SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Isnin, 6 November 2017

Gunther Seorang Pembunuh Upahan Terbaik

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Selepas melihat trailer KILLING GUNTHER, Saya dan MR.BEE pun memilih movie ini untuk ditonton. KILLING GUNTHER adalah movie genre komedi aksi di mana menceritakan berkenaan seorang lelaki bernama GUNTHER.Di dalam movie ini,Gunther seorang pembunuh upahan terbaik. Walaupun jalan cerita movie ini mungkin serius dan menyampaikan pelbagai mesej kepada penonton, genre komedi aksi dalam movie ini sangat ketara sehingga kelihatan begitu bodoh. Haha! Sejujurnya, saya bukan peminat filem komedi apatah lagi komedi lawak bodoh. Saya rasa tak lucu pun. Mungkin lebih kepada menyampah. Bagi saya, pada awal cerita memang sangat membosankan  dan tidak lawak langsung. Lawak kelihatan hambar dan seolah-olah orang ada masalah mental. Hahaha... Jalan cerita ini dipersembahkan dalam bentuk dokumentari (Rakaman peribadi). Jadi, pelakon akan melihat kamera dan bercerita depan kamera. Ya! Sama seperti blogger buat video review produk atau vlogger. Gunther mempunyai musuh ketat bernama Blake. Disebabkan Gunther seorang pembunuh upahan terbaik, Blake sangat iri hati dan membenci Gunther. Blake mengupah jurukamera untuk merakam semua aktiviti mereka sepanjang memburu Gunther untuk dibunuh.

Gunther Seorang Pembunuh Upahan Terbaik

Sinopsis KILLING GUNTHER.

Blake adalah seorang pembunuh upahan amatur mempunyai cita-cita tinggi untuk mendapatkan pengikhtirafan sebagai seorang pembunuh upahan terbaik. Disebabkan pengikhtirafan "TERBAIK" tersebut dipegang oleh seseorang yang bernama GUNTHER dan bukan Blake, Blake begitu marah, iri hati dan berdendam dengan Gunther. Untuk mendapatkan pengikhtirafan yang terbaik, Blake mengambil jalan singkat dengan merancang untuk membunuh GUNTHER. Bagi Blake, menjatuhkan, mengalahkan dan membunuh seseorang yang terbaik, maka dialah yang terbaik.

Selain dari iri hati dengan status Gunther, hal ini juga adalah berpunca dari ketidakpuasan hati Blake terhadap Lisa, bekas kekasihnya yang meninggalkannya demi memilih Gunther. Dalam erti kata yang lain, Lisa curang kepada Blake dan bercinta dengan Gunther. Hal ini membuatkan Blake bertambah benci dengan Gunther.

Dalam operasi memburu Gunther, Blake menubuhkan kumpulan pembunuh upahan dan mengupah juru kamera untuk merakam semua aktiviti mereka sepanjang memburu Gunther dengan alasan sebagai bukti dia telah membunuh Gunther melalui rakaman video. Di dalam kumpulan yang ditubuhkan oleh Blake, terdapat beberapa orang yang kononnya pakar dalam bidang-bidang tertentu. Contohnya, Pakar bom, pakar IT, pakar racun , pakar sniper dan sebagainya.

Pemburuan mereka bukan semudah yang mereka sangkakan. Nampaknya Gunther lebih bijak! Ditambahkan pula dengan sikap Blake yang perasan hebat. Blake dan Gunther sebenarnya berasal dari tempat yang sama, belajar dari guru yang sama. Malangnya, tetap Gunther yang terbaik. Blake dan kumpulannya diperbodoh-bodohkan oleh Gunther membuatkan Blake bertambah marah.

Elemen Kejutan dan Kreativiti

Disebabkan saya bukan peminat genre komedi, saya agak merasa bosan pada mulanya. Namun, kemunculan Gunther di pertengahan cerita membuatkan saya kagum. Elemen kejutan dalam movie ini sangat kreatif! Oleh hal yang demikian, saya mula melupakan elemen lawak bodoh yang mengarut dan saya mula tergelak dengan elemen kejutan di dalam movie ini. Korang pasti tidak menyesal tengok movie ni sebab tidak sangka mempunyai elemen yang betul-betul tidak dijangka langsung. Imaginasi pencipta jalan cerita sangat diluar kotak!

Pengajaran dan Mesej

Walaupun ini adalah movie komedi, mesej dan pengajaran terlalu jelas untuk penonton dan lebih jelas kepada masyarakat yang suka menuding jari dan suka menyalahkan orang lain dalam kegagalan sendiri.

Antara mesej dan pengajarannya, adalah :

Jika inginkan kejayaan, tidak ada jalan pintas dan mudah. Contohnya, jika ingin menjadi seorang pakar IT, bukan dengan tanpa mencari ilmu IT. Bukan dengan mengharap ilmu IT datang menjadi milik kita sendirinya. Malah, setelah belajar dan membaca mengenai IT, jika tiada latihan yang kerap dan pengalaman juga, mustahil untuk kita menjadi pakar IT. Apa yang kita dapat adalah apa yang kita usahakan. Apa yang kita belanjakan, maka itulah nilai yang kita dapat. Sama macam cita-cita. Tak ada cita-cita boleh dicapai tanpa usaha.

Jika gagal dan salah, perbaiki dan jadikan pengajaran. Bukan menuding jari menyalahkan orang lain. Jika Thomas Edison menyalahkan orang lain untuk setiap kegagalannya dan tidak mencari punca salah untuk dibaiki dalam mencipta lampu, adakah beliau akan berjaya menyalakan lampunya? Jawapannya tidak. Setiap kesalahan dan kegagalan kita harus diterima agar tidak terjadi lagi kelak. Jika masih mahu menyalahkan orang lain, tidak ada sesiapa yang akan membantu kita membaiki kegagalan sendiri.

Kebahagian datang bukan dengan menjatuhkan orang yang sedang berbahagia. Orang yang sedang berbahagia bukan berpunca dengan berjaya menjatuhkan orang lain yang sedang bahagia. Kebahagiaan orang lain tidak akan ditransfer kepada kita jika kita menjatuhkan dan merosakkan mereka. Kita yang perlu memilih untuk bahagia. Apa yang kita pilih, itulah kita.

Memelihara ego tidak akan menjadikan kita semakin kuat. Dalam membuat pilihan, adakalanya kita perlu berhenti melakukan sesuatu yang kita percaya akan membuatkan kita berjaya. Berhenti bukan bermaksud kita kalah dan gagal tetapi kita beralih kepada strategi lain yang boleh membawa kita ke arah impian kita dengan cara yang betul.

Begitu lah sinopsis dan sedikit pengajaran yang boleh saya kongsikan mengenai KILLING GUNTHER. Sinopsis yang saya cerita adalah tidak sampai separuh pun dari jalan cerita. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh tengok sendiri movie ni. Hehe.. Nanti hilang feel kalau dah tahu semuanya. Part lawak gila gaban, part kejutan juga saya tidak ceritakan penuh. Tapi, saya nak pesan, jalan keluar dari panggung wayang dulu selepas korang nampak FBI jumpa kamera rakaman mereka saling membunuh. Hahahaha! Ingat tu..

Terima kasih baca.

Enjoy KILLING GUNTHER, guys!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Punca Perempuan Membenci Gamer dan Permainan Video

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Ada tak rakan blogger yang minat bermain permainan video? Tidak kira apa jenis permainan video seperti PC, konsol, telefon pintar, internet dan sebagainya. Mungkin lebih jelas kalau saya sebutkan Play Station, X-Box, PC Games, atau Game Boy. Yang sering kedengaran adalah permainan video yang popular seperti Counter Strike, Left 4 Dead, Pokemon Go, Clash Of Clans dan yang terkini semakin hangat iaitu Mobile Legends. Tidak kira apa pun jenis permainan video yang kita main atau kita terlibat, kita sudah terjebak untuk menjadi seorang 'GAMER'.

Korang boleh baca entri saya bertajuk klik>> Permainan Video Telefon Pintar Mobile Legends dari Moonton <<klik jika belum mengetahui lebih lanjut mengenai permainan video ini.

Punca Perempuan Membenci Gamer dan Permainan Video

Yes! Tidak kira kita melibatkan diri dalam dunia permainan video sebagai hobi atau serius atau sehingga menjadikan permainan video sebagai pendapatan sampingan. Korang pasti terkejut bila saya katakan, permainan video telefon pintar juga merupakan seorang 'GAMER'! Jangan gelak... Pemain permainan video telefon pintar kini semakin maju dan telah wujud hingga ke tahap pertandingan antara negara. Contohnya Mobile Legends dan korang mungkin geleng kepala jika saya katakan, Clash Of Clans juga mempunyai tournament mereka sendiri.

Ramai dalam kalangan masyarakat gelak dan memandang rendah kepada GAMER telefon pintar lantaran mereka hanya bermain menggunakan telefon, bukan komputer berkuasa tinggi seperti permainan video DOTA 2 yang mungkin menggunakan komputer berjenama Alienware atau Razer. Selaras dengan kemajuan teknologi, adalah tidak mustahil nilai telefon bimbit kini mencecah ribuan ringgit setimpal dengan kemajuan prosesor dan komponen yang sesuai untuk permainan video sama seperti komputer. Jadi, GAMER telefon pintar kini bukanlah calang-calang orangnya. Mereka hampir berdiri sama tinggi dengan GAMER komputer berkuasa tinggi.

