Follow Instagram @sofinahlamudin

Monday, November 6, 2017

Saya,cinta, hobi dan Permainan Video

Assalammualaikum Readers dan Bloggers,

Disebabkan mood kami berdua (Saya dan MR.BEE) masih dengan permainan video MOBILE LEGENDS, saya nak mengimbas kembali bagaimana saya terlibat dan terjebak dalam dunia permainan video ni.

Sepanjang saya bergelar sebagai pelajar sekolah di Sekolah Menengah, saya dikenali sebagai seorang yang anti game oleh majoriti rakan-rakan saya kecuali, hmm... may be ada yang saya pernah terlepas cerita dengan sesiapa berkenaan saya yang pernah menyentuh permainan video.



Sebenarnya, mereka salah faham dengan saya. Hahaha! Saya menyembunyikan side saya yang lain atas sebab-sebab tertentu terutamanya side gila main game. Ramai yang menganggap saya seorang yang serius dan tidak berminat dengan permainan video. Menggangap saya seorang yang skema disebabkan saya seorang pengawas sekolah dan suka ke perpustakaan. Semua tu imej semata-mata. Wahaha...

Saya manusia biasa dan mempunyai hobi dan kegilaan. Mungkin, mereka hanya tahu saya gila dengan Harry Potter sahaja sebab saya tidak mampu nak tutup minat saya yang satu itu. Dalam fail pun letak muka Harry Potter. Meh~

Terlibat dalam Permainan Video sejak kecil

Saya mengenali PS1 dan PS2 sejak kecil, sekitar umur 7 tahun. Selalu main curi-curi kat rumah jiran. Hahaha! Ops.. Mommy dan Ayah marah setelah dapat tahu. Hahaha! Sebenarnya bukan marah sebab main game. Tapi marah sebab kacau rumah orang dan barang orang (Game tersebut). Kawan ajak main game, saya tak mampu nak tolak guys! Hee~

Bila cakap, "Nanti mak aku marah.."
Kawan cakap, "Main kejap je..mak aku tak marah"

Bila ingat balik memang kelakar.Kan saya cakap, 'mak saya' bukan 'mak dia'. HaHAha!

Selain tu, sepupu rapat saya juga mempunyai PS1. Setiap kali ke rumah sepupu akan main PS1 dia kalau waktu tu mood dia tidak kedekut. Kekekeke. Tapi lebih kerap kedekut banding tidak. Wahaha! Lagipun faham juga, kan PS1 dulu-dulu bukan murah. Nanti rosak pula..

Disebabkan hal demikian, ayah menghadiahkan beberapa kali permainan yang berkaitan dengan permainan video selain dari alat lukisan sebab ayah tak suka saya merayau atau bermain jauh-jauh. Main dalam rumah diam-diam. Saya anak bongsu dan memang..protection agak ketat sedikit. Huhu...Pada suatu hari, ayah belikan satu konsol permainan video tape bukan PS1 mahupun PSX. Saya tidak ingat jenama apa tetapi konsol ni pelik sedikit. Selain dari ada kontroler atau kita selalu panggil joystick, ada juga keyboard untuk menaip ala-ala komputer. Tetapi, ini bukan komputer guys. Hahaha! Korang keliru? Saya juga!

Permainan video ni bukan sahaja boleh bermain permainan video yang biasa kita dengar seperti:

💕Super Mario Bro's
💕Street Fighter
💕Battle City
💕Contra
💕Tetris
💕Duck Hunt
💕Adventure Island
💕Dr.Mario
💕Pacman
💕Excite Bike

tetapi juga boleh digunakan untuk permainan minda untuk saya belajar Matematik, Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Belajar kepantasan menaip dan permainan puzzle. Sebab itulah konsol ini mempunyai keyboard.Melalui konsol permainan video hadiah dari ayah ni lah saya mula berjinak-jinak untuk mengenal dan menyukai komputer dan menaip.

Disebabkan saya anak bongsu yang lahir terlalu lewat, jarak umur saya dan kakak saya begitu jauh. Kakak saya sibuk pergi bekerja dan dengan kehidupan dia, saya ibarat anak tunggal di rumah. Ayah selalu temankan saya bermain permainan video sampai pagi terutamanya sewaktu cuti sekolah. Hahaha! Kitorang akan main game bola, snoker dan saya tak ingat tapi permainan tembak-tembak. Kadang-kadang, saya akan bermain sendirian sampai pagi.

Terdapat satu permainan video kegemaran saya yang menggunakan keyboard, iaitu menukul kepala tupai yang tertulis huruf-huruf tertentu. Untuk menukul tupai tersebut, kita mesti menekan huruf yang ada di atas kepalanya. Semakin lama, ia akan semakin laju. Dari situlah saya akan tahu berapa huruf saya mampu tekan dalam beberapa minit. Kalau saya gagal menukul kepala mana-mana tupai, saya kalah!

