26 Februari 2018 yang lepas merupakan hari lahir Mr.Bee saya yang tercinta. YyeaaahhH....boleh makan kek! Wahahaha...Kalau bab hari lahir, memang dalam kepala saya banyak bayangan kek sejak pertama kali merasa kek sedapp di suatu hari pada tahun 2012. Sejak tu tiba tiba minat makan kek! Ajaib betul... Semasa masih kecil dan remaja, tak minat pun makan kek ni. Bila tiba hari lahir Mr.Bee, perkara pertama nak belanja Mr.Bee kek! Tahun ni, bertambah lagi setahun usia Mr.Bee, suami saya yang tercinta. Jodoh yang Tuhan anugerahkan buat saya. Tehee... Alhamdulillah, Mr.Bee tahun ni dah masuk 3 series.
26 Februari 2018, jatuh pada hari Isnin. Hari lahir Mr.Bee disambut kat Labuan je. Sambutan tu, bukan laa sambutan parti atau majlis atau seumpamanya. Biasa kitorang dating je berdua. Wahaha... Berdua lebih baik bak kata Acha Septriasa. Vvaaah! Kami pilih warna tema merah kali ni.
Disebabkan awal tahun ni semput sikit. Banyak urusan tak boleh elak. Tak boleh pergi Kota Kinabalu untuk dating on birthday Mr.Bee ni walaupun dah plan dari tahun lepas lagi. Betul laa kita hanya mampu merancang, yang menentukannya tu bukan kita.. Walaupun hal kecil sekalipun. Apatah lagi hal besar.. Kek pun tak dapat Secret Recipe punya. Bila laa WP.Labuan nak ada Secret Recipe ni. ToEengg! Starbuck ada kek juga,.. tapi.. kitorang macam tak ok dengan kek Starbuck. Pernah cuba satu kali. Masih win Secret Recipe. Ke kitorang salah pilih perisa kek? Tehee. Jadi, saya ajak Mr.Bee pergi Restoren Chef Talk. Kat sana ada kek dan boleh makan western food sekali. Malangnya, Chef Talk tutup sebab buka pada hari Ahad. Diorang ganti cuti on Isnin. Alaaaaaa....
Uhrmm.. so, tukar plan ke tempat lain. Actually, ada je restoren yang jual kek buka hari Isnin seperti Restoren Olive dan Labuan Point Hotel. Cuma, Restoren Olive dah pergi merasa kek kat sana sempena anniversary bulan disember lepas. Nak try yang lain pula. Labuan Point Hotel pula jauh dari lokasi kami masa tu. Malas pula nak masuk kereta semula. Kereta dah elok parking tu.
Last last makan dulu kat Hotel Pulau Labuan Coffee House. Cari kek kemudian sebab kat Hotel Pulau Labuan Coffee House tak ada jual kek. Lepas makan, kitorang pun jalan jalan sebelum hunting kek. Kitorang, kalau jalan jalan tak boleh tak ambil gambar terutamanya saya! Tehee. Bukan sebab saya blogger tapi memang saya jenis suka ambil gambar sejak dulu lagi. Sejak belum aktif jadi blogger. Sejak zaman sekolah lagi. Hhaaah...gitu laa...Ni belum ada DSLR lagi. Kalau ada? Tak duduk rumah agaknya. Hhuhu...
Kalau on birthday macam sekarang, lagi laa wajib ambil gambar sebab nak simpan buat kenangan. Nanti boleh laa throwback. Wehehe.. Lepas penat jalan sana, jalan sini, lepak sana, lepak sini... baru laa kitorang cari kek. Akhirnya beli kek kat Delihan. Tempat kitorang suka pergi zaman sebelum bertunang dan semasa bertunang.
Pertama kali beli kek kat Delihan. Selalu beli roti je. Disebabkan ni birthday Mr.Bee, saya bagi Mr.Bee pilih kek apa je yang dia nak. Dia pilih Tiramisu Cheese Cake. Rasa kek nya boleh tahan. Tapi tetap tak boleh lawan Secret Recipe laa.. Ada satu tempat kat WP.Labuan ni pernah menjadi tempat kegemaran saya dan Mr.Bee untuk beli kek ulang tahun atau kek untuk meraikan apa apa sahaja. Tapi sejak Kek Ulang tahun Mr.Bee tahun lepas tak memuaskan, saya dan Mr.Bee dah tak nak pergi dah. Sedapp tu boleh tahan. Tapi mahal dan design tak seperti yang direquest! Dari beli mahal mahal tapi tak puas hati, kita beli yang tak mahal tapi sedap dan puas hati... lagii berbaloi dan mood birthday tak terganggu. Betul tak? Tehee.
