Follow Instagram @sofinahlamudin

Monday, November 6, 2017

Punca Perempuan Membenci Gamer dan Permainan Video

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Ada tak rakan blogger yang minat bermain permainan video? Tidak kira apa jenis permainan video seperti PC, konsol, telefon pintar, internet dan sebagainya. Mungkin lebih jelas kalau saya sebutkan Play Station, X-Box, PC Games, atau Game Boy. Yang sering kedengaran adalah permainan video yang popular seperti Counter Strike, Left 4 Dead, Pokemon Go, Clash Of Clans dan yang terkini semakin hangat iaitu Mobile Legends. Tidak kira apa pun jenis permainan video yang kita main atau kita terlibat, kita sudah terjebak untuk menjadi seorang 'GAMER'.

Korang boleh baca entri saya bertajuk klik>> Permainan Video Telefon Pintar Mobile Legends dari Moonton <<klik jika belum mengetahui lebih lanjut mengenai permainan video ini.

Punca Perempuan Membenci Gamer dan Permainan Video

Yes! Tidak kira kita melibatkan diri dalam dunia permainan video sebagai hobi atau serius atau sehingga menjadikan permainan video sebagai pendapatan sampingan. Korang pasti terkejut bila saya katakan, permainan video telefon pintar juga merupakan seorang 'GAMER'! Jangan gelak... Pemain permainan video telefon pintar kini semakin maju dan telah wujud hingga ke tahap pertandingan antara negara. Contohnya Mobile Legends dan korang mungkin geleng kepala jika saya katakan, Clash Of Clans juga mempunyai tournament mereka sendiri.

Ramai dalam kalangan masyarakat gelak dan memandang rendah kepada GAMER telefon pintar lantaran mereka hanya bermain menggunakan telefon, bukan komputer berkuasa tinggi seperti permainan video DOTA 2 yang mungkin menggunakan komputer berjenama Alienware atau Razer. Selaras dengan kemajuan teknologi, adalah tidak mustahil nilai telefon bimbit kini mencecah ribuan ringgit setimpal dengan kemajuan prosesor dan komponen yang sesuai untuk permainan video sama seperti komputer. Jadi, GAMER telefon pintar kini bukanlah calang-calang orangnya. Mereka hampir berdiri sama tinggi dengan GAMER komputer berkuasa tinggi.

Pandangan masyarakat terhadap GAMER telefon pintar dengan sebelah mata ini sebenarnya berpunca daripada kurang mengerti apa maksudnya 'GAMER'.

GAMER adalah bermaksud Pemain Permainan video atau pemain sesuatu permainan. Seseorang yang terlibat dalam sebuah permainan. Pemain permainan video akan terbahagi kepada :

đź’•Permainan video PC
đź’•Permainan video konsol
đź’•Permainan video telefon pintar
đź’•Permainan video arked

GAMER bukanlah bermaksud seseorang yang mempunyai komputer berkuasa tinggi untuk permainan video PC dan kerusi bernilai 2 ribu. Bukan juga bermaksud hanya untuk pemain DOTA 2 atau seseorang yang mempunyai barangan berjenama Alienware dan Razer.

Punca Perempuan Membenci Gamer dan Permainan Video


jadi, apakah punca perempuan membenci GAMER dan PERMAINAN VIDEO?

Pertama

Hobi ini adalah hobi yang mahal.

Setiap keperluan permainan video mengikut jenis permainan video yang diminati oleh seseorang. Sebagai contoh, tidak semua komputer boleh menampung DOTA 2 kerana DOTA 2 mempunyai grafik yang tinggi. Permainan video PC yang mempunyai grafik tinggi adalah :

đź’•Metal Gear Solid 5 - The Phantom Pain
đź’•Dying Light
đź’•Soma
đź’•Project Cars
đź’•Rainbow Six
đź’•...dan banyak lagi.....

Jika menggunakan komputer yang biasa, kemungkinan besar komputer tidak akan berfungsi langsung ketika membuka permainan video ini.

Pelbagai perkara yang perlu dilihat ketika membeli komputer yang berkualiti untuk bermain permainan video seperti ini.

Apa yang perempuan benci mengenai hal ini adalah banyak wang ringgit keluar untuk melengkapkan keperluan hobi ini selain mengeluarkan belanja yang berulang kali ketika membeli permainan video yang baru dan original.

Selain itu, PS3 dan PS4 juga adalah jenis permainan video konsol yang boleh tahan harganya. Malah, kita tidak boleh membeli permainan video bukan original untuk membolehkan bermain. Harga satu permainan video PS3 dan PS4 adalah mencecah RM100 dan keatas.

Kedua

Hobi ini adalah hobi yang melalaikan

Kebanyakkan pasangan bercinta akan marah kepada pasangan mereka yang kusyuk dan asyik bermain permainan video hingga terlupa untuk melakukan perkara-perkara penting.