Kisah Permainan Video dan Cinta Monyet

Semasa di sekolah menengah, saya sama seperti kebanyakan pelajar yang pernah terjebak dalam cinta monyet. Hahaha! Saya mempunyai seorang kawan baik pada masa tu, dia memperkenalkan saya kepada kawan kepada boy friend dia untuk 'disatukan'. Wakakaka! Konon nak kami couple sama macam diorang. But guys, I don't really know what LOVE is...OK tipu! Bukan tak tahu apa itu cinta tapi tak ada feeling langsung pun dengan mamat tu. Hehe.. Kawan-kawan ok la. Tapi saya pun tak tahu kenapa saya poyo dan terima sahaja walaupun tak ada feeling.

Mamat ni, muda dari saya..seorang gamer. Bukan permainan video konsol tapi PC. Pada suatu hari, saya hangout hujung minggu dengan dia ke cyber cafe dan makan-makan. Saya ke cyber cafe untuk YM dan Friendster la masa tu. Hehe... Dia? GAME! OK! Fine....tak kisah pun kalau nak main game, yang saya kisah dan menyampah, boleh-boleh minta duit kat saya untuk topup jam dia dalam cyber cafe demi game!

Hellooo...duit belanja saya pun ayah yang bagi, nak bagi dia pula untuk game. Dah la lelaki, tak sesuai kot minta duit kat perempuan. Tu la sebabnya kenapa tak sesuai budak sekolah bercinta. Hahaha! Duit pun tak ada lagi. Semua datang dari parents. Waktu bercinta, nak belanja girl friend minta duit ayah ke? Buruk bunyinya. On that day, saya terus tukar status dengan dia as friend. Meluat la cinta-cinta. Try la bersabar dulu, nanti lepas habis sekolah, ada kerja, beli la game sampai muntah pakai duit sendiri. Bukan duit parents, bukan minta kat perempuan.

Tu pun dia merajuk dan mengamuk sebab saya tak nak couple-couple. Wahahaha! Saya biarkan je dia. Tapi lama-lama dia ok balik dan kami jadi kawan. Alaa... macam adik saya je dia tu. Perangai budak-budak lagi.

Kemudian, tahun demi tahun pun berlalu. Pada suatu hari, kami masing-masing sudah pun habis belajar. Saya dengan dia masih berkawan dan dia masih dengan permainan video dia. Saya tahu impian dia iaitu nak komputer canggih-canggih seperti Alienware dan nak kan permainan video mantap-mantap dan bergrafik tinggi. Masalahnya, semua tu memakan masa untuk kita dapat sebab perlu saving dulu. Budak baru habis belajar, kena cari kerja tetap dulu. First thing first la kan.

Masa tu, isu permainan video belum besar lagi antara kami sebab kami just friend. Kawan sekolah yang masih berhubung dan berkongsi cerita zaman sekolah dan zaman belajar. Tiba-tiba, saya mencuba lagi untuk hubungan lebih serius dengan dia disebabkan kami sudah mula masuk dunia dewasa. Saya cuba untuk serius dengan hubungan kami tapi nampaknya dia belum berubah. Hahaha!

Masih dengan ketagihan permainan video dan masih belum tahu komitmen penting dalam hubungan. Nak bertunang dan berkahwin pakai permainan video ke? Walaupun isu sebenarnya adalah isu keluarga masing-masing, tapi permainan video pun salah satu sebab juga saya hentikan hubungan serius kami berdua. Saya bukan tidak boleh terima permainan video, saya boleh jadi orang yang gila game juga tapi saya kawal kerana ada yang lebih penting. Hobi dan komitmen kalau tidak seimbang, memang hancur,guys!

So, sampai disitulah hubungan kami berdua. The end. Hahaha!

Hobi dan Komitmen Cinta Paling tidak seimbang

Setelah saya sudah mula bekerja dan ada duit sendiri, saya mula meleburkan duit saya untuk benda-benda macam ni. Saya beli PS2 dan CD games yang berlambak di pasaran. Kalau bukan bermain sendirian, saya main dengan anak buah saya.

Kemudian, saya terjebak lagi dengan dunia percintaan. Wahaha! Saya mempunyai pengalaman bercinta dengan seseorang yang hobby maniac! Haha! Pada awalnya saya OK dengan dia. Saya siap memperkenalkan dia kepada parents saya dan selalu ajak dia layan PS2 saya di rumah menunjukkan saya serius dengan dia dan pada awalnya dia juga kelihatan serius. Nampaknya saya belum pakar lagi mengenali lelaki serius dengan kita atau tidak. Kahkahkah.

