Anak Kembar Encik Harun Siri Pelajar No. 8 | Buku Kegemaran Ketika Berumur 11-12 Tahun
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~
Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,
Masih ingat tak buku Siri Pelajar penerbitan Fargoes ni? Mesti ada yang pernah terjebak dengan buku nostalgia ni sekitar tahun 90-an hingga ke tahun 2000 ni. Buku ni masih saya simpan lagi walaupun dah lusuh. Saya sayang giler dengan buku ni. Selain dari Siri Pelajar, ada juga Siri lain yang saya miliki seperti Siri 5 Penyiasat, Siri Hadi, Siri Salma dan Siri Misteri. Tak pasti ada lagi ke tak siri lain. Tapi paling saya gemar Siri Pelajar.
Saya mula membaca buku jenis macam ni pada tahun 2001. Paling kerap membeli buku ni sekitar tahun 2002. Bila dah masuk tingkatan 1 (2003), saya dah mula berjarak dengan buku ni sebab dah sibuk dengan dunia sekolah menengah. Tapi sempat membeli buku Siri 5 Penyiasat semasa tingkatan 2 (2004).
Anak Kembar Encik Harun | No.8 | Fargoes
Saya masih ingat lagi kenapa saya minta my mom belikan buku ni dulu. Sebabnya saya tertarik dengan perkataan "Anak Kembar". Bukanlah sebab "Siri Pelajar". Waktu tu "Siri Pelajar" bukanlah sesuatu yang saya suka. Wahaha... Buku yang saya minat masa zaman sekolah rendah ialah misteri, penyiasatan, kisah sahabat nabi, kisah rasul dan buku hantu!28 Februari 2020 - Saya membaca semula buku Siri Pelajar No. 8 yang bertajuk Anak Kembar Encik Harun ni. Buku ni saya dah ulang baca lebih dari 5 kali. Atau mungkin dah lebih 10 kali. Dari darjah 6 sampailah zaman sekolah menengah.
Kenapa ulang ulang baca? Sebab saya suka jalan cerita buku ni. Mengingatkan saya kepada kisah zaman sekolah.
Siapakah Penulis Anak Kembar Encik Harun?
Sejujurnya, saya tak tahu siapakah gerangannya penulis buku ini pada awalnya. Mujurlah saya mempunyai kawan kawan yang rajin berkongsikan informasi, ulasan buku dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan buku di Bookstagram.Rupanya penulis asal cerita ni adalah penulis novel dari England yang bernama Enid Mary Blyton. Enid Blyton lahir pada 11 Ogos 1897 dan meninggal pada 28 November 1968 pada usia 71 tahun. Enid merupakan salah seorang penulis yang terkenal di abad ke 20.
Ramai yang mengenali Enid di dalam Malaysia juga terutamanya mereka yang pernah membaca buku cerita kanak kanak yang ditulis oleh Enid dalam bahasa Inggeris. Novel bersiri Enid ni sangat popular. Saya tak tahu menahu tentang Enid sebab tak ada nama Enid pada buku yang saya miliki. saya tak pernah baca buku Enid dalam bahasa Inggeris. Saya tidak pasti kenapa tak ada nama Enid pada buku yang sudah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. Mungkin ada kena mengena dengan urusan publisher atau disebalik tabir yang tidak diketahui.
Kalau korang perasan, banyak buku kanak kanak yang ada tertulis nama Enid Blyton. Terutamanya apabila masuk ke Kedai Buku Popular.
Tajuk buku Anak Kembar Encik Harun ni kalau dalam versi English, tajuknya berbunyi The O'Sullivan Twins. Dan... bila dah tahu asal usul buku ni, perasaan ingin tahu saya semakin tak terbendung. Macam nak baca yang versi English juga. Mana laa tahu ada jalan cerita tak sama kan?
Senarai buku (senarai popular) yang ditulis oleh Enid Mary Blyton:
- Siri Pengembaraan (The Adventure Series)
- Siri Misteri Barney (The Barney Mystery Series)
- Siri Sarkas (The Circus Series)
- Siri Lima Sekawan (The Famous Five Series)
- Siri Pokok Magik yang Terpencil (The Magic Faraway Tree Series)
- Siri Menara Malory (The Malory Towers Series)
- Siri Tikus Mary (The Mary Mouse Series)
- Siri Gadis Yang Paling Nakal (The Naughtiest Girl Series)
- Buku-buku Noddy
- Siri Rahsia (The Secret Series)
- Siri Tujuh Penyiasat (The Secret Seven Series)
- Siri St. Clare (The St. Clare's Series)
- Siri Kerusi Permintaan (The Wishing-Chair Series)
- The Five Find-Outers Series
- Siri Lima Penyiasat
Dan...terdapat beberapa siri yang popular telah diadaptasikan menjadi animasi, teater, dan television.