Kisah kek tu, saya ada tulis kat entry birthday Mr.Bee tahun lepas - "Selamat Ulang Tahun Untuk Encik Suami Tercinta". Memang kesal sangat pasal kek tahun lepas. Wahaha.
Kitorang lepak makan kek birthday kat Oldtown memandangkan tak jumpa tempat yang sesuai bawa kek tu. Wahaha... Mula mula nak menikmati kek depan pantai tapi tempat yang kitorang nak pergi tu ada budak motor lepak laa pula. Terpaksa tukar tempat. Bila dah tak ada idea, lepak Oldtown je laa walapun hari biasa lepak Oldtown juga. Wahaha.. Kelakar.
Kalau sambut birthday kat WP.Labuan agak terhad sikit. Tak banyak aktiviti boleh buat dan tak ada banyak tempat nak pergi (Ayat ni ulang ulang saya cakap, rasanya dalam entri sebelum sebelum ni pun ada). Bukan tak suka tanah tumpah darahku ni. Cuma itu satu hakikat.. Wehehehe... Tapi tetap bersyukur laa sebab WP.Labuan ni bukanlaa tempat yang mundur. Tapi ada juga kemajuan dan perkembangan yang baik... Jadi, sambutan hari lahir kitorang ulang ulang tempat yang sama je kecuali kitorang pergi Kota Kinabalu. Kalau nak buat sambutan macam majlis atau parti tu bukan kitorang punyai type. Paling paling pun ajak mak ayah keluar makan kat luar atau makan makan sesama kitorang je.
Zaman saya kecil pun, kali pertama dan terakhir buat majlis sambutan hari lahir masa darjah 2. Lepas tu, saya dah tak nak dah. Serik sebab ramai orang kerumun. Begitu juga Mr.Bee. Tehehe... Tak biasa buat sambutan ulang tahun jenis parti..Kalau BBQ satu keluarga tu ada laa..
Semasa kitorang sedang seronok borak dan layan kek kat Oldtown tu, terserempak dengan member lama. Saya ajak laa duduk sekali. Makan kek. Sebab kek tu banyak. Memang tak akan habis. Confirm akan bawa balik rumah juga akhirnya. Member lama tu, kenalan saya semasa kerja kat Lapangan Terbang Labuan tahun 2012. Peramah orangnya. Baik berkawan.
Lepas dari Oldtown, rasa macam awal sangat balik rumah. Kan birthday Mr.Bee kan. Kita layan laa sampai malam. Wahaha... Singgah lagi ke KFC. Memang hilang mood diet.. Alaa.. tak best la diet masa sambut birthday ni. Wahahaha... Jadi, makan laa puas puas.
Hadiah Mr.Bee saya tangguh dulu. Saya tak habis fikir lagi nak beli hadiah apa... Nak kasi meriah perut dia dulu. Tehee. Yang penting Mr.Bee happy.. Habis makan kat KFC, lepak main Mobile Legends kat Dataran Labuan. Tiba tiba HUUJJAAAANNNN. Alaaaa... lebat pula tu. Ada food truck kat kawasan tu pun jadi cancel nak singgah. OK. Hujan kan...blurr dah tak tahu nak pergi mana pula lepas tu. Jadi, kitorang balik rumah.
Bila balik rumah, sambung main Mobile legends. Saya teman Mr.Bee layan Mobile Legends sampai pagi sempena birthday dia ni. VvaawaahhHHHH!
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .
10 Kata-kata Dari Teman:
Thanks sweetheart for the entry.. :)
selamat hari lahir kepada yang terlibat
hehehe
Hepy bday. Semoga panjang umut & murah rezeki..
wow! sweet 30. muda lagi tu. hihi... (kita dah tua.. sob.sob)Happy birthday
hehehhe... celebration with love
You're welcome my dear!
Hehe.. Terima kasih untuk ucapan hari lahirnya..
Terima kasih...
Terima kasih kak DP untuk ucapan hari lahir tu. hehehe... Tak ada la tua kak DP. Hahaha..
hehehe.. ye ye...
Catat Ulasan