SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Selasa, 18 Februari 2020

Cerpen oleh Nadia Khan | 8 dari 20 Cerita Pendek Yang Melekat dalam Ingatan

Cerpen oleh Nadia Khan | 8 dari 20 Cerita Pendek Yang Melekat dalam Ingatan

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,

Buku pertama yang saya habis membacanya pada bulan Januari 2020 adalah buku hasil dari tulisan kreatif Nadia Khan. Tapi bukan novel. Buku ni lebih kepada himpunan cerpen yang ditulis oleh Nadia Khan di mana cerpen cerpen tersebut pernah diterbitkan di mana mana (surat khabar / majalah).  Buku Cerpen ni saya sudah lama membelinya. Macam biasalah, kebanyakkan buku saya berstatus unread di rak buku. Tsundoku memang suka membeli banyak buku tanpa mempertimbangkan masa membaca yang boleh diperuntukkan. Wahaha...

Cerpen oleh Nadia Khan | 8 dari 20 Cerita Pendek Yang Melekat dalam Ingatan

Berdasarkan tajuk artikel saya kali ni, "8 dari 20 Cerita Pendek Yang Melekat dalam Ingatan". Dalam himpunan Cerpen Nadia Khan ni, terdapat 20 cerita pendek dan 8 daripadanya membuatkan saya berfikir panjang; termenung; termangu dan sebagainya. Throwback hal hal silam sendiri pun ada. Vvaaah! Tu tandanya apa? tu tandanya penulisan Nadia berkesan untuk saya. Ada ciri ciri cerpen yang terbaiklah pokoknya.

Sebelum saya teruskan ulasan buku ni, saya nak mengongsikan ciri ciri dan info mengenai buku ni dulu.

Dari gambar buku pun korang mungkin sudah pun tahu ni terbitan dari syarikat apa. Buku ni terbitan FIXI. FIXI ialah syarikat penerbitan novel yang mula aktif pada tahun 2011. Ia memberi tumpuan kepada karya karya baru yang bersifat urban dan masa kini.

Nama syarikat diambil dari perkataan Bahasa Indonesia 'Fiksi' yang dipinjam dari Bahasa Inggeris 'Fiction' dan asal usul 'Fiction' pula diambil dari Bahasa Perancis Lama iaitu 'Fictionem'... untuk menunjukkan tiada apa apa yang original dalam dunia ini. Pendapat saya, mungkin maksudnya lebih kepada "Tak ada yang dimiliki oleh manusia? Tapi segalanya milik Allah?" Kan? Itu apa yang ada dalam fikiran saya laa sebenarnya. Tehee.

Cerpen oleh Nadia Khan ini pertama kali dicetak pada tahun 2012. Dan buku ini bukanlah buku pertama Nadia tetapi beliau pernah menjadi penulis novel best seller Kelabu, juga diterbitkan oleh FIXI.

Pada hari ni, waktu ini (Februari 2020), Senarai novel Nadia Khan adalah Kelabu, Gantung, Gantung 2, Nikina dan Pakar. Mungkin akan bertambah lagi di masa hadapan. Harapnya bertambahlah sebab Nadia Khan ni berbakat dalam penulisan.

Cerpen oleh Nadia Khan | 8 dari 20 Cerita Pendek Yang Melekat dalam Ingatan

Senarai Tajuk Cerpen di Dalam Buku Ini

  1. Mana Dia Pergi?
  2. Puaka Pak Jaha
  3. Pinjam Masamu, Kak
  4. Lara Di Hati
  5. Cikgu Din
  6. Teleportasi
  7. Janji Kak Long
  8. Nasi Putih Daging Cincang
  9. Epilog Damak
  10. Anak Dinihari
  11. Cili
  12. Kopi Tiga Suku
  13. Budak Baru
  14. PWTC
  15. Kopi Kola
  16. Kopi, Adele dan Bubur Ayam McD
  17. Cinta Sekeping Tisu
  18. Ada Apa Dengan Kina
  19. Aku. Kesesatan dan Kelab Penari Bogel
  20. Nakahari
Jadi, dalam tajuk cerpen di atas, mana satu tajuk yang menarik perhatian saya? Tehee. 9 Cerita yang membuatkan kepala saya jadi ligat berfikir dari 20 senarai di atas adalah:
  • Puaka Pak Jaha
  • Lara Di Hati
  • Cikgu Din
  • Nasi Putih Daging Cincang
  • Anak Dinihari
  • Cili
  • Kopi Tiga Suku
  • PWTC
Saya mengulas setiap satu dari 9 cerpen di atas tapi saya tidak akan berikan sinopsis sebab saya khuatir saya bakal buat spoiler. Kalau korang nak mengetahui jalan cerita penuh dari setiap cerpen yang ada dalam buku ni, bolehlah ke laman Fixi untuk membuat tempahan. Tehee.