Pandangan masyarakat terhadap GAMER telefon pintar dengan sebelah mata ini sebenarnya berpunca daripada kurang mengerti apa maksudnya 'GAMER'.

GAMER adalah bermaksud Pemain Permainan video atau pemain sesuatu permainan. Seseorang yang terlibat dalam sebuah permainan. Pemain permainan video akan terbahagi kepada :

💕Permainan video PC
💕Permainan video konsol
💕Permainan video telefon pintar
💕Permainan video arked

GAMER bukanlah bermaksud seseorang yang mempunyai komputer berkuasa tinggi untuk permainan video PC dan kerusi bernilai 2 ribu. Bukan juga bermaksud hanya untuk pemain DOTA 2 atau seseorang yang mempunyai barangan berjenama Alienware dan Razer.

Punca Perempuan Membenci Gamer dan Permainan Video


jadi, apakah punca perempuan membenci GAMER dan PERMAINAN VIDEO?

Pertama

Hobi ini adalah hobi yang mahal.

Setiap keperluan permainan video mengikut jenis permainan video yang diminati oleh seseorang. Sebagai contoh, tidak semua komputer boleh menampung DOTA 2 kerana DOTA 2 mempunyai grafik yang tinggi. Permainan video PC yang mempunyai grafik tinggi adalah :

💕Metal Gear Solid 5 - The Phantom Pain
💕Dying Light
💕Soma
💕Project Cars
💕Rainbow Six
💕...dan banyak lagi.....

Jika menggunakan komputer yang biasa, kemungkinan besar komputer tidak akan berfungsi langsung ketika membuka permainan video ini.

Pelbagai perkara yang perlu dilihat ketika membeli komputer yang berkualiti untuk bermain permainan video seperti ini.

Apa yang perempuan benci mengenai hal ini adalah banyak wang ringgit keluar untuk melengkapkan keperluan hobi ini selain mengeluarkan belanja yang berulang kali ketika membeli permainan video yang baru dan original.

Selain itu, PS3 dan PS4 juga adalah jenis permainan video konsol yang boleh tahan harganya. Malah, kita tidak boleh membeli permainan video bukan original untuk membolehkan bermain. Harga satu permainan video PS3 dan PS4 adalah mencecah RM100 dan keatas.

Kedua

Hobi ini adalah hobi yang melalaikan

Kebanyakkan pasangan bercinta akan marah kepada pasangan mereka yang kusyuk dan asyik bermain permainan video hingga terlupa untuk melakukan perkara-perkara penting.

Selain itu, ada juga desas desus perempuan begitu marah apabila kekasih sanggup meluangkan masa dengan hobi ini berbanding meluangkan masa dengan mereka.

Ketiga

Hobi ini boleh menjejaskan kesihatan

Hobi ini boleh menjejaskan kesihatan jika ketagihan yang teruk menguasai seseorang. Ketagihan ini berlaku adalah kerana keinginan untuk menang dan menamatkan permainan video itu dengan cemerlang sangat tinggi sehingga tidak lalu makan dan tidak mahu tidur. Apatah lagi tidak mahu keluar rumah untuk bersenam atau melakukan aktiviti aktif dan menyihatkan.

Perempuan membenci hal ini kerana mereka sayang kepada pasangan mereka dan tidak mahu mereka jatuh sakit untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Keempat

Hobi ini boleh memecah belahkan keluarga

Kadang-kadang, kita akan merasa permainan video adalah hanya perkara kecil namun pengaruh yang dibawa oleh permainan video itu sendiri kadang-kadang akan menjejaskan kewarasan seseorang sehingga boleh membawa kepada pergaduhan suami isteri. Hal ini kerana, terlalu mencintai permainan video berbanding keluarga dan lupa tentang tanggunjawab sebenar.

Walau bagaimana pun, GAMER dan permainan video bukanlah sejenis permainan video yang harus dipersalahkan dan dibenci. Hal ini kerana punca perempuan membenci gamer dan permainan video ini hanyalah kerana terlalu mengikut perasaan masing-masing dan salah faham seperti :

Perempuan

Perempuan tidak menyokong hobi pasangan dengan hati terbuka. Sedangkan hobi hanyalah sekadar tempat seorang lelaki untuk menghilang rasa lelah dan tekanan di tempat kerja - Berilah peluang untuk mereka bersendirian dan bertenang asalkan tidak keterlaluan dan melupakan yang penting.

Perempuan terlalu inginkan perhatian setiap saat sehingga merasa cemburu pasangan kusyuk bermain permainan video sendirian. - Ketika cemburu seperti ini timbul, cuba untuk berfikir waras bahawa permainan video hanyalah permainan video. Bukanlah perempuan lain.

Perempuan tidak mahu membuang ego untuk menyertai pasangan bermain permainan video bersama sekadar untuk bergembira dan berhibur berdua atau bersama anak-anak. - Jika belum pernah bermain permainan video, inilah masanya untuk belajar dan berhibur dengan pasangan. Bermain permainan video akan lebih seronok bersama pasangan berbanding sendirian.

Perempuan tidak tahu cara untuk menyokong pasangan untuk lebih bersemangat untuk meningkatkan ekonomi keluarga melalui memberi rangsangan melalui hobi. - Lelaki yang gembira dan bersemangat serta berpuas hati dengan apa yang disukainya akan lebih berjaya dalam membina keluarga bahagia. Percaya atau tidak, seorang lelaki akan penat bersama permainan video sepanjang masa kerana itu tidak adil untuk perempuan kesayangannya.

Lelaki

Lelaki tidak tahu cara untuk mengajak perempuan bersama-sama menikmati permainan video untuk hiburan semata-mata ketika mempunyai masa lapang. - Cubalah ajak dengan lembut dan manja. Pasti perempuan akan menyertai. Jika dia menolak jangan putus asa untuk memujuknya. Jual mahal hanyalah permainan seorang perempuan.

Lelaki tidak tahu cara membahagikan masa dengan baik untuk hobi dan keluarga. - Masa untuk bermain permainan video mungkin penting bagi seseorang yang sangat minat dengan hobi ini tetapi harus diingat bahawa keluaga tidak boleh dibeli seperti membeli permainan video. Jika hari ini tidak boleh bersama permainan video, hari esok masih ada. Utamakan keluarga.

Walaupun begitu, tidak semua perempuan membenci GAMER dan PERMAINAN VIDEO. Saya juga seorang perempuan dan masih bermain permainan video bersama suami. Boleh baca entri saya bertajuk klik>> Saya, Cinta, Hobi dan Permainan Video <<klik untuk mengetahui bagaimana saya terjebak dalam dunia permainan video. Kebencian berlaku biasanya berlaku kerana tidak sefahaman atau mungkin ada sikap lain yang tiada kaitan dengan permainan video.

GAMER juga boleh menjana pendapatan melalui permainan video jika tahu caranya.

Terima kasih baca.

Enjoy your hobbies together, guys!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Kami dan MOBILE LEGENDS serta Pengalaman Mengarut dalam MOBILE LEGENDS

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Hi Everyone! Mobile Legends today? NO? YES? tee hee... Selepas upgrade telefon pintar yang mempunyai cip atau prosesor yang boleh lah dikatakan 'Boleh tahan' untuk permainan video MOBA telefon pintar, MOBILE LEGENDS menjadi pilihan hati kami berdua untuk dijadikan hobi bersama sekarang. Sebenarnya saya dahulu yang layan MOBILE LEGENDS ni untuk explore apa yang kononnya seronok. Selepas explore sana sini, saya uninstall sebab saya rasa tak best pun. Pada bulan September 2017 lalu, semasa MR.BEE ajak celebrate birthday saya kat Kota Kinabalu, secara kebetulan ada event e-Arena. Ia termasuklah tournament untuk MOBILE LEGENDS selain dari DOTA 2. Di situ, saya pun install semula. Wehehe. Kat sana, kami tengok gamer sedang bermain di skrin besar, di situlah baru saya faham apa yang best dengan game ni. Oh! Rupanya saya tak cukup explore lagi sebelum ni.

Pada mulanya, saya main sendiri. MR.BEE belum nak layan lagi. Sekarang, dia pula yang over. Wahahaa! Sekarang level dia dah sama dengan saya. Dia kerap main termasuklah semasa saya cuci pinggan, basuh baju, blogging,masak, tidur dan termasuklah ketika sambil menunggu saya bersiap untuk keluar rumah. Ini sangat tidak adil. Hahaha!

Level kami tak jauh sangat, baru level 25. Selepas dia minat dengan MOBILE LEGENDS, saya dah tak main sendirian, kami akan main sama-sama. Jadi team.

Hero kegemaran saya ialah Irithel, Nana, Alucard dan Miya. MR.BEE pula sangat gemar gunakan hero serigala jadian iaitu Roger. Kadang-kadang Zilong. Ada masa, dia tukar kepada Saber. Hehe.

