SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Khamis, 26 April 2018

Stress Tengok The Avengers : Infinity War

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Selesai menonton The Avengers : Infinity War buat bertambah stress pula. Ceritanya bermula macam ni, awal pagi 25 April 2018, Khamis, jadual tayangan Infinity War kat Labuan ada dua. Pertama, jam 4:30PM dan yang kedua, jam 9:45PM. Jadi, saya dan Mr.Bee ambil keputusan untuk beli tiket jam 4:30PM tu. Jadi, semangat keluar rumah awal awal demi mendapatkan tiket tersebut. Kat sini, beli online tak ada. Tak boleh booking booking.

Stress Tengok The Avengers : Infinity War



Pilih jam 4:30PM sebab biasanya petang aman dan tenteram sikit tengok movie kalau kat Labuan ni berbanding waktu malam. Sebab, waktu malam ramai jenis penonton yang buat saya rasa tak selesa dalam panggung. Jenis jenis manusia macam ni memang boleh keluar waktu malam sebab dah balik kerja atau mungkin memang mereka jenis suka lepak malam.

Jenis jenis yang saya maksudkan ni adalah jenis yang "bau rokok", "bau alkohol" , "bau vape" , bising dalam panggung , dan layan handphone yang tak silent. Pokoknya, budak nakal dan manusia yang tak faham adab dalam panggung wayang. Layan movie macam kat rumah. Hhaaah! Gitu... stress kalau terkena macam ni. Mungkin sebab kawasan panggung wayang Labuan ni berhampiran dengan kelab malam dan restoren jual alkohol.

Kalau dalam Labuan ada beberapa pilihan panggung wayang, saya dan Mr.Bee tak suka sangat pergi kat panggung wayang ni. Wahaha.. Apa boleh buat hanya ada satu sahaja buat masa ni.

Sebab tu, saya dan Mr.Bee semangat nak beli tiket siang. Jam 4:30PM. Apabila sampai ke lokasi, tak terkejut dan tak hairan juga bila nampak ramai manusia berbaris kat kaunter tiket. Biasa la kan kalau ramai ni. Tambah tambah movie Marvel. Cuma tu laa... kaunter 1 je. Waahhahaha.. OK, tu part boleh sabar lagi. Tak boleh nak buat apa sangat. Kat Labuan ni, kaunter satu tapi kira bersyukur la ada cinema dari tak ada langsung.



Tapi, part yang mendatangkan stress ni adalah apabila tayangan jam 4:30PM dibatalkan secara tiba tiba dan hanya ada satu tayangan sahaja. Malam. Huwaarrgghhh! OK! Tak apa.. demi Infinity War, kitorang sanggupkan walaupun stress. Stress melonjak lagi bila masa berbaris tu, Ya Allah panasnya lah. Uhrrmmm... taknak ke buat ruang ada penghawa dingin sikit? Tak selesa langsung. Tapi tak apa laa kan, tak baik pula nak merungut. Saya diam je. Orang kata, manakan dapat sagunya kalau tak dipecahkan ruyung. Tehee...Orang Labuan kata, "Nda majal, nda luih".

Kemudian, lepas beli tiket nak pergi makan sebab lapar tahap cipan dah rasanya.Kelaparan tu hasil menunggu kaunter tiket buka, menunggu giliran beli tiket dan kepanasan sambil menunggu. Kipas ada tu ada tapi tak rasa banyak. Sikit je sejuknya. Terkejut tak saya cerita kaunter tiket buka jam 1? Wahahaha. Menurut mereka, pagi tak ada orang nak layan movie kat Labuan. Yang tu no komen la. Sebab penggemar movie dalam Labuan ni wujud je sebenarnya. Cinema je yang tak bagi peluang penggemar movie ni merasa selesa dan hebat seperti Growball, GSC MBO, etc.

Sejauh mana tak ada sambutannya panggung wayang berkualiti dalam Labuan ni tak sure la sejauh mana kebenarannya. Tak mungkin saya dan Mr.Bee je yang suka layan movie kat panggung wayang. Kenapa saya kata tak mungkin? Sebab, ramai giler member pergi Kota Kinabalu demi wayang. Tu semua sebab selesa, ada feel, syok, sound effect mantap, skrin besar, tempat duduk empuk dan sebagainya.

Zaman dulu, ada je pun kat Labuan ni panggung wayang besar. Hahahaha. Sekarang? Uhrmmm... tu je yang mampu. Wehehehe... Kenapa jadi macam ni? Saya pun tak faham. Tiket pula mahal! Harga tiket macam kat MBO tapi panggung wayangnya, Alahai..Tak setimpal.