Buku Ini Mengenai Apa?
Anak Kembar Encik Harun ni menonjolkan watak Liza dan Lena iaitu anak kepada Encik Harun. Menceritakan kisah mereka bersama pelajar lain di sekolah menengah. Sekolah berasrama penuh. Penulis menonjolkan jenis jenis (attitude/behaviour/personality) pelajar dalam sebuah sekolah yang pelbagai ragam. Anak kembar Encik Harun ni adalah buku yang ke 8 dari 12 dalam Siri Pelajar. Walau bagaimanapun, Siri Pelajar dari no. 1 hingga ke 6 tidak ada kena mengena dengan kisah yang ke 8 hingga ke 12.Siri pelajar no.1 hingga 6 berkenaan pelajar Sekolah Seri Melur (Versi English - The Malory Towers Series). Manakala no.7 hingga 12 berkenaan pelajar Sekolah Tengku Asikin (Versi English - The St. Clare's Series).
Kenapa Baca Buku Ni Sedangkan Buku Ni Buku Budak Budak?
Keluar dari belenggu Reading SlumpSaya baca ni pada 28 Februari gara gara saya mengalami Reading Slump. So, saya pilih buku ni untuk keluar dari belenggu slump tu. Buku ni ringkas, tak terlalu tebal, dan sesuai sebagai bacaan ringan. Maka, kembalilah saya bersemangat untuk membaca buku dengan amount muka surat yang banyak dalam sehari dan buku yang lebih tebal serta buku yang topiknya serius; keras; bosan sampai nak beristighfar dibuatnya! Alhamdulillah kesan membaca buku kegemaran zaman kanak kanak ni sangat membantu keluar dari perasaan berat membaca.
Reading Slump tu apa? Ohh tu keadaan di mana seseorang yang suka sangat membaca (Avid reader) mengalami kesukaran untuk membaca dengan enjoy/pleasure seperti biasa. Reading Slump ni bahaya bagi ulat buku kalau dibiarkan. Boleh jadi nanti akan hanyut lama dibawa arus dan terus berlambak buku yang tidak dibaca tapi membelinya berterusan. Selain tu, boleh membuatkan Avid reader jadi rasa bersalah dan stress sebab nak membaca tapi tak dapat.
Jadi, point saya kat sini, buku ni walaupun orang kata untuk budak budak, sangat berkesan untuk dibaca oleh orang dewasa.
Melihat dari perspektif yang berbeza
Okay... Faedah membaca buku kegemaran zaman kanak kanak ada faedahnya. Mungkin jalan ceritanya sama tapi.. perspektif kita sudah berubah. Kita akan melihat plot, watak, dan mesej dalam cerita tu lebih mendalam.
Kalau dulu, saya benci dengan watak Yannam dalam buku ni. Begitu juga dengan Letchumi. Tapi, sekarang saya sudah tidak membenci mereka berdua sebab saya mula faham mengenai psikologi pelajar terbentuk dari latar belakang yang berbeza.
Watak Yannam mengajar saya mengenai sesuatu yang dulu saya tidak nampak mesej ni. Pertama, jangan terlalu membenci dan mengikut perasaan marah dan dendam. Kita tidak tahu siapa yang akan membantu kita disaat kita dalam kesusahan.
Kedua, walaupun seseorang itu pernah melakukan kejahatan yang dahsyat, apabila dia mula menyesal atau insaf tidak semestinya dia munafik/berpura pura. Perkara ini ghaib (tidak kelihatan). Hanya Allah yang tahu. Kita perlu bersangka baik walaupun dalam mode yang berhati hati.
Boleh memahami anak atau murid/pelajar
Disebabkan buku ni berkisarkan kehidupan pelajar sekolah menengah. Maka, jika kita seorang ibu atau bapa, kita akan mengerti apakah antara penyebab anak anak kita bersikap sedemikian.
Kita juga akan faham mengapa mereka suka berkawan dan mula mengabaikan rumah. Selain tu, kita juga akan faham kenapa anak kita tak sama dengan anak orang lain. Malah, kita juga akan mengerti kenapa mereka marah, tak suka dan benci kepada guru...begitu juga sebaliknya.