Puaka Pak Jaha

Puaka Pak Jaha merupakan kisah orang kampung yang suka menjaga tepi kain orang, buat andaian, fikir bukan bukan, tidak bersangka baik dan mengumpat. Zaman sekarang, dalam Malaysia panggil ni membawang. Saya termenung jauh bila mengingat kisah ni sebab saya rasa kasihan kepada mangsa fitnah. Cerita ni, elemen yang paling membuat saya rasa penulisan Nadia sukses; yang agak memancing emosi pembaca adalah di bahagian kemuncak cerita iaitu ketika rahsia si mangsa fitnah terungkai.

Pada mulanya, saya tidak percaya apa yang digembar gemburkan di seluruh kampung. Sebab tak ada bukti lagi. Tapi, dipertengahan cerita, saya mula 50:50 dengan cerita yang tersebar. Apa benar berita yang viral? Saya teruskan membaca sebab tertanya tanya apa sebenarnya kebenaran disebalik cerita orang kampung. Jujur, saya hampir percaya dengan cerita bawang bawang tu.

Tapi, bila sampai kemuncak cerita, saya mula beristighfar. Usul periksa lah dulu. Tidak bertanya sesat jalan. Tak nak bertanya, cukup lah kita bersangka baik.

--

Pengajaran dari kisah "Puaka Pak Jaha".
  1. Apa pun yang kita lihat dengan mata kasar, bersangka baik selagi belum ada bukti.
  2. Tertanya tanya, elok lah bertanya dengan orang yang betul. Yang diyakini betul dan benar, fakta dan tiada unsur unsur lain (bias) seperti manipulasi dan sebagainya. Bertanya dengan orang yang membawang, confirm dengan kita sekali dapat dosa bawang putih, merah dan besar. Sia sia. Tapi, kalau masak memang sedaplah bubuh bawang ni. Hurmm...
  3. Kalau tidak tahu, cakap 'Tak Tahu'. Jangan memandai mandai.
  4. Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah dan Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya adalah ke neraka. Semoga kita dijauhkan.
  5. Pesakit mental perlu didekati dan diberikan sokongan.Kempen penghapusan stigma masyarakat dalam hal kesihatan mental di Malaysia ni wajar di highlight!


Lara Di Hati

Menurut Nadia, tajuk kepada cerpen ini adalah "Baliklah, Cik Su!" tapi setelah terbit di majalah, tajuknya dah jadi "Lara Di Hati". Sebenarnya, bagi saya, tajuk Lara Di Hati tu nampak tak sesuai. Tapi tak pastilah... Saya bukan pakar. Tehee. Tapi, sama macam makanan... pendapat pasti akan berbeza beza. Ada yang suka makanan A, ada yang tidak. Bagi saya, letak tajuk Lara Di Hati tak okay

Cerita ni tentang keluarga. Lebih tepat kisah hubungan adik beradik. Terselit juga tentang hubungan cinta. Tapi, saya sedikit keliru, tema utama adalah hubungan cinta atau keluarga? Atau mungkin...satu perkataan, iaitu "Hubungan".

Bahagian tengah cerita ni, saya agak emosi sedikit apabila adik beradik yang tidak tahu meletakkan diri di kasut adik beradik yang lain. Mungkin sudah lupa diri dengan kejayaan diri, kemewahan dan kekayaan atau seumpamanya sehingga lupa untuk memahami saudara sendiri. Kita tak tahu, di akhirat kelak ada ke kawan kawan yang cari kita tolong kita, silap silap karang adik beradik juga yang bantu kita.

Ending cerita ni adalah elemen kejutan yang betul betul buat saya pause dan tutup buku. Berfikir seketika dan mencuba merasa perasaan watak utama. Di mana dia di dalam situasi yang rugi kerana terlalu mengikut hati dan perasaan. Tapi, malangnya... hal sudah berlaku. Nasi sudah menjadi bubur. Kalau saya dalam situasi watak utama, saya tak akan balik ke Malaysia. Tinggal lah saya di Dubai tu! Kahwin dengan orang Dubai kalau ada jodoh...Kalau korang? (soalan kepada yang sudah membaca cerita ni. Hhuhu..).

--

Pengajaran dari kisah "Lara Di Hati".
  1. Rezeki datang dari Allah. Jangan lupa diri dan takbur.
  2. Membantu biarlah ikhlas bukannya ada udang disebalik batu.
  3. Jangan sombong, angkuh dan tinggi diri. Nikmat harta dan kejayaan di dunia hanya sementara. Sekadar pinjaman dari Allah sebagai sebahagian dari ujian-Nya.
  4. Belajarlah memaafkan orang lain apatah lagi adik beradik sendiri. Air yang dicincang tak akan putus.
  5. Jangan terlalu mengikut perasaan, kelak diri sendiri yang rugi.
  6. Jangan memandang rendah orang kampung dan pekerjaan biasa kerana kekayaan yang sebenar bukanlah harta tetapi hati dan ketaatan kepada agama Islam.


