SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Sabtu, 2 November 2019

Cerita Bulan Januari Hingga Disember 2019 Sofinazz - Halaman 1 | Januari 2019

Cerita Bulan Januari Hingga Disember 2019 Sofinazz - Halaman 1 | Januari 2019


Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,

Wow! Hello November. Vvaaah! Saya rasa macam baru je semalam kita sambut tahun baru. Hhaaah...itu dia. Nampaknya tahun 2019 ni agak mencabar emosi saya sehingga saya tak dapat nak fokus blog setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan. So, what actually going on with me? There is so much things happened and at the some point I felt so difficult to catch up and sometime I felt like I don't know who I am. Lols. Tahun ni sepatutnya saya membuat entri summary untuk setiap bulan untuk share apa sahaja yang saya boleh share kat blog ni. Tapi, YyeahhH...human is still human. Wahahaha.... To be honest I got the real upside down of my own self lately.



But, it's okay. Let's skip that. I'll be better soon, In Shaa Allah. Saya ada periksa blog post saya sejak bulan Januari kat blog ni. Dan, oh ya.. saya ada skip bulan Mei hingga Julai dan Oktober. Bulan yang lain lain pun blog post sangat sedikit. It's a funny thing bagi saya bila blog post dalam satu bulan cuma satu blog post. Oh my god...Wahahaha..So...really really really....rea...lly?

Sejujurnya, my blog post list dah agak panjang berjela sejak saya tertinggalkan blog ni. So, kali ni saya nak tulis tentang moment atau events atau anything like activity sepanjang bulan Januari hingga Disember secara ringkas (Pstt...if I said 'ringkas', it's doesn't mean sangat ringkas. Hhuhu...) kat sini. So, kita mulakan dengan Januari.

Januari 2019

Cerita Bulan Januari 2019

Menyambut Tahun Baru Di Kota Kinabalu, Sabah

Saya dan Mr.Bee ke Kota Kinabalu pada awal tahun untuk meraikan tahun baru 2019. Kebiasaannya, kami akan ke Kota Kinabalu lebih awal iaitu akan berada di Kota Kinabalu sebelum new year dan balik Labuan pada tahun baru. Tapi, kali ni keadaan agak berbeza sebab kami ke Kota Kinabalu betul betul dalam tahun baru. Saya ada menulis tentang Kota Kinabalu di blog ni pada 04 Januari dan 05 Januari 2019. Kemudian, saya dah tak update lagi cerita Januari masa tu. I don't remember what happen but, I just stop update my blog after that.

Entri 04 Januari 2019 - Memulakan Tahun 2019 ke Kota Kinabalu - 04.01.2019 - Muka surat 1
Entri 05 Januari 2019 - Memulakan Tahun 2019 ke Kota Kinabalu - 05.01.2019 - Muka surat 2




Waktu ni, KK Sentral belum siap sepenuhnya dan belum beroperasi lagi.



Upperstar : Salah satu lokasi makan kegemaran kat Kota Kinabalu. 

Hiasan Krismas masih ada kat mana mana lagi masa ni.

Nyummz..Durian.


Penghujung tahun 2018, Jolibee buka cawangan pertama kat Sabah. So, kami pun try. Nak tahu review saya tak tentang Jolibee?


Silly Wonk, Bahasa Inggeris dan Review Buku

Pada bulan Januari tu, saya agak sibuk dengan menyusun atur buku baru yang saya beli pada hujung tahun 2018. Saya sangat bersemangat juga masa tu. Saya sudah merancang untuk banyak membaca buku (Tak kisah buku apapun) pada tahun 2019 ni. Tu salah satu azam baru saya untuk tahun 2019 sebenarnya.



Saya juga membeli buku genre romance dalam Bahasa Inggeris walaupun saya tak suka sangat genre romance. Saja sengaja buat gamble. Nak tahu apa sebenarnya feeling membaca buku novel romance Bahasa Inggeris. Wahahaha. Lepas tu, buku lama pula tu.



Jadi pada August 2018, saya dah sediakan blog khas untuk review buku dalam Bahasa Inggeris. Saya dah prepare untuk tahun 2019, blog review buku dah ada, domain dah ada, dan warna tema dan sebagainya sudah terperinci saya sediakan.Blog buku ni sebenarnya, akibat terinspirasi dari seorang blogger buku yang saya kenal di instagram iaitu Fatina Mudz. Blog dia pada masa tu masih lagi Infinity Words. Sekarang dah re-brand dengan nama baru iaitu Amazing Distance.



