SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Sabtu, 23 Jun 2018

Teknik dan Cara Menggunakan Aplikasi Tik Tok / Musically / Thriller / Kwai

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Saya pasti sangat, aplikasi Tik Tok sekarang ni sedang trending dalam Malaysia. Tapi trendingnya adalah agak kurang positif. Tehee.. Sebagai pengguna Tik Tok, saya bukan juga nak menafikan pendapat sesiapa. Ada betulnya juga apa yang disuarakan tersebut. Sebab saya sendiri nampak apa yang mereka maksud kan. Wahaha.. Cuma nak kongsikan apa yang saya tahu mengenai aplikasi ini sedikit sebanyak (dah sikit, tiba tiba banyak pulaa.. wehehee..).

Teknik dan Cara Menggunakan Aplikasi Tik Tok  Musically  Thriller Kwai


Saya buka topik aplikasi yang sedang hangat sekarang ni, nak kata saya hebat, tak ada lah hebat. Saya pun baru sahaja mempunyai keberanian menonjolkan diri dalam dunia video ni setelah kembali aktif dalam dunia blogger pada tahun 2017. Tu pun, sebab dapat job yang menuntut saya untuk buat video berdurasi 1 minit. Sebelum ni, saya lebih banyak menggunakan kamera hanya untuk mengambil gambar. Video? Tidak mungkin. Apatah lagi bercakap depan kamera dan mendengar suara sendiri. Wahaha...



Tapi, walaupun begitu... sebelum saya kembali aktif dalam dunia blogger ni, saya memang pernah dan suka create video bermusic, video pantas, video slowmo. Saya record video anak buah saya bermain, record video kucing saya, record video bisu tanpa suara, dan kadang kadang, saya record video saya melukis.

Saya menggunakan pelbagai aplikasi video dari play store dan saya tertarik dengan Musically dan Thriller. Senang sebab dah sediakan music dan effect tertentu seperti, fast, epic, slow, dan sebagainya...

Sejak tu lah saya terdedah dengan pengguna penggunA Musically yang aktif lalu saya follow mereka. Dari video mereka tu lah saya belajar sedikit demi sedikit teknik dan cara menggunAkan aplikasi Musically agar nampak tricky dan kreatif walaupun taklaa tricky dan kreatif tahap gempak..

Jadi, saya nak kongsikan dengan korang sedikit tentang asal usul, maklumat, teknik dan cara menggunakan aplikasi Tik Tok / Musically / Thriller / Kwai ni.

Asal Usul Aplikasi Tik Tok

Aplikasi Tik Tok ni adalah dari syarikat BYTEMOD PTE.LTD. PTD.LTD tu bermaksud, Private Limited. Penggunaan perkataan "Private Limited" ini bermaksud, syarikat ini adalah berasal dari Singapura.

Sebelum wujudnya Tik Tok, sudah sekian lama Musically berkecimpung dalam dunia video music dalam bentuk aplikasi telefon pintar berdurasi 15 saat. Sebelum Musically menjadi popular secara international, telah wujud satu aplikasi bernama "Thriller". Namun, aplikasi Musically lebih mudah digunakan berbanding Thriller. Lama kelamaan, Thriller mengubah cara mereka berfungsi hingga hampir 80% sama seperti Musically berfungsi.



20% lagi, Thriller masih ada beza dengan Musically di mana, Thriller mempunyai fungsi Take 1 , Take 2, dan seterusnya untuk kita membuat video berbeza lokasi tetapi menggunakan lagu yang sama. Lalu video tersebut di kompil menjadi satu. Nak tahu lebih lanjut, kenalah korang download sendiri dan explore aplikasi ni.

Video kat bawah ni saya create menggunakan aplikasi Thriller dengan dua kali take. Take 1, Mr.Bee yang rekod. Take 2, saya yang rekod. Kemudian, video ni sekejap muka saya, sekejap muka Mr.Bee automatik aplikasi ni yang buat. Tak berlu kita yang edit, buat cutting atau split atau trim semua tu.



