Kenapa Sakit Gigi Ketika Mengunyah Selepas Buat Tampal Gigi (Tooth Filling)? Bagaimanakah Menyelesaikannya?
BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM~
Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,
Ahaaa...saya tahu kenapa korang baca blogpost ni. Sama ada tertanya tanya apakah puncanya gigi still sakit lepas tampal gigi, atau mungkin sebab korang sedang mengalaminya. Kan?
10 hari yang lalu (28 Jun, 2020), saya pergi ke salah satu klinik pergigian di Labuan (Klinik Pergigian Bakti) untuk repair tampalan gigi saya yang dah mulai berlubang semula. Tampalan tu dah rosak. Klinik ni Mr.Bee yang suggest sebab dia dapat experienced terbaik kat sana tahun lepas. Tahun lepas (2019) Mr.Bee buat rawatan tampal gigi dan sebenarnya dia nak saya settlekan tampalan gigi yang dah terbuka ni tahun lepas tapi saya tak nak! Wahahaha!
Kalau korang pernah baca blogpost saya tentang pendarahan gigi tak berhenti selama 3 hari selepas cabut gigi sebelum ni, korang memang tahu kenapa saya tak nak dan takut tampal gigi. Ikutkan hati nak cabut saja. Tapi, takkan nak cabut je kerja. Silap hari bulan buat gigi palsu (Dentures) sebab semua gigi nak dibuang.
Jadi, tahun ni saya terpaksa pergi jumpa dentist untuk baiki tooth filling / tampalan gigi lama saya yang dah rosak tu. Kalau tahun lepas, tampalan gigi saya yang rosak tu cuma ada 1 lubang, tahun ni dah ada 2 lubang. Hhuhuhu...ber-huhu lah saya nampaknya. Sejak lubangnya dah jadi 2 ni, saya alami gangguan ketika makan makanan tertentu. Pertama, makanan yang manis seperti coklat, kek dan biskut yang diletakkan gula di atasnya. Kedua, makanan yang keras dan bertekstur. Contohnya, kulit ayam spicy KFC, kekacang, bawang, kubis dan daging . Wahaha... Ketiga, makanan yang panas dan sejuk.
Jadi, pada 28 Jun, 2020... saya buat rawatan tampal gigi kat Klinik Pergigian Bakti (Labuan). OK! Proses tu tidak lama. 20 hingga 30 minit sahaja rasanya (waktu tu saya ada buat rawatan cabut gigi sekali). Lepas dah tampal sudah tentulah happy kan.
Gauze (Kapas gigi) tinggal dua sebab soket gigi bleed sampai 6 petang (cabut gigi sekitar 12:15 tengahari). |
Tapi, selepas beberapa hari, saya pelik pula. Masa mengunyah makanan gigi yang ditampal tu sakit.
PUNCA MASIH SAKIT GIGI SELEPAS TAMPAL GIGI
PENAFIAN : Saya bukan dentist. Blogpost ini adalah sekadar berkongsi pengalaman sendiri dan semua pengetahuan yang ditulis merupakan dari nasihat dentist dan pembacaan mengenai pergigian. Jika memerlukan khidmat nasihat mengenai masalah gigi, sila bertemu dentist bertauliah di klinik pergigian berdekatan.
Ada beberapa punca gigi yang ditampal masih sakit. Antaranya adalah...
1. TAMPALAN TERLALU TINGGI DARI GIGI YANG LAIN / ATAU MASALAH PERUBAHAN GIGITAN / ALIGNMENT GIGITAN YANG TIDAK BETUL
Selesai tampal gigi, dentist akan minta kita ketap gigi dan periksa sendiri tampalan tu tinggi dari gigi yang lain atau pun tidak. Jika tampalan tu tinggi, dentist akan rendahkan tampalan tersebut sehingga sesuai dan selesa dengan gigi yang lain.
Tampalan yang tinggi dari gigi lain akan buatkan kita mempunyai tekanan berlebihan pada gigi tersebut. Dalam kes macam ni, cepat cepat hubungi dentist semula dan dentist akan settle your problem.
Selesai merendahkan tampalan, biasanya sakit akan hilang serta merta, kunyahan akan kembali selesa.