Sekarang pencapaian saya dalam Ranked Game adalah Master IV. Nak maintain bintang bukan senang. Asyik turun naik, turun naik je. Wahaha. Lepas ni tak pasti lagi boleh naik Master III atau akan turun semula ke Elite. MR.BEE sekarang Master III.

Kami dan MOBILE LEGENDS serta Pengalaman Mengarut dalam MOBILE LEGENDS

Kami dan MOBILE LEGENDS serta Pengalaman Mengarut dalam MOBILE LEGENDS

Kat atas pencapaian saya dalam MOBILE LEGENDS, kat bawah pencapaian MR.BEE. Tak terer pun guys. Main suka-suka je. Hahaha!

Kami dan MOBILE LEGENDS serta Pengalaman Mengarut dalam MOBILE LEGENDS

Kami dan MOBILE LEGENDS serta Pengalaman Mengarut dalam MOBILE LEGENDS

Kami sering bertemu dengan pemain-pemain MOBILE LEGENDS dari INDONESIA yang kuat-kuat. Tak pasti. Adakah mereka membeli DIAMONDS sehingga begitu kuat? atau...strategi mereka yang begitu mantap?

Pengalaman kami bermain MOBILE LEGENDS

Bermain MOBILE LEGENDS adalah tidak sama seperti kita bermain game konsol atau tanpa internet. MOBILE LEGENDS adalah permainan semirip mungkin dengan DOTA 2. Ada fungsi voice note dan ruang chat. Kita berlawan dengan HERO yang dijalankan oleh manusia bukan bot. So, kita akan jumpa pelbagai ragam pemain di sini.

MEMAKI

Pemain MOBILE LEGENDS yang serius biasanya akan marah jika mempunyai team yang low level atau tidak tahu bermain. Di ruangan chat, pasti akan kelihatan perkataan-perkataan kesat yang tidak sedap dipandang langsung. Contoh, Fuck, Stupid, Loser, Damn, Bongok, Bangang, Bodoh, Palir, Boto, Noob, Puki dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, pihak MOONTON telah menapis perkatan-perkataan seperti ini dalam bentuk star (****). Jadi, sesiapa yang menulis FUCK hanya akan kelihatan **** sahaja. Tetapi disebabkan mereka kretif, perkara di bawah pun berlaku :

Fuck ditulis menjadi Fak atau Pak u
Noob ditulis menjadi n00b (N - kosong - kosong - b)
Palir ditulis menjadi P4L1R
Bodoh ditulis menjadi B0d0h (B - kosong - d - kosong - h)

Tak perlu bagi contah banyak. Begitulah kreativiti pemain Mobile Legends yang mengikut nafsu. Hahaha!

MENGARAH (LIKE A BOSS)

Dalam MOBILE LEGENDS, ada dua aktiviti boleh dilakukan sama ada jungling atau biasa MOBILE LEGENDS player gelar farming (Tak tahu lah apa diorang tanam tu guys..padahal bunuh Monster). Kemudian, boleh jaga turret (tower). Kita jaga turret dari ditumbangkan supaya musuh tidak boleh masuk ke base kita (macam rumah kita la), kalau musuh berjaya masuk base dan hancurkan base, kita kalah.

Ada ragam pemain, dia suka mengarah pemain lain (dalam team) untuk defense turret. Dia suka suruh kita pergi sana, pergi sini. Tapi dia jungling untuk kepentingan diri sendiri. Hahahaha! Bila turret ditumbangkan oleh musuh, dialah orang yang paling marah-marah sedangkan dia tidak tolong team dia. Wahaha!

PERASAN HEBAT

Walaupun dalam satu team, akan wujud pemain yang rasa dia sangat hebat dari pemain lain dalam kumpulan itu sendiri. Dia akan marah orang yang banyak kali mati, dia akan kata team dia noob, dia akan kata team dia tak backup dia dan sebagainya.

Tetapi...

Bila team diserang, dia tak backup. Bila musuh serang dia, dia mati paling cepat. Paling buruk, dialah pemain paling corot dalam team tersebut.

MARAH DENGAN BENDA TIADA KAITAN

Pada suatu malam, saya guna hero Zilong. MR.BEE guna hero Eudora. Nickname kami nampak sama je dalam MOBILE LEGENDS.

Saya = Sofinah696
MR.BEE = Nasyit966

Profile foto MOBILE LEGENDS pula synchronize dengan profile foto facebook. So nampak la terpampang muka kami berdua. MR.BEE letak foto kami berdua. Saya pun letak foto kami berdua. Jelas la kami pasangan yang bermain MOBILE LEGENDS.

Sedang kusyuk bermain tu guys, tiba-tiba hero TIGREAL marah-marah.

"Kita surrender la!"
"Malas nak main. Team Noob!"
"Paling Noob yang couple tu"
"Noob couple"
"Show off couple"

Hahahahaha! Guys, saya gelak je la. Tak tahan baca chat dia.. Dia marah sebab kami pasangan yang main MOBILE LEGENDS.

Actually dia marah sebab dia asyik mati je dalam game tu. Tak pasal-pasal kitorang jadi mangsa. Paling lawak, dia ajak orang surrender di pertengahan permainan. Belum ada tanda-tanda nak kalah pun. Yang lain reject surrender dia, dia tambah marah-marah sebab tak ada sesiapa layan dia.

MINTA MAAF

Pernah Hero Lancelot betul betul piss off sebab turret banyak tumbang. Team banyak kali mati. Dia marah-marah...tak penat-penat cakap "Team noob team noob team noob.."

Di sebabkan dia kutuk team sendiri, saya hantar chat. "Do not backup Lancelot. Biarkan mati. Kita terus attact dari tengah."

So, this mamat or minah (Tak tahu player dia perempuan atau lelaki) langsung tak dibackup walaupun menjerit-jerit "Request Backup" sampai lah akhirnya dia say sorry to team.

And...kami menang perlawanan tersebut. The end.

Begitulah pengalaman mengarut saya dan MR.BEE dalam MOBILE LEGENDS. Hahaha! Sebenarnya, ada juga pengalaman lawak. Tak semua pengalaman macam yang saya tulis kat atas, next time saya cerita lagi.

Korang boleh juga baca entri berkaitan MOBILE LEGENDS di bawah :

  1. Saya, Hobi, dan Permainan Video
  2. Punca Perempuan Membenci GAMER dan Permainan Video 
  3. Permainan video telefon pintar MOBILE LEGENDS dari Moonton 


Terima kasih baca.

Semoga bermain MOBILE LEGENDS dengan tenang tanpa tekanan darah tinggi, guys. Haha!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @jejakmoment, @sillywonk, @sopheestudio.


Share:

Saya,cinta, hobi dan Permainan Video

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Disebabkan mood kami berdua (Saya dan MR.BEE) masih dengan permainan video MOBILE LEGENDS, saya nak mengimbas kembali bagaimana saya terlibat dan terjebak dalam dunia permainan video ni.

Sepanjang saya bergelar sebagai pelajar sekolah di Sekolah Menengah, saya dikenali sebagai seorang yang anti game oleh majoriti rakan-rakan saya kecuali, hmm... may be ada yang saya pernah terlepas cerita dengan sesiapa berkenaan saya yang pernah menyentuh permainan video.



Sebenarnya, mereka salah faham dengan saya. Hahaha! Saya menyembunyikan side saya yang lain atas sebab-sebab tertentu terutamanya side gila main game. Ramai yang menganggap saya seorang yang serius dan tidak berminat dengan permainan video. Menggangap saya seorang yang skema disebabkan saya seorang pengawas sekolah dan suka ke perpustakaan. Semua tu imej semata-mata. Wahaha...

Saya manusia biasa dan mempunyai hobi dan kegilaan. Mungkin, mereka hanya tahu saya gila dengan Harry Potter sahaja sebab saya tidak mampu nak tutup minat saya yang satu itu. Dalam fail pun letak muka Harry Potter. Meh~

Terlibat dalam Permainan Video sejak kecil

Saya mengenali PS1 dan PS2 sejak kecil, sekitar umur 7 tahun. Selalu main curi-curi kat rumah jiran. Hahaha! Ops.. Mommy dan Ayah marah setelah dapat tahu. Hahaha! Sebenarnya bukan marah sebab main game. Tapi marah sebab kacau rumah orang dan barang orang (Game tersebut). Kawan ajak main game, saya tak mampu nak tolak guys! Hee~

Bila cakap, "Nanti mak aku marah.."
Kawan cakap, "Main kejap je..mak aku tak marah"

Bila ingat balik memang kelakar.Kan saya cakap, 'mak saya' bukan 'mak dia'. HaHAha!

Selain tu, sepupu rapat saya juga mempunyai PS1. Setiap kali ke rumah sepupu akan main PS1 dia kalau waktu tu mood dia tidak kedekut. Kekekeke. Tapi lebih kerap kedekut banding tidak. Wahaha! Lagipun faham juga, kan PS1 dulu-dulu bukan murah. Nanti rosak pula..