Tidak lama kemudian, aplikasi Tik Tok mula diiklankan di play store, game dan sebagainya. Pada pendapat saya, aplikasi Tik Tok telah meniru 100% aplikasi Musically tetapi membuat promosi dan marketing dengan cara yang berbeza.

Jika dalam Musically, penggunanya digelar MUSER, manakala dalam Tik Tok penggunanya digelar TIK TOKER.

Tik Tok mula dibawa masuk ke Malaysia dengan pelbagai cara. Mengikut pemerhatian saya, Muser dari Malaysia yang sudah menggumpul ribuan follower di Musically, di bawa masuk ke Tik Tok untuk menjadi Influencer (bermaksud mendapat bayaran dalam mempromosikan aplikasi Tik Tok).



Lalu, aplikasi Tik Tok mula tersebar dan pengguna dari Malaysia semakin ramai. Selain itu, Tik Tok juga menggunakan selebriti untuk menyebarkan aplikasi ini selain dari blogger dan instafemes yang mempunyai follower yang ramai.


Perbezaan Tik Tok dan Musically

Apakah perbezaan Tik Tok dan Musically? Keduanya tiada beza. Sama sahaja iaitu aplikasi music video. YANG MEMBEZAKANNYA ADALAH...

Cara aplikasi ini digunakan oleh pengguna dari Malaysia dan luar negara. Muser lebih expert berbanding Tik Toker. Video Tik Toker kebanyakkannya (tidak semua) kelihatan amatur dan ramai yang membuat rakaman yang kurang sesuai. Walaupun begitu, ini mungkin kerana masih dalam proses belajar dan baru dalam Tik Tok.

Muser menggunakan Musically secara terlatih dan tahu teknik dan memahami apakah fungsi aplikasi ini. Muser juga tahu kategori video apakah yang boleh mereka buat. Sama ada komedi, clip music, tarian, menyanyi atau transition. Walaupun tidak 100% muser membuat video yang boleh dikatakan hebat tetapi, majoriti Muser adalah terlatih dan sudah expert dalam membuat video Musically mengikut video yang mereka tahu dan minat. Hal ini kerana aplikasi Musically memang sudah wujud sekian lama. Pengguna otai Musically sudah sangat faham cara dan teknik serta trick dalam membuat video 15 saat ini.



Menggunakan aplikasi Musically atau Tik Tok dalam kategori komedi sebenarnya sama sahaja seperti mereka yang membuat video pendek yang dipanggil Vines lawak / lucu. Cuma dalam Tik Tok tidak ramai yang membuat vines lawak / lucu original. Kebanyakkan lawak dalam Tik Tok adalah lawak yang agak pelik, contohnya lawak kentut atau lawak maki atau lawak perkataan kurang sopan seperti lawak 18sx. Hhuhuhu..

Sekiranya korang buat vines original dalam Tik Tok (guna suara sendiri), korang akan menjadi pioneer . Suara atau audio korang akan digunakan oleh pengguna lain dengan menggerakkan bibir (lip sync) seolah oleh mereka yang bercakap.

Transition juga adalah salah satu trik video yang sering digunakan oleh Muser dan Tik Toker . Jika korang nak belajar membuat video transition, saya syorkan ke Musically berbanding Tik Tok kerana Transioner lebih ramai di Musically berbanding Tik Tok. Jika masih mahu menggunakan Tik Tok untuk belajar dan melihat cara membuat video Transition, saya syorkan korang follow Jorvin ( ID : Jorvin) atau Jijea (ID : Zhou_king66) di Tik Tok.

Teknik dan Cara Menggunakan Aplikasi Tik Tok  Musically  Thriller Kwai


Challenge / Event Tik Tok dan Musically

Aplikasi ini digemari oleh ramai orang kerana mereka membuat pelbagai challenge. Beberapa challenge akan ada pemenangnya. Setiap pemenang akan memperolehi hadiah Limited Edition dari Musically atau Tik Tok.