2. PERMUKAAN GIGI YANG MEMPUNYAI BAHAN YANG BERBEZA
Kita akan merasakan sensasi ganjil pada permukaan gigi tersebut apabila bersentuhan. Contohnya, gigi dibawah mempunyai tampalan atau permukaan emas, dan di atas pula mempunyai permukaan bewarna perak. Kita mungkin akan merasa sakit dan sensitif akibat dua permukaan yang berbeza tersebut.
3. TINDAK BALAS ALAHAN
Gigi sensitif selepas membuat tampalan mungkin kerana tindak balas atau reaksi alergi terhadap bahan yang digunakan semasa tampalan.
Jika kes alahan, akan wujud tanda lain seperti timbulnya ruam atau gatal di kawasan berhampiran gigi yang ditampal. Sila hubungi dentist jika korang mengalami alahan seperti ini. Mereka boleh membuat tampalan atau pengisian semua lubang gigi dengan bahan yang berbeza.
4. GIGI YANG SENSITIF / KEJENGKELAN SARAF GIGI
Gigi yang memang sudah sedia sensitif, selesai sahaja membuat rawatan tampal gigi akan menjadikannya lebih sensitif terhadap makanan panas dan sejuk, suhu udara, dan tekanan terhadap gigitan. Masalah ini biasanya akan hilang setelah beberapa minggu.
Hal ini berlaku kerana tampalan membuatkan pengisian lubang gigi itu bertambah dan menyebabkan keradangan pada saraf di dalam gigi. Lapisan luar gigi (Enamel dan semen) akan melindungi saraf daripada terdedah tetapi tampalan di dalam yang menghampiri hujung saraf akan menyebabkan kerengsaan dan sensasi yang tidak selesa.
Semasa saraf mulai sembuh, masalah sensitif ini akan hilang cuma ia memerlukan masa (beberapa hari / beberapa minggu). Tetapi, jika berlarutan, contact your dentist.
5. TAMPALAN PECAH ATAU LONGGAR
Kesakitan selepas proses tampal gigi boleh jadi juga akibat dari tampalan yang longgar atau terdapat keretakkan. Sekiranya korang merasakan korang mempunyai masalah tampalan longgar atau retak, sila hubungi dentist dengan segera.
6. PULPITIS
Apa itu pulpa? Jika dilihat melalui anatomi gigi, pulpa berada jauh di dalam gigi. Rujuk gambar di bawah ni :
Jadi, pulpitis adalah masalah keradangan pulpa di dalam gigi yang menyebabkan kesakitan yang kerap akibat dari kerosakan gigi. Simpton kesakitan gigi akan berlaku dari ringan hingga sederhana dan akan menyerap rangsangan suhu panas dan sejuk, manis atau mekanikal (mengunyah makanan).
Pulpitis jarang berlaku terhadap rawatan tampalan kecil. Jika ia berlaku, mungkin gigi telah mengalami trauma akibat dari kemalangan dan berlaku keretakan atau patah hingga mencapai di bahagian dalaman gigi.
TERDAPAT DUA JENIS PULPITIS
- Reversible Pulpitis - Ini merujuk kepada keradangan ringan di mana pulpa tetap sihat, dan gigi akan sembuh dengan sendirinya.
- Irreversible Pulpitis - Ini pula merupakan pulpitis yang tidak dapat dipulihkan kerana terdapatnya saraf yang rosak / mulai mati. Dalam hal ini, seseorang akan memerlukan rawatan saluran akar (root canal treatment) untuk menyelamatkan gigi tersebut.
Itulah 6 perkara yang menjadi punca kenapa sakit gigi ketika mengunyah selepas buat rawatan tampal gigi dan penyelesaiannya.
JADI, MANA SATU YANG MENJADI PUNCA PADA MASALAH SAYA?
Selepas beberapa hari dari rawatan tu, saya notis ; masa mengunyah makanan gigi yang ditampal tu sakit. Mungkin dari awal lagi memang sakit cuma saya yang tak perasan sebab saya tak makan makanan keras sebab selain dari buat tampalan gigi kanan bawah, saya cabut gigi pada hari yang sama. Gigi yang dicabut tu pula jiran kepada gigi bongsu kiri bawah saya yang sedang menjenguk keluar; dia nak tumbuh.
