Ahad, 26 Januari 2020

Memperkenalkan READING SECTION Untuk Bloggers Dan Readers

Memperkenalkan READING SECTION Untuk Bloggers Dan Readers

Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,

Akhirnya, dah tiba masanya saya memperkenalkan READING SECTION kepada semua rakan bloggers dan pembaca blog saya.

Senarai Blogger Dalam Malaysia
https://readingsections.blogspot.com/

Pada tahun 2017, saya telah membuat group Facebook yang diberikan nama "Reading Section" untuk tujuan penulis blog mengongsikan blog diorang di group tersebut agar saya tidak perlu ke group blog yang lain untuk saya blog walking. Jika saya ingin blog walking, saya akan buka group FB Reading Section untuk saya singgah ke blog rakan blogger yang sudi mengongsikan artikel terbaru diorang di group tersebut.

Logo Reading Section


Saya aktif dengan group tersebut dan dapat membantu saya aktif blog walking juga selama setahun selepas saya created group FB ni. Tapi, tahun 2019 saya "terkandas" pula. Hhahaha... That's mean saya memang tak ada buat blog walking langsung tahun 2019 tu (Kalau ada pun mungkin dua tiga buah blog sahaja).

Tapi, walaupun saya "terkandas" sampai terjelepok, saya cuba bangkit walaupun payah. Nak buat blog walking ala ala membaca buku berjam jam memang saya payah laa tahun 2019.. Tapi, sempat lah saya bina blog khas untuk READING SECTION ni sedikit demi sedikit. Walaupun templates blog ni percuma dari internet, bukan saya yang design 100% tapi, nak baca HTML dan tukar warna tu memenatkan juga laa bagi saya. So, saya hanya mampu buat sikit sikit laa...

Akhirnya, siap juga di hujung tahun 2019. Rupa bentuknya 100% yang saya inginkan setelah saya tukar sana sini dari rupa template yang asal. Tapi, kalau nak design yang lebih gempak tu tak dapat laa. Tehee...

Senarai Blogger Dalam Malaysia

Sebenarnya, saya bina blog READING SECTION ni akibat ter-inspirasi-kan oleh sebuah blog yang hanya mengenai blog orang lain sahaja di dalamnya. Tapi, saya dah terlupa apa nama domain blog tu. Siapa tuan empunya blog tu pun saya tak tahu. Sebab dia lebih suka jadi unknown. Dalam blog tu, dia hanya letakkan bloglist. Tak ada posting. Katanya, tu adalah laman khas untuk memudahkan dia blog walking ke blog blog yang dia sudah masukkan ke dalam bloglist.

Menurut saya, idea dia sama dengan saya cuma platform dan cara sahaja yang berbeza. Saya membuat group FB untuk saya blog walking. Tetapi dia membuat blog khas untuk bloglist untuk dia blog walking.

Bila saya fikirkan semula, ada baiknya saya buat macam tu juga. Sebabnya, blog walking melalui FB, saya bakal hilang fokus. Malah ia pernah terjadi berkali kali.Waahahaha... Saya ni mempunyai 196887515498795214687 perkara distraction dalam kepala. Tak boleh blog walking dari FB, sebab FB ada notification, FB ada home, FB ada banyaaaakkkk posting yang pelbagai. Macam mana kalau tiba tiba, kat FB saya nampak hal hal yang tidak sepatutnya? Contoh, kucing mati dikerat. Korang tahu tak? Saya bakal memikirkan hal tu sampai seminggu lamanya dan blog walking, blogging, reading dan semua kerja saya terbantut sepanjang situasi itu berlangsung. Hhuhuhu!

Since blog tidak mempunyai banyak function seperti FB, maka...saya memilih untuk create blog khas READING SECTION. Untuk memulakan bloglist, memanglah, saya kena cari dari FB juga walaupun ada cara lain nak cari blog orang tapi jangan risau, selepas selesai mendapatkan list blog, saya tidak akan membuka FB sepanjang masa blog walking. Jadi saya boleh fokus. Selesai membuat bloglist dalam blog Reading Section, saya hanya tinggal ke blog khas tersebut untuk proses blog walking.

Senarai Blogger Dalam Malaysia

Senarai Blogger Dalam Malaysia

Tapi laman Reading Section saya ada posting artikel. Bukan setakat ada bloglist. Tapi, artikel ringkas sahaja la. Artikel ulasan mengenai blog orang lain yang saya rasa bermanfaat untuk orang lain pula.

Selain dari group FB, saya ada juga menyediakan Channel Telegram Reading Section. Bloggers dan Readers dijemput untuk menyertai channel tersebut bagi yang nak mendapatkan update terbaru (artikel terbaru) daripada bloggers yang automatik update di channel tersebut. Tujuan channel group telegram ini adalah untuk memudahkan korang yang suka membaca blog / blog walking melalui smartphone.

Mengapa penulis blog perlu Blog walking ke blog penulis blog lain?