Saya tertarik dengan kehidupan ulat buku dia since saya pun suka dengan buku tapi saya ada kelemahan iaitu, tidak begitu lancar membaca buku Bahasa Inggeris. Kebanyakkan novel yang Fatina baca adalah novel Bahasa Inggeris. Dia review pun in English. Kebanyakkan buku yang saya ada pula adalah buku Bahasa Malaysia/Melayu dan saya tidak terfikir pun nak review buku yang pernah saya baca sebelum ni.

My opinion, bila kita review buku dalam blog kita ia memberi informasi penting kepada orang luar kenapa buku tu menarik, kenapa mereka pun perlu baca juga dan dalam masa yang sama, ia memberi inspirasi untuk orang lain menjadi seorang yang rajin membaca. Sebab, dengan membaca, kita boleh mendapat pelajaran, ilmu dan informasi yang menarik dan sebagainya.

So, I think...it is very good thing to do.

Sebab tu lah saya create 1 lagi blog khas untuk review buku sahaja. Tapi in English. Kenapa in English? Well, kesedaran tu kadang kala datang lambat akibat egois. Wahahahaha...giteww! Saya bukan langsung tak faham atau tak reti Bahasa Inggeris, masa saya sekolah dulu, English is my weak subject tapi still lulus. PMR still dapat B tapi masa SPM, hanya dapat C5 (Sad!).



Dia macam sejenis hidayah lah kot. ToEengg! Saya nak improve Bahasa Inggeris saya sebab tu saya nak review in English. My grammar also tunggang langgang jadi, dengan membuat review in English ia akan membantu saya belajar. Lagipun, sebagai seorang yang sudah membuat keputusan untuk menjadi seorang penulis blog atau In Shaa Allah suatu hari nanti agaknya jadi penulis buku (Eehh!), akan lebih banyak ilmu dan bahan bacaan yang boleh kita baca jika kita tahu dan faham Bahasa Inggeris because Bahasa Inggeris tu bahasa global. Nak cari informasi kat website Rusia atau UK, atau US, mana ada diorang nak tolong tulis dalam Bahasa Melayu. Uhrmm..

Yup. Translate kan ada.Tapi, perasan tak bunyi translator tu kelakar? Tehee. Kadang tambah tak faham pula dibuatnya. Apa laa dia cuba nak sampaikan ni kan?

Kenapa tak review kat blog www.sofinahlamudin.com ni sahaja? Uhrmm...Actually, saya review kat sini juga pasal buku tapi in Malay. Lagipun, sebab yang lain, kalau boleh tak nak dia bercampur aduk. Saya nak ia kemas, hanya untuk buku yang di review dalam English.

So, domain khas untuk blog buku ni dipanggil www.sillywonk.com. Silly Wonk tu apa? Silly Wonk is a character yang saya create untuk memeriahkan lagi blog tu. Dia macam maskot la kot. I don't know. The idea just pop je macam tu dari kepala. Tehee.




Tapi tu lah, orang kata, kita hanya merancang, yang menentukan tu bukan kita. Blog Silly Wonk ni tidak berjalan dengan lancar seperti yang saya rancang. Malah, saya juga tidak berjaya nak fokus membaca buku. Banyak sebab kenapa tak dapat nak fokus. Ia termasuklah faktor luaran dan dalaman. Maybe saya tak cukup strong nak control my own self (Like behavior/emotion/what-e-ver it is), or tak berjaya manage my time/schedule atau my distractions?.

Okay. Jujur laa... sebenarnya saya tahu kenapa tak berjalan dengan lancar blog Silly Wonk ni. But, I still nak teruskan blog ni. Dan, wish me luck for it! I can deuuu iitt! YyeahhH!


Spek Mata Baru dan Google Adsense

Tepat satu Januari 2019, Mr. Bee menghadiahkan saya spek mata baru. Spek baru ni lebih besar dari yang lama. Wahaha... I think, I looked so nerd. Maybe. But I love it. Mr. Bee beli spek tu menggunakan income google adsense pertama dia. Oh my god!

Kiri : Spek sejak tahun 2011. Kanan : Spek sejak Januari 2019. Mana satu match dengan saya? Uhrmm... Mana satu comel? Wahahaha.


Semua yang bergelar blogger sudah pastilah tahu apa itu Google Adsense dan I'm sure every blogger mengidamkan Google Adsense sejak dulu lagi. Sejak Google memberi kelonggaran kepada blogger yang menulis dalam Bahasa lain selain English, G.Ads sekarang ni semakin digilai oleh bloggers.