Jika korang menang challenge sebagai Muser dalam kategori komedi, maka korang akan mendapat hadiah dari Musically yang merupakan Merchandise yang unik dan tiada dalam pasaran.

Jika korang menang challenge atau contest sebagai Tik Toker mengikut kriteria yang ditetapkan, maka korang akan mendapat hadiah dari Tik Tok sama ada merchandise yang terdapat logo Tik Tok atau tidak.

Mengenai Event, Tik Tok merupakan aplikasi yang aktif membuat marketing dalam Asia menggikut negara. Tik Tok telah ke Kuala Lumpur membuat satu event perjumpaan Tik Tokers. Di hari raya pula, Tik Tok membuat Gala Raya Tik Tok dan membuat perjumpaan sesama Tik Tok. Tik Tok bukan sahaja membuat event dalam Malaysia malah di Thailand, Vietnam dan sebagainya.


Follower Tik Tok / Musically

Untuk mendapatkan follower ramai dalam Tik Tok atau Musically, korang kenalah menjadi pengguna terawal aplikasi ini. Wahaha... atau korang adalah instafemes yang sudah ramai followers di instagram, juga berpotensi mempunyai follower yang ramai dalam Tik Tok atau Musically. Kebiasaannya, semasa kurangnya pengguna dalam sesuatu aplikasi, algotrithm akan memihak kepada kita.

Atau, mungkin boleh mendapat follower jika tahu atau berbakat membuat video menarik. Dalam aplikasi ini bukanlah bakat menari atau menyanyi atau berlakon sahaja tetapi bakat membuat video menarik. Tak kiralah video apa pun, contohnya, video kucing, video buat magik atau video trik kamera atau video makanan. Nak buat video make up pun boleh, buat video review produk, workout dan sebagainya. Kena kreatif sahaja. Jangan sempitkan fikiran dengan nyanyian atau menari sahaja meskipun, description aplikasi ni kata "Aps Music Video"..



Tidak juga perlu mengikut trending challenge / lagu yang ada pada bahagian "for you" di aplikasi Tik Tok ini. Hal ini kerana lagu tersebut terlalu kerap berulang ulang dan membosankan.


Teknik dan cara menggunakan aplikasi Tik Tok / Musically / Thriller / Kwai

Oh ya! Kwai tu adalah aplikasi sebijik macam Tik Tok dan Musically juga cuma bagi saya, agak susah nak guna sebab butang record dia kena pause manually dan kurang mesra alam sikit. Hhuhu... Tapi teknik dan cara tu sama je. Boleh slow, boleh laju, boleh buat transition juga.

Sebenarnya, saya tak tulis teknik dan cara pun tak apa, sebab banyak kat youtube. Wahahaha... lagi senang faham sebab diorang buat tutorial tu guna video. Malah mereka lebih expert. Saya cuma peminat aplikasi ni je. Expert tu tak ada laa... Wehehe...

Korang taip je , "How to Musically" atau "Tutorial Musically" atau "Tips using Musically". Hhaaah... gitu.. Apply je kat Tik Tok.. sama je.



Kalau korang nak guna suara original pun boleh, tak perlu letak music kat video tu...Guna je suara sendiri.

Kalau buat video jenis transition, biasanya memang makan masa walaupun hanya untuk video berdurasi 15 saat. Jadi kena banyak bersabar. Hhuhu..

Kesimpulannya, aplikasi ni OK je. Yang tak ok tu jika rekod bukan bukan. Sama macam aplikasi video lain juga, kalau rekod benda tak OK, akan tak OK laa jadinya.. VvaawaahhHHHH!

Penafian : Bukan promosi. Bukan ajak. Saya memang peminat dan pengguna aplikasi video berdurasi 15 saat ini terutamanya kategori transition dan komedi  untuk hiburan semata mata namun bukan semua jenis rakaman saya sokong dan suka. *Tertakluk pada terma dan syarat* LOL.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @sofinahlamudin2.0, @blogsofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher , @sopheevlog .