Guru guru juga akan faham mengapa pelajar selalunya nakal. Malah melalui buku ni, kita akan faham perbezaan antara jahat dan nakal.
"Apa yang kamu lakukan malam tadi, adalah berat sekiranya kamu dibiarkan melakukannya selalu. Tapi, bagi saya itu hanyalah kenakalan. Bagaimanapun, kamu tetap akan dihukum. Kamu tidak dibenarkan keluar ke bandar selama dua minggu." - Muka Surat 37
Boleh memahami guru guru.
Sebagai pelajar ada masa kita tak faham kenapa cikgu kita bertindak macam ni macam tu. Ada masa kita tak faham kenapa cikgu kita garang dan pemarah. Ada masa kita tak nampak bahawa cikgu kita sayang kita disebalik muka yang bengis. Buku ni boleh membuatkan pelajar belajar untuk bersangka baik dan berusaha untuk memahami situasi seorang guru di mana kita semua maklum bahawa guru adalah manusia. Bukan malaikat.
"Cikgu, cikgu, saya tak tahu nak mulakan," kata Mei Lin tergagap gagap. "Tentu cikgu marah.Tapi percayalah saya betul betul kesal. Kami takkan buat begitu kalau kami tau cikgu tak sihat..." - Muka Surat 125
Boleh mengimbau zaman sekolah
Well, meskipun ada memori pahit. Pastilah akan ada memori indah di zaman sekolah. Yang pahit tu buang saja lah. Biar kita imbau yang manis belaka. Dengan buku ni, bagi saya terlalu banyak yang membawa saya kembali ke zaman sekolah walaupun saya bukan lah bersekolah di sekolah berasrama penuh.
Teringat dengan kawan kawan lama. Yang dulunya berkepit macam belangkas. Teringat dengan guru guru yang baik baik belaka. Disebabkan buku mengisahkan kisah pelajar tingkatan satu dan dua, saya lebih banyak mengimbau kisah tingkatan satu dan dua. Saya boleh tahan nakal juga di tingkatan 1. Uhrmm...
Terhibur
Buku ni buku budak budak. Ringkas, ringan dan banyak elemen kelakar. Kadang baca sambil tergelak. Kadang senyum senyum sendirian. Sangat menghiburkan.
Boleh melihat sudut pandang pelajar berasrama penuh
Disebabkan saya bukan belajar di sekolah berasrama. Jadi, saya tak tahu macam mana keadaan pelajar sekolah berasrama penuh. Jadi, ni salah satu cara untuk berimaginasi keadaan pelajar berasrama penuh walaupun cerita ni rekaan.
Apa Komen/Ulasan Saya Mengenai Buku Ini?
Buku ni bermuka surat 128. Dengan gaya penulisan yang sesuai dengan budak sekolah rendah, sudah tentulah bahasanya sangat mudah untuk orang dewasa faham. Tak ada kiasan mahupun ayat bergelora. Wahaha.. maksud saya tak ada gaya bahasa seperti simile, metafora dan sebagainya. Ayat dalam buku ni 100 persen straight to the point.Sesuai sangat dijadikan hadiah untuk anak buah yang masih bersekolah di sekolah rendah, atau yang baru nak berlatih membaca buku novel (budak sekolah menengah atau dewasa). Buku macam ni memang seronok untuk memulakan pembacaan bagi mereka yang baru sahaja berjinak jinak untuk menjadi ulat buku.
Plot pun sangat tersusun dan mengikut kronologi. Bagi mereka yang sudah biasa membaca buku tebal atau plot yang memeningkan kepala, buku ni confirm sure sekelip mata boleh habis baca.
Apa Komen/Ulasan Saya Mengenai Plot/Watak Buku Ini?
Walaupun buku ni buku budak budak, saya masih lagi dapat merasa sakit hati dengan sikap Yannam dan Letchumi. Terutamanya ketika Letchumi yang bersikap biadap terhadap guru guru. Biadap dengan kawan sekolah tu saya masih boleh terima. Biadap tahap Letchumi terhadap guru; saya memang tak suka. Tapi, tup tup saya suka pula dengan Letchumi di penghujung cerita. Kenapa tiba tiba suka? Yang tu korang kena baca sendiri.Kejutan dalam buku ni adalah apabila Mei Lin bertindak terlebih batas. Saya ingatkan Yannam dan Letchumi sahaja yang buat sakit hati. Mei Lin pun sama. Tapi, kali ni perangai Mei Lin tidak pula mendapat bantahan dari kawan kawan lain. Mereka sokong lah pula. Tak baik tau 'prank' cikgu sampai macam tu.
