SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Jumaat, 10 Ogos 2018

Memiliki "I Change" Sejak 6 Tahun Yang Lalu dan Saya Dapati Ia Boleh Menggandakan Pendapatan Jika Diamalkan

Assalammualaikum Bloggers and Readers,

FuhhH!
Ambil masa selama lebih 2 minggu juga untuk habis membaca buku "I Change". Maklumlah, buku yang ditulis oleh Dr.Muruga ni dalam Bahasa Inggeris. Terkebil kebil juga mata dibuatnya kalau ada ayat yang tidak difahami. Kadang kadang terkial kial juga buka dictionary. Wahaha... Sebenarnya, saya sudah memiliki buku ni sejak 6 tahun yang lalu dan saya dapati ia boleh menggandakan pendapatan kita jika diamalkan. Tidak kira kita adalah bekerja makan gaji atau bekerja sendiri. Saya akan cerita kemudian tentang potensi menggandakan pendapatan melalui amalan "I Change".

Boleh Menggandakan Pendapatan Jika Diamalkan
Bawa buku pergi mana mana. Curi masa membaca kalau ada kesempatan. Tehee.

Saya beli buku ni pada 7 Disember 2012 semasa saya tinggal di Kota Kinabalu waktu tu. Disebabkan lokasi tempat tinggal adalah di apartment shopping complex, maka turun bawah je dah boleh jalan jalan ke kedai buku. Masa tu, One Borneo belum ada POPULAR. Masa tu cuma ada HARRIS. Masuk kedai HARRIS dan saya pilih buku "I Change" sebab buku ni tak tebal sangat. Wahaha... Tujuan? Nak belajar English dengan buku ni tapi, baru baca bab 1 dah kecundang. Wahaha...

Alhamdulillah, Tahun ni dah tak kecundang. Berjaya saja habiskan walaupun makan masa. Rupanya, tak susah sangat pun nak baca. Cuma, tu laa ambil masa sampai lebih dari 2 minggu nak habiskan.

So, mari teruskan dengan "I Change".


Fakta Mengenai "I Change"

Kulit Buku : Bagi saya rekaan kulit buku biasa sahaja tapi mempunyai maksud. Simbol rama rama digunakan sebab ia bermaksud 'perubahan'. Dari ulat yang tidak cantik, berubah kepada rama rama yang cantik dan boleh terbang bebas. Kulit buku adalah jenis kulit buku nipis.

Jenis Buku/Genre/Kategori : Motivasi, Self-Help dan Inspirasi.

Bahasa : English.

Muka Surat : 97 muka surat.

Kesinambungan Buku : Kalau boleh baca juga The Easy UC Way oleh penulis yang sama.

Penerbitan : Copyright 2012 oleh 1760 East River Road, Suite 145 Tucson, Arizona 85718 USA.

Tentang Penulis : Dr.Muruga merupakan seorang penulis "bestselling of The Easy UC Way". Beliau juga seorang perunding/penasihat pengurusan dan prestasi, dan jurulatih dalam Malaysia.


Siapa Yang Sesuai Membaca "I Change" ?

1. Buku ini sesuai dibaca oleh golongan pekerja, majikan dan sesiapa sahaja yang baru dalam alam pekerjaan. Hal ini kerana Dr.Muruga banyak mengulas dan membincangkan tentang mengapa seseorang pekerja yang merasakan dirinya tidak dihargai atau tidak mendapat kenaikan gaji. Begitu juga dengan majikan yang merasakan dirinya berkuasa tetapi hakikatnya tidak seorang pun pekerjanya menghormatinya.



2. Buku ini sesuai dibaca oleh mereka yang sedang mencari cara menggandakan pendapatan bulanan (kenaikan gaji) dan cara untuk meningkatkan pendapatan berniaga.

3. Selain itu, sesuai juga dibaca oleh golongan yang sudah mempunyai pasangan kerana buku ini juga menyentuh berkenaan hubungan suami isteri atau hubungan dengan sesama manusia.

