa.. Wahaha.. Memang gerai makan akan banyak sangat kalau ada acara macam ni. Jadi, saya dan Mr.Bee beli makanan untuk dijadikan makan malam. Burger daging special dan Pau.

Selesai makan, saya dan Mr.Bee pusing pusing kat gerai jualan bukan makanan pula. Kat jualan tu laa kitorang jumpa Game Handle dan beli dua. Satu untuk saya dan satu lagi, untuk Mr.Bee.

Game Handle dan Joystick Untuk Main Game Mobile Legends Bagus atau Tak Bagus?
Pinjam Chokey jap untuk jadi modeling. Wahaha..

Game Handle Untuk Main Mobile Legends

Saya dan Mr.Bee suka layan game android. Seperti yang korang dah tahu, memang Mobile Legends laa buat masa ni kitorang layan. Yang lain agak di-ter-lupa-kan dah. Wehehe.

Game Handle dan Joystick Untuk Main Game Mobile Legends Bagus atau Tak Bagus?
Mr.Bee layan Mobile Legends kat ruang tamu menggunakan game handle.

Bagi saya, main game guna hanphone touch screen bukan senang tau. Saya rasa tak selesa. Masa main, asyik terlepas touch joystick tu. Saya lebih suka main game menggunakan controller atau pad yang timbul. Puas hati main. Kalau touch screen, rasa macam hampeh sikit.

Selain tu, handphone zaman sekarang ni, nipis, lebar dan licin. Mudah terlepas handphone tu masa main game. Terutamanya main masa baring. Tehee.



Jadi, saya memang sangat perlukan game handle ni. Saya guna game handle ni, saya rasa lebih selesa sebab kita boleh genggam kat handle. Bukan kat handphone. Sama macam nak selfie, saya suka pegang handphone guna pop socket kat belakang handphone berbanding pegang macam tu je sewaktu nak selfie. Tanpa pop socket mudah terlepas waktu selfie tu.. Maklum laaa.. nak senget senget sikit kan kalau nak selfie. Wahahaha... Nak cari angle. Wahaha! macam yang minat Musically tu, maunya jatuh handphone tu ke lantai..

Hhaaah! Boleh tengok video saya main guna Game Handle kat bawah ni :



 Gitulaa..senang. Tak tergelincir handphone. Tambah tambah kalau waktu marah kan sebab asyik mati kena bunuh. Wahahaha..


Joystick Untuk Main Mobile Legends

Sejak ada keperluan joystick dalam dunia game android, saya pun tidak ketinggalan untuk mencuba beberapa joystick agar senang bermain game mobile. Ye laa.. bila guna joystick sebenar, bukan joystick kat skrin telefon, senang nak belok belok. Nak ke kiri ke, nak ke kanan ke.. Ye laa.. kalau musuh dah ramai sangat kerumun, kena la pakar menjadi pelarian. Eehh? Bukan..maksud saya kena laa lari menyelamatkan diri! Sebab tu laa pelbagai joystick untuk mobile diperkenalkan di pasaran. Antaranya :

Game Handle dan Joystick Untuk Main Game Mobile Legends Bagus atau Tak Bagus?
Koleksi Joystick/Controller saya dan Mr.Bee.



Tapi, malangnya..

Semua joystick di atas tidak berguna bagi saya! Bertambah stress main Mobile Legends ada laa.. Main game bukan untuk stress. Tapi untuk berhibur. Ye tak?

Uhrmm... Semua joystick mini kat atas tak sesuai langsung untuk main Mobile Legends. Tapi kalau untuk game lain, boleh. Contohnya, game Minigore 2 : Zombies. Mungkin sebab bentuk pad kat game ni berbeza dengan Mobile Legends. Layan game ni guna joystick mini yang nipis warna coklat seperti dalam gambar kat atas tu memang syok!

Controller mini untuk mobile
Sumber Gambar : Google

Disebabkan main Mobile Legends agak mencabar sikit, joystick mini warna hitam tu rosak. Tehee...Kesian joystick tu. Joystick mini warna hitam/merah kat atas tu pula syok kalau main Counter Strike versi mobile.


Controller Bluetooth Mocute Untuk Mobile Legends

Controller Mocute ni Mr.Bee beli kat Lazada untuk saya main Mobile Legends. Malangnya, tak dapat! Model controller Mocute yang Mr.Bee beli ni ialah Mocute-054. Model ni hanya boleh digunakan untuk Mobile Legends kat android versi lama. Kitorang punya adalah android 6.0.1.



Selain tu, terdapat kelemahan dalam game Mobile Legends jika kita on Bluetooth. Semasa kita main Mobile Legends, dan kita on bluetooth untuk pairing kat peranti lain seperti speaker ke, headset ke atau controller..Mobile Legends akan lagging. Sangkut sangkut seolah olah line internet tak kuat. Hhuhu...

Game Handle dan Joystick Untuk Main Game Mobile Legends Bagus atau Tak Bagus?
Demo controller Mocute ketika digunakan. Letak handphone seperti dalam gambar lepas tu, on bluetooth.

Walau bagaimanapun, Mocute-054 ni masih boleh digunakan untuk game lain. Game yang tersedia khas untuk jenama Mocute. Tapi, saya dan Mr.Bee nampaknya tak boleh nak layan game guna Mocute ni sebab, saiz game yang boleh support Mocute ni besar giler. Tu maknanya kena beli handphone baru. Wahahaha... Gurau.



Jadi, kesimpulannya...Game handle dan joystick untuk main game Mobile Legends bagus atau tak bagus?

Guna game handle bagus. Guna Joystick, tak bagus. Guna laa untuk game lain selain Mobile Legends. VvaaahhHHHH!

Terima kasih membaca entri ni.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @sofinahlamudin2.0, @blogsofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

2 Kata-kata Dari Teman:

Mrs Pip berkata...

bagus juga bila ada review mcm ni ... so yg nak beli tu boleh buat keputusan nak joystick atau game handle ...

Sofinah Lamudin berkata...

Ya kak pip... Kalau guna joystick pun tak boleh guna sangat juga untuk Mobile Legends. Tak pasti la kalau ada joystick yang lain selain ini. hehehe...