Cikgu Din

Cerita pendek Cikgu Din merupakan cerita yang paling saya suka dalam buku ni dari semua 20 cerpen yang ada. Kisahnya mengetengahkan mengenai Hikayat Hang Tuah dan Hang Jebat. Tapi ceritanya bukanlah ulang cerita tentang Hang Tuah dan Hang Jebat. Cuma, ia mengupas lebih dalam mengenai sikap kedua dua Hang ni.

Cerita ni mengajak pembaca untuk berfikir mengapa Hang Tuah bersikap demikian? Mengapa pula Hang Jebat jadi sedemikian? Wajarkah tindakan Tuah? Patutkah Jebat bertindak melulu? Haa gitu.

Apabila memikirkan cerita Tuah dan Jebat berhari hari, saya mula buka topik dengan Mr.Bee. Berbincanglah kami berdua di meja makan. Ehh? Serius pula kami mengupas pasal Tuah dan Jebat ni gara gara cerpen Cikgu Din ni. Seriuslah Nadia Khan ni, dia guna jampi ke apa? Wahaha...

Kalau korang, korang akan jadi pengikut siapa? Hang Tuah atau Hang Jebat? Pada mulanya, saya berpihak kepada Hang Jebat kerana, sultan bukanlah Tuhan. Tuhan (Allah) satu satunya yang layak disembah dan ditaati. Bukannya sultan.

Tapi... masalahnya Jebat ni, rebelious. Jadi, saya jadi keliru. Tapi, pilihan cuma ada dua; Tuah dan Jebat. Saya pilih Jebat sahajalah. Tiba tiba, Cikgu Din kata, Jebat ni bodoh. Aduhh! Saya pun terasalah. Sebab saya vote Jebat. Wahahaha. Tiba tiba jadi ala ala election pula. Nasib baik saya dan Mr.Bee saja di meja makan. Hurmm... Kalau ramai? Tak ke kami buka peti undi?

Cara Cikgu Din mengajar ni unik. Jarang jumpa guru yang macam ni. Ada tapi mungkin zaman sekarang ni dah 1 dari 1000. Mungkinlah -- masalahnya saya sendiri tak ada statistic tepat.. Tapi, saya tetap sayang cikgu cikgu saya walaupun tak kreatif macam Cikgu Din. Semua cikgu saya ada kelebihan.In Shaa Allah. Sayangi cikgu korang juga tau! Tehee... Ending story ni, saya tak puas hati. Sakit hati dan bercampur dengan sedih walhal watak utama tu tenang je. Saya yang over.

--

Pengajaran dari kisah "Cikgu Din".
  1. Manusia ni normal kalau ada idola atau seseorang yang dijadikan sebagai sumber inspirasi. Saya dulu zaman sekolah pun ada idola idola ni. Sekarang pun ada. Cuma, pengajaran dari cerita ni, biarlah berpada pada.Tak boleh berlebih lebihan. Ambil yang positif sahaja. Yang negatif tinggalkan. Manusia bukan maksum, kecuali rasul.
  2. Manusia ni tidak sempurna. Sudah diciptakan Allah sebagai hamba yang mudah melakukan kesilapan dan khilaf tanpa disedari. Normal jika, ada manusia yang kita sayang, yang kita hormat atau idola kita; melakukan sesuatu yang tidak disangka. Maafkan lah dia. Dia pun manusia. Tidak kiralah dia buat salah tu sengaja atau tidak. Sedangkan Allah; pencipta manusia akan mengampunkan. Kita dalam kalangan manusia, tak mahu memaafkan tu kenapa? Kita ni siapa? Sama; manusia -- Entah entah esok buat benda sama tanpa sedar.
  3. Bersikap seimbang atau bersederhana. Jika membenci tidak bermakna perlu perang saudara. Jika mencintai tidak bermakna perlu menjadi naif.
  4. Setia biar bertempat (Tidak kira setia kepada pemerintah/pemimpin dan setia kawan).
  5. Jika ada yang menentang atau tidak menyukai dengan tindakan dan cara kita, biarkan. Abaikan. Tidak perlu dibawa berperang atau bermusuhan.
  6. Jika apa yang kita lakukan adalah hal yang betul dan benar (tidak menyalahi undang undang dan syariah Islam) Buat; teruskan (Degil bertempat).