4. Sangat sesuai dibaca oleh mereka yang sedang dalam proses ingin berubah ke arah yang lebih baik tetapi merasa agak sukar dan mencabar.

5. Begitu juga mereka yang merasa tidak gembira dengan hidup. Buku ini akan menjawab mengapa kita tidak gembira.

6. Sesiapa sahaja yang mahukan motivasi dalam bekerja, rumahtangga, diri sendiri dan dalam situasi tertentu.


So, Apa Kaitan "I Change" dengan "Menggandakan Pendapatan" ?

Buku ni menceritakan langkah demi langkah untuk menjadi pekerja yang mempunyai sikap yang betul ketika bekerja. Sikap yang betul tersebut bukanlah seperti yang kita fikirkan seperti rajin, ikut arahan majikan dan sebagainya seperti yang lazim difikirkan.

Korang akan terkejut bila membaca buku ni dan korang dapati, korang "tertampar" dengan kata kata Dr.Muruga. Kalau ikutkan ego, memang tak nak mengaku tapi... nak naik gaji tak? Nak meningkatan prestasi diri dengan betul tak? Sedangkan saya yang dah lama tinggalkan alam pekerjaan ni pun tertampar bila flashback semula zaman bekerja dulu. Betul sangat. Ada yang saya buat tak betul tapi saya ingatkan betul.



Tapi nak betulkan semula tak guna sebab saya dah tak bekerja. Jadi, saya gunakan ilmu "I Change" ni untuk kehidupan saya yang sekarang pula. In Shaa Allah. Sedang bertatih...

Buku ni juga akan memberikan kesedaran sejauh mana tahap kita berusaha dan komit dengan tanggungjawab kita. Sejauh mana kita ni, benar benar ikhlas dengan diri sendiri dan orang sekeliling kita.

Dengan membaca buku ni, In Shaa Allah akan tahu kenapa agaknya selama ni tak naik naik gaji. Tak naik pangkat. Tak untung buat bisnes dan sebagainya.


Apa Yang Menarik Tentang "I Change"?

Dr.Muruga bukan sahaja menceritakan bagaimana untuk berhadapan dengan dugaan atau cabaran hidup tetapi beliau juga mengupas mengapa kita tidak berjaya berubah ke arah yang kita mahukan walaupun kita sudah berusaha. Contohnya, seorang isteri berusaha untuk membuat suaminya mencintainya semula. Maka, dia berusaha mengubah penampilan dan membuat apa yang terbaik sebagai seorang isteri tetapi tetap gagal menambat hati suaminya. Mengapa? Yes. Dr. Muruga juga memberitahu apa sebabnya. Dan bagaimana untuk mengetahui puncanya.

Boleh Menggandakan Pendapatan Jika Diamalkan
"I Change" atas meja menulis. YyeahhH!

Dr. Muruga juga menjelaskan mengapa seseorang merasakan sudah banyak usaha dan komitmen yang dibuat tetapi masih tidak ada apa apa yang baik berlaku.

Cara penyampaian Dr.Muruga adalah sangat mudah difahami dan disertakan dengan contoh serta kisah benar dalam hidupnya. Selain itu, beliau juga menceritakan kisah kisah kliennya yang mendapatkan khidmatnya dalam mengamalkan "I Change".

Selain itu, Dr.Muruga memberikan beberapa amaran. Proses berubah bukanlah mudah.. Amaran ini penting agar kita lebih bersedia. Bukan berputus asa jika usaha pertama gagal. Mungkin cuba usaha kedua dengan strategi yang berbeza pula.


Apa Yang Saya Dapat Dari "I Change" ?

1. Kesedaran untuk berubah melalui "Ice Berg".

Kalau tengok Ice Berg, memang kat atas kita nampak. Kat bawah tu kita tak nampak. Kesedaran kita ni berdasarkan apa yang kita nampak sahaja. Kalau nak berubah, sebenarnya bukan lihat permukaan atas.



