SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Khamis, 26 Julai 2018

Saya Terkejut Kisah Oki Setiana Dewi Tidak Bertudung

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Hhaaah! ni sambungan dari entri, "Saat saya kenal Oki Setiana Dewi".  OK! Saya sambung cerita. Kat rancangan TV tu, sambil melipat tudung, seorang pengacara menemu ramah Oki. Kisah kejayaan, bagaimana boleh bermula, apakah cabarannya dan sebagainya.

Kusyuk saya mendengar Oki bercerita. Dia ni sweet sangat. Sejak tengok dia berlakon kat "Ketika Cinta Bertasbih" tu, saya memang dah mula suka sangat dengan dia. Dia memang ikon wanita islamik terbaik. Kisah dia pun, memang boleh dicontohi.

Comelnyaaa...
Sumber Gambar : Google

Kisah Oki Setiana Dewi tidak bertudung hinggalah bertudung dan kerjaya serta impiannya

Menurut Oki Setiana Dewi, semasa kecil ibu bapanya membimbing dia dengan adik adiknya begitu tegas dan penuh disiplin. Oki ni anak sulung dari 3 orang bersaudara. Semua perempuan. Uhrmm.. confirm cantik belaka adik adik dia kann.. kakak dia pun dah cantik sangat.



Sejak kecil lagi, Oki memang suka sangat dunia seni seperti menari, melukis, menulis, menyanyi, berlakon dan seumpama dengannya. Apa yang Oki capai pada hari ini merupakan impiannya sejak kecil. Nak dapat anugerah, terkenal dan dikenali. Oki bercerita, masa kecil dia suka bermain depan cermin dan berlakon mendapat anugerah dan terkenal. Wehehe... Comel lah.

Bila dah bersekolah, Oki dan adik adik tidak sama seperti remaja lain. Kalau remaja lain, balik sekolah akan berkumpul dengan kawan kawan, tidak untuk Oki dan adik adiknya. Balik sekolah perlu balik ke rumah dan buat apa yang berfaedah. Belajar dan sebagainya.

Atas keizinan Allah, Oki menjadi seorang pelajar yang cemerlang di sekolah dan menjadi seorang yang berjaya dalam kampung halaman. Oleh kerana bakatnya yang menyerlah ketika itu, ayahnya memberi izin Oki menceburi bidang seni dan masuk kelas kelas yang berkaitan.



Ketika di kampung, Oki dikenali dan menjadi emcee untuk majlis majlis keramaian dan sebagainya. Pada suatu hari, Oki meminta izin kepada ibu dan ayahnya untuk ke Jakarta bagi meluaskan lagi pengalamannya dalam bidang seni. Ibu dan ayahnya mengizinkan Oki ke Jakarta dengan dihantar oleh ibunya. Ibu Oki menemankan Oki di Jakarta hanya 3 minggu sahaja. Kemudian, Oki bersedirian di Jakarta.

Oki Setiana Dewi berusaha mencari pekerjaan yang diidamkannya berbulan bulan lamanya di Jakarta. Tetapi nampaknya Allah menduga Oki dengan pelbagai ujian. Bukan mudah untuk hidup di kota raya yang besar meskipun ketika di kampung Oki adalah seorang yang berjaya. Bak kata Oki, "Di kampung saya somebody, di Jakarta, saya nobody. Di kampung saya adalah hero, di Jakarta saya adalah zero".

Keluarga Oki bukanlah orang yang berada. Hanyalah sebuah keluarga yang sederhana. Kehidupan Oki di Jakarta begitu sempit. Sehingga ada masanya terpaksa membahagikan 1 bungkus nasi kepada 3 bahagian untuk di makan pada waktu yang berbeza. Pagi, petang dan malam. Bukan mudah nak berjaya. Betul tak?

Oki balik ke rumah sehingga 5 pagi semata mata mencari pekerjaan yang diinginkan ketika di Jakarta. Kesempitan wang juga dialami dengan perit ketika itu. Walaupun begitu, Oki seorang yang kuat dan tabah. Apabila ibu atau ayahnya menelefon dan bertanya khabarnya, Oki tetap menjawab dengan perkataan yang baik baik. Walaupun hakikatnya Oki tidak lah senang di Jakarta.