Disebabkan hal demikian, ayah menghadiahkan beberapa kali permainan yang berkaitan dengan permainan video selain dari alat lukisan sebab ayah tak suka saya merayau atau bermain jauh-jauh. Main dalam rumah diam-diam. Saya anak bongsu dan memang..protection agak ketat sedikit. Huhu...Pada suatu hari, ayah belikan satu konsol permainan video tape bukan PS1 mahupun PSX. Saya tidak ingat jenama apa tetapi konsol ni pelik sedikit. Selain dari ada kontroler atau kita selalu panggil joystick, ada juga keyboard untuk menaip ala-ala komputer. Tetapi, ini bukan komputer guys. Hahaha! Korang keliru? Saya juga!

Permainan video ni bukan sahaja boleh bermain permainan video yang biasa kita dengar seperti:

💕Super Mario Bro's
💕Street Fighter
💕Battle City
💕Contra
💕Tetris
💕Duck Hunt
💕Adventure Island
💕Dr.Mario
💕Pacman
💕Excite Bike

tetapi juga boleh digunakan untuk permainan minda untuk saya belajar Matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Belajar kepantasan menaip dan permainan puzzle. Sebab itulah konsol ini mempunyai keyboard.Melalui konsol permainan video hadiah dari ayah ni lah saya mula berjinak-jinak untuk mengenal dan menyukai komputer dan menaip.

Disebabkan saya anak bongsu yang lahir terlalu lewat, jarak umur saya dan kakak saya begitu jauh. Kakak saya sibuk pergi bekerja dan dengan kehidupan dia, saya ibarat anak tunggal di rumah. Ayah selalu temankan saya bermain permainan video sampai pagi terutamanya sewaktu cuti sekolah. Hahaha! Kitorang akan main game bola, snoker dan saya tak ingat tapi permainan tembak-tembak. Kadang-kadang, saya akan bermain sendirian sampai pagi.

Terdapat satu permainan video kegemaran saya yang menggunakan keyboard, iaitu menukul kepala tupai yang tertulis huruf-huruf tertentu. Untuk menukul tupai tersebut, kita mesti menekan huruf yang ada di atas kepalanya. Semakin lama, ia akan semakin laju. Dari situlah saya akan tahu berapa huruf saya mampu tekan dalam beberapa minit. Kalau saya gagal menukul kepala mana-mana tupai, saya kalah!

Kisah Permainan Video dan Cinta Monyet

Semasa di sekolah menengah, saya sama seperti kebanyakan pelajar yang pernah terjebak dalam cinta monyet. Hahaha! Saya mempunyai seorang kawan baik pada masa tu, dia memperkenalkan saya kepada kawan kepada boy friend dia untuk 'disatukan'. Wakakaka! Konon nak kami couple sama macam diorang. But guys, I don't really know what LOVE is...OK tipu! Bukan tak tahu apa itu cinta tapi tak ada feeling langsung pun dengan mamat tu. Hehe.. Kawan-kawan ok la. Tapi saya pun tak tahu kenapa saya poyo dan terima sahaja walaupun tak ada feeling.

Mamat ni, muda dari saya..seorang gamer. Bukan permainan video konsol tapi PC. Pada suatu hari, saya hangout hujung minggu dengan dia ke cyber cafe dan makan-makan. Saya ke cyber cafe untuk YM dan Friendster la masa tu. Hehe... Dia? GAME! OK! Fine....tak kisah pun kalau nak main game, yang saya kisah dan menyampah, boleh-boleh minta duit kat saya untuk topup jam dia dalam cyber cafe demi game!

Hellooo...duit belanja saya pun ayah yang bagi, nak bagi dia pula untuk game. Dah la lelaki, tak sesuai kot minta duit kat perempuan. Tu la sebabnya kenapa tak sesuai budak sekolah bercinta. Hahaha! Duit pun tak ada lagi. Semua datang dari parents. Waktu bercinta, nak belanja girl friend minta duit ayah ke? Buruk bunyinya. On that day, saya terus tukar status dengan dia as friend. Meluat la cinta-cinta. Try la bersabar dulu, nanti lepas habis sekolah, ada kerja, beli la game sampai muntah pakai duit sendiri. Bukan duit parents, bukan minta kat perempuan.

Tu pun dia merajuk dan mengamuk sebab saya tak nak couple-couple. Wahahaha! Saya biarkan je dia. Tapi lama-lama dia ok balik dan kami jadi kawan. Alaa... macam adik saya je dia tu. Perangai budak-budak lagi.

Kemudian, tahun demi tahun pun berlalu. Pada suatu hari, kami masing-masing sudah pun habis belajar. Saya dengan dia masih berkawan dan dia masih dengan permainan video dia. Saya tahu impian dia iaitu nak komputer canggih-canggih seperti Alienware dan nak kan permainan video mantap-mantap dan bergrafik tinggi. Masalahnya, semua tu memakan masa untuk kita dapat sebab perlu saving dulu. Budak baru habis belajar, kena cari kerja tetap dulu. First thing first la kan.

Masa tu, isu permainan video belum besar lagi antara kami sebab kami just friend. Kawan sekolah yang masih berhubung dan berkongsi cerita zaman sekolah dan zaman belajar. Tiba-tiba, saya mencuba lagi untuk hubungan lebih serius dengan dia disebabkan kami sudah mula masuk dunia dewasa. Saya cuba untuk serius dengan hubungan kami tapi nampaknya dia belum berubah. Hahaha!

Masih dengan ketagihan permainan video dan masih belum tahu komitmen penting dalam hubungan. Nak bertunang dan berkahwin pakai permainan video ke? Walaupun isu sebenarnya adalah isu keluarga masing-masing, tapi permainan video pun salah satu sebab juga saya hentikan hubungan serius kami berdua. Saya bukan tidak boleh terima permainan video, saya boleh jadi orang yang gila game juga tapi saya kawal kerana ada yang lebih penting. Hobi dan komitmen kalau tidak seimbang, memang hancur,guys!

So, sampai disitulah hubungan kami berdua. The end. Hahaha!

Hobi dan Komitmen Cinta Paling tidak seimbang

Setelah saya sudah mula bekerja dan ada duit sendiri, saya mula meleburkan duit saya untuk benda-benda macam ni. Saya beli PS2 dan CD games yang berlambak di pasaran. Kalau bukan bermain sendirian, saya main dengan anak buah saya.

Kemudian, saya terjebak lagi dengan dunia percintaan. Wahaha! Saya mempunyai pengalaman bercinta dengan seseorang yang hobby maniac! Haha! Pada awalnya saya OK dengan dia. Saya siap memperkenalkan dia kepada parents saya dan selalu ajak dia layan PS2 saya di rumah menunjukkan saya serius dengan dia dan pada awalnya dia juga kelihatan serius. Nampaknya saya belum pakar lagi mengenali lelaki serius dengan kita atau tidak. Kahkahkah.

Dia OK dalam bab-bab permainan video, dia sesuai kalau nak jadikan kawan ketika bermain permainan video. Yang tidak seronoknya adalah, dia bercinta dengan saya tak ada planning langsung untuk hubungan dan komitmet yang lebih serius. Hubungan kami semata-mata untuk memenuhi hobi. OK, ini boring!

Kadang-kadang keluar juga perkataan 'bertunang' dan 'berkahwin' dari mulut dia tapi ibarat hangat-hangat tahi ayam. Kami masing-masing bekerja. Gaji dia lebih tinggi dari saya dan dia juga mempunyai pekerjaan yang sangat bagus. Tapi saya pelik! Dia selalu datang ke tempat kerja saya untuk meminta duit tambang bas dan sebagainya. Setiap kali gaji, gaji dia habis entah ke mana. Bila saya tanya ada saving untuk majlis yang kononnya dia nak buat tu, TAK ADA.

Kami putus atas sebab saya rasa dia seorang yang freak!

Dua tahun kemudian, saya bertemu semula dengan dia secara tidak sengaja. Waktu tu, saya sibuk dengan bisnes MLM. hahaha! (Jangan gelak dengan saya - kalau boleh semua saya nak cuba - MLM bukan buruk seperti yang kita sangka). Sebagai seorang yang.....hmm...u know...MLM, kita akan approch people kan. So, bertemu dengan dia adalah satu peluang untuk saya cuba closing member or product. Tapi korang pasti nak gelak. Sebab yang closing bukan produk. Bukan juga member tapi closing declare semula dengan dia. Dem.

Actually, this is my stupid decision ever! Dia semakin teruk dengan hobi baru. Bukan permainan video but new stuff. Its called NERF! NERF is boleh tahan hobi mahal. Barang-barang nerf is mahal. Saya sebenarnya betul-betul tidak kisah apapun hobi dia asalkan dia tahu seimbangkan. OK, bayangkan. Dia salah seorang yang terlibat dalam bisnes MLM saya. Dalam event MLM, kita akan berpakaian smart, formal kan? Tapi, percaya atau tidak, dia bawa senapang NERF dia kat belakang dia. Pistol NERF disangkutkan kat seluar dia dalam event. Hahaha! Bila ingat balik peristiwa ni memang kelakar. Tapi masa tu, saya bukan ketawa guys, saya marah.

Selain dari itu,macam biasa duit gaji dia 80% akan dibelanjakan untuk NERF dan selebihnya untuk minyak motor, reload handphone dan sebagainya.