Selain itu, ada juga desas desus perempuan begitu marah apabila kekasih sanggup meluangkan masa dengan hobi ini berbanding meluangkan masa dengan mereka.

Ketiga

Hobi ini boleh menjejaskan kesihatan

Hobi ini boleh menjejaskan kesihatan jika ketagihan yang teruk menguasai seseorang. Ketagihan ini berlaku adalah kerana keinginan untuk menang dan menamatkan permainan video itu dengan cemerlang sangat tinggi sehingga tidak lalu makan dan tidak mahu tidur. Apatah lagi tidak mahu keluar rumah untuk bersenam atau melakukan aktiviti aktif dan menyihatkan.

Perempuan membenci hal ini kerana mereka sayang kepada pasangan mereka dan tidak mahu mereka jatuh sakit untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Keempat

Hobi ini boleh memecah belahkan keluarga

Kadang-kadang, kita akan merasa permainan video adalah hanya perkara kecil namun pengaruh yang dibawa oleh permainan video itu sendiri kadang-kadang akan menjejaskan kewarasan seseorang sehingga boleh membawa kepada pergaduhan suami isteri. Hal ini kerana, terlalu mencintai permainan video berbanding keluarga dan lupa tentang tanggunjawab sebenar.

Walau bagaimana pun, GAMER dan permainan video bukanlah sejenis permainan video yang harus dipersalahkan dan dibenci. Hal ini kerana punca perempuan membenci gamer dan permainan video ini hanyalah kerana terlalu mengikut perasaan masing-masing dan salah faham seperti :

Perempuan

Perempuan tidak menyokong hobi pasangan dengan hati terbuka. Sedangkan hobi hanyalah sekadar tempat seorang lelaki untuk menghilang rasa lelah dan tekanan di tempat kerja - Berilah peluang untuk mereka bersendirian dan bertenang asalkan tidak keterlaluan dan melupakan yang penting.

Perempuan terlalu inginkan perhatian setiap saat sehingga merasa cemburu pasangan kusyuk bermain permainan video sendirian. - Ketika cemburu seperti ini timbul, cuba untuk berfikir waras bahawa permainan video hanyalah permainan video. Bukanlah perempuan lain.

Perempuan tidak mahu membuang ego untuk menyertai pasangan bermain permainan video bersama sekadar untuk bergembira dan berhibur berdua atau bersama anak-anak. - Jika belum pernah bermain permainan video, inilah masanya untuk belajar dan berhibur dengan pasangan. Bermain permainan video akan lebih seronok bersama pasangan berbanding sendirian.

Perempuan tidak tahu cara untuk menyokong pasangan untuk lebih bersemangat untuk meningkatkan ekonomi keluarga melalui memberi rangsangan melalui hobi. - Lelaki yang gembira dan bersemangat serta berpuas hati dengan apa yang disukainya akan lebih berjaya dalam membina keluarga bahagia. Percaya atau tidak, seorang lelaki akan penat bersama permainan video sepanjang masa kerana itu tidak adil untuk perempuan kesayangannya.

Lelaki

Lelaki tidak tahu cara untuk mengajak perempuan bersama-sama menikmati permainan video untuk hiburan semata-mata ketika mempunyai masa lapang. - Cubalah ajak dengan lembut dan manja. Pasti perempuan akan menyertai. Jika dia menolak jangan putus asa untuk memujuknya. Jual mahal hanyalah permainan seorang perempuan.

Lelaki tidak tahu cara membahagikan masa dengan baik untuk hobi dan keluarga. - Masa untuk bermain permainan video mungkin penting bagi seseorang yang sangat minat dengan hobi ini tetapi harus diingat bahawa keluaga tidak boleh dibeli seperti membeli permainan video. Jika hari ini tidak boleh bersama permainan video, hari esok masih ada. Utamakan keluarga.

Walaupun begitu, tidak semua perempuan membenci GAMER dan PERMAINAN VIDEO. Saya juga seorang perempuan dan masih bermain permainan video bersama suami. Boleh baca entri saya bertajuk klik>> Saya, Cinta, Hobi dan Permainan Video <<klik untuk mengetahui bagaimana saya terjebak dalam dunia permainan video. Kebencian berlaku biasanya berlaku kerana tidak sefahaman atau mungkin ada sikap lain yang tiada kaitan dengan permainan video.

GAMER juga boleh menjana pendapatan melalui permainan video jika tahu caranya.

Terima kasih baca.

Enjoy your hobbies together, guys!

With Love,
#Sofinah696 đź’•
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


3 comments:

  1. Best men game...hilang stress..lokman pentegar game LOL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best main game. Terutamanya ada player 2 kan lokman. hehehe.

      Delete
  2. huhuhu.. xtau nak declare diri as gamer ke tak, tapi memang suka main game, xkisah guna konsol ke, fon ke, laptop. Laptop ni pun dah berat sbb ada beberapa games sprti Paladins, Hellblade, Life is strange dll. Kalau tak busy, mmg spend time dgn game sampai mak pun bebel. hahaha

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.