Nasi Putih Nasi Cincang

OK! Ni cerita cinta. Kisah cinta yang sudah sempurna bagi pendapat saya tapi watak utama tidak merasa cukup (tidak puas) dan akhirnya kerugian.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin ialah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa mengumpulkan harta sebanyak-banyaknya tanpa mempedulikan halal atau haram. - Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

OK! kata kata Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood di atas tu sedikit sebanyak sesuai untuk menggambarkan cerita Nasi Putih Nasi Cincang ni. Cuma bahagian "...tanpa mempedulikan halal atau haram" tu tak ada kaitan. Tehee. Cuma nak cakap, rugi kalau kita jadi miskin sebab kufur nikmat. Tak cukup dan tak pernah puas sedangkan rezeki paling bernilai sudah ada depan mata.

Semasa membaca cerita ni, saya rasa kasihan juga dengan watak utama sebab rasa cinta dia kepada bekas isterinya tidak pernah berkurang. Malah, tidak pernah dia menggantikan bekas isterinya dengan isteri baru.

Puncanya hanya satu. Harta. Mengumpul harta yang tidak pernah dia berhenti untuk mencari. Sedang si isteri tidak pernah mendesak atau meminta banyak. Kasihan kan orang macam ni? Kisah cinta sudah sempurna. Komitmen sudah terjalankan dengan baik. Tanggungjawab sudah dilunaskan. Rasa sayang dan kasih yang ikhlas sudah jelas dan dirasa. Namun?; masa. 

Mencari harta dalam dunia ni, perlukan masa. Tapi lupa bahawa, masa juga diperlukan untuk cinta. Cinta tanpa masa tak ada maknanya.

Ramai dalam kalangan manusia yang terlupa bahawa memperolehi kebahagian yang hakiki di dunia tidak dari banyaknya harta. Bukan dari jenama pakaian, handbag dan kereta. Tetapi, menghargai dan bersyukur dengan apa yang ada di depan mata. Mencari harta, mengejar impian yang belum diperolehi sehingga alpa bakal kehilangan apa yang sudah ada di depan mata. Berpada padalah.

Akhirnya Nasi Putih dan Daging Cincang menjadi makanan yang tidak pernah bosan dimakan oleh watak utama kerana cintanya kepada insan yang pernah ada disisinya. Sedih kan kalau kita nampak seorang pakcik tua makan nasi putih dan daging cincang dengan penuh berselera dan gembira kerana ada nostalgia? Nangis baca ni. Hurmmm...

--

Pengajaran dari kisah "Nasi Putih Nasi Cincang".
  1. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.
  2. Tidak salah mengejar impian; kerana berputus asa itu lemah. Tapi, berpada padalah...jangan dilupakan apa yang ada. Pernahkan dengar ayat ni, "Jangan sibuk dikejar bintang sedangkan bulan sentiasa menanti".
  3. Ada kalanya, melupakan impian itu bukanlah gagal tetapi kemenangan. Terimalah hakikat, Allah tidak beri sekarang, mungkin dia beri nanti. Tapi percayalah, apapun impian yang tidak terealisasikan di dunia, akan mejadi realiti di syurga. In Shaa Allah. Semoga kita semua dalam golongan yang beriman dan disayangi Allah.
  4. Jangan menilai atau mempersoalkan manusia yang pernah melakukan kesilapan. Kita tidak tahu di masa hadapan dia bertaubat / insaf lalu menjadi yang lebih baik dari kita.
  5. Menimba ilmu di universiti tidak semestinya untuk hidup mewah dan berjaya dan dibangga bangga dalam kalangan manusia, tetapi ikhlas menimba ilmu itu lebih bermakna.


Anak Dinihari

Saya sangat bersetuju dengan cerpen Anak Dinihari ni. Masa saya masih bersekolah dulu, ramai juga yang agak tidak suka dengan pilihan saya. Ramai yang kata, saya lebih bermasa depan di kelas sains tulen berbanding kelas sastera. Hurmm... walhal saya tahu sangat dengan diri sendiri ni. Kimia dan Fizik bukan makanan saya. Saya tak dapat nak telan. Kalau saya nak menelaah pun buku jenis macam ni, bukan tak boleh. Boleh tapi...tak ada passion lah. Feeling dia beza. Result pun akan beza... cuba bagi peluang dekat minat budak tu selagi tidak terpesong mana mana (aqidah ke akhlak ke) Hhuhu..

Kalau memang tak boleh nak sukses juga lepas follow minat tu, try adjust strategi la pula. Great things take time. Hhuhuhu... *nangis*

Kemudian, menilai anak muda dengan pekerjaan seperti peguam, polis, guru, beruniform dan seumpamanya tu dilabel berjaya. Yang kerjanya tidak jelas, contohnya berniaga burger tepi jalan dilabel pemalas dan tidak berjaya. Agak agak hari ini masih begitu tak? Kesihan tau...orang berusaha tu kan.