2. Berubah ke arah sesuatu yang orang atau sesuatu (situasi) itu jangkakan bukan dari apa yang kita fikirkan.

Kadang kadang kita nak berubah sebab apa yang kita mahukan. Bukan apa yang orang jangkakan. Sebab tu kita berusaha untuk disayangi malah kita dijauhi. Kenapa? Sebab kita berusaha mengikut apa yang kita fikirkan. Bukan jangkaan situasi tersebut.

Contoh, isteri tak suka kita merokok dan hari hari kena bebel. Maka, kita nak berubah dengan berhenti merokok sebab nak isteri kita berhenti membebel sedangkan isteri nak kita berhenti merokok bukan untuk berhenti membebel tapi nak kita jadi insan yang sihat dan orang sekeliling kita pun turut sihat. Dengan berhentinya merokok, tidak akan menjamin isteri korang berhenti membebel. Wahahaha...

3. Menerima dan sedar tentang hal hal tersirat yang tidak pernah diberitahu dalam bentuk komunikasi atau bertulis.

Ni lebih kurang macam no.2 tetapi lebih jelas maksudnya. Contoh, suami tadi dapati dengan berhenti merokok bukanlah jalan penyelesaian untuk isterinya berhenti membebel kepadanya tetapi dengan berubah sikap seperti lebih menjaga kesihatan, lebih bersikap mengambil berat, romantik, komit dengan hubungan dan belajar memahami wanita dan tidak pentingkan diri sendiri akan membuatkan isterinya lebih tenang.

Jadi, hal tersiratnya adalah, isterinya membebel kerana dia tidak tenang dan sentiasa risau serta mungkin hubungan tersebut kelihatan tidak berfungsi dengan baik. Apabila si suami berjaya berubah mengikut situasi yang tersirat tersebut, maka..isterinya pun berhenti membebel sepanjang masa.

4. Sikap tidak menyayangi diri sendiri tanpa sedar.

Sikap ini adalah merosakkan diri sendiri seperti, merokok, mengambil kafein berlebihan, tidak bersenam, makan makanan yang memudaratkan dan sebagainya.

5. Percaya kepada kepercayaan yang benar tetapi tidak berfungsi lagi.

Contohnya, hubungan rumah tangga zaman dulu (purba) tak perlukan nota nota cinta dari suami. Tidak perlukan kata kata romantik dan pelukan setiap hari, yang mereka tahu hanyalah suami perlu pergi bekerja mencari wang atau makanan untuk isteri dan anak. Tetapi, konsep ini sudah tidak berfungsi lagi pada zaman moden kerana isteri zaman moden boleh mendapatkan sumber kewangan atau makanan sendiri.

Oleh itu, golongan isteri zaman kini lebih memerlukan sokongan dari segi emosi dan perasaan. Isteri perlukan kata kata motivasi dari insan kesayangan, perlukan peluk cium setiap hari yang boleh menghilangkan stress tempat kerja. Jadi, suami zaman sekarang perlu belajar teknik rumah tangga bahagia zaman moden.

6. Kepercayaan yang salah akan mencerminkan segala tindakan, reaksi dan kehidupan.



Sistem kepercayaan yang salah boleh memberi kesan kepada tindakan dan reaksi kita. Contohnya, situasi kekurangan kewangan. Seorang ayah yang tua, meminjam wang dengan kawannya lalu, si anak mendengus, "ahh.. memalukan saja bapaku ni.." maksudnya, si anak sudah mempunyai satu sistem kepercayaan yang salah di mana dia merasa bapanya meminjam wang itu adalah tindakan yang memalukan lalu menjauhkan diri dari bapanya dan kawan kawan bapanya.

Sedangkan dia sepatutnya berfikir begini, "Uh...rupanya bapaku kurang wang.. aku harus membantunya...".