Dalam semua watak dalam cerita ni, saya paling suka sikap Lucy Fernandez. Tidak pernah bias, kind hearted, positive, husnuzon, prihatin dan sebagainya.
Berapa Bintang saya Beri Untuk Buku Ni?
5 Bintang dari 5 Bintang. Highly Recommended!Buku ni murah je. Kat MPH ada, kat Popular pun ada. Beli lah untuk anak anak, banyak moral value dalam ni. Orang dewasa pun boleh baca. Ada masanya buku kanak kanak lebih buat kita tersentap dari baca buku dewasa. Kadang kadang kita, orang dewasa terleka dengan pelbagai perkara. Bila baca buku budak budak, baru teringat, "Ehh dulu saya baik macam budak ni lah..."
Kadang tu rasa macam, "Ehh..budak ni lagi matang dari saya..."
Terima kasih kerana membaca ulasan buku ni korang. Kongsikan artikel ini ke media sosial korang agar boleh dicapai kepada mereka yang suka membaca buku dan mungkin mereka mahu menjadikan buku ini sebahagian dari pembacaan mereka juga. VvaawaahhHHHH!
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @sopheestudio, @sopheericher.
33 Kata-kata Dari Teman:
Baru sis tau apa itu reading slump. Sis kalau baca buku cerita memang tak ulang dah..sekali tu jelah baca haha..tp tabik lah kat mereka2 yang ulang2 baca byk kali. Nanti nak cari lah buku ini..mcm menarik plak jalan cerita tu..boleh suruh anak2 sis pun baca..diorg mengarang karangan memang teroks haha
bacaan aida dulu time skola - enid blyton lah.
aida ni tak membaca sgt. tapi adik aida = yes. ulat buku.
banci bacaan dia always penuh! dpt hadiah plak tu kat skola.
now, anak sulung aida menurun pe'el membaca mak usu dia.
will suggest la buku ni kat anak aida.
Baru tahu jugak tentang penulis buku nie sbb zaman sekolah suka gak baca buku mcmtue. Thanks for sharing
Wow, tak sangka baca buku yang boleh dikira simple macam ini boleh jadi sangat mendalam. Saya masa kecil-kecil dulu baca buku jenis jenis macam ni tapi tak ada fikir sampai mendalam sekali hehe
Terima kasih sofinah share review & term baru mcm reading slump tu. Dapat tambah info baru hehe
Memang tak asing kalau nama penulis Enid Blyton.Masa kecik-kecik memang suka baca buku penyiasatan dan misteri. Pernah juga dengar buku The O'Sullivan Twins, tapi tak pernah baca. Hehe.
oo buku rupanya. best juga untuk jadi bahan bacaan anak2 ya
Rawlins membesar dengan membaca buku Enid Blyton, terutama penyiasatan. Rawlins pun sejenis yang akan membaca buku kegemaran berulang kali - setiap kali akan bertemu keseronokan berlainan.
Masa Ruby sekolah rendah dulu, banyak membaca buku begini. Penulisan yang jelas, ilustrasi simple dan melatih minat membaca. Sekarang ni, Ruby mencari buku begini di BBW hari tu. Tapi tak jumpa. Sebab nak baca lagi dan kali ini untuk menyokong anak-anak untuk baca dan faham kisah dalam buku ni. Kalau kita hanya bagi buku je, mesti anak macam kaku dan tak tau bagaimana nak mulakannya. Kitalah kena start dulu.
menarik buku cerita..penggunaan nama watak pun menarik..takdelah watak buku skrg nama yang pelik..nanti nak carikla
Oooo the O’sullivan twins tau la hahahha bila baca kembar td cam blur jap. Dulu kecik2 cte Enid Blyton selalu baca..
Terima kasih utk review buku ni, saya tak sempat nak membaca buku sangat. Baca review kat sini pun dah okay
Seronok jugak baca Buku-buku zaman budak-budak dulu kan.. rasa macam mengimbau kembali zaman ketika itu.. TB tak berapa ingat sangat buku-buku zaman budak2 dulu sebab dulu dan kini tak berapa minat membaca buku cerita kecuali buku motivasi kadang baca lah
In Shaa Allah kalau membaca buku cerita mudah faham macam ni boleh memupuk minat budak budak buat karangan. Ulang baca sebab minat je ni sis. Kalau buku yang tak minat tu rasanya tak juga la. hehehehe.
