SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Selasa, 3 Disember 2013

Telatah Anak Buah Yang Semakin Membesar

Assalammualaikum rakan bloggers, :)

Hari ni saya  agak penat dan mengantuk. HEHE.... semalam semangat sangat online, blogging, blogwalking, layan channel youtube, layan blog LabuanBlogger, buat page untuk Forex, fikirkan shaklee dan bagai-bagai lagi lah... sekali layan punya layan, boleh-boleh pula jam 6 pagi baru pergi tidur...

...jadi hari ni nak rehat pula... tapi sebelum berehat, saya nak post satu cerita tentang seorang makcik dan anak buah. ngeh ngeh....

walau bagaimanapun, sebelum saya cerita tentang anak buah tu kan, saya nak santai kejap layan cerita hari ni... dalam jam 11 macam tu, Encik Tunang tiba-tiba ada idea nak BBQ hari ni. Kalau selalu BBQ ayam, sosej, jagung... bla bla, tapi hari ni resepi lain! Kami BBQ Daging Kambing... pergh... sepantas kilat saya pergi dapur perap daging kambing tu... tapi silap nya, tak rebus pula huwahuwa... jadi, kesnya, daging kambing panggang kami ada liat sikit laa selepas siap BBQ.. Tapi, sedap! Jadi kami tetap layan juga lah... :)





Daging kambing tu baru saja sembelih so, rasa daging tu manis... memang best! Favorite Encik Tunang tuu... hee hee..

dah selesai barbeku tu, kami pun kemas-kemas lah.. Then temankan adik Encik Tunang pergi klinik... ada gatal-gatal kulit pula... sian... nasib baik dah habis exam.

..Aktiviti seterusnya, MCD! oyeahH~ Alhamdulillah kenyanggg makan hari ni....hiihii...

oke lah... rasa mata ni dah macam tak larat nak ditongkat lama-lama ngadap lappy, better teruskan cerita tentang anak buah saya, nama Mohammad Fitri. Dah besar dah sekarang, dah umur darjah dua. Ni koleksi gambar dia pertama yang saya ada untuk tahun ni. Tahun-tahun lepas ada juga, masa zaman dia budak lagi... kurus pula tu. Sekarang dah chubby sikit...




Alhamdulillah, ada kesempatan spend time dengan dia sampai ajak ke bandar. Tak pernah-pernah lagi macam ni.... ni cerita bulan lepas sebenarnya, semasa Labuan Art Festival. Dari dulu hingga lah hujung tahun lepas, saya ni gila dengan hal-hal kerja... kalau nak saya keluar dengan anak buah ni, bukan nak cakap tak ada harapan, tapi sememangnya jangan harap... haha. Syukur sangat sebab saya sekarang bukan seorang yang terlalu sibuk dan tidak ada masa langsung untuk orang lain. Rasanya berbeza...

Kalau dulu memang kenyang dengan wang tapi haus masa...
Sekarang masa saya ada....banyak....nak layan hobi pun bersepah... nak layan lappy berjam-jam pun tak kisah...

Terima kasih kepada insan yang bertungkus-lumus untuk saya dan semua ni. Jasa tetap dikenang, budi tetap nak dibalas, kebaikan tetap diberikan kebaikan... In Shaa Allah...yang pasti, balasan Tuhan adalah yang paling terbaik. Saya tetap akan berusaha...untuk kebaikan bersama...

Ini lah kenangan saya dengan anak buah...nanti bila diorang dah besar, tak akan sama. Mana nak sama, dia dah besar panjang, citarasa dan gaya hidup dah beza... saya pula dah tua, dah berumahtangga, tanggungjawab dah banyakk...

saya sangat hargai saat ini,.... kenangan telatah anak buah yang semakin membesar... :)















*yawn* aduyai... mengantuk dah ni.... hahaha.... Tapi sebelum tidur, saya nak promote sikit "Contest SEO Eridy" dengan kawan-kawan blogger.... tengok kat bawah...





....jom join ramai-ramai "Contest SEO Eridy" ni sebab hadiah pemenang sangat lumayan tau!

Contest SEO Eridy ini sudah pun berlangsung sekarang untuk pendaftaran dan pendaftaran akan ditutup pada 11-12-13 (Cantik pula tarikh tutup ni... haha).




Kemudian,

Contest SEO Eridy ini akan bermula pada 12-12-13 hingga 30-12-13.

Hadiah untuk contest ini ialah wang tunai berjumlah RM500.00

Tempat pertama : RM200 x 1
Tempat kedua : RM 100 x 1
Tempat ketiga : RM 80 x 1
Saguhati : RM 20 x 6

Semoga berjaya kepada sesiapa yang dah mendaftar untuk menyertai Contest SEO Eridy ni yer!! :)

Selain tu, syukur Alhamdulillah hari ni saya mendapat berita baik daripada 8Share bahawa saya terpilih sebagai pemenang SHYS bulan November. Syukur... Terima kasih 8share!!




Korang yang belum join 8share tu, join lah... tak rugi sebab, selain daripada boleh menyertai contest seperti yang saya dan menang, boleh buat duit poket juga sambil ber-facebook dan ber-twitter....

Boleh baca maklumat lanjut dan testimoni kat sini : 
Boleh juga dapatkan panduan asas PERCUMA untuk mendapatkan duit poket tanpa modal korang dengan klik button 'klik sini' di bawah:





oke lah.. sampai sini dulu share story.... nanti sambung lagi.... Assalam...

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Share:

3 Kata-kata Dari Teman:

_FARAH HANIM_ berkata...

knp still xley nk tgok ebook tu kakak..

J-Mei berkata...

Tahniah, menang dalam SHYS :)
saya pun ada join 8Share tapi sampai sekarang belum cukup duit untuk cash out lagi :(

Sofinah Lamudin berkata...

Farah hanim : dah boleh kan sekarang ? selamat buat duit poket di cuti sekolah. hehe...

J-Mei : Terima kasih ucapannya. Salam kenal... nnt sy blogwalking ke blog awk pula k. Usaha lagi, nnt boleh cashout duit 8share.