SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.

Rabu, 15 Julai 2020

Masalah Gigi Bongsu (Wisdom Teeth) Dan Jangkitan Pericoronitis Serta Puncanya

Simptom / Gejala Jangkitan Pericoronitis dan Puncanya


BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,

Blogpost kali ni merupakan kesinambungan dari blogpost "Punca Masih Sakit Gigi Selepas Tampal Gigi" sebelum ni. Dalam blogpost tu, saya kongsi kenapa saya sakit gigi ketika mengunyah makanan selepas buat tooth filling (tampal lubang gigi). Puncanya, tampalan saya tu tinggi. Memang gigi tu dah tak sakit selepas dentist rendahkan.

Masalah Gigi Bongsu (Wisdom Teeth) Dan Jangkitan Pericoronitis Serta Puncanya

Cuma, pelik malamnya gigi tu sakit kembali semasa makan malam. Buat masa ni saya sabar dulu... agaknya masalah gigi sensitif. Harapnya bukan masalah pulpa gigi sampai kena buat root canal. Hm. Terdetik juga laa sebenarnya, cabut! Tapi...kalau asal problem je cabut, esok esok kau tak ada gigi... hahahahHa...

Masalah Gigi Bongsu (Wisdom Teeth) Dan Jangkitan Pericoronitis Serta Puncanya
On the way ke Klinik Pergigian Bakti Labuan (Muka ada senyum? Sedang sakit gigi tu..hHhaa)


Kali ni, saya nak kongsi mengenai masalah gigi bongsu pula dan sedikit info mengenai gigi bongsu. Tidak semua orang tahu tentang gigi bongsu kan? Confirm ada yang tertanya tanya, umur dewasa macam saya ni pun masih nak tumbuh gigi? Saya sendiri pun tak tahu tentang kewujudan gigi bongsu ni sehinggalah saya menonton satu rancangan TV yang ada moment wisdom tooth extraction (mencabut gigi bongsu).

APA ITU GIGI BONGSU?

  • Dikenali juga sebagai wisdom teeth.
  • Gigi bongsu adalah gigi geraham besar kekal ketiga dan yang terakhir.
  • Ia akan tumbuh dihujung rahang paling belakang. Kiri dan kanan. Bawah dan atas. Semua orang akan ada 4 gigi bongsu.
  • Kebiasaannya gigi bongsu akan tumbuh pada umur kita sekitar 17 hingga 25 tahun.
Sila rujuk gambar di bawah ni untuk mengetahui gigi bongsu mana satu:

Masalah Gigi Bongsu (Wisdom Teeth) Dan Jangkitan Pericoronitis Serta Puncanya

Tujuan asal saya ke Klinik Pergigian Bakti Labuan tu sebenarnya nak tampal dua gigi. Gigi geraham bawah kanan dan kiri. Gigi kanan tampalannya dah tak okay; dah ada dua lubang baru dan gigi kiri memang berlubang teruk. Punca gigi kiri berlubang teruk sebab saya biarkan dari lubang tu kecil hingga membesar selama 10 tahun kalau tak silap. Serius! Masa tu lubang gigi tu comel saja.

Saya biarkan sebab saya takut proses tooth filling terutamanya dental drill. Dentist zaman sekarang dah jarang sebut ni dengan nama 'Drill'... sekarang dah panggil sebagai handpiece. Kalau kita dengar D R I L L , kita bayangkan gerudi bertukang tu kan? Betul tak? Hhahaha...

Sejak gigi kiri tu dah tak boleh nak tampal, sebab lubang dia dah macam kolam di taman tema, maka.. cabutlah kan... Lega sebenarnya bila Dr. Mary Elota Iyus kata, "Dah tak boleh tampal". Jadi, satu sahaja la gigi yang perlu ditampal pada hari tersebut.

Kebetulan, gigi bongsu saya nak keluar. Berjiran dengan gigi yang tak dapat nak diselamatkan tu. Jadi, mengikut pemahaman saya, lepas gigi rosak tu dicabut, gigi bongsu tu boleh lah keluar dengan aman. Sebab... to be honest... gigi bongsu tu memang saya sedar akan kehadirannya dari tahun lepas (2019)! Sakit kot!