Oki juga tidak mahu menyusahkan ayahnya dan segan untuk meminta wang dari ibu bapanya bagi menyara dia di Jakarta. Berbulan bulan di Jakarta, beratus sudah audition yang Oki hadiri tetapi tetap penolakan demi penolakan yang Oki terima.

Ujian demi ujian Allah berikan pada Oki sehinggalah Oki menerima 1 ujian yang lebih berat. Oki menerima berita daripada ayahnya bahawa ibunya sakit. Sakit ibunya bukanlah sakit biasa biasa di mana ia adalah sejenis penyakit yang bukan boleh disembuhkan atau dihilangkan dari kita tetapi ia sejenis penyakit yang kekal selamanya.



Hal inilah dugaan besar yang Oki terima ketika itu. Disebabkan penyakit ibunya adalah penyakit yang hanya boleh dirawat di kota raya (Jakarta), maka ibunya terpaksa tinggal bersama Oki di Jakarta dan Oki lah yang menjaga ibunya di Jakarta. Ayah Oki terpaksa tinggal di kampung untuk menjaga adik adik Oki maka tinggallah Oki dengan ibunya di Jakarta tanpa ayahnya dan adik adiknya.

Oki banyak menangis dan berdoa kepada Allah untuk kekal kuat menempuhi segala dugaan dan Oki sangat berharap agar dia menjadi anak yang berhasil dan berjaya.

Selama Oki menjaga ibunya di Jakarta, banyak lagi dugaan yang Oki hadapi. Antaranya adalah kekangan kewangan bagi merawat ibunya di hospital. Pernah juga tidak diterima hospital kerana tidak sanggup mengambil ibu Oki sebagai pesakit disebabkan jenis penyakit ibunya. Namun, Oki tetap tidak berputus asa.

Hinggalah pada suatu hari, terdapat hospital yang menerima ibunya dirawat di hospital tersebut tetapi terpaksa dimasukkan ke bilik bersama pesakit pesakit yang lain. Oleh hal yang demikian, pesakit pesakit lain yang ada di dalam bilik itu hari demi hari berkurangan lantaran meminta pihak hospital menukarkan katil mereka ke tempat yang tiada ibu Oki.

Bayangkan sampai begitu sekali penolakan orang sekeliling terhadap ibu Oki kerana kondisi penyakitnya. Sudah pastilah Oki begitu sedih dengan keadaan sedemikian. Namun, Oki tidak mampu untuk melakukan apa apa ketika itu melainkan berusaha semampunya mencari wang dan berdoa agar mendapat rezeki yang melimpah ruah untuk ibunya dan keluarganya.

Oki juga tidak dapat untuk mendapatkan bilik khas buat ibunya di hospital kerana kos yang banyak. Maka, Oki dan ibunya terpaksa bertahan dan menghadapi dugaan ini dengan sabar.

Pada suatu hari, Oki bertanya kepada ibunya satu soalan lantaran melihat ibunya yang kurang meminta tolong kepada Oki. Contohnya, ketika solat subuh, ibunya tetap melakukkan pergerakkan sendiri tanpa mahu dibantu oleh Oki. Soalan Oki adalah, "Ibu mahu Oki lakukan apa untuk Ibu? Bantuan atau apa sahaja yang ibu inginkan?" .

Lalu, ibunya berkata, "Tiada apa yang ibu mahu melainkan Oki menjadi anak yang solehah dan berhijab". Sejak hari itu, Oki pun berazam untuk berubah. Oki pun berhijab. Setelah Oki berhijab, Oki melanjutkan kehidupan seperti biasa dan berjuang dalam meningkatkan kewangan. Apatah lagi, Oki memang sangat memerlukan wang yang banyak untuk merawat ibunya.

Tanpa disangka, Oki menerima satu panggilan yang dinantikan olehnya sejak sekian lama. Panggilan tersebut adalah panggilan di mana Oki mendapat tawaran untuk berlakon di sebuah filem hebat Indonesia dengan bayaran yang sangat tinggi. Oki sangat tergamam dengan panggilan tersebut. Oki menangis tetapi bukan kerana gembira mendapat tawaran itu.



Tetapi, Oki merasa begitu tersepit. Oki sememangnya perlukan wang. Apatah lagi keadaan ibunya yang sakit pada ketika itu tetapi, Oki wajib menolak tawaran itu kerana Oki diminta berlakon tanpa berhijab. Kerana niat berubah kerana Allah, Oki menolak tawaran itu walaupun Oki perlukan wang.