Pendapat saya, kejayaan seseorang tu bukan dari apa yang kita lihat di mata kasar. Contoh penilaian kejayaan mata kasar; pertama, seseorang yang mempunyai kereta mewah dianggap berjaya. Kedua, yang tidak mewah dianggap kurang berjaya. Dan, ketiga, yang langsung tak ada kereta dianggap gagal.

Persaingan seperti ini agak tidak sihat dalam masyarakat. Sedangkan ketiga tiganya ada kelebihan dan kelemahan. Kes pertama (kereta mewah), kereta lebih berkualiti dan cantik tapi nilai hutangnya banyak. Maintainance kereta lebih tinggi, nak bayar insurans dan cukai sudah berapa? nanti kerja non stop sebab komitmen jenis macam ni.

Kes kedua (kereta jenama biasa), kelebihannya masih boleh bergerak dan jumlah hutang in the middle. Kelemahan? mungkin tak sehebat dan kurang selesa seperti kereta mewah.

Kes ketiga, kelebihan dia, dia tak ada bebanan hutang. Lebih tenang. Kelemahan? terpaksa la naik kenderaan awam dan pergerakkan agak limited.

Saya rasa, penilaian kejayaan melalui jenis kereta tidak sesuai. Mengenai bidang pekerjaan pula, ia agak subjektif. Bidang apapun yang kita usahakan pasti akan ada kejayaan di dalamnya. Pasti akan ada kejayaan bagi setiap insan dalam bidang apa pun selagi dia berusaha. Menilai sesuatu bidang sebagai "Tidak ada masa depan" bagi saya agak kejam. Ia boleh membuatkan semangat seseorang itu patah. Kita tak tahu lagi masa depan dia macam mana. Rezeki tu datang dari Allah. Bila bila masa sahaja kita boleh terkena kejutan tengok orang yang kita rasa tak ada masa depan tiba tiba terpacak jadi 'seseorang' . Wahaha...

--

Pengajaran dari "Anak Dinihari".

  1. Jika anak kita mempunyai minat yang bertentang dengan kita, misalnya kita suka dia jadi guru, tapi dia nak jadi usahawan. Tak apa, usahawan pun bagus juga. Usahawan pun boleh jadi guru (Guru/mentor bidang perniagaan).
  2. Jangan terlalu cepat menilai seseorang tidak ada masa hadapan. Kita langsung tidak tahu apa akan jadi di masa hadapan termasuklah nasib kita sendiri.
  3. Walaupun impian kita tidak disokong atau tidak disukai oleh orang terdekat kita, selagi apa yang diusahakan tidak salah maka teruskan sahaja. In Shaa Allah, apabila sudah berhasil, mereka akan meraikannya juga untuk kita. Berlapang dada lah.


Cili

Saya pernah berniaga di Bazaar Ramadhan. Terdedah dengan perniagaan bazaar ni sejak tahun 2013 hingga 2019. Tahun ni, 2020 ni, saya ada niat tak nak join dah. Semoga Allah izinkanlah saya buat benda lain bulan Ramadhan tahun ni. Wahahaha...last year I got mental breakdown bercampur campur lah dengan hal hal lain. Tapi, salah satunya bazaar. Wahaha.. Parah. Saya boleh laa gelak sekarang. Masa terkena tu, Tuhan saja la yang faham.

Tahun 2017 atau 2018 saya fulltime berniaga di bazaar selama sebulan tu (sepanjang bulan Ramadhan). Honestly, this is not my tea of cup. Wahaha... Serius lah...penat! Sebenarnya, ada banyak hal dalam fikiran saya berkaitan bazaar ni, reason untuk tak nak tu bukan sebab penat sebenarnya. Sebab...kalau happy, penat tu tak ada hal. Kan?...But please don't get me wrong. Berniaga di bazaar tu bagus. Berniaga tu is the best, Rasulullah pun berniaga. Cuma, there are concept of Bazaar Ramadhan yang saya tidak bersetuju. Ramadhan tu bulan bukan calang calang kan. I think, I want more than bazaar. Maybe I should try berniaga waktu lain, bukan bulan puasa. Sebab kalau saya kata, saya langsung tak minat tu tak juga.

Jadi, cerita Cili ni ada kaitan dengan berniaga. Hhuhu... Cili ni adalah skrip filem pendek. Bukan cerpen. Cerita dia walaupun berkisarkan cili je dari awal hingga habis, tapi, saya dapat rasa tau apa yang watak utama ni rasa.