Tahun lepas, saya memang bercadang nak cabut gigi yang rosak tu bagi laluan untuk gigi bongsu tu tapi, Mr.Bee sebut sebut tooth filling bertangguh tak sudah sampai ke tahun ni (2020)..Hhaha.. Sakit gigi bongsu tu kejap timbul kejap tenggelam. Ada masa sakit sampai kepala; solution? Painkiller. Paracetamol sahaja la... untuk masalah sakit kepala tu je semata mata. Masalah gigi bongsu tu, masih sakit setakat ambil Paracetamol. Jenis ubat tahan sakit lain, tak berani nak ambil. So, saya just pastikan kawasan tu bersih. Guna berus gigi kecil dan berkumur kumur air garam. 

KENAPA KUMUR KUMUR AIR GARAM?


Air garam mempunyai sifat pembasmi kuman secara semula jadi. Kajian tahun 2010 menunjukkan bahawa berkumur kumur air garam dapat membantu mengurangkan bakteria dalam mulut. Kadang kadang bakteria yang tertumpu pada sekitar gusi gigi pecah boleh menyebabkan kesakitan. Oleh itu, air garam boleh membantu mengurangkan rasa tidak selesa dan jangkitan.

Cara kumur kumur air garam, masukkan satu sudu teh garam ke dalam segelas air masak atau suam. Kumur kumur dan biarkan air garam di dalam mulut beberapa minit, kemudian keluarkan semula. Ulang kumur kumur dalam dua atautiga kali sehari sehingga rasa sakit mulai berkurang.

Masalah Gigi Bongsu (Wisdom Teeth) Dan Jangkitan Pericoronitis Serta Puncanya

Jadi, selesai cabut gigi geraham kiri saya pada hari tersebut, hilang saja kesan bius, saya mula rasa sakit dia lain macam. Bukan soket atau kawasan gigi yang dicabut tu yang sakit. Tapi, gigi bongsu tu yang over sakit. Mujurlah! Ada ubat tahan sakit yang klinik bagi (Ponstan). WARNING : Kalau korang baca blogpost ni dan sedang sakit gigi, jangan pergi cari sendiri Ponstan untuk legakan sakit gigi korang. Pergi jumpa dentist dulu. Klinik akan tanya dulu korang ada masalah alergik apa apa ubat ke tidak, dan sebagainya. Tapi, saya rasa korang mesti tahu korang ada alergik ke tidak kan dengan ubat tertentu? kan? kan? kan?

Tak sampai seminggu pun ubat tu...saya guna sampai habis. Kali ni sakit betul... tak main main. Saya tak boleh baca buku, tak boleh nak menulis...tak bolehhh...sakit. Nak melukis pun...tak fokus... Gigi bongsu saya tu mulai sakit semula selepas cabut gigi geraham tu. Bila ubat Ponstan dah habis, fuhh sakit sampai telinga rasanya. Sama macam tahun lepas. Saya mengalami beberapa keadaan di bawah :
  • Bengkak gusi di sekeliling gigi bongsu
  • Sakit dan sukar menelan
  • Gusi berdarah
  • Susah nak buka mulut besar sebab sakit di rahang
  • Dalam mulut mempunyai rasa yang kurang enak
  • Nafas berbau
  • Susah mengunyah
Keadaan di atas ni merupakan simptom jangkitan pericoronitis. Ada orang, boleh sampai demam dan bengkak sampai ke luar (bahagian pipi yang berhampiran rahang). Alhamdulillah saya tak sampai demam. Berbeza individu, akan berbeza keadaan simptomnya ikut sejauh mana teruknya keadaan infeksi gigi tersebut.

SIMPTOM / GEJALA INFEKSI GIGI BONGSU (PERICORONITIS)

  • Kesakitan
  • Ketidakselesaan
  • Mempunyai rasa yang kurang enak di dalam mulut
  • Gusi bengkak di kawasan yang terjejas
  • Gejala kronik biasanya hanya berlangsung selama 1 hingga 2 hari tetapi akan berulang selama beberapa bulan
  • Gejala yang teruk akan berlangsung 3 hingga 4 hari :
    • Bengkak pada bahagian muka yang terkena
    • Pelepasan nanah
    • Sakit ketika menelan
    • Demam
Bila ubat tahan sakit dah habis, saya mula rasa terganggu. Kebetulan, gigi kanan yang ditampal tu agak tinggi seperti yang saya kongsikan di dalam artikel sebelum ni (Punca Masih Sakit Gigi Selepas Tampal Gigi), jadi saya pergi ke klinik semula untuk settlekan masalah tampalan dan sekali nak dapatkan ubat untuk gigi bongsu.