HE WAS FREAK AND WE BROKE UP AGAIN.

Permainan Video dan MR.BEE

Pernah, kawan kata saya dengan MR.BEE boleh pula main game sama-sama dengan dia taknak. Kekeke. Bukan taknak. Bukan juga berubah. Saya masih sama sebenarnya. Cuma, MR.BEE lain...bukan sebab cinta buta. Tapi sebab MR.BEE seimbang. Bermain permainan video tapi MR.BEE tahu bila nak main, waktu sesuai untuk main. MR.BEE juga tahu komitmen, MR.BEE juga tahu apa yang penting. Lagipun, pengalaman lepas-lepas mengajar saya. Cewahh.


Masa bercinta, permainan video belum disentuh bersama lagi sebab saya tak suka. Masih terlalu awal untuk bersuka ria. Saya nak settle kan benda penting dulu. Contoh, urusan untuk bertunang, berkahwin, planning macam mana. Sejauh mana serius dalam hubungan dan sebagainya. Ini masa paling penting untuk kita saling mengenali dan bagaimana kita melaksanakan tanggungjawab untuk hidup bersama.

Kemudian, kami bertunang. Waktu tu lega sangat. Sebab, kami berdua sangat rapat. Best friend tahap melekat guys. Kongsi cerita sama-sama. Kongsi suka duka sama-sama dalam bisnes dan hal peribadi masing-masing. Bila belum ada ikatan, mata saudara mara kiri kanan jeling-jeling. Kawan-kawan tu tak apa.Dah biasa dah..dan terlebih biasa..Haha! Kami budak moden, susah sangat nak follow tradisi tak lepak-lepak ni. Bila dah jumpa semua keluarga dan dah ada ikatan walaupun hanya bertunang, belum kahwin, rasa lega tu tahap tak boleh cakap. Termasuk lega menghadapi soalan bekas-bekas cikgu, "Bila lagi korang ni?".

Sepanjang zaman bertunang, ujian seterusnya adalah sesi saving duit untuk majlis besar pula. Kalau ikutkan hati, hari ni tunang, esok nikah je. Hahaha! Sebab malas fikir banyak. Tapi, yelaa guys.. kahwin bukan hari-hari berlaku..eh? In Shaa Allah kalau jodoh ini adalah satu-satunya untuk kita selamanya hingga nafas terakhir, maka majlis besar dan nikah hanya sekali seumur hidup.. Jadi, kami pun tetap berjuang bersama untuk ke arah itu.

Sambil-sambil serius dalam perancangan kami berdua, kami masih ada hobi guys. Tak adalah kaku sangat semacam ex boyfriend saya kata, "Tak kan tak boleh ada hobi.." . Saya bukan kata tak boleh, tapi dia tak buktikan lagi komitmen dia walaupun 1 perkara. Haruskah saya percaya? Hahaha!

Salah satu hobi saya dengan MR.BEE sepanjang masih bertunang adalah bermain permainan video juga! Mula-mula starting dengan borak tentang permainan video sahaja. Jalan-jalan cuci mata tengok barang berkaitan permainan video. Kerap bermain Clash of Clans, paling buruk layan POU! Hahaha! Telefon pintar kitorang masih belum boleh bawa game berat-berat lagi sebab kami mesti berjimat. Wakaka. Nanti terbang duit untuk kahwin pula kalau ikut nafsu. Kadang-kadang, MR.BEE ajak main PC game di rumah dia. Tapi jarang-jarang sebab kalau buka laptop pun kami sibuk trading dan buat apa patut.

Saya,cinta, hobi dan Permainan Video

Apabila kami sudah sah menjadi suami isteri - jeng jeng jeng. Permainan video mula dikembangkan! Kalau waktu bertunang sudah lega, apatah lagi ketika sudah berkahwin..Layan hobi apa pun, boleh. Sebab komitmen paling besar sudah selesai! Kami berdua tidak bekerja. Pendapatan sama-sama datang dari internet. Menggunakan komputer dan internet sebagai sumber pendapatan membuatkan kami berdua 24 jam bersama. Jenis pekerjaan kami adalah fleksibel. Ada masa dan ada kewangan (tetapi bukan mewah atau kaya - kami hanya orang biasa), jadi tak ada masalah langsung untuk layan permainan video.

Kali ini, permainan video yang kami layan bukan setakat permainan video telefon pintar tetapi PC game. Saya saving duit beli PC yang boleh buat kerja dan bermain game. Hehe... Begitu juga dengan MR.BEE.

Saya,cinta, hobi dan Permainan Video


Setakat ni permainan video kegemaran hanya Counter Strike, Left 4 Dead dan War Craft dan Harry Potter. Yang lain-lain masih belum boleh lagi sebab kesilapan saya adalah membeli windows 8. Tidak semua permainan PC kegemaran saya boleh layan. Huhu. Masih dalam perancangan untuk terus upgrade yang lebih bagus kalau rezeki lebih. Lagipun mood main game ni bermusim. Wehehe.. Tengok keadaan dan masa juga. Macam air pasang surut, macam sius on off. Tapi biasanya, hujung tahun memang mood gaming active sebab trading hujung tahun tak berapa best.

Sekarang, kami berdua mood lebih kepada MOBILE LEGENDS! Permainan video telefon pintar tetapi boleh tahan seronok untuk dilayan!

Boleh baca mengenai game ni di entri saya bertajuk klik>> Permainan Video Telefon Pintar Mobile Legends <<klik .

Saya dan MR.BEE baru juga layan MOBILE LEGENDS ni. Baru tahun ni selepas upgrade smartphone kepada cip atau prosesor yang lebih bagus dan sesuai untuk permainan video tertentu. Jadi, tak la asyik layan Clash of Clans, Clash Royale dan POU je. Wahaha!

Boleh baca klik>> Kami dan MOBILE LEGENDS serta Pengalaman Mengarut Dalam MOBILE LEGENDS <<klik.

Actually, apapun hobi tak ada yang salah. Asal tahu nak balance. Hidup ni, kalau tak balance, hancur. Bangunan kalau tak balance runtuh kan. Hobi adalah sejenis hiburan, bergembira dengan pasangan atau rakan atau keluarga dan untuk menghilangkan tekanan bukan untuk jadikan lebih tertekan pula. Yang penting, pandai-pandai la bahagi masa. Tee hee.

klik>> Punca Perempuan Membenci Gamer dan Permainan video <<klik.

Begitulah kisah saya dengan cinta yang bersangkut paut dengan hobi dan permainan video.

Terima kasih baca.

Enjoy your hobbies, guys!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Permainan Video Telefon Pintar Mobile Legends dari Moonton - Malaysia

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Semakin hari semakin hangat permainan video telefon pintar Mobile Legends dari Moonton ini. Sana sini kelihatan tidak kira lelaki atau perempuan, remaja atau dewasa sedang bermain MOBILE LEGENDS. Kehangatan Mobile Legends ini semakin menular seperti tidak mahu sejuk-sejuk. Apatah lagi sudah semakin banyak perkembangan yang baik dari pihak Moonton di dalam Malaysia termasuklah sedang mereka-bentuk HERO Mobile Legends berasaskan MALAYSIA iaitu HANG TUAH! Permainan video telefon pintar Mobile Legends dari Moonton ini adalah bergenre MOBA. Perlu mempunyai sekumpulan pemain untuk bermain. Kumpulan hanya seramai 5 orang. YES! Memang Mobile Legends adalah jenis permainan video yang meniru DOTA tetapi ia lebih ringan dan mudah dengan hanya bermain menggunakan telefon pintar. Tidak memerlukan komputer.

Permainan Video Telefon Pintar Mobile Legends dari Moonton - Malaysia - Sofinah Lamudin


Permainan video telefon pintar MOBILE LEGENDS : BANG BANG atau lebih dikenali sebagai MOBILE LEGENDS atau ML ini di bangunkan oleh syarikat Moonton. MOBILE LEGENDS boleh dimain oleh pengguna ANDROID sejak 11 Julai 2016 bermula di CHINA dan pengguna IOS sejak 9 November 2016. Disebabkan permainan video ini bergenrekan MOBA, ramai yang sangat meminati permainan video ini.

Permainan video genre MOBA

MOBA adalah disingkatkan dari  "MULTIPLAYER ONLINE BATTLE ARENA" yang bermaksud Permainan Arena Perang/Pertarungan yang perlukan internet dan sekumpulan pemain. Jika MOBILE LEGENDS, perlukan 5 orang dalam setiap satu kumpulan. Akan berperang dengan 5 orang kumpulan lagi iaitu pihak musuh. Permainan video ini tidak dalam dimain tanpa internet.

Terdapat beberapa lagi permainan video telefon pintar  bergenre MOBA selain MOBILE LEGNDS, iaitu :

Heroes of Soulcraft
Call of Champions
League of Masters
Clash Royale
Vainglory
Ace of Arena
Bug Heroes 2
Legendary Heroes
Heroes of Order & Chaos

Namun, dinasihatkan untuk membeli sebuah lagi telefon pintar khas untuk bermain game untuk memuat turun kesemua senarai di atas, haha! Kemungkinan besar memory telefon pintar akan cepat penuh.