Walaupun sebenarnya, dalam fikiran saya semasa membaca Cili ni, saya kata, "Ni kisah Cili saja la ye ni..?" Tehee... Watak utama ni, beza dia dengan saya di Bazaar Ramadhan, saya bukan bergantung dengan gerai untuk mendapatkan sesuap nasi sepanjang masa. Saya sebulan pun dah nak menangis weyh! Watak utama ni, dia punya tahap sabar memang mantap! 

Saya bersimpati sangat dengan watak utama ni, sebab pendapatan dia hanyalah dari gerai dia ni. Nak bayar urusan sekolah anak anak lagi. Kan. Saya patut bersyukur, saya tidak sampai tahap macam watak utama ni. 

Pengakhiran kisah watak utama ni, saya rasa terkilan pula. Sedih! Sebab apa? Nak jaga kualiti produk demi pelanggan tercinta tu, dia....haihhh... korang baca sendiri tau Cili ni. Peniaga gerai confirm faham sangat apa yang dilalui oleh watak utama bernama Pak Rabu ni. Hhuhuhu...

--

Pengajaran dari "Cili".

  1. Sebagai peniaga, jangan terlalu memikirkan keuntungan semata mata. Jagalah kualiti produk terutamanya produk makanan. Pastikan segar dan bersih.
  2. Harga produk biarlah setimpal dengan nilai produk tersebut barulah pelanggan sayang.
  3. Kadang kadang dalam hidup ni, kita tak perlulah mencari kesempurnaan. Sebab akibat nak sempurna, kita boleh terlepas peluang.
  4. Walaupun dalam hidup kita ni penuh dengan kesibukan, hingga kita terkejar kejar. Janganlah dilupakan waktu untuk rehat sebab...kita sebagai manusia, perlu rehat. Kita bukan robot.
  5. Di pihak anak anak yang ibu bapanya berniaga, cuba untuk fahami kondisi ibu bapa yang berniaga. Mereka bertungkus lumus membanting tulang untuk mencari wang untuk anak anak. Tak cukup tidur dan sebagainya.


Kopi Tiga Suku

Agak agak sesuai tak kalau saya kata, cerpen Kopi Tiga Suku ni kategori romantik melayu? Tehee... Tajuk dia saya dah rasa unik. Memang sangat sesuai sekali dengan ceritanya. Kopi Tiga Suku ni sama juga macam Cili. Bukan cerpen tapi skrip filem pendek.

Cerita ni bagi saya sweet sangat. Kisah suami isteri. Memang perlulah dicontohi oleh pasangan suami isteri.  Cuma, akhir kisah agak sedih. Kenapa sedih? Cerita pasal kopi pun sedih ke? Tehee...

Tak tahulah. Saya ni hati tisu sebenarnya. Tapi, skrip filem pendek Kopi Tiga Suku ni memang best. Memang patutlah Nadia memang untuk skrip ni. Sebab cerita ni melekat dalam hati pembaca.

--

Pengajaran dari "Kopi Tiga Suku".

  1. Walaupun kita dah berkahwin, teruskanlah bermesej seperti zaman belum kahwin. Terutamanya, untuk pasangan suami isteri yang masing masing bekerja.
  2. Sebagai suami, berikan si isteri "Me Time" sekali sekala. They deserve it.
  3. Sebagai isteri, buatlah sehabis baik dalam urusan rumah tangga sebab besar pahalanya. Jangan merungut dan teruskan buat yang terbaik buat suami.
  4. Suami isteri wajib mesra dan berkasih sayang. Ahaks...


PWTC

Okay... PWTC adalah cerpen favourite juga dari 8 cerita yang saya highlight dalam ulasan saya dalam artikel ni. Kenapa? Sebab... cerpen ni ada kaitan dengan video islamik dari youtube yang saya tonton mengenai "CINTA".  Cuma, kisah cinta kali ni kisah cinta yang songsang. Saya sebenarnya, agak tertarik dengan topik yang macam ni. Sebab saya nak tahu apa kejadahnya boleh berlaku cinta sesama kaum sejenis. Whylah agaknya? Ni bukan berlaku di barat sahaja tetapi berlaku juga di negara kita, Malaysia. Malah, kaum LGBT ni memang sudah wujud sejak zaman Nabi Luth.

Cerpen PWTC mengetengahkan isu kaum perempuan mahu berkahwin dengan kaum perempuan. Istilah terkenal yang selalu kita dengar adalah lesbian. Dalam Islam ia dipanggil sebagai As-sahaaq atau Al-musahaqah. Dan hukumnya adalah haram di sisi agama Islam.

