Isnin, 23 Julai 2018

Saya Menyesal Tak Baca Lebih Awal Buku 88 Love Life oleh Diana Rikasari

Assalammualaikum Bloggers and Readers,

Alhamdulillah... Beberapa hari ni saya berjaya melaraskan jadual harian dengan menambah aktiviti membaca dan menyusun atur buku buku yang sudah sekian lama menjadi koleksi dan perhiasan di rak buku. Wehehe... Maklumlah... Tehee... salah satu buku yang sudah lama dimiliki adalah Buku 88 Love Life volume 1 yang ditulis oleh Diana Rikasari. Jadi, kenapa agaknya saya menyesal tak baca lebih awal buku 88 Love Life oleh Diana Rikasari ni?

88 Love Life. 88 Thoughts on Love and Life by Diana Rikasari
Mengikut target awal tahun 2018, saya sepatutnya membaca 1 buku setiap 1 bulan. Maksudnya 12 buah buku untuk tahun 2018. Disebabkan saya adalah seorang yang membuat banyak perkara, aktiviti membaca terpaksa saya tolak ketepi dahulu. Sekarang, bulan 7... rasanya masih belum terlambat untuk saya teruskan misi ini. Hiks. Berapa pun kuantiti yang sempat dibaca pada tahun ni, saya tolak tepi dulu. Yang penting adalah kualiti pembacaan dan tindakan saya untuk memulakan pembacaan saya.
Disebabkan saya tak berapa arif dengan membaca buku Bahasa Inggeris tetapi ada kemahuan, jadi saya memulakan pembacaan saya dengan 88 Love Life - 88 Thoughts on Love and Life oleh Diana Rikasari yang saya beli pada bulan Julai 2015.

Fakta 88 Love Life

Kulit Buku : Ceria dan ekslusif dengan gabungan warna pink dan emas.

Jenis buku/Genre/Kategori : Motivasi, Inspirasi, Self-Help, Bukan Fiksyen, dan berilustrasi.

Penyampaian : Kreatif, ceria, dan ringkas.

Bahasa : English.

Muka Surat : 88 muka surat tidak termasuk pendahuluan dan tentang penulis.

Status Buku : #1 mega-bestselling book trilogy dalam dua buah negara (Indonesia & Malaysia).

Penerbitan : Pertama kali diterbitkan di Indonesia pada Oktober 2014. Dipasarkan ke Malaysia pada Disember 2014.

Tentang Penulis : Diana Rikasari adalah seorang blogger fesyen dan gaya hidup dari Indonesia. Blog beliau adalah dianarikasari.blogspot.com . Instagram beliau adalah @dianarikasari . Beliau seorang isteri juga seorang ibu.

Beliau merupakan penulis buku 88 Love Life yang menerima anugerah Buku terbaik tahun 2015 dan 2016. Beliau juga seorang usahawan dalam bidang yang beliau minati iaitu fesyen.

Trologi buku : Buku ini sudah dikeluarkan sehingga volume ke tiga pada tahun 2017.

Saya Menyesal Tak Baca Lebih Awal Buku 88 Love Life oleh Diana Rikasari

Dah kenapa menyesal pula ni? Tehee... Sebelum ni saya tak ada mood sangat nak baca buku ni sebab bahasa Inggeris. Saya ni lembab sikit kalau English. Sejak dah aktif belajar English ni, saya mencabar diri sendiri untuk membaca buku genre kegemaran dalam Bahasa Inggeris. Sebelum ni, saya tak pernah berjaya pun habis membaca buku yang ditulis dalam English. Belek belek sikit lepas tu tinggalkan. Wahaha...

Buku Diana ni, adalah buku pertama dalam Bahasa Inggeris yang saya berjaya habiskan dari kulit ke kulit... Sila ucap tahniah untuk saya. Wahahaha... Buku ni sangat bagus untuk sesiapa sahaja yang perlukan inspirasi atau motivasi tentang kehidupan dan juga tentang diri sendiri. Sebab tu la merasa menyesal tak baca lebih awal sejak buku ni dibeli. Saya beli buku ni secara online 3 tahun lepas.

Lagipun, pada mulanya saya memandang rendah pada buku ni sebab saya fikir buku ni adalah himpunan quotes semata mata. Alaa... Quotes yang banyak dalam internet tu kan. Wahaha.. Rupanya, saya silap! Jauh panggang dari api. Betul lah orang kata, jangan menghakimi sesebuah buku tu dari kulit buku. Eehh? sesuai ke ayat ni? Tehee...

Pendapat Saya Mengenai Buku Ini

Buku ni sebenarnya sama level macam buku hebat yang lain seperti "The Secret" atau "Dare To Fail"walaupun ringkas. Buku ni mempunyai spirit luar biasa yang boleh membangunkan seseorang dari tidur atau memberikan percikan api dalam semangat kita agar kita meneruskan usaha dalam mencapai impian serta mahu untuk meneroka lebih banyak perkara baru dalam hidup! Hhaaah! Begitulah...

88 Love Life. 88 Thoughts on Love and Life by Diana Rikasari

Walaupun buku ni ringkas, ada quotes yang mendalam dan tidak pernah kita jumpa di dalam internet. Kata kata dalam buku ni, betul betul ikhlas dari hati si penulis.

Diana juga banyak kongsikan pengalaman hidup dia dalam buku ni. Pengalaman yang banyak memberikan kita pengajaran.

Saya membaca buku ni tak sampai 1 hari pun. Hanya perlukan beberapa jam sahaja. Siapa yang jenis membaca cepat dan jenis tak berhenti, rasanya buku ni boleh dihabiskan tak sampai pun 1 jam. Buku ni sangat bagus untuk dibaca berulang kali biarlah khatam banyak mana pun sebab bagus untuk mengekalkan momentum dalaman kita.

Buku ni juga bersifat ceria. Sama macam penulisnya... Tehee... Sesuai untuk dijadikan hadiah untuk rakan korang atau orang tersayang juga. Biar mereka ceria sama macam kita selepas baca buku ni. OK! saya tak boleh nak cerita banyak sangat tentang buku ni. Korang kena beli dan baca sendiri. Masa beli jangan beli 1 je, beli lebih untuk insan tersayang. OK...

Saya pun nak tambah koleksi juga untuk volume 2 dan 3.

Berapa Bintang Untuk Buku Ni?

saya beri 10/10.

Mesej untuk Diana Rikasari : Thanks for your lovely book and your beautiful thoughts on love and life. Semoga kita boleh berjumpa dan hadiahkan saya 1 autograf dan foto selfie berdua. Hiks.

With Love,
#Sofinah696 ๐Ÿ’•
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @sofinahlamudin2.0, @blogsofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher , @sopheevlog .


Share:

2 ulasan:

  1. cute la cover buku tu ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Kak Pip... cute bukunya sama macam penulisnya juga. hhehehe.

      Padam

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.
[Penafian] Pihak www.sofinahlamudin.com tidak akan bertanggungjawab dengan komen komen yang negatif. Setiap komen yang negatif adalah atas tanggungjawab pengomen itu sendiri.