Proses waktu tu, saya dibius terlebih dahulu di gigi kiri bawah. Kemudian, selepas dicucuk bius tiga kali, dentist tampal gigi kanan bawah saya. Selesai tampal, saya diminta check sama ada tampalan tu tinggi ke tak. Awalnya, saya rasa tampalan tu tinggi.
So, dentist trim tampalan tu bagi rendah sikit. Kemudian, dia bagi satu kertas kecil yang digunakan oleh klinik pergigian untuk mengukur ketinggian tampalan gigi. Kertas tu dikenali sebagai kertas artikulasi atau stok shim.
Kertas tu nipis dan dan boleh buat tanda pada permukaannya. Kita perlu gigit kertas tu (macam mengunyah) terlebih dahulu untuk meninggalkan kesan tekanan pada kertas tu agar dentist boleh tengok sejauh mana ketinggian tampalan tersebut.
Masa saya gigit kertas tu, mulut saya sebelah kiri kebas. Macam susah pula nak kunyah. Saya rasa rasa lah masa tu, memang dah okay dah ketinggian tampalan tu. Rupanya, belum okay! Seminggu kemudian saya datang ke klinik semula sebab saya tak selesa makan.
Gambar tak ada kaitan. Hhahaha... Ni gambar masa tunggu giliran dalam Klinik. Saya merasa boring seketika. 😆😆 |
Jadi, puncanya adalah...
TAMPALAN TERLALU TINGGI DARI GIGI YANG LAIN / ATAU MASALAH PERUBAHAN GIGITAN / ALIGNMENT GIGITAN YANG TIDAK BETUL.
Lepas dentist rendahkan tampalan sekali lagi pada 6 Julai, 2020.. kali ni saya diminta untuk testing mengunyah. Errrr...saya tak tahu nama benda yang saya kunyah tu. Tapi untuk testing mengunyah lah. Sakit ke tak masa mengunyah tu.
Vvaaah! Dah tak sakit masa buat testing mengunyah tu... rasa selesa je mengunyah. TAPI...
Ada tapi ni tau...
Waktu malam, saya keluar dinner. Saya makan mee goreng ayam. Masa kunyah ayam tu! Ya Allah lah... sakit lagi pula cuma tak sesakit sebelum ni. Okaylah... I surrender...Saya saspek kali ni saya ada masalah GIGI YANG SENSITIF. Sakitnya tak teruk tapi saya tak selesa ketika mengunyah makanan keras.
-----
[Updated] Hari ni (8 Julai, 2020)
Sakit teruk setelah saya makan pisang dan kuih terang bulan. Sakit dia macam makanan masuk dalam lubang gigi yang belum bertampal. Sakit hilang semula selepas beberapa minit. Jadi, buat masa ni sebenarnya belum betul betul settle lagi gigi ni. Saya cuma perlu tunggu beberapa minggu lagi. Jika berlarutan, nampaknya saya kena jumpa lagi dengan dentist untuk gigi ni.
-----
[Updated] Hari ni (23 Mei, 2021)
Erk! Maaf saya terlupa nak update blogpost ni. Kisah gigi saya yang sakit selepas ditampal ni dah settle lama sebenarnya. Selepas beberapa bulan, saya masih tidak pergi jumpa dentist. Hhahaha... sebab? Haiih...hmm...well, erm... masalah perangai yang suka bertangguh menguasai diri ini. Gitteeww... Dalam proses saya bertangguh tangguh ni, gigi saya tu baik sendiri. Sampai sekarang langsung tak sakit walaupun makan kekacang. Malah, apa sahaja kunyah pun tak ada rasa apa apa. Alhamdulillah. Baiklah... itu sahaja updatenya.
-----
Untuk yang tertanya tanya berkenaan kos rawatan gigi saya ni; Kos dua kali jumpa dentist ialah RM350 ke atas (1 Cabut dan 1 tampal).
Terima kasih sudi membaca.
Semoga bermanfaat.
Jumpa lagi di next blogpost.
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @sofinaartwork, @mudahkayadotcom, @howtoanythingmy .
Follow my blog with Bloglovin 💋
32 Kata-kata Dari Teman:
Yep, my dentist mentioned the same thing too. Thank you for sharing this information. Hope you are ok now.