Dah siap beli tiket tu, sebelum pergi makan, kitorang pergi kereta kejap. Alaaaa...meluap luap rasanya hidung dan telinga keluar asap tapi simpan dalam hati je asap tu. Wahahahaa... tiba tiba pula bateri kereta kong. Tiket pula jam 10:45PM. Adui.. balik naik grab ke macam mana? Nak minta tolong adik ipar, kerja. Ayah? Sian pula nak minta tolong turun ke bandar. Uhrmm..

Stress Tengok The Avengers : Infinity War


Akhirnya, Mr.Bee malas dah fikir banyak sebab kereta tak boleh hidup langsung.Kitorang kenyangkan perut dulu. Hilangkan haus dan rehat dulu. Panas terik sangat. Siap je makan...kitorang pun pergi ATM, lepas tu pergi kedai jual bateri kereta, beli bateri termurah, Wahaha... Pergi kereta balik, then, tukar bateri lama kepada yang baru. Selesai masalah.

So, kami pun boleh menyambung misi sepanjang hari tanpa risaukan kereta rosak..

Stress Pasal Infinity War

Stress pasal Infinity War ni pun ada. Banyak. Bukan calang calang sikit. Bersambung dari siang punya stress terbawa bawa ke malam masa tengok movie.



Paling saya stress tahap gaban adalah hero semua berpecah belah. Ada yang kat sana, ada yang kat sini. Majoriti buat hal masing masing gara gara Civil War tahun 2016. Mana perginya semangat kesukanan? ehh? Tehee.. Entahlaa.. apa yang sesuai? Semangai keheroan ke?

Lepas tu paling stress bila tengok perangai si Peter Quill! Tak ada otak.. serius la dia.. Tak pakai otak sungguh. Menyampah kat dia buat masa ni. Nanti tak tahu la macam mana.. Nak sambung nyampah ke tak kat dia.

Then, part lain yang saya stress adalah berkenaan si Wanda. Laa... kuat gila la dia. Lagi kuat dari Vision. Karut laa.. semua ni karut..

Banyak lagi yang buat stress tau movie ni. Rasa macam bodoh bodoh je semua hero. Terutamanya Iron Man. Dalam masa sedang stress dengan Gamora, Thanos, Nebula, Peter Quill, Loki dan ramai lagi, tiba tiba penonton sebelah tempat duduk saya ni kan bising tau. Ingin ni tengok movie kat rumah ke? Huwargghh!

Kalau bukan sebab dompet 'koyak' atau 'bocor' bulan ni, tengok kat Kota Kinabalu dah Infinity War ni.

Perasan selepas tengok movie ni, adalah emosi tak berapa nak sampai sangat sebab faktor sekeliling. Sebab tu adegan sedih tak rasa sedih sangat. Jadi, on the way balik rumah tu saya bagitahu kat Mr.Bee, nak tengok sekali lagi movie ni. Cameo dan Easter Egg langsung tak nampak sepanjang layan movie. Hhuhu..

Tapi...

Mr.Bee kata, RM28 boleh guna untuk benda lebih bagus dari beli tiket wayang kat Labuan ni. Alaaaa..... tak leh tengok lagi la tu kan..

Stress stress... sebab tu semalam tengok movie sambil makan coklat. Stress weyh. Ihiks. OK, review penuh malah 100% tentang movie ni saya sambung ke entri lain. OK..tunggu... kat sini nak lepaskan geram dan stress je. Uhrmm...

Stress Tengok The Avengers : Infinity War


Terima kasih membaca. Jumpa kat entri sebelah. Tehee.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @blogsofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

6 Kata-kata Dari Teman:

Bella Jamal berkata...

RM28? Mahal gilak. Sini pun dah mahal tp br RM20. Sabrlahhh

Mrs Pip berkata...

kak pip baca entry ni , boleh rasa stress tahap gaban ...adoi.

Sue Izza berkata...

dugaan ye nak tengok wayang heheheh sib baik tak minat cite gini heheheheh

Sofinah Lamudin berkata...

Hehehehe... mahal tak apa kak kalau pawagam dia tip top. kekekeke.

Sofinah Lamudin berkata...

Stress kak Pip.. hahahaha... Sedang mood seronok mau layan movie ni. Adei..

Sofinah Lamudin berkata...

Hahahaha...dugaan sangat.. Tak apa laa... yang penting tengok. Nanti nak tengok lagi. Tak puas hati ni..