Sistem kepercayaan yang betul adalah, apabila melihat situasi seperti inidalam keadaan di mana kita juga sedang ketiadaan wang yang banyak maka, kita akan bertindak dengan bekerja lebih rajin lagi.. mengambil overtime untuk mendapat duit lebih. Duit lebih diberikan kepada ayah dan membantu ayah membayar hutang kawan ayah. Selain itu, berpesan kepada ayah, jika perlukan wang, bertanyalah kepadanya bukan meminjam dengan orang lain.

Kesilapan dalam sistem kepercayaan dalaman boleh menjadikan kita seorang yang tidak bertanggungjawab.

...dan banyak lagi pengajaran dan pelajaran dari "I Change"... Korang haruslah baca sendiri supaya korang boleh hadam sendiri mengikut situasi dan kehidupan sendiri. Kalau saya tulis semua, tak sama keputusannya dengan korang sebab kita berbeza latar belakang, gaya hidup dan cara menjalankan kehidupan pun tak sama. Vvaaahh!



Buku ni memang best dan boleh membantu pembaca dalam pelbagai aspek terutamanya dalam alam pekerjaan.


Berapa Bintang Untuk Buku Ni?

Saya beri 8/10.

Kenapa kurang 2? Sebab saya visual person. Saya agak 'lembab' untuk membaca buku tanpa gambar atau warna atau tanpa ilustrasi. WahaHAha... Tapi tak penting lah..kan.. yang penting isi kandungan yang mantap!

Mesej untuk Dr.Muruga : Thanks untuk buku yang hebat dan menarik ni. Betul betul memberikan kesedaran dalaman untuk berubah ke arah yang lebih baik. Saya sangat suka part amaran.


With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @sofinahlamudin2.0, @blogsofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

12 Kata-kata Dari Teman:

Fatimah Nabila berkata...

menariknyer, tapi tu la buku english ni mmg lambat la sikit nak habis..hihi

Sofinah Lamudin berkata...

Hahaha... ye Fatimah... terutamanya macam saya ni... English kureng ilmu sikit.. wahaha..

messarah berkata...

Drop here! :)

https://messarah.blogspot.com/2018/08/cekodoktrip-hiking-bukit-keluang-pantai.html

Baby Breath berkata...

wah macam best je. sekarang buku ni ada jual lagi ke ? saya nak jugak buku ni. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sebab nk tunggu entry setrusnya. saya suka cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya. saya followers ke 298

Sofinah Lamudin berkata...

Hi Aisyah Elsa. Terima kasih singgah ke blog akak dan baca entri berkenaan buku I Change yang boleh menggandakan pendapatan jika diamalkan. Buku ni akak beli 6 tahun yang lalu kat Harris, so, maybe boleh check kat Popular yang berdekatan dengan Aisyah. Harris tu adik beradik Popular. Kalau check kat MPH Online, nampaknya cuma ada buku "The Easy UC Way" je.

Sofinah Lamudin berkata...

Hi Sarah...thanks singgah sini..

Bazilah berkata...

Bestnya baca ulasan buku ni.. Betul la, bukan senang nak turunkan ego sendiri sebenarnyakan.. konon nak berjaya, tapi tak nak berubah.. hmm..

Xplorasi Destinasi berkata...

Semoga lepas ni lebih ramai yang akan baca buku ni :)

Sofinah Lamudin berkata...

Terima kasih Bazilah baca ulasan buku I change ni kat sini. Jom laa sama berubah ke arah yang lebih baik. :)

Sofinah Lamudin berkata...

In Shaa Allah akan ramai yang akan suka membaca buku jenis macam ni. I change oleh Dr. Muruga ni pun salah satu buku self help yang bagus juga.

Cik Itah berkata...

bagus buku ni.bole jd inspirasi

Sofinah Lamudin berkata...

Hehehe ye betul tu Cik Itah...