Membaca

Sebagai penulis blog, kita bukan sahaja perlu menulis tetapi kita perlu membaca.

Blog walking ni sama konsep macam membaca buku digital. Bezanya apa yang dibaca adalah artikel bukan buku yang halamannya beratus.

Bagi saya, setiap blog ada keistimewaannya. Setiap blog ada pengajaran, ada ilmu, ada informasi dan sebagainya. Sama macam buku. Tinggal kita yang memilih blog jenis apa yang kita nak baca. Tidak semua orang ada banyak masa membaca buku yang tebal, jadi, blog adalah salah satu sumber bahan bacaan yang baik dan ringkas untuk zaman sekarang mendapatkan info,tips, ilmu, cerita dan pengajaran. Mengapa sesuai untuk zaman sekarang? Sekarang zaman gadjet. Hampir 100% manusia menggunakan smartphone. Alhamdulillah belum ada lagi kucing yang menggunakan smartphone. Ehh? Tehee.

Jadi, sudah semakin mudah untuk kita membuat blog walking sekarang. Dah tak perlu ke Cyber Cafe. Tak perlu buka komputer untuk mendapatkan bahan bacaan.

Blog walking sama seperti kita membaca bahan bacaan yang lain (News paper, buku fizikal dan risalah). Membaca kan amalan mulia. Tehee. Semoga blog yang kita baca bermanfaat untuk kita semua.

Idea dan Pengetahuan

Setiap blogger, lain caranya. Lain juga pemikiran dan pendapatnya. Ada yang kreatif, ada yang tajam pengetahuannya, ada yang logik kata katanya. Ada yang menjadi refleksi kepada diri kita yang membaca. Ada ceria ada yang serius. Ada yang santai, ada yang baku.

Semestinya wujud blogger yang pakar dalam bidang tertentu dan diorang olahkan dalam bentuk penulisan setiap kepakaran diorang. Dan kita sebagai pembaca blog diorang, kita mula mengetahui sesuatu.

Melalui pembacaan kita dari blog orang lain, kita dapat melihat ragam, pengalaman dan cara orang lain. Kita belajar dari diorang dan akhirnya kita mendapat idea atau ilham daripada diorang.

Menyokong

Sebagai penulis blog, saya mengerti perasaan blogger yang sedang mendapatkan pembaca. Ya betul, segelintir diorang menulis kerana mahukan pendapatan. Itu lah yang mengukur kita blog walking kerana ikhlas atau inginkan balasan.

Ini cara yang mudah untuk kita belajar dan berlatih menjadi seorang manusia yang mahu membuat kebaikan. Selain daripada membaca adalah bermanfaat kepada kita, kita juga sudah membuat si penulis blog itu gembira kerana kita mengunjungi blog diorang. Kita sebagai pembaca blog, mendapat manfaat daripada penulisan diorang dan secara tidak langsung kita telah membuatkan diorang gembira kerana menerima pengunjung/pembaca -- Itu maksudnya sudah berlaku proses give and take secara tidak kita sedari.

Sebagai blogger, gembirakan lah blogger lain. Bacalah tulisannya, fahami apa yang cuba disampaikan olehnya. Punca blogger yang meninggalkan blog adalah kerana diorang merasa tiada sesiapa suka akan tulisannya dengan memberikan alasan tidak ada masa blogging. Bagaimana jika ada yang memberikan mereka semangat dan menyokong untuk diorang menulis? Diorang pasti akan terus blogging.

Hal ini kelihatan remeh kan? Tetapi itulah hakikatnya. Hal yang remeh inilah juga yang membuatkan orang lain boleh tersenyum. Tinggalkanlah komen, diorang pasti sangat gembira. Tiada komen? juga tetap membuat diorang gembira kerana 1 viewer besar nilainya bagi diorang.

Jangan difikirkan diorang menulis bakal mendapat pendapatan hasil daripada kunjungan kita. Tahukah korang, itu sama seperti kita sedang memberi? memberi tidak semestinya kita menghulurkan wang ringgit kepadanya secara direct. Tetapi, dengan cara mengunjungi blog diorang, diorang akan memperolehi pendapatan dari kunjungan kita. Walaupun nilainya sedikit masih memberi namanya. Biarlah kerana kunjungan kita ke blog diorang, diorang happy. Biarlah kita ke blog diorang, diorang mendapat viewer dan income. Sebab, kita belum tentu mampu membantu diorang dengan cara yang lain. Kalau rasa kisah diorang, tulisan diorang bermanfaat, sebarkan. Kongsikan di laman sosial kita. Itulah tujuannya kita membaca dan mengetahui info dan ilmu baru. Untuk kita kongsikan. Bukan untuk kita sendirian mengetahuinya. Hambar.

Silaturrahim

Sebagai blogger, adalah lumrah mencari rakan, teman, kawan yang sama minat -- iaitu blogger. Kenapa? Sebab kita mahu bersembang hal dan topik yang sama.