So, saya nak tahu mengapakah ada rasa cinta antara mereka (sejenis) tidak kira sesama lelaki atau sesama wanita? Menurut video islamik yang saya tonton tersebut, cinta adalah sesuatu yang hadir di hati kita dengan sendirinya. Kita tidak dapat untuk memilih untuk cinta atau tidak. Saya rasa semua orang pernah merasa suka akan seseorang tanpa mengetahui sebabnya. Tidak dapat menjelaskan apa yang membuatkan kita suka/cinta kepada seseorang.




Tapi, kita boleh memilih untuk menolak perasaan cinta kita. Jadi, apa yang saya nampak, golongan yang mencintai kaum sejenis boleh menolak hal ini. Tegas kan diri. Mencintai seseorang apatah lagi kaum sejenis, kita wajib menolak perasaan sendiri. Jangan ada sebarang  'action'. Sebab jelas perasaan tersebut akan membawa ke arah dosa. Dan kenapa ia muncul dalam hati? Itu mungkin sebahagian dari ujian orang tersebut. Mungkin itulah ujian mereka untuk berjihad menolak nafsu mereka sendiri.

Dan... I love the ending of the PWTC di mana mereka memilih untuk ke arah jalan yang benar. Fight diri untuk tidak bertindak melakukan yang haram meskipun perasaan saling cinta itu ada.

Dan mungkin juga, perasaan cinta kepada kaum sejenis adalah sebahagian dari gangguan jin (Jin kaum Sodom). Rujuk video di bawah. Seram? Hhuhuhu...


--

Pengajaran dari PWTC

  1. Kuatkanlah diri untuk memilih jalan yang benar (Jalan Allah).
  2. Jangan berputus asa dengan Rahmat Allah. Allah maha pengampun. Pintu taubat sentiasa terbuka dan Allah sentiasa ada untuk kita.
  3. Jangan terpedaya dengan kisah LGBT yang 'indah' dari barat.
  4. Ambillah pengajaran dari kisah kaum Nabi Luth.
  5. Ketahui lebih lanjut berkenaan Khunsa.

Ada Tak Cerpen Yang Saya Tak "Klik" Langsung?

Ada. Ada tiga cerpen yang saya tak masuk brain. Yang pertama ialah Aku, Kesesatan dan Kelab Penari Bogel. Sebab saya rasa cerpen ni buat saya rasa macam kena game. Baca sampai habis then tak ada apa. Pengajaran dia ada tapi saya rasa terkebil kebil kat penghabisan cerita tapi dia macam hampir hampir nak ke arah pengaruh gay. Wahaha... Kedua, Cinta Sekeping Tisu, cerita ni saya rasa geli sikit lah... watak nama Danny tu saya tak suka. Saya rasa annoying. Ketiga, Kopi Kola. Tidak dinafikan, saya suka gila tajuk dia! Bahagian yang saya tak dapat nak brain bukan plot cerita ni. Plot cerita ni elok juga ni kalau di novelkan. Tehehe.. Tapi, Yang buat saya emosi, dan saya tak nak terima ialah tindakan si Kopi... Pengecutlah.

Berapa Bintang Saya Beri Untuk Buku Ni?

4 bintang dari 5 bintang.

Cerpen oleh Nadia Khan | 8 dari 20 Cerita Pendek Yang Melekat dalam Ingatan

Secara keseluruhannya, buku Cerpen Nadia Khan ni bagus je. Sangat sesuai untuk dibaca ketika bersantai. Membaca sambil minum kopi petang petang ke. Feeling dia sama macam kita menonton drama melayu. Tak berat. Ringkas dan bahasa yang digunakan pun santai dan mudah difahami. Bagi pembaca yang cepat, buku ni boleh baca macam kacang saja ni. Dalam sehari boleh Zaasss habis. Hehehe...

Dan...kalau saya ada kesempatan, saya akan beli buku Nadia Khan yang lain pula. Sebab, saya suka cara Nadia susun plot. Kemas.

Kongsikan artikel ini ke media sosial korang agar boleh dicapai kepada mereka yang suka membaca buku dan mungkin mereka mahu menjadikan buku ini sebahagian dari pembacaan mereka juga. VvaawaahhHHHH!



With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @sopheestudio, @sopheericher.


Share:

26 Kata-kata Dari Teman:

Rawlins GLAM berkata...

Rawlins asalnya suka membawa English novels sahaja dulu (bukan berlagak hahaha). Kemudian terjumpa Buku Fixi dan dari situ bermula minat membaca novel Melayu. Now dah lekat pada kisah seram himpunan Buku Prima.

Cik Min berkata...

Rajinnya dia buat review pasal novel. Kak min muda2 memang suka sgt baca novel tp dah tua2 ni malas sikit. Salute la kat org yg buat review novel ni sebab bukan senang, kena btl2 habis baca baru leh review

AyuArjuna BiGoshh berkata...