Kalau sebelum ni saya dapat hanya ubat tahan sakit (Ponstan), kali ni saya diberikan ubat antibiotik dan ubat untuk mengurangkan bengkak. Happy giler! HHahaha.. dapat ubat pun happy ke. Sebab sakit kan, ada painkiller - selesai!

Masalah Gigi Bongsu (Wisdom Teeth) Dan Jangkitan Pericoronitis Serta Puncanya
Ubat ^_^


Saya harap, masalah gigi bongsu saya ni on the way 100% selesai. Harap tumbuh dengan betul di ruang yang betul... Hhaha... dan cepat sikit. Sekarang ni saya dapati kawasan gigi bongsu tu ada 'poket' . Berpotensi menyembunyikan 'harta benda' segala bakteria dalam tu. hhuhu...

PUNCA JANGKITAN PERICORONITIS


Pericoronitis biasanya berlaku pada orang yang berusia 20 hingga 29 tahun tidak kira lelaki atau perempuan. Keadaan umum yang menyebabkan masalah ini adalah :
  • Kurang jagaan kebersihan mulut (Poor oral hygiene)
    • Kebiasaannya berlaku apabila gigi bongsu tumbuh hanya sebahagian / separuh /  tidak tumbuh sepenuhnya. Ini membolehkan bakteria masuk ke sekitar gigi dan menyebabkan jangkitan. Makanan dan plak akan terperangkap di bawah gusi di sekitar gigi bongsu tersebut.
Masalah Gigi Bongsu (Wisdom Teeth) Dan Jangkitan Pericoronitis Serta Puncanya

  • Tekanan (Stress)
  • Hamil
  • Jangkitan saluran pernafasan. Ini disebabkan oleh virus. Kebiasaannya selsema atau bakteria yang mempengaruhi hidung, sinus dan tekak.
Hhaaah! Itulah punca punca jangkitan pericoronitis dan gigi bongsu salah satu dari faktornya. Apa apa hal, korang pergilaa jumpa doktor gigi. Okay!

Rujukan : WebMD, Medical News Today, Mayoclinic, dan My Health.


Terima kasih sudi membaca.

Semoga bermanfaat.

Jumpa lagi di next blogpost.


With Love,

#Sofinah696 💕

Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @sofinaartwork, @mudahkayadotcom, @howtoanythingmy .


Follow my blog with Bloglovin ðŸ’‹


Share:

3 ulasan:

  1. Sakit gigi nie memang tak boleh bawak bincang. Boleh ajak bergaduh. Myra dari sebelum pkp nak cabut gigi geraham nie sebab berlubang teruk. Sampai ke hari nie tak cabut-cabut lagi. Sudahnya tahan ngilu la bila minum air sejuk or makan aiskrim.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas cabut atau tampal nanti, In Shaa Allah settle masalah gangguan masa makan Amyra... semoga ada keberanian jumpa dentist dalam masa terdekat ni...

      Padam
  2. ni kalau keluar sumpah sakit tak tahan. minum ubat apa smua tak boleh nak fight. last2 kena cabut gg hehe

    BalasPadam

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.
[Penafian] Pihak www.sofinahlamudin.com tidak akan bertanggungjawab dengan komen komen yang negatif. Setiap komen yang negatif adalah atas tanggungjawab pengomen itu sendiri.

Highlight Article

Kenapa Sakit Gigi Ketika Mengunyah Selepas Buat Tampal Gigi (Tooth Filling)? Bagaimanakah Menyelesaikannya?

Kenapa Sakit Gigi Ketika Mengunyah Selepas Buat Tampal Gigi (Tooth Filling)? Bagaimanakah Menyelesaikannya? BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM~ Assal...

How To Anything Channel

Sofie TV Channel