Kita sebagai blogger, kita sebenarnya beruntung kerana kita boleh bergaul secara online dan offline. Walaupun sejujurnya saya sendiri tidak pernah bergaul dengan blogger lain secara offline (bersemuka) kecuali di zaman blogger masih menjadikan Blogspot sebagai platform menulis diary. Sekarang masih juga ada blogger yang menggunakan blogspot sebagai diary dan journal harian. Tapi dah semakin berkurangan. Actually, saya suka baca type blog yang macam ni. Ia lebih deep untuk kita berkawan. Lebih memahami si penulis.

Zaman sekarang, blogger sudah berevolusi menjadi sebahagian dari platform advertising, influencing dan marketing. Walaupun tidak semua berfungsi seperti itu tapi itu lah yang berlaku sedikit sebanyak dalam dunia blogging. Zaman dulu bukan lah tak ada, cuma bilangannya sedikit. Sekarang kebanyakkannya bukan lagi diary.

Walaupun begitu, saya tetap suka kedua dua nya. Saya suka semua niche blog yang mereka usahakan. Tanpa variasi dan ragam, maka tiada lah pengetahuan dan pembelajaran. Dan tiadalah perbezaan personaliti dan character di antara penulis blog. Tanpa perbezaan personaliti, dunia blogging pasti akan jadi membosankan.

Mengapa laman Reading Section bukan sahaja untuk blogger tetapi juga untuk reader?

Nama pun reader (pembaca). Pembaca biasanya suka membaca. Jadi, saya dedikasikan laman Reading Section ni untuk pembaca juga. In Shaa Allah ada yang bermanfaat di blog yang saya senaraikan dalam laman ni.

Mungkin genre yang pembaca blog suka. Penulis blog mungkin tidaklah sama seperti penulis buku di mana mereka telah menerbitkan buku. Tetapi, saya percaya, penulis blog juga ada mesej, pelajaran, ilmu dan kisah bermanfaat (berdasarkan pembacaan diorang juga).

Dan ramai dalam kalangan blogger suka membuat review buku yang mereka pernah baca di dalam blog peribadi mereka.

Jadi, laman Reading Section a.k.a RS ni bakal saya mula isikan artikel ringkasnya pada bulan Februari 2020. Bulan Januari saya sibuk membaca buku dan mencari blog yang bakal saya tulis di laman RS. 10 blog akan saya tuliskan di dalam laman RS pada bulan Februari 2020 nanti.

Jika korang sedang membaca artikel ni, mohon kongsikan ke laman sosial korang. Dan ajak rakan korang untuk memberikan saya URL/Link blog masing masing ke ruangan komen artikel ini sebab saya bakal menjadikan blog diorang salah satu blog yang tersenarai di dalam laman RS...Saya tak main main ni. VvaawaahhHHHH!

Terima kasih kerana membaca sampai bawah ni. Tehee.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @sofinaartwork, @mudahkayadotcom.


Share:

11 ulasan:

  1. betul apa yang diperkatakan oleh sis, perkongsian yang bermanfaat dan membuka mata. Amar suka, Amar suka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Amar... terima kasih juga sebab sidu singgah ke blog sis.

      Padam
  2. Terima kasih atas perkongsian. Sangat lengkap dengan info sehingga ke bawah 😁
    Reading list kak cuma ada kat dalm bloglist ja la. Bagus juga inisiatif blogger yg buat blog tu kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bloglist pun bagus juga kak... hehehe... cuma saya nak kurangkan link dalam blog saya. Disamping nak pilih blog mengikut kategori..

      Padam
  3. WAH!!! idea yang sangat bernas ni. saya baru je follow telegram reading section. semoga ia bermanfaat untuk semua. ayuh support sesama blogger! ^_^

    good job sofi!

    BalasPadam
  4. WAH!!! idea yang sangat bernas ni. saya baru je follow telegram reading section. semoga ia bermanfaat untuk semua. ayuh support sesama blogger! ^_^

    good job sofi!

    BalasPadam
  5. wah great idea utk blogwalking. tapi saya punya link blog dah kena block dgn fb dah malas nak buka fb sekarang ni :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you Tiara... Agaknya FB ingat link blog Tiara tu spam tak?

      Padam
  6. betul apa awak cakap... kita kena selalu sokong antara satu sama lain sambil memberi pengetahuan ilmu kepada pembaca kita.. terima kasih atas peringatan dan saya harap kita juga akan berkawan di masa depan. insyallah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Zaza memang dah jadi kawan saya pun sekarang ni Kak Zaza... bukan begitu? hehehe. In Shaa Allah semua bloggers akan berikan penulisan yang bermanfaat untuk pembaca.

      Padam

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.
[Penafian] Pihak www.sofinahlamudin.com tidak akan bertanggungjawab dengan komen komen yang negatif. Setiap komen yang negatif adalah atas tanggungjawab pengomen itu sendiri.