Share:

20 Kata-kata Dari Teman:

Farhana Jafri berkata...

baru tahu serba sikit tentang tik tok & musically ni tapi tak minat sangat bab video ni

azlina ina berkata...

ohhh..baru tau.Ada lagi rupanya selain tiktok dan musically.Ehehe.. thanks ya.Penerangan details

Dura Norell berkata...

Walaupun kita nak menuju zaman 2020, tapi akak rasa macam dah tak leh adapt dengan mende2 baru cenggini dah..Had akak sampai instagram dan FB je, takleh gi dah beyond the limit *○*

ejulz berkata...

belum pernah lagi guna app ni. hehe

ejulz berkata...

Jemput terjah entry terkini ejulz :)
1. Nak cari sponsor Segmen
2. #SyawalGiveaway - My First Giveaway
3. Pencarian Bloglist July 2018 oleh Airah Syahirah

Nadia Johari berkata...

tu la tengok sofinah rajin buat..hehee..akak tak larat dh nak buat..hahaa

Sofinah Lamudin berkata...

Tehehe... Akak minat bab video Farhanna.. tu la sebabnye terjebak dengan apps ni. Tapi tu laa idea nak rekod apa tak tahu laa.. LOL.

Sofinah Lamudin berkata...

Sama sama Ina... Ada lagi apps lebih kurang macam Tik Tok dan Musically ni... cuma Tik Tok ni jer terlebih boom.. trending gila sampai macam macam kes pula berlaku.. Wehehe.

Sofinah Lamudin berkata...

Hehehe... ni apps generasi baru kak Dura.. Zaman zaman mereka la ni.. Saya tumpang apps zaman generasi baru je ni. LOL.. teringat pula kat Friendster dan YM..zaman kita.. Ahahaha.

Sofinah Lamudin berkata...

Try la sekali Ejulz.. kalau suka teruskan pakai.. Tapi tu laa.. "makan" memori banyak apps ni. Kena rajin housekeeping.

Sofinah Lamudin berkata...

Terima kasih updatenya Ejulz.

Sofinah Lamudin berkata...

Masa lapang memang rajin la kak Nad.. Time dah busy lupa juga apps ni.. Wehehe.

Tanpa Nama berkata...

Saya nak tanya macam mana nak dapat banyak like... Nak tekan bahagian mana?? Satu die bagi bahagian "ikuti" satu lagi "until anda" so mana satu kita kena tekan untuk pasti kan video kita dapat banyak like Dan ditonton oleh ramai orang.

Sofinah Lamudin berkata...

Hi. Terima kasih membaca artikel Teknik dan Cara Menggunakan Aplikasi Tik Tok / Musically / Thriller / Kwai dari blog saya. Cara nak dapatkan banyak like di akaun Tik Tok tu saya tak pasti sangat. Hehehe... tapi, boleh cuba kongsikan ke instagram atau social media yang lain video tiktok tu..

Unknown berkata...

Saya nak ckp macam mne kalau vd tiktok bile rmai like n tgok pastu bile kite nk bkk x lehh... Sbbb

Sofinah Lamudin berkata...

Tak boleh buka video tiktok tu atau akaun tiktok tak boleh login awak? Soalan tak jelas. Hhuhu... Kalau soalannya, tak boleh login, maybe salah password. Kalau video tu tak boleh tengok disebabkan ramai yang like dan tgk, tu saya tak sure juga kenapa. hehe.

Ida berkata...

Salam, betul tu, kena rakam benda yg elok barulah elok jadinya. Teknologi ni ada baik dan buruknya. Macam api, waktu kecil jadi kawan, bila besar jadi lawan.

Sofinah Lamudin berkata...

Hehe.. betul sis.

Sofinah Lamudin berkata...

Thanks membaca artikel Teknik TikTok kat blog saya sis.

Mrs Pip berkata...

Kak Pip Suka tengok tutorial phone photography Kat tiktok, maybe make try guna someday tiktok n musically.tq share.