Saya dan Mr. Bee tahu akan kewujudan G.Ads sejak dari zaman blog classic lagi. Iaitu di zaman zaman budak sekolah menggunakan blogger sebagai tempat menulis diari. They use blog as a social media. Termasuk saya lah. Wehehe. Cuma, nak lulus G.Ads ni susah giler. Mr. Bee sempat give up dan buat benda lain dalam dunia internet ni. Saya pula, tak pernah apply G.Ads sebab ternyata memang tak layak pun masa tu.



Then, sekitar tahun 2017, I suddenly 'terbangun' nak try apply G.Ads ni. Just cuba cuba sahaja dan Alhamdulillah lulus G.Ads tu dan saya bagitahu Mr. Bee supaya dia pun cuba juga. Alhamdulillah, berjalan dengan lancar, G.Ads Mr.Bee lulus juga. Surprisingly, income G.Ads Mr.Bee agak laju pula dari saya walaupun saya yang terlebih dahulu lulus. Wahahaha...

So, then...he bought me a new spectacles. Vvaaah! Thank you so much darling!


Membaca Buku

Sejak dah buat schedule untuk membaca 4 buah buku Faiz Ibrahim, saya sempat membaca 3 buah buku Faiz Ibrahim pada bulan Januari. Walaupun hanya 3 buah buku, saya agak rasa lega dengan pencapaian tu sebab...saya memang ada masalah nak fokus. Saya sekarang dalam process "Fixing my focus" and wish me luck! I really need it.




Cats

Macam biasa, cat - Chokey and Betty sangat menghiburkan walaupun sometime annoying for certain part. Wahaha... Hope korang enjoy foto foto telatah diorang In Januari 2019 kat bawah ni.

Macam gaduh dengan mirror la pula.

Laki bini bergaduh ke apa ni?

Bila orang sibuk packing baju, dia pun sibuk nak masuk beg tu sekali. Haih.

Simen dengan Chokey sama je kan? Wahahaha...

Sedang iron kain tu, dia pun nak join juga.

Macam biasa, kalau Betty, memang tak sah kalau dia tak join.





Mobile Legends dan Bluestacks 4

Okay, this is one of my hobbies. Actually, hobi kami berdua. Masa bulan Januari tu, saya install Bluestacks semula kat komputer saya. Version sebelum ni agak serabut dan berat sebab tu saya uninstall. Walaupun komputer saya ada kad grafik, menggunakan Bluestack still buat my komputer jadi lembab. Uhrmm... Then, masa bulan Januari tu, saya teringat kembali tentang Bluestacks, jadi...saya buka website dia kalau kalau ada versi baru. And yes! Memang ada. Versi kali ni, dah tak ada chat, dah tak ada benda benda tak penting, dan ia lebih ringan dan design dia kemas. Better than before.



Bluestacks sekarang ni dah versi ke 4. Saya paling suka yang sekarang ni sebab dia punya keymapping dah improve. Keymapping tu tempat kita setting kita punya keyboard untuk menekan game tu. Uhrmm.. macam mana nak cakap ye? Wahaha... contohnya, kita letak huruf H sebagai butang menembak. Hhaaah...macam tu. Kita boleh tukar setting tu ikut mana mana yang kita suka.

Selain tu, kita boleh buka lebih dari 1 game kat Bluestacks tu. Dia akan buat tab (new window). Sama macam smartphone zaman sekarang ni, kita boleh buat multi task. Dan paling menarik, sekarang bukan sahaja boleh main COC kat PC tapi dah boleh main MOBA games seperti Mobile Legends. Vvaaah!


Mencuba Beberapa Produk Baru

YyeahhH! Bulan Januari saya ada mencuba beberapa produk baru, seperti :

  1. Vaseline - Deodorant Dry Serum (White & Dry)
  2. Shower Scrub Watsons (Honey and Sugar Cane)
  3. Produk Safi Balqis - Oxywhite




Saya share my feedback tentang produk ni di blog post yang lain.

So, I think sampai sini sahaja untuk "Cerita Bulan Januari Hingga Disember 2019 Sofinazz - Halaman 1"

Untuk kisah bulan Februari dan seterusnya, bersambung di HALAMAN 2.


Terima kasih sebab membaca and supporting me, Sugarpeeps!


With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @jejakmoment, @sopheestudio, @sopheericher, @sillywonk, @sopheesurrealism

Share:

2 Kata-kata Dari Teman:

Nurul Shahira berkata...

Panjang ulasan 'ringkas' 😁.

Sofinah Lamudin berkata...

Hahahaha... tu lah pasal.