Walaupun sedih dengan keadaan itu, Oki yakin dengan Allah. Oki yakin Allah akan memberikan dia dan keluarga yang yang lebih baik. Tawaran itu hanyalah sebahagian ujian untuk Oki untuk melihat sejauh mana kualiti dan kemahuan Oki untuk berubah kerana Allah dan janjinya kepada ibunya untuk menjadi anak yang yang solehah.

Ok meneruskan hidupnya seperti biasa lagi. Oki juga mula membaca buku buku novel yang menarik seperti Ketika Cinta Bertasbih yang ditulis oleh penus bernama Habiburrahman El Shirazy. Oki sangat suka dengan penulisan Habiburrahman El Shirazy.

Keajaiban biasanya datang kepada mereka yang bersabar dan terus berusaha menjadi yang terbaik kerana Allah. Tanpa diduga, Oki mendapat tawaran yang lebih baik iaitu tawaran berlakon di movie Ketika Cinta Bertasbi. Seperti yang kita tahu, movie tersebut adalah movie yang sangat islamik dan sangat sesuai untuk Oki yang bertudung labuh.

Alhamdulillah... Sejak dari hari itu, rezeki Oki dalam bidang yang diidam idamkanya semakin mencurah curah. Kini, Oki bukan sahaja menjadi pelakon tetapi berdakwah untuk kebaikan umat Islam.

Maka tercapailah impian Oki sejak kecil dalam bidang yang disukainya. Oki terkenal dengan imej Islam yang baik. Begitulah kisah Oki dan bagaimana perjalanan dan perjuangan Oki untuk sampai ke tahap kejayaan yang hari ini.


Pengajaran dari kisah Oki Setiana Dewi

Melalui kisah Oki yang Oki sendiri ceritakan dalam rancangan TV tersebut sebenarnya sangat banyak point. Tapi, saya tuliskan beberapa sahaja di sini mengikut sinopsis yang saya tulis di atas.



  1. Untuk berjaya dan mencapai impian, tidak pernah ada jalan singkat.
  2. Untuk berubah, bukan sekadar ada kemahuan dan pengetahuan tetapi perlukan tindakan dan pengorbanan.
  3. Bersabar itu pahit tetapi hasilnya manis.
  4. Teruskan menjadi baik dan percaya akan balasan kebaikan itu ada.
  5. Berkhidmat untuk ibu bapa semampunya kita hingga akhir hayat. 
  6. Jangan jemu berusaha dan teruskan saja walaupun berulangkali kita gagal.
Banyak lagi tapi cukup 6 saya senaraikan. Saya yakin korang tahu pengajaran yang ada meskipun saya tak senaraikan. Tehee...

Semoga kisah Oki Setiana Dewi menjadi inspirasi buat kita untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Nota kita bersama :

Perubahan itu mempunyai tiga fasa. Fasa pertama, kita tahu apa yang harus dilakukan jika ingin berubah. Fasa kedua, kita perlu bertindak dan bertahan dengan apa jua ujian ketika ingin berubah. Fasa ketiga, dimana ini adalah fasa paling penting; ketagih dengan hasil perubahan yang kita inginkan dan akhirnya sebati menjadi diri kita. Ketika fasa ini, ia bukan lagi sesuatu yang sukar tetapi ia sudah menjadi sebahagian dari kebiasaan kita. Di situlah kita yang baru. Bukan yang lama...Ibarat lagu, AKU YANG DULU BUKAN YANG SEKARANG oleh Tegar. 


Terima kasih membaca entri ni. Semoga bermanfaat. Lepas ni saya nak menonton Ketika Cinta Bertasbih sekali lagi... VvaawaahhHHHH!


With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @sofinahlamudin2.0, @blogsofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher, @sillywonk .


Share:

4 Kata-kata Dari Teman:

Mrs Pip berkata...

wah.... tersentuh baca cerita Oki ni...

Sofinah Lamudin berkata...

Kan kak pip..

Sue Izza berkata...

suka juga mengikuti dia ni,contoh muslimah..

Sofinah Lamudin berkata...

Betul kak sue.. Oki Setiana Dewi ni memang icon muslimah yang baik...