Bagaimana MOBILE LEGENDS dimain?

Di dalam MOBILE LEGENDS, kita perlukan 5 orang dalam 1 kumpulan untuk berperang dengan pihak musuh di mana pihak musuh juga perlukan 5 orang lagi untuk berperang dengan kita. Namun, kita tidak perlu untuk mencari 5 orang terlebih dahulu baru lah boleh bermain permainan video ini. Sendirian juga boleh kerana semasa kita mencari match, kita akan disatukan dengan orang lain sebagai satu kumpulan secara automatik.

Untuk bermain, kita perlu memilih satu watak yang dikenali sebagai HERO di dalam MOBILE LEGENDS. Terdapat banyak HERO yang boleh kita pilih untuk digunakan semasa berperang. Contohnya, LAYLA, ALUCARD, NANA, BRUNO dan banyak lagi pilihan HERO yang mantap-mantap, kuat dan cantik untuk digunakan.

Permainan Video Telefon Pintar Mobile Legends dari Moonton - Malaysia - Sofinah Lamudin

Permainan Video Telefon Pintar Mobile Legends dari Moonton - Malaysia - Sofinah Lamudin

Permainan Video Telefon Pintar Mobile Legends dari Moonton - Malaysia - Sofinah Lamudin

Permainan Video Telefon Pintar Mobile Legends dari Moonton - Malaysia - Sofinah Lamudin


Sewaktu dalam perlawanan, kita akan membunuh HERO pihak musuh, membunuh MINIONS dan MONSTER tetapi tidak semudah yang disangka kerana kita perlu menjadikan HERO kita kuat terlebih dahulu dengan membeli GEAR. Untuk membeli GEAR, kita perlukan GOLD. Untuk mendapatkan GOLD, kita perlu banyak membunuh MINIONS dan MONSTER. Jika kita tidak membeli GEAR yang betul ketika perlawanan, kemungkinan besar kita akan berkali-kali mati dengan bunyi "YOU HAS BEEN SLAIN!".

Bermain MOBILE LEGENDS pertama kali

Jangan risau jika masih baru dalam permainan video MOBILE LEGENDS ini kerana terdapat 3 tutorial yang mudah difahami untuk bermain permainan video ini. Setelah memahami cara untuk bertarung, boleh lah berlatih dua atau tiga kali sehingga mampu membunuh musuh berkali-kali.

Penubuhan Squad MOBILE LEGENDS

Sama seperti Clash of Clans dimana kita boleh menubuhkan SQUAD atau kumpulan kita sendiri dalam kalangan kita sendiri. Maksudnya, kita tidak perlu untuk bermain sendirian bersama orang lain secara rawak tetapi dengan kawan rapat kita sendiri.

Untuk menubuhan SQUAD, kita perlukan 199 Diamonds. Untuk mendapatkan Diamonds adalah perlu membuat pembelian yang melibatkan wang ringgit. Yes! Duit sebenar. Untuk membeli diamonds ini, boleh menggunakan kad kredit atau melalui penolakan kredit digi atau celcom.

Dalam SQUAD, hanya 9 orang yang boleh menjadi ahli dan sudah mencapai level 20 dan ke atas sahaja. Sesiapa yang mencipta sesebuah SQUAD dalam MOBILE LEGENDS, secara automatik, dia adalah leader atau pemimpin SQUAD.

Pembelian yang boleh melibatkan wang ringgit

Setiap pembelian yang melibatkan diamonds di dalam permainan video MOBILE LEGENDS ini akan melibatkan wang ringgit yang sebenar.

HERO

Tidak semua HERO yang ada boleh digunakan secara PERCUMA di dalam MOBILE LEGENDS. Sama ada kita perlu membelinya menggunakan BP (Battle Point yang sudah kita kumpul setiap perlawanan yang kita pernah terlibat) atau menggunakan Diamonds. Sama seperti SQUAD, diamonds hanya boleh didapati melalui pembelian secara real.

EMBLEMS

Untuk meningkatkan kekuatan HERO tertentu yang kita gunakan, kita perlu menaikkan level EMBLEMS yang berkaitan dengan HERO kita (EMBLEMS adalah set kekuatan sesuatu hero). Jika pemain mempunyai perasaan kurang sabar dalam hal ini, kemungkinan besar dia akan membeli diamonds demi mendapatkan EMBLEMS bagi menaikkan level mereka dengan pantas.

SKINS

Begitu juga dengan SKIN. Skin adalah sejenis pertukaran rupa kepada HERO kegemaran kita. Sebagai contoh, Layla.

Permainan Video Telefon Pintar Mobile Legends dari Moonton - Malaysia - Sofinah Lamudin

Skin HERO Layla ada pelbagai jenis. Setiap pembelian SKIN baru akan meningkatkan kekuatan fizikal HERO.

Walaupun begitu, tidak semestinya perlu membeli untuk menang dalam perlawanan MOBILE LEGENDS. Sebenarnya ia hanya perlukan kesabaran dan teknik bermain. Itu sahaja. Paling penting, permainan ini hanyalah hiburan. Tidak perlu untuk terlalu serius. Bermain menggunakan SKIN percuma juga sangat menghiburkan. Lagipun, kita akan mengalami kerugian jika membeli tetapi tetap kalah! Haha!

Baca juga :

  1. Punca Perempuan Membenci GAMER dan PERMAINAN VIDEO 
  2. Saya, Cinta, Hobi dan Permainan Video 


Terima kasih baca.

HAPPY MOBILE LEGENDS, guys!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sopheestudio, @sillywonk, @jejakmoment.


Share:

Khamis, 2 November 2017

Thor Ragnarok : Adik Beradik Thor Semua Rosak Belaka

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Tak sangka THOR RAGNAROK mengoda MR.BEE untuk mengajak saya ke Perdana Cineplex,Labuan selepas merajuk kerana dewan menonton wayang yang tidak berapa memuaskan. Hah! Tapi bukan nak cerita mengenai dewan. Semasa menempah tiket wayang, saya hanya menganggap THOR RAGNAROK hanya sekadar wayang biasa-biasa sahaja. Sama seperti movie-movie Marvel yang lain kecuali Guardian Of The Galaxy-2 oleh kerana kewujudan baby groot di situ. Hahaha! Comel yang mampu melambung-lambung hati sambil tersenyum-senyum melihat telatah Baby Groot. RUPANYA SAYA KURANG BERSANGKA BAIK DENGAN THOR RAGNAROK ni! Jauh meleset sangkaan..jauh sama sekali.......Korang terkejut ke saya kata adik beradik Thor semua rosak belaka? Sejak bila THOR ada ramai adik beradik kecuali SI LOKI? Ni saya nak cerita...Adik Beradik Thor semua rosak belaka lepas tengok THOR RAGNAROK.

Thor Ragnarok  Adik Beradik Thor Semua Rosak Belaka


Dari awal lagi, saya sudah tergelak ibarat digeletek melihat THOR : DEWA PETIR tersebut terkurung di dalam sangkar yang tergantung-gantung secara tiba-tiba tanpa tukul nya bersama tengkorak yang jatuh tulang dagunya!

Kemudian, diikuti dengan watak yang pertama kali saya lihat didalam THOR. Bertanduk dan berapi-api..automatik teringat watak ARGUS dalam MOBILE LEGENDS! Tak guna MOBILE LEGENDS sudah banyak mempengaruhi hampir 80% hidup saya kecuali ketika makan. Wahaha! Makhluk bertanduk ditumpaskan dengan senang oleh THOR membuatkan saya berkata dalam hati, "AH! Biasalah macam ni...tak payah fikir banyak...THOR sentiasa menang....."

Yelah...Kan HERO. Takkan kalah di awal cerita. Hahaha! Dengan gagah THOR mula membawa tanduk makhluk tersebut pulang ke ASGARD dengan bangga. Namun, kesian THOR...kepulangannya mengecewakan apabila didapatinya bapanya, SI ODIN sudah menjadi gila. Siap buat teater untuk memperingati adiknya SI LOKI yang kononnya sudah mati. Malah, Statue SI LOKI sebesar bangunan telah didirikan dengan slumber oleh ODIN. Korang percaya semua perkara mengarut meraban ni?! Apa yang bagus sangat SI LOKI?

Dengan kemarahan yang meluap-luap, THOR memarahi bapanya SI ODIN yang sudah gila tersebut. Hahahaha!

Sampai part THOR balik ke ASGARD ni belum cukup memikat hati saya lagi. Part paling memikat hati saya adalah, apabila dapat tahu SI LOKI sebenarnya belum mati dan SI LOKI diculik depan mata THOR dengan sekelip mata sahaja! Zuppp! What? THOR terpaksa mencari SI LOKI yang hilang. Oh! Bukan part SI LOKI masih hidup tu yang memikat hati tetapi setelah mendapat tahu siapa penculik tersebut!

PENCULIK TERSEBUT ADALAH DR.STRANGE! Tak sangka ada mamat pelik ni kat THOR RAGNAROK. Walaupun kemunculan beliau hanya sekejap tetapi lawak serius dalam babak ni sangat-sangat tak tahan nak gelak. Satu dewan gelak dengan telatah SI DR.STRANGE.