Rawlins pernah gak bengkak gusi selepas tampalan - rupanya Doktor gigi pelatih tu tersumbat terlampau banyak tampalan sampai bengkak hahaha
Scary pula bila baca. Saya ni antara orang yang takut nak jumpa dentist. Tapi kalau tak jump sakit pula.
Btw, thanks untuk perkongsian ni. Lepas ni kalau jadi apape boleh la jadi rujuan
so far tak pernah sakit lepas filling, tapi mudah tercabut tu ade lah. lepas tu malas nak ke dentist balik. hehe
terimakasih atas perkongsian. semoga memberi manfaat buat semua :)
Kalau cakap je pasal sakit gigi, adeiii memang sis nyilu dengar, sebab rasa serik dn terasa-rasa sakit gigi dulu sampai kena cabut...adeiii seriau nampak klinik gigi..
Mujur dah tau puncanya kalau idok memang susah dok sakit gigi ni. Nak buat keja pun payah. Gws ye sis
hahaha dulu pun sama, masa tampal tu agak tinggi dari yang biasa. So elak mengunyak dekat gigi yang ditampal. Bila tampal tinggi lambat sikit la nak terhakis haha tapi pahittttt
Memang berniat nak cek and tampal gigi ni. Sakit jugak , makin tua makin kena jaga gigi katanya. Nanti sy tgk review klinik ni jugak
Thanks Fadima... okay dah sekarang... Thanks drop by and read about sakit gigi lepas tampal. hehehe...
OMG... boleh terlebih juga rupanya Rawlins... hehehehe...
Sama sama... perkongsian biasa saja ni. Apa apa hal, jumpa dentist tau. Memang ramai yang takut jumpa dentist tapi better fight takut tu dari gigi tak settle2.
Ehhh... pergi buat balik filling tu. hahaha...
In Shaa Allah bermanfaat.. terima kasih singgah baca Punca masih sakit gigi selepas tampal gigi (Tooth Filling)... ;)
Hhhahaha... macam tu la kak perasaan pesakit yang datang ke klinik gigi... tapi tak tahan kan biarkan sakit. Mana susah nak makan lagi...
Thanks sis... saya okay dah...nanti nanti lagi la gi dating dengan dentist.. haha...
Farhana biarkan je ke? Tak sakit ke tampalan tinggi tu?
terima kasih atas info. teringat pula zaman sekolah dulu, memang takut nak check gigi. bila nurse datang sekolah, terus buat2 sakit haha :)
Saya memang fobia bila g dentist sbb masih i gat masa sekolah doktor suruh cabut gigi masa tu ubat kebas blm betul2 kebas huhu...
Thank you sharing kita dah lama tak sakit gigi lepastu dah lama tk pergi check gigi jugak hahahah kena pergi check gigi ni
Seronok baca.. Baca info dan tips yg berguna bila nak buat tampalan gigi nie yea.. Terima kasih atas perkongsian info ini. Moga beri banyak manfaat
cakap pasal gigi memang ngilu rasa. tapi alhamdulillah lama dah tak kena sakit gigi
Baru semalam tampal,memang ada rasa sakit,ingat nk pergi semula klinik cabut terus....
Hi..awak ambil brapa lama utk hilang rs nyilu dan sakit tu?saya dah tampal gigi 3 mggu..sakit msih ada bila myunyah..mggu lps dah jumpa dkotr,tampalan ok dkor kata mgkin gusi terlalu senstif
antara sakit yang mencabar ialah sakit gigi
berape kos untuk rendahkan tampalan tu?
nak tanyaa, berape kos kene cas rendahkan tampalan gigi tu??
Lama juga hilang sebenarnya. Berbulan. Tapi tak teruk sangat lah... jadi saya biarkan sahaja. Gigi baik sendiri lepas tu. Sepanjang tu memang tak ada makan benda-benda yang terlalu keras macam kacang. Ais krim dan air ais pun tak.
Hhahaha betul bro Hanafi...
Saya tak pasti sebab masa tu saya memang minta ubat tahan sakit sekali untuk masalah gigi bongsu...
Sy tegah alami sakt gigi skrng nie seleps di tmpal hri ahd baru nie 🥴Smpai skrng sakit😢X prnh jdi mcm nie lepas tmbal gigi.. Gigi bungsu plk tu.. Kejp sakt kejp hilng
Catat Ulasan