Wahhh banyak cerita menarik didalam ni. Nanti boleh cari and baca hehe

Sis Lin berkata...

Senarai tajuk cerpen awat banyak nau tajuk kopi ek...sesuatu yang menarik perhatian Sis plak sebagai coffee lover ni tau...teruskan membaca ya...

Wai Yee aka Rane berkata...

It's good to read a book when free. Thanks for recommending this book for all of us.

Zaza Azman berkata...

Lama dah tak baca ulasan buku utk cerpen... nnt nak baca lah...thanks for sharing

cindyrina berkata...

Tak tau bila last baca cerpen pendek ni. Lama betil. Ulasan buku ni nampak menarik. Boleh la baca nanti.

Sofinah Lamudin berkata...

Buku Fixi memang gaya bahasa ringkas je. Seronok baca untuk santai santai. Setakat ni, saya belum pernah baca buku dari Prima. In Shaa Allah suatu hari nanti. Kisah seram pun syok kan. Melekat kat buku tak nak lepas selagi tak habis. Hahaha.

Sofinah Lamudin berkata...

Kak min suka baca novel apa tu haa masa muda muda? hehehehe... saya suka review buku. Seronok. Macam study sastera... lols. Feeling2 je lah. Tak adalaa study pun. hehe.

Sofinah Lamudin berkata...

Ya.. ada 20 cerita. Saya review 8 saja. Cari tau...kat website fixi pun ada rasanya.

Sofinah Lamudin berkata...

Haa betul sis... kalau kat kedai buku tu banyak kan buku guna tajuk "Kopi"... buku bahasa Inggeris pun sama.

Sofinah Lamudin berkata...

You're welcome... My pleasure... thanks visit my blog.

Sofinah Lamudin berkata...

Terima kasih sebab singgah sini. Selamat membaca sis...

Sofinah Lamudin berkata...

Selamat membaca Cindy. Cerpen seronok dibaca, boleh habiskan cerita tu cepat. Kalau novel tebal kan. Lama sikit nak habiskan.

xulhlmi berkata...

seronokkan baca cerpen ni. zul selalu meletakkan diri dalam situasi watak dalam cerpen untuk lebih feel semasa membaca. Macam best je baca sinopsis cerpen-cerpen ni, nanti nak try lah beli dan baca.

Bella Jamal berkata...

Memang jenis tak baca novel. Bilalah sis nak adakan masa membaca. Huhu.btw ulasan yg menarik.sb sesetngh org dkt 1 buku diceritanya.fixi penerbit popular juga sb ada sorang kwn penulis dan buku dia diedar oleh Fixi

RAIHANAH AHMAD berkata...

lama dah tak baca cerpen. dulu2 memang suka juga. insyaAllah nanti saya cari

Sofinah Lamudin berkata...

Betul zul... masa baca cerpen atau novel, kalau ada watak yang kita suka, wajib mendalami watak tu baru faham apa dia rasa. hehehe... sama macam kita tengok movie juga. Bezanya, membaca mengajak kita lebih banyak berfikir.

Sofinah Lamudin berkata...

Wahh bagusnya kawan sis penulis... all the best untuk kawan sis. Terima kasih singgah baca ulasan buku kat blog saya sis. Sis boleh start baca buku yang nipis2 dulu. hehehe...seronok sis.

Sofinah Lamudin berkata...

Selamat membaca kembali sis Raihanah... Biasa la tu ada masa kita stop sekejap untuk beri laluan hal lain.

Hanny Abdullh berkata...

Sis masa muda2 dulu rajin le jugak membaca novel2 ni..berkotak2 last2 bagi kat org je. Anak more to novel bahasa english. Nanti nak suh dia baca lah novel2 dr fixi ni

cc kak fas berkata...

Dah lama tak baca cerpen atau pun nobel... yg diulas ni nampak hatanya mempunyai mesej yg baik untuk dihayati.. tahniah rajin mrmbaca.

Huda Halid berkata...

Fuh dah lama tak membaca cerpen ni. lepas baca review ni macam menarik pula . nanti akak pergi labuan nak pinjam buku ni boleh. hehe...

Sofinah Lamudin berkata...

Baca novel English bagus juga sis. Senang nak menambahbaik dalam vocab English tu. Kalau Fixi, bagi saya seronok untuk hiburan dan light reading.

Sofinah Lamudin berkata...

Terima kasih kak fas. Sebenarnya semua buku ada mesej. Tapi Cerpen Nadia Khan ni dia banyak mesej sebab pelbagai cerita kat dalam. Ada macam macam genre, Sci-fi, cinta, hubungan dan sebagainya.

Sofinah Lamudin berkata...

Hahaha... kak Huda... boleh je kak. Tak ada masalah nak pinjam buku ni.