Selepas kemunculan DR.STRANGE, saya semakin teruja untuk mengetahui jalan cerita seterusnya pula. Mengantuk pun hilang waktu menonton movie ni. Selepas kematian ODIN, kakak sulung THOR mulalah naik tanduk..Hmm..Sebenarnya, kakak sulung THOR memang ada tanduk. Haha! Nama dia ialah HELA. Seburuk-buruk perangai SI LOKI, perangai SI HELA ni lagi buruk! Lebih buruk dari sampah. Wehehe...Dahsyat.

Tapi...
SI LOKI ni talam dua muka. Hati-hati je orang macam ni. Depan baik, belakang buat tuuuuttt... Tak perlulah sebut. Tak baik. Meh. Maklumlah duri dalam daging.

SI HELA ni, jelas dan terang memang jahat. Nak suka kat dia sebab jahat boleh. Nak benci sebab dia jahat pun boleh. Memang jelas. Tak ada tikam-tikam belakang. Kalau SI HELA ni, tak payah dia tikam belakang, Tembak kepala kita depan mata pun dia mampu.

Sebab tu saya cakap, adik beradik SI THOR ni semua rosak belaka. Walau bagaimana pun, SI LOKI ni reti membantu juga orangnya berbanding SI HELA. SI HELA ni tamak. Tamak kenapa? Nanti lepas korang tonton sendiri movie ni, korang akan tahu part mana SI HELA ni tamak.

Setamak-tamak SI HELA ni, terus terang saya cakap...sebenarnya saya minat tengok penampilan dia. Raget..Tee hee..smart!

Dalam perjuangan THOR untuk menyelamat ASGARD daripada kakaknya, SI HELA tu, tak pasal-pasal terjumpa dengan member lama. SI HULK. Tak sangka..THOR gembira yang teramat sangat jumpa HULK. Malangnya HULK dah tak nak kawan dengan THOR. Haha! Nampaknya HULK terlupakan kawan lama disebabkan masalah dalaman. Cehh.. Siap bertarung dengan kawan sendiri. Kesian betul kan diorang berdua ni.

Nampaknya THOR terpaksalah cari jalan sendiri untuk menyelamatkan ASGARD daripada hancur ditangan kakaknya. Nak minta tolong SI LOKI pun, dia tu faham-faham je laa...

Jadi macam mana THOR menghadapi kakaknya SI HELA untuk menyelamatkan ASGARD? SI HELA ni kuat berbanding THOR. Hanya ODIN yang boleh kalahkan HELA.

Apakah kesudahan hubungan persahabatan antara THOR dan HULK?

OK. Jangan lupa beli tiket wayang THOR RAGNAROK di cinema berdekatan dengan tempat korang. Saya bagi 10 bintang untuk movie ni.

Terima kasih baca.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Jumaat, 27 Oktober 2017

Menyertai Inktober Challenge Untuk Tahun 2017

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Nampaknya INKTOBER sudah pun bermula lantaran kita sudah berada di bulan OKTOBER. Malah sudah pun hampir ke hujung bulan Oktober. Pada Oktober tahun lepas (2016) saya telah menyertai INKTOBER CHALLENGE buat pertama kali. Syarat INKTOBER CHALLENGE adalah melukis menggunakan ink. Boleh baca mengenai INKTOBER kat laman pengasas INKTOBER JAKE PARKER untuk maklumat lanjut. INKTOBER CHALLENGE ini adalah untuk berlatih dan mengasah bakat semata-mata. Untuk mempertingkatkan teknik melukis selama 31 hari.

Syarat menyertai INKTOBER CHALLENGE ini adalah melukis 1 lukisan setiap hari selama 31 hari. Kemudian, post kan lukisan kita ke laman sosial seperti instagram, facebook, twitter dan sebagainya. INKTOBER CHALLENGE ini akan berlangsung sekali setahun iaitu sepanjang bulan OKTOBER. Posting lukisan tidak semestinya setiap hari. Boleh juga kumpul untuk seminggu, posting terus 7 lukisan tu dalam 1 hari. Ikutla mana-mana mengikut keselesaan kita. Jangan lupa sertakan hashtag #Inktober san #InktoberTAHUN* (*Tahun kita menyertai Inktober. Contohnya, #Inktober2017).

Tajuk-tajuk lukisan ada diberikan oleh Jake Parker di laman webnya atau boleh juga periksa instagram beliau. Jadi, kita boleh lukis mengikut tajuk-tajuk yang beliau usulkan. Namun begitu, ada juga pelukis yang menggunakan tajuk sendiri mengikut minat masing-masing. Contohnya, tajuk-tajuk berkaitan Hallowen dan Monster..Ada juga menggunakan tajuk rutin harian..Macam buat komik la..Hari ni diorang sedang buat apa, esok lusa dan seterusnya.. Pada tahun lepas, saya hanya mengikuti tajuk yang Jake Parker usulkan untuk Inktober Challenge 2016 dengan bertemakan Pokemon. Kenapa Pokemon? Sebab masa tu game android Pokemon Go sedang hangat dalam dunia gamers. Termasuk saya dan MR.BEE menjadi salah seorang pemain Pokemon Go di Kota Kinabalu dan WP.Labuan dengan aktif sekali. Hahaha! Tapi demam Pokemon Go tak lama sangat sebab didapati sangat membosankan. Haha! Sekarang game tu sudah pun terkubur digantikan dengan Mobile Legends. Lols..

Menyertai Inktober Challenge Untuk Tahun 2017


Kembali ke tajuk Inktober Challenge. Hehe... Tema Pokemon untuk diselaraskan dengan tajuk yang Jake Parker usulkan membuatkan saya tak mampu nak melukis lawa pun. Hahaha. Tak ada idea sebab tak semua cerita Pokemon saya pernah tengok. Jadi, memang silap besar saya pilih tema Pokemon. Tapi tak apa... yang penting, saya siap 31 lukisan walaupun tak lawa (Tak lawa bagi saya sendiri apatah lagi orang lain). Hahaha. Tapi, Challenge settled di penghujung bulan dan sedikit sebanyak membantu saya dalam teknik menggunakan artline. Dalam bulan OKTOBER tahun lepas tu, saya juga sedang sibuk manage group newbies trading dari Kota Kinabalu dan buat analisis signal trading. Serius kelaut INKTOBER CHALLENGE. Hahahaha! Jadi perempuan banyak hobi dan multitasking memang tinggi cabaran. Stress kena diam-diam sebab tu semua pilihan sendiri dan memang sendiri minat dan nak sendiri. Kekeke. Yang penting gembira. Yes..gembira dan enjoy dengan apa yang kita lakukan tu penting..

Tahun 2017 ni, saya memberanikan diri menggunakan tema dan tajuk sendiri. Lukisan yang bertemakan self thought. Mereka watak-watak yang tak pernah wujud dimana-mana movie mahupun animasi. Seratus peratus hasil dari imaginasi sendiri. Semuanya fantasi. Lukisan untuk INKTOBER CHALLENGE 2017, saya hanya akan persembahkan nama-nama watak dan perkenalkan watak dalam bentuk lukisan potret. Memang semua lukisan akan menjadi potret pandangan depan. Macam dalam gambar passport. Hahaha! Sebab ini adalah langkah pertama saya untuk memperkenalkan watak-watak.

Namun, OKTOBER tahun ni nampaknya sangat jelas tidak mengizinkan saya menikmati INKTOBER CHALLENGE seperti tahun lepas. Stress kepala otak. Stress bukan sebab banyak perkara nak buat tapi stress sebab target dan kepuasan hobi tak tercapai. Selepas tiga hari siapkan lukisan INKTOBER, tiba-tiba saya tak sihat dan mesti rehat. Apabila dah sihat, tiba-tiba ribut dari Filipina tempias kat Kota Kinabalu dan Labuan pula. Bukan sebab ribut tu yang membuatkan saya tak dapat melukis tapi sepanjang ribut, rumah asyik blackout. Kalau blackout sekejap, its ok. Blackout berjam-jam dan berkali-kali. Sadis... Lama-lama, saya pun hilang fokus. Bila teringat lukisan tak siap, stress pula. Bila nak siapkan ada sahaja gangguan dan ada je yang tak kena. Ujian betul lah...

Saya ada buat kat luar juga. Seperti kat Oldtown dan sebagainya. Tapi reda je la.. dah tak terkejar..hahaha! Setakat ni ada 9 buah lukisan sahaja yang sempat buat.

Menyertai Inktober Challenge Untuk Tahun 2017


Alhamdulillah, sekarang cuaca semakin baik walaupun ada mendung-mendung sikit. Elektrik pun ada peningkatan. Tak blackout macam sebelum ni. Jangankan buat mood melukis ke laut, mood blogging pun diawang-awangan. hehe..Saya pakai PC dan streamyx kat rumah. Jadi, kalau blackout PC dan internet tak boleh on. Guna laptop pula, habis bateri tak ada tempat nak charge bateri. Sometime, pakai internet digi dan celcom. Kelip-kelip pula internet. Kadang-kadang, jadi GPRS..hahaha...biar betul! Tu yang layan game android pun asyik kalah sebab internet tiba-tiba lost.