Waaa... mesti adik sis Aida tu gembira sangat dapat rewards hasil dari membaca. Tu boleh meningkatkan lagi minat dan kemahuan dia untuk terus membaca buku... Best lah ada anak buat join minat sama hehehe... boleh d ajak baca buku yang sama lepas tu exchange pendapat pula. haha.
sama sama... saya pun baru juga tahu.
Hehehe... setiap buku tu ada mesej tersirat. Ada moral value.. sebab tu budak budak perlu diajak membaca supaya dia belajar sesuatu dari jalan cerita tu.
sama sama... terima kasih juga sebab singgah dan baca blogpost tentang buku anak anak kembar Encik Harun ni.
Wow... sis Bella pun rupanya peminat buku Enid Blyton ni. Seronok kan baca penulisan dia tu. Tapi saya baca yang terjemahan bahasa melayu la. hahahaha... dulu tak reti baca English.
Hahahaha...mesti sis ingat tu cerita budak kembar siapa kan Tajuk buku sebenarnya.
Betul kan rawlins... feeling dia lain kan bila baca buku kegemaran tu semula...
Betul sangat tu sis Ruby...kita kena start dulu kan. So, In Shaa Allah anak anak akan follow membaca. Lama lama minat tu datang dengan sendirinya. Malah diorg lagi yang dengan sendirinya mencari buku yang macam mana diorg nak. Seronok la kat sana meriah dengan BBW... kalau saya , kena pergi Sabah la dulu untuk datang ke BBW.
nama nama watak dalam buku Siri Pelajar keluaran Fargoes ni memang dah ditukar dan mengikut kesesuaian rakyat Malaysia. Nama tempat pun tak sama dengan dalam buku original. Seronok bagi budak budak baca ni.
Ahahaahha... kalau kak min masa kecik baca buku Enid yang English tu, memang tu la tajuk dia. Kalau yang keluaran Fargoes ni ada dua tajuk, yang dalam bahasa Melayu "Anak Kembar Encik Harun". kalau yang English (keluaran Fargoes) tajuknya "Mr.Hanson's Twin Daughters" . kelakar je rasa...nama watak dalam tu pun bertukar tukar.
sama sama... terima kasih sebab baca dan singgah ke blog saya dan baca blogpost Anak kembar Encik Harun.
Buku motivasi bagus juga sis TB. Bagus untuk membakar semangat kita ketika down/penat . Dan boleh menambahkan lagi semangat untuk bertahan dan maintain dengan apa yang sedang kita usahakan. In Shaa Allah.
Tak kisahlah buku budak-budak ke buku dewasa ke, janji minat membaca tu ada..bagus lagi buku budak-budak dulu-dulu kan, sebab banyak nasihat dan adab yang di tunjukkan..sekarang buku budak banyak katunn hahahha
Sekarang dah ada komik yang sesuai untuk budak budak sis. Jalan cerita dia elok...untuk ajar budak2 moral...
Bila baca ni tiba2 teringat koleksi buku2 cerita kegemaran zaman sekolah dulu. Masing2 ada koleksi kegemaran masing2. Macam emi suka yang jenis pengembaraan.
Kann... zaman kita sekolah dulu dulu, buku jenis macam ni lah hiburan kita. Semangat betul nak buat koleksi dan share dengan member.. hahaha...
Hi sis! Teruja sungguh bila saya Google tentang bukubkembar anak harun, jumpa blog sis nj! Sy salah seorang yg membesar baca buku penulisan enid blyton bahasa melayu. N saya suka siri sekolah melur n tengku asyikin. Saya suka baca kes2 penyiasatan tu juga. N saya rasa sis patut cari buku enjd blyton tajuk Amelia Jane. Best ssgt. Tu adalah buku enid blyton yg saya baca bahasa inggeris kerana xjumpa versi melayu. Buku kanak2 tetap best
Hi Yana... terima kasih singgah ke blog sis ni... Buku ni memang best... baca semula masih rasa best... ehehe... In Shaa Allah kalau jumpa buku tajuk Amelia Jane, sis akan baca dan review...
Oh dear. Akk memang membesar baca buku2 asrama Dan penyiasatan ni. Dulu2 siap sorokkan buku mana Yang nak baca dalam library. Memang cari2 buku ni.. Tapi x ingat apa nama. Thanks jumpa blog u. Dulu2 buku2 ni motivate sangat. Memang after upsr, terus masuk hostel life. Nak cari lah buku2 ni after pkp
Catat Ulasan