Follow Instagram @sofinahlamudin

Tuesday, November 7, 2017

Sambutan Hari Lahir Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

16 September 2017 yang lalu adalah Hari Malaysia dan merupakan tarikh lahir saya. Heehheee...Saya dan MR.BEE boleh dikatakan kerap ke Kota Kinabalu, Sabah tetapi sering buat sambutan hari lahir saya di Wilayah Persekutuan Labuan.Contohnya, tahun lepas klik>> Its My Birthday! 26th on 2016 <<klik . Kali ini, MR.BEE bersunguh-sungguh ajak ke Kota Kinabalu untuk luangkan masa bersama semasa hari lahir. Pada 15 September 2017, kami bertolak ke Kota Kinabalu.Jadi sambutan hari lahir saya di Kota Kinabalu kali ini.

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Sehari sebelum bertolak ke Kota Kinabalu, MR.BEE minta teman ke pejabat pos untuk pos barang client dia. Semasa di pejabat pos, saya tunggu dalam kereta je sebab mood malas melanda. Hahaha! Bila MR.BEE masuk kereta semula, WAH! ADA KEJUTAN!!

Rupanya, MR.BEE bukan setakat pos barang, dia ambil barang.. Saya dapat aksesori comel! Hehe..

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Kalau saya tahu, saya pakai pakaian lawa-lawa ajak makan kat luar. Wehehe! Saya memang suka aksesori gelang tangan macam tu.. Thanks so much MR.BEE!

Sebenarnya, MR.BEE nak ke tempat lain, bukan Kota Kinabalu, Sabah. Disebabkan bulan September tu musim tengkujuh, asyik hujan...jadi MR.BEE tangguhkan dulu. Next time katanya. MR.BEE tak suka nanti sedang seronok jalan-jalan tiba-tiba hujan pula. Pada 15 September 2017, kami ke Kota Kinabalu lalu dari Menumbok naik speed boat. Sampai di Menumbok, kami naik bas untuk direct ke Kota Kinabalu.

Sampai Kota Kinabalu, check-in hotel terus cari makanan kegemaran! Di Kota Kinabalu, saya dan MR.BEE ada makanan kegemaran yang tak ada kat WP.Labuan. KON LO MEE di RESTOREN NASI AYAM CP, CENTER POINT.

Haa...Ayam besar menutup mee...Lepas makan sekali, nak lagi!

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE


KON LO MEE di RESTOREN NASI AYAM CP, CENTER POINT ni, berharga RM7.90 sahaja. Berbaloi dengan mee yang banyak serta ayam yang besar sampai tertutup mee kat bawah..Kuah sangat pekat dan menyelerakan..Tambah-tambah kalau dituangkan dengan sos lada yang mereka sediakan untuk KON LO MEE ni.

Kalau berada kat Kota Kinabalu, saya dan MR.BEE tak mungkin akan lepaskan peluang makan KON LO MEE ni. Selepas makan, kami ke Growball untuk menikmati movie-movie yang baru release sepanjang bulan August dan September. Yayhh!

Keesokkannya,disebabkan 16 September 2017 merupakan Hari Malaysia, terdapat konsert dan acara telah diadakan di Perkarangan Stadium Likas. Ada juga penyanyi terkenal dijemput khas seperti Ella, Nerra dan ramai lagi. Heheeee... Kalau part artis ni saya kurang tahu sangat. Untuk melihat kemeriahan dan nak tahu terdapat acara apa kat Likas, kami pun ke Likas untuk jalan-jalan pada malam 16 September 2017 tersebut.Anggap je la konsert tu sambutan hari lahir saya sekali. Wehahaha!

Sebelum ke Stadium Likas, saya dan MR.BEE ke Imago! Disebabkan 16 Sept ialah hari lahir saya, MR.BEE belanja makan sedap-sedap kat Secret Recipe..MR.BEE siap order dua slice kek..Nyumm nyumm! Fuuhh...penuh perut!

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Dah berada kat Imago, tidak lupa untuk mencuci mata tengok Spinner Fidget untuk menambah koleksi.  MR.BEE belanja dua Spinner Fidget. YEahhhaa...bertambah lagi dua koleksi Spinner Fidget saya.

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Setiap kali ke Imago, kami berdua tidak akan tenang kalau tak masuk kedai buku Popular dan Toy R us..Dah jadi kebiasaan dan menjadi tempat yang wajib dimasuki terutamanya Kedai Buku! Bila masuk kedai buku, saya dan MR.BEE boleh berada kat dalam tu berjam-jam. Belek-belek buku dan tengok buku yang bagus untuk menjadi koleksi seterusnya. Selain tu, tak lain tak bukan akan ke seksyen alat tulis untuk menambah stok alat tulis kat rumah. Sebab tu lah, kalau pergi Kota Kinabalu, wajib bawa beg kosong sebab nanti beg tu akan digunakan untuk bawa buku dan barang-barang yang dibeli dari kedai buku Popular atau Times. Kalau shopping tengok barang depan mata ni, feeling lain macam sikit walaupun sebenarnya boleh je beli online. Boleh tahan bahaya kalau tak kontrol. Huhu.

MR.BEE juga belikan buku ilustrasi Harry Potter untuk hadiah Ulang Tahun dari Kota Kinabalu. Yang aksesori tu lain katanya. My gooddddd!! Saya teruja sangat dapat buku ilustrasi Harry Potter yang kedua ni! Yang pertama dah ada. In Shaa Allah saya akan kumpul sampai siri terakhir. Minat dari tingkatan 1. Umur 13 tahun masa tu. Dah umur hampir 27 ni, masih tak mampu nak buang minat Harry Potter. Dulu, ada terfikir untuk hentikan sebab zaman remaja dah pun pergi berlalu tapi tak perlulah rasanya. Seronok jadi diri sendiri. Freedom dan unlimited. Cheewaahhh!

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE


Hari seterusnya, kami ke BORNEO E-ARENA 2017!! Ada Mobile Legend Tournament! Alaa... baru je uninstall Mobile Legend kat handphone. Kekeke... Bila datang event tu automatik 'bangun' mood game waktu tu juga. Sanggup ke Imago semula untuk beli joystick handphone dan install semula Mobile Legend. Defense diri untuk game tak kuat nampaknya. Hehe.. Macam biasa, tak lain tak bukan habis kan masa menonton movie lagi...dan lagi..dan lagi...

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Dah habis movie best baru fikir mana nak pergi seterusnya untuk jalan-jalan. Lokasi yang dipilih adalah Taman Hidupan Liar Lok Kawi. Memandangkan dah lewat, jadi kami ambil keputusan untuk pergi sana next day je.

Next day, Yay! Tiba masa untuk ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi. Apabila pergi ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi, teringat kat seorang kawan kerja yang teruja sangat bercerita tentang Taman Hidupan Liar Lok Kawi ni. Siap suruh orang pergi. Wehehe.. Masa tu saya remaja lagi. Kerja part time. Masih sekolah. Alah, nak pergi dengan siapa, dengan apa? Rasa jauh la pula masa tu. Padahal kat Kota Kinabalu je. Saya pula kat Wilayah Persekutuan Labuan. Dah kahwin ni, Alhamdulillah senang nak kemana-mana dengan MR.BEE. Hehe! Kat situ, saya paling teruja bila nampak gajah live. Yang lain-lain tu tak teruja sangat. Hehe..Tapi boleh lah untuk koleksi foto saya kat instagram @jejakmoment. Haa..jangan lupa follow k. Hehe. Selepas 1 jam 30 minit berada di Taman Hidupan Liar Lok Kawi, kami pun kembali semula ke bandar Kota Kinabalu.

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Terus makan. Lapar pula lepas tengok gajah tu. Hahahaha! Lepas makan dan buat apa patut, kami pun menonton movie lagi (Jangan hairan - kami memang macam ni. Macam tak sudah menonton movie).

Kami dah kerap sangat ke bandar Kota Kinabalu ni. Sampai tiba masa otak jadi tepu tak tahu kemana. Jadi, MR.BEE bawa ke lokasi yang pernah dia jejak semasa belajar kat Kota Kinabalu dulu. Dia ajak makan Lokan Bakar dan Puding Kelapa dalam kelapa di Salut (Berdekatan dengan Sepanggar atau Politeknik Kota Kinabalu,Sabah). Confirm sure majoriti pelajar atau bekas pelajar Politeknik Kota Kinabalu,Sabah pernah ke Salut ni untuk makan Lokan Bakar. Saya pertama kali makan Lokan Bakar. Sedaaappp... rasa nak tambah lagi tapi takut tak habis sebab kadang-kadang bukan lapar pun. Nafsu je. Hee hee..

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Selepas dari Salut, MR.BEE ajak ke restoren Keningau untuk makan Nasi Ayam. Saya makan pau kacang tanah je. Masih kenyang lepas makan Lokan Bakar dan Puding Kelapa. Lepas makan ke bandar Kota Kinabalu semula. Haa..tiba-tiba...sampai je kat Suria Sabah tu, saya pula yang craving. Hahaha... Apa lagi, kebetulan ada offer baik kat Kenny Rogers, kami ke Kenny Rogers untuk makan. MR.BEE dah makan 3 kali untuk hari tersebut. Hahahahaha... Sampai Kota Kinabalu memang diet lari punya. Ni belum lagi ke luar Sabah. Huhuhu.. Kat Labuan je diet teratur. Kalau saya lagi teruk. Sampai Kota Kinabalu, lupa senaman dah. Supplement tu, simpan dalam beg bawa sana-sini tetap lupa juga makan. Kena ada alarm agaknya untuk ingatkan diri sendiri. Wehehe...

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Tengah malamnya, ada bog news trading. Jadi, saya dan MR.BEE ke McDonalds 24 jam untuk live trading kat sana. Sambil layan bubur ayam McDonalds dan French Fries. Nyummyyyy!

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

20 September 2017 patutnya hari untuk balik ke Labuan. Tapi saya request MR.BEE balik Labuan lepas tengok Kingsman. Tak nak tengok kat Labuan. Jadi, kami pun enjoy satu hari lagi di Kota Kinabalu demi Kingsman.

Sambutan Hari Lahir Sofinah Lamudin Di Kota Kinabalu dengan MR.BEE

Settle movie Kingsman, kami jalan-jalan ikut mana kaki kitorang bawa. Macam tu sahaja la sambutan hari lahir saya kat Kota Kinabalu,Sabah. Tak ada la parti-parti...Lepak-lepak je macam teenagers..Wakakaka!

By the way, Thanks to my MR.BEE sebab being my THE BEST BEST BEST PARTNER untuk sambutan hari lahir saya dan selama-lamanya.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


6 comments:

  1. Meronda sakan, makan sakan, jalan sakan
    Hihihi bestkan

    ReplyDelete
  2. Wow seronoknya makannsana makann sini. Happy birthday ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok. Terima kasih. hehehe... birthday dah lepas. hehehe...

      Delete
  3. menarik... banyak bab makan :))

    ReplyDelete

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.