Dia OK dalam bab-bab permainan video, dia sesuai kalau nak jadikan kawan ketika bermain permainan video. Yang tidak seronoknya adalah, dia bercinta dengan saya tak ada planning langsung untuk hubungan dan komitmet yang lebih serius. Hubungan kami semata-mata untuk memenuhi hobi. OK, ini boring!

Kadang-kadang keluar juga perkataan 'bertunang' dan 'berkahwin' dari mulut dia tapi ibarat hangat-hangat tahi ayam. Kami masing-masing bekerja. Gaji dia lebih tinggi dari saya dan dia juga mempunyai pekerjaan yang sangat bagus. Tapi saya pelik! Dia selalu datang ke tempat kerja saya untuk meminta duit tambang bas dan sebagainya. Setiap kali gaji, gaji dia habis entah ke mana. Bila saya tanya ada saving untuk majlis yang kononnya dia nak buat tu, TAK ADA.

Kami putus atas sebab saya rasa dia seorang yang freak!

Dua tahun kemudian, saya bertemu semula dengan dia secara tidak sengaja. Waktu tu, saya sibuk dengan bisnes MLM. hahaha! (Jangan gelak dengan saya - kalau boleh semua saya nak cuba - MLM bukan buruk seperti yang kita sangka). Sebagai seorang yang.....hmm...u know...MLM, kita akan approch people kan. So, bertemu dengan dia adalah satu peluang untuk saya cuba closing member or product. Tapi korang pasti nak gelak. Sebab yang closing bukan produk. Bukan juga member tapi closing declare semula dengan dia. Dem.

Actually, this is my stupid decision ever! Dia semakin teruk dengan hobi baru. Bukan permainan video but new stuff. Its called NERF! NERF is boleh tahan hobi mahal. Barang-barang nerf is mahal. Saya sebenarnya betul-betul tidak kisah apapun hobi dia asalkan dia tahu seimbangkan. OK, bayangkan. Dia salah seorang yang terlibat dalam bisnes MLM saya. Dalam event MLM, kita akan berpakaian smart, formal kan? Tapi, percaya atau tidak, dia bawa senapang NERF dia kat belakang dia. Pistol NERF disangkutkan kat seluar dia dalam event. Hahaha! Bila ingat balik peristiwa ni memang kelakar. Tapi masa tu, saya bukan ketawa guys, saya marah.

Selain dari itu,macam biasa duit gaji dia 80% akan dibelanjakan untuk NERF dan selebihnya untuk minyak motor, reload handphone dan sebagainya.

HE WAS FREAK AND WE BROKE UP AGAIN.

Permainan Video dan MR.BEE

Pernah, kawan kata saya dengan MR.BEE boleh pula main game sama-sama dengan dia taknak. Kekeke. Bukan taknak. Bukan juga berubah. Saya masih sama sebenarnya. Cuma, MR.BEE lain...bukan sebab cinta buta. Tapi sebab MR.BEE seimbang. Bermain permainan video tapi MR.BEE tahu bila nak main, waktu sesuai untuk main. MR.BEE juga tahu komitmen, MR.BEE juga tahu apa yang penting. Lagipun, pengalaman lepas-lepas mengajar saya. Cewahh.


Masa bercinta, permainan video belum disentuh bersama lagi sebab saya tak suka. Masih terlalu awal untuk bersuka ria. Saya nak settle kan benda penting dulu. Contoh, urusan untuk bertunang, berkahwin, planning macam mana. Sejauh mana serius dalam hubungan dan sebagainya. Ini masa paling penting untuk kita saling mengenali dan bagaimana kita melaksanakan tanggungjawab untuk hidup bersama.

Kemudian, kami bertunang. Waktu tu lega sangat. Sebab, kami berdua sangat rapat. Best friend tahap melekat guys. Kongsi cerita sama-sama. Kongsi suka duka sama-sama dalam bisnes dan hal peribadi masing-masing. Bila belum ada ikatan, mata saudara mara kiri kanan jeling-jeling. Kawan-kawan tu tak apa.Dah biasa dah..dan terlebih biasa..Haha! Kami budak moden, susah sangat nak follow tradisi tak lepak-lepak ni. Bila dah jumpa semua keluarga dan dah ada ikatan walaupun hanya bertunang, belum kahwin, rasa lega tu tahap tak boleh cakap. Termasuk lega menghadapi soalan bekas-bekas cikgu, "Bila lagi korang ni?".

Sepanjang zaman bertunang, ujian seterusnya adalah sesi saving duit untuk majlis besar pula. Kalau ikutkan hati, hari ni tunang, esok nikah je. Hahaha! Sebab malas fikir banyak. Tapi, yelaa guys.. kahwin bukan hari-hari berlaku..eh? In Shaa Allah kalau jodoh ini adalah satu-satunya untuk kita selamanya hingga nafas terakhir, maka majlis besar dan nikah hanya sekali seumur hidup.. Jadi, kami pun tetap berjuang bersama untuk ke arah itu.

Sambil-sambil serius dalam perancangan kami berdua, kami masih ada hobi guys. Tak adalah kaku sangat semacam ex boyfriend saya kata, "Tak kan tak boleh ada hobi.." . Saya bukan kata tak boleh, tapi dia tak buktikan lagi komitmen dia walaupun 1 perkara. Haruskah saya percaya? Hahaha!

Salah satu hobi saya dengan MR.BEE sepanjang masih bertunang adalah bermain permainan video juga! Mula-mula starting dengan borak tentang permainan video sahaja. Jalan-jalan cuci mata tengok barang berkaitan permainan video. Kerap bermain Clash of Clans, paling buruk layan POU! Hahaha! Telefon pintar kitorang masih belum boleh bawa game berat-berat lagi sebab kami mesti berjimat. Wakaka. Nanti terbang duit untuk kahwin pula kalau ikut nafsu. Kadang-kadang, MR.BEE ajak main PC game di rumah dia. Tapi jarang-jarang sebab kalau buka laptop pun kami sibuk trading dan buat apa patut.

Saya,cinta, hobi dan Permainan Video

Apabila kami sudah sah menjadi suami isteri - jeng jeng jeng. Permainan video mula dikembangkan! Kalau waktu bertunang sudah lega, apatah lagi ketika sudah berkahwin..Layan hobi apa pun, boleh. Sebab komitmen paling besar sudah selesai! Kami berdua tidak bekerja. Pendapatan sama-sama datang dari internet. Menggunakan komputer dan internet sebagai sumber pendapatan membuatkan kami berdua 24 jam bersama. Jenis pekerjaan kami adalah fleksibel. Ada masa dan ada kewangan (tetapi bukan mewah atau kaya - kami hanya orang biasa), jadi tak ada masalah langsung untuk layan permainan video.

Kali ini, permainan video yang kami layan bukan setakat permainan video telefon pintar tetapi PC game. Saya saving duit beli PC yang boleh buat kerja dan bermain game. Hehe... Begitu juga dengan MR.BEE.

Saya,cinta, hobi dan Permainan Video


Setakat ni permainan video kegemaran hanya Counter Strike, Left 4 Dead dan War Craft dan Harry Potter. Yang lain-lain masih belum boleh lagi sebab kesilapan saya adalah membeli windows 8. Tidak semua permainan PC kegemaran saya boleh layan. Huhu. Masih dalam perancangan untuk terus upgrade yang lebih bagus kalau rezeki lebih. Lagipun mood main game ni bermusim. Wehehe.. Tengok keadaan dan masa juga. Macam air pasang surut, macam sius on off. Tapi biasanya, hujung tahun memang mood gaming active sebab trading hujung tahun tak berapa best.

Sekarang, kami berdua mood lebih kepada MOBILE LEGENDS! Permainan video telefon pintar tetapi boleh tahan seronok untuk dilayan!

Boleh baca mengenai game ni di entri saya bertajuk klik>> Permainan Video Telefon Pintar Mobile Legends <<klik .

Saya dan MR.BEE baru juga layan MOBILE LEGENDS ni. Baru tahun ni selepas upgrade smartphone kepada cip atau prosesor yang lebih bagus dan sesuai untuk permainan video tertentu. Jadi, tak la asyik layan Clash of Clans, Clash Royale dan POU je. Wahaha!

Boleh baca klik>> Kami dan MOBILE LEGENDS serta Pengalaman Mengarut Dalam MOBILE LEGENDS <<klik.

Actually, apapun hobi tak ada yang salah. Asal tahu nak balance. Hidup ni, kalau tak balance, hancur. Bangunan kalau tak balance runtuh kan. Hobi adalah sejenis hiburan, bergembira dengan pasangan atau rakan atau keluarga dan untuk menghilangkan tekanan bukan untuk jadikan lebih tertekan pula. Yang penting, pandai-pandai la bahagi masa. Tee hee.

klik>> Punca Perempuan Membenci Gamer dan Permainan video <<klik.

Begitulah kisah saya dengan cinta yang bersangkut paut dengan hobi dan permainan video.

Terima kasih baca.

Enjoy your hobbies, guys!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.