Jadi, OKTOBER tahun ni memang serba tak kena untuk INKTOBER CHALLENGE saya. Walaupun begitu, tidak bermakna saya berputus asa untuk meneruskan 31 buah lukisan saya. Saya dah sediakan plan dan watak-watak serta lakaran. Jadi, saya akan teruskan lukisan ni walaupun OKTOBER bakal berlalu. Buat je INKTOBER on NOVEMBER kalau tak sempat siap tepat on 31 Oktober 2017. Hahahaha... Buat untuk diri sendiri! Gangguan yang berlaku dalam bulan OKTOBER ni, bukan 100% salah sendiri. Kecewa dan stress tu yes tapi tak apa...semua tu biasa. Yang luar biasanya, kita sambung je sampai siap untuk kepuasan sendiri. Yayyy! TUKAR kan je INKTOBER CHALLENGE jadi SELF CHALLENGE. simple. 

Tahniah kepada yang berjaya teruskan lukisan INKTOBER on time. Nanti saya akan jenguk dan like lukisan korang melalui hashtag INKTOBER menggunakan instagram @sopheestudio,OK!

Haa..itu dia.

Terima kasih sudi singgah membaca.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

Selasa, 24 Oktober 2017

Jenis dan Tempoh Pemakaian Kanta Lekap Dari iMlens yang Selesa dan Bermutu Tinggi

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Hari ni, saya ingin berkongsi berkenaan Jenis dan Tempoh Pemakaian Kanta Lekap Dari iMlens yang Selesa dan Bermutu Tinggi. Saya yakin, mesti ramai wanita mahupun lelaki yang suka menggunakan kanta lekap kerana tak suka pakai kaca mata. Betul tak? Yelah, kalau pakai kaca mata ni, ada bingkai. Kadang-kadang rasa seakan ada gangguan. Kan..? Sesetengah wanita muslim pula, suka bergaya dengan selendang atau shawl, jadi memang akan cari kanta lekap agar lebih bergaya dan sesuai dengan shawl. Kalau guna shawl, kadang-kadang tidak sesuai menggunakan kaca mata bergantung dengan bentuk muka. Tapi, itu berbalik kepada pilihan masing-masing. Ada yang sesuai,selesa dan memang suka menggunakan shawl bersama kaca mata. Kalau saya pula, memang jarang pakai shawl sebab pencinta tudung bawal. Menggunakan kanta lekap mengikut mood tertentu tapi minggu lepas, saya terjatuh cinta pula dengan kanta lekap dari iMlens yang membuatkan saya rajin nak pakai kanta lekap. Tu yang semangat nak cerita ni..Haa..jadi,teruskan membaca tentang jenis dan tempoh pemakaian kanta lekap dari iMlens yang selesa dan bermutu tinggi ni.

Jenis dan Tempoh Pemakaian Kanta Lekap Dari iMlens yang Selesa dan Bermutu Tinggi


Jenis dan Tempoh Pemakaian Kanta Lekap iMlens.

Kanta lekap iMlens ni adalah jenis lembut. Disebabkan kanta lekap iMlens ini adalah jenis lembut, sebab itulah sangat selesa ketika menggunakannya. Kadang-kadang terlupa ada kanta lekap kat mata sebab tak rasa apa-apa. Hahaha...

Tempoh pemakaian adalah sebulan. Maksudnya, selepas sebulan kita gunakan kanta lekap ni, kita mesti tukar dengan yang baru.

Pemakaian dalam sehari pula, perlu mengikut jadual berkala. Jika korang adalah pengguna kanta lekap buat pertama kali, jangan pakai lebih dari 4 jam sehari hingga hari kedua. Bermula hari ketiga hingga keempat, boleh tambah 2 jam pemakaian iaitu 6 jam.

Jenis dan Tempoh Pemakaian Kanta Lekap Dari iMlens yang Selesa dan Bermutu Tinggi


Jika mengikut jadual saya sejak hari pertama saya menggunakan kanta lekap (Tahun 2014) selepas mendapat konsultasi dan pemeriksaan dari pakar mata, saya menggunakan kanta lekap hanya 8 jam sehari. Jika saya perlu menggunakan kanta lekap lebih dari 8 jam, saya menggunakan penitis mata untuk melembutkan kanta lekap di mata atau, saya buka dari mata lalu di cuci menggunakan isotonic solution dan memakainya semula.

Memandangkan kanta lekap iMlens adalah jenis silicon hodrogel, maka kanta lekap ini lebih baik daripada kanta lekap lembut yang lain. Hal ini kerana material ini mempunyai ketelapan oksigen yang tinggi. Oksigen yang boleh menembusi kornea, akan membuatkan kesihatan mata akan lebih terpelihara. Disebabkan itu, kanta silikon hidrogel boleh dipakai lebih lama dalam sehari.

Selesa,Selamat dan Bermutu Tinggi

Paling best, kanta lekap dari iMlens ni diluluskan oleh US FDA. Apa itu US FDA? US FDA adalah agensi kerajaan Amerika Syarikat yg bertanggungjawab untuk mengawal dan memastikan keselamatan pengeluaran hasil makanan, hasil tembakau, makanan tambahan, ubat-ubatan, vaksin, biopharmaceutical, derma darah, peralatan perubatan dan lain-lain.

iMlens hanya menggunakan bahan yang diluluskan oleh US FDA. Proses pembuatan warna dijamin selamat dan tidak menyentuh kornea mata. iMlens adalah selamat dan dipercayai..

iMlens juga menyediakan manual cara memakai dan mengeluarkan kanta lekap. baguskann kan? Manual ada dalam kotak kanta lekap.

Sepanjang Pemakaian Kanta Lekap iMlens

Sepanjang saya menggunakan kanta lekap dari iMlens ini, saya memang rasa selesa tidak seperti menggunakan kanta lekap dari jenama lain. Saya menggunakan lebih dari 8 jam tanpa mengalami sebarang ketidakselesaan sehingga saya balik ke rumah. Walau bagaimana pun penitis mata tetap dibawa ke mana sahaja terutama sedang menggunakan kanta lekap.

Warna Kanta Lekap dari iMlens setakat ni ada 4 warna iaitu iMoss, iSea, iClam, dan iPearl. Warna pilihan hati adalah iClam dan iSea. Tee Hee...

Jenis dan Tempoh Pemakaian Kanta Lekap Dari iMlens yang Selesa dan Bermutu Tinggi

Jenis dan Tempoh Pemakaian Kanta Lekap Dari iMlens yang Selesa dan Bermutu Tinggi


Cantikkk tak?? Hahaha..nanti nak cuba warna iPearl dan iMoss pula.

Kanta Lekap bersama power (Degree) atau kosong (Plano)

Saya seorang yang rabun jauh. Jadi, menggunakan kanta lekap perlukan yang mempunyai degree. Kalau tak terpaksa jalan sambil raba-raba..Hahaha! Rabun sejak tahun 2007 tapi berjinak-jinak menggunakan kanta lekap sejak dekat-dekat nak kahwin dengan MR.BEE pada tahun 2014. Tee hee.. Sebab masa naik pelamin taknak pakai kaca mata. Cheehhh.. Sebelum menggunkan kanta lekap. saya pergi periksa mata dan konsultasi dulu mengenai cara pemakaian dan penjagaan.

Since dah tahu semuanya, baru berani nak guna. Di iMlens, kita bukan saja boleh dapatkan kanta yang tiada degree, malah boleh dapatkan kanta berdegree hingga 6.00. Rabun korang berapa power? Saya 4.50 sebelah kiri, 3.50 sebelah kanan. Maknanya, mesti dapatkan dua pasang kanta lekap. Sepasang untuk kiri, sepasang lagi untuk kanan. Kalau sama degree dikedua-dua belah mata, boleh je beli satu pasang.

Jenis dan Tempoh Pemakaian Kanta Lekap Dari iMlens yang Selesa dan Bermutu Tinggi


Walau bagaimanapun, saya minta puji cuba kanta lekap tanpa degree. Hahaha.. saja nak pakai sambil pakai kaca mata. Jadi, sesiapa yang nak bergaya, boleh je pakai kanta lekap..tak semestinya rabun baru pakai.

Jenis dan Tempoh Pemakaian Kanta Lekap Dari iMlens yang Selesa dan Bermutu Tinggi


Instagram dan Whatsapp iMlens

Cara mendapatkan kanta lekap ni senang sahaja. Sama ada korang nak hubungi direct ke whatsapp atau nak terjah instagram dulu pun boleh untuk tengok-tengok testimonial pengguna kanta lekap iMlens..

Whatsapp - 011.2689.5193

Nak Diskaun? BOLEH!

Semasa menghantar mesej untuk menempah, sila taip "Sabahan Blogger Sofinah Lamudin" . Kalau tak taip, tak ada diskaun. Happy shopping dan bercantik-cantiikk! Tee hee..

Jenis dan Tempoh Pemakaian Kanta Lekap Dari iMlens yang Selesa dan Bermutu Tinggi


With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share: