SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Sabtu, 11 Januari 2020

Apa Yang Saya Perhatikan? oleh Syed Faiz | Selepas Saya Membaca Buku Ini, Saya Tertanya tanya. Adakah.....

Apa Yang Saya Perhatikan? oleh Syed Faiz | Selepas Saya Membaca Buku Ini, Saya Tertanya tanya. Adakah.....

Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,

Sebelum tahun baru 2020 membuka tirai, pada 23 Disember 2019, saya membawa buku bersaiz kecil di dalam beg kecil saya semasa keluar rumah. Tajuk buku tersebut adalah Apa yang saya perhatikan? yang ditulis oleh seorang ahli perniagaan dan bekas jurutera Tenaga Nasional Berhad, Syed Faiz. Saya membawa buku tersebut kerana ingin membacanya apabila saya dan Mr.Bee lepak di Lapangan Terbang,Labuan. Kami memang rajin ke sana untuk singgah membeli Boba (Golden Fish) atau nak makan di restoren yang ada di sana. Kadang kadang sengaja ke sana untuk santai membaca buku, melukis atau bermain mobile game.


Buku ni saya dah beli lama dulu. Tapi saya tak ingat sangat bila saya beli sebab saya lupa nak catat tarikh pada buku tersebut. Cetakan buku ni adalah pada tahun 2013. Jadi saya menjangkakan saya membeli buku tersebut sekitar tahun 2016 sebab masa tu saya agak aktif membeli buku di Popular Center Point, Kota Kinabalu, Sabah (Tahun 2018 Popular, Center Point, KK dah ditutup). Buku yang ada pada saya ni, dah mula menunjukkan tanda tanda menguning dek sudah lama sangat duduk di rak buku.
Apa Yang Saya Perhatikan? oleh Syed Faiz | Selepas Saya Membaca Buku Ini, Saya Tertanya tanya. Adakah.....

Disebabkan saya nekad nak habiskan membaca buku buku yang belum disentuh di rak buku, saya pun memilih buku ni pada hari tersebut. Tak sangka saya dapat habiskan membacanya hanya 24 jam! Vvaaah! Tapi....bukan sebab saya hebat dan membacanya dengan pantas. Cepat habis sebab rupanya buku ni tak panjang mana walaupun bermuka surat 202 muka surat dan mempunyai 53 bab. Wahaha... OK, mari kita straight to the point, review jujur dari saya mengenai buku ni dan mana lah tahu ada yang tertanya tanya buku Syed Faiz ni bagus ke tak? Buku ni memotivasikan ke tidak? Siapa Syed Faiz ni. Hhaaah! Gituu...


Buku Ni Mengenai Apa?

OK! Kalau korang pernah membaca buku Billi Lim, yang versi nipis tu, korang akan automatik faham cara buku ni dipersembahkan. Buku Billi Lim tu saya baca semasa saya di tingkatan 2. Dalam buku tu cuma tulisan yang ringkas, ia dalam bentuk kata kata semangat, nasihat, kata kata yang membuka minta kita. Tapi, buku tu betul betul mengubah persepsi saya mengenai kejayaan. Apa yang perlu kita buat kalau nak berjaya? So, buku Syed Faiz ni lebih kurang macam tu. Dia bukan buku yang terperinci seperti buku motivasi yang lain seperti Eat That Frog oleh Brian Tracy. Saya tak pasti buku nipis Billi Lim tu masih dijual lagi atau tidak sebabnya, sekarang ni, saya lebih banyak melihat buku Billi Lim yang tebal (Muka surat sampai 406) dijual diinternet.

Selain tu, kalau nak lebih jelas, korang boleh cuba Google atau mungkin pernah membaca buku 88 Love Life oleh Diana Rikasari dari Indonesia yang berwarna pink tu. Buku ni popular gila dalam kalangan budak perempuan. Wahaha...So, buku Apa Yang Saya Perhatikan? ni konsep dia, ringkas sama macam buku 88 Love Life tu. Kandungannya merupakan fikiran dan pemerhatian penulis yang dipersembahkan dalam bentuk perkataan agar boleh dikongsikan dengan pembaca.

Buku ni pada asalnya hanyalah buku digital dan pada tahun 2013, Syed Faiz telah membuat keputusan untuk mengongsikan lagi penulisannya ni dalam bentuk buku fizikal. Maka, saya lah salah seorang yang membelinya.

Melalui buku ni, penulis menyampaikan bagaimana cara orang kaya dan berjaya berfikir. Penulis juga cuba berkongsi mengenai bagaimanakah fikiran orang kaya sehingga boleh bertahan menjadi orang kaya. Malah, mereka bertambah kaya? Korang pernah kan terfikir kenapa orang kaya kebanyakkannya maintain jadi kaya? Apa yang orang kaya buat hingga pendapatan mereka pasif dan sebagainya?

Jadi, 53 rahsia mengenai otak orang kaya adalah seperti dalam isi kandungan buku ni. Isi kandungan dalam buku:

0. Kayakah Saya? Kita?
1. Fokus Impian Anda.
2. Kecil tetapi Besar.
3. Bercakap Belakang Tanda Berjaya.
4. Sampai Bila Nak Orang Sahkan?
5. Pelik Tetapi Benar.
6. Tertekan? Tak Mengapa Memang Perlu Pun.
7. Bateri Dah 'Kong'? Cas Di Kampung.
8. 'Fast Action?' Jom Kita Tengok!
9. Kejayaan Bergoncang!
10. Signal Tanda Laju?
11. Patutlah Masa Tak Cukup!
12. Saya 'Stuck' Apa Perlu Buat?
13. Tak Perlu Sorok, Mesti Nampak!
14. Susah Payah Sekejap Saja!
15. Tanda Minda Mati Sebelum Ajal!
16. Kanak-Kanak Sangat 'Expert' - 'Learn From Them'.
17. Anda Serabut? Kemaskan Otak Sekarang.
18.  Nak Duit? Cari Masalah!
19. Tiru! Boleh Ke?
20. Hidup 'Crashed', Pegang Stereng Kuat-kuat.
21. Stop! And Start Thinking.
22. Mereka Sangat Menyesal! Kita?
23. Move And You Will Survive.
24. Mereka Tak Sempat Fikir 'Just Do It!'
25. Marah...Ada Apa Dengan Marah?
26. Tanda-Tanda Hidup Bosan
27. Jangan Mengharap, Berdoalah.
28. Suap Tak Nak Makan.
29. Jadi Diri Sendiri.
30. Sibuk Sangat Ke?
31. Nak Daki Gunung? Jangan Bawa...
32. Menangislah...Jujur Pada Diri Sendiri.
33. Selalu Marah-marah?
34. Rendah Bukan Sebarang Rendah.
35. Beri...Beri...Beri...
36. Komunikasi Yang Dilupakan.
37. Ini Perkara Biasa.
38. Kenapa Dan Mengapa.
39. Lepak Atau Bersantai.
40. Idea Kena Curi.
41. Colour Your Life!
42. Gelagat Manusia
43. Mereka Tidak Selesa.
44. Cipta Tong Anda Hari Ini.
45. Saya Ketagih...Anda?
46. Stop Comparing Each Other.
47. Change Environment.
48. Tergesa-gesa Nak Berjaya.
49. Kalkulator Kehidupan.
50. Hukum Biji Benih.
51. Bukan Hadiah Ulang Tahun.
52. Why...What...
53. Labur 20% Untung 80%.

Senarai isi kandung di atas merupakan "53 RAHSIA Orang Kaya" bak kata penulis di muka hadapan buku tersebut. Jadi, ada tak tajuk tajuk di atas yang membuatkan korang tertarik dan nak tahu apa yang ditulis oleh penulis dalam buku ni? Sesetengah orang kata buku ni memang hebat!

Jadi, Apa Yang Membuatkan Buku Ni Hebat?

Tajuknya Yang Unik

Tajuknya. Ya...tajuknya yang membuatkan saya tertarik dengan buku ni lalu saya membelinya tanpa berfikir panjang. Bukan perkataan 'orang kaya' tu tetapi perkataan HATI yang ditonjolkan pada tajuk buku ni. Tajuk buku ni unik dengan menulisnya dalam huruf besar dan ditebalkan pada perkataan HATI dalam PERHATIAN : Apa yang saya perHATIkan?


Apa Yang Saya Perhatikan? oleh Syed Faiz | Selepas Saya Membaca Buku Ini, Saya Tertanya tanya. Adakah.....

Testimonial

Buku ni juga mempunyai senarai testimonial pembaca pembacanya dengan tajuk, "Apa Kata Mereka Tentang Buku Ini...". Di mana testimonial tersebut diberi oleh sebanyak 17 pembaca.

Pengajaran Atau Moral Dari Kandungan Buku

53 rahsia tersebut memberikan 53 nasihat dan kata kata motivasi yang bermanfaat kepada mereka yang berfikir melalui apa yang penulis cuba sampaikan. Antara tajuk dan pengajaran kegemaran saya dalam buku ni adalah seperti berikut:

1. Dalam topik yang bertajuk "Kecil Tetapi Besar" membawa maksud bahawa kita perlu, wajib dan mesti nekad untuk berjaya sama seperti semut. Walaupun semut adalah makhluk ciptaan Allah yang sangat kecil tetapi kalau kita pelajari cara mereka mencari rezeki, bekerja, teamwork dan sebagainya, sudah pasti kita rasa kita ni pemalas! Kan? Jadi, kalau nak berjaya, kita tak boleh nak sekadar perasaan nak sahaja (kemahuan) tapi tak ada daya tindakan atau proses atau nekad tu. Kalau mahu tapi tak nekad macam semut maka, boleh jadi, usaha kita sekadar separuh jalan disebabkan kita tidak nekad untuk merempuh segala halangan mahupun cabaran. Jadi, contohi lah semut, penulis kata, semut tu kecil tapi besar. Besar apa? Otaknya, fikirannya, tindakannya, usahanya. Jadi sebagai manusia yang memang dah berganda ganda besar dari semut ni, kenalah lebih berani menerima cabaran bak kata peribahasa melayu "kecil kecil cili api" (Maksud : Meskipun kecil tetapi berani).

2. Pengajaran kedua yang saya suka dari buku ni adalah bab ke 5 yang bertajuk "Pelik Tetapi Benar" mengenai betapa lupanya orang dewasa untuk menjadi kanak kanak semula. Apa yang penulis ni tulis dalam bab ni sebenarnya saya pernah mendengarnya atau mungkin membacanya dari mana mana sumber motivasi. Saya sendiri tak ingat pula dari mana. Tapi, pengajarannya deep bagi saya. Kadang kadang ramai orang dewasa lebih banyak cenderung stress. Cenderung nak bermasam muka; lupa nak senyum, lupa ketawa dan lupa nak bersuka ria lantaran terlalu sibuk mencari rezeki, meningkatkan ekonomi keluarga dan komitmen sebagai seseorang yang wajib menjalankan tanggujawabnya. Memang wajar jika orang dewasa wajib menjalankan tanggunjawabnya sebagai seseorang; sebagai bapa, sebagai emak, pelajar, majikan atau pekerja dan sebagainya.

Tetapi, perasan atau tidak? Kita orang dewasa terlupa nak gembira. Terlupa cara nak bahagia dengan hal hal kecil depan mata. Hal hal ringkas sedia ada. Kenapa? Kerana terlalu mengejar dan memikirkan hal hal yang belum pasti / belum terjadi; risau bankrup, risau esok barang tak laku, risau nanti esok bos tak bagi bonus besar dan sebagainya. Tu lah salah satunya punca tidak happy. Cuba belajar throwback. Kita masa zaman kanak kanak kita akan happy walaupun hal kecil. Kenapa hari ni, bila dah dewasa, hujung bulan tak happy, dah kahwin still tak happy. Dah ada calon suami atau isteri masih tak cukup untuk happy "bagai gembala diberi keris" (Maksud : Orang yang mendapat sesuatu yang tidak berguna bagi dirinya) Sebab apa jadi begitu? Sebab expectation terlalu tinggi menggunung dari logik.

Tak macam kanak kanak. Dia dapat main rumah rumah, dia happy. Dapat main layang layang, dia happy. Tak perlu pun benda benda mewah nak happy. Tak perlu pun Toy'R'us kalau kanak kanak nak happy. Kecuali mak bapa dia ajar wajib Toy'R'us lah. Hhahaha. OK! Kidding. Selain tu, perasan ke tak? kanak kanak, kalau dia kata nak melukis rumah, dia akan lukis rumah tanpa fikir panjang, lukisan tu buruk ke tak bagi pandangan orang lain. Yang penting dia buat dan dia happy. Dia tak fikir pun apa orang kata. Dia jadi je apa dia nak jadi. Kita? Nak buat sesuatu banyak fikir. Takut orang kata ini kata itu. Kenapa?

3. "Tertekan? Tak Mengapa Memang Perlu Pun" bab 6 dari buku ni juga cukup memberikan pengajaran kepada kita. Misalnya kita ingin berjaya atau saya berikan contoh, kita ada azam baru di tahun baru ingin mempunyai sebuah rumah pada tahun tersebut. Mendapatkan sebuah rumah di atas tanah sendiri merupakan 1 kemahuan yang perlukan usaha yang besar. Ia bukan seperti kita menyewa hotel.

Pertama sekali, sudah pastilah perlukan wang. Kena lah membanting tulang mendapatkan wang. Mungkin terpaksa berhutang atau terpaksa mengeluarkan duit simpanan di mana ia usaha bertahun tahun. Membeli tanah, belum tentu hari ni mahu, esok sudah kita miliki. Urusan pemindahan nama pemilik tanah sudah cukup memberi tekanan. Belum lagi berurusan dengan hal hal berkaitan membina rumah, membeli bahan, mengupah orang dan termasuklah menguruskan bekalan elektrik dan air. Tertekan? Sudah pasti tetapi, hasilnya lumayan. Tanpa tekanan tak mungkin ada rumahnya.

Contoh lain, seorang pelajar sekolah menengah. Ingin mendapat straight A pada peperiksaan besar, tanpa tekanan belajar tidak mungkin A berderet. Betul? lelaki yang mempunyai otot 6 pax di perut tanpa mengangkat tekanan dari jumlah KG dumbbel yang ditambah setiap minggu dan bulan serta latihan yang konsisten, mustahil wujud 6 roti bun kat perut dia. Wahahaha. Jika inginkan sesuatu kejayaan yang besar, mustahil untuk kita mencapainya dengan cara "belum duduk sudah berlunjur" (Maksud : Menganggap sudah memperoleh sesuatu perkara yang belum pasti dapat dimiliki atau dikuasai ataubergirang dahulu sebelum maksud tercapai).

4. "Orang berjaya, mereka tidak sibuk. Mereka sangat produktif dengan kerja mereka." - Muka surat 113 (Bab 30 - Sibuk Sangat Ke?). Ini merupakan petikan yang saya suka sebab pada pendapat saya, sangat ramai yang kelihatan sibuk tetapi sebenarnya tidak. Saya berikan contoh, sibuk benarkah kita di tempat kerja? Jika kita sangat sibuk di tempat kerja, mengapakah kita membawa kerja kita ke rumah dan menyambungnya di rumah? dan...mengapa pula kita bawa lagi ke pejabat lalu menyambung lagi saki bakinya di pejabat? Okay, ayat ni mungkin tidak sesuai bagi sesetengah profession. Saya maksudkan di sini adalah mereka yang bekerja sebagai kerani atau seumpama dengannya. Fikirkan kembali, adakah kita sibuk menggunakan masa kita di pejabat 100% dengan melakukan kerja kita atau sekadar buat buat sibuk? Adakah kita bersembang lebat di pejabat di waktu bekerja? Saya pernah membaca satu fakta mengenai ini di buku I Change.

Adakah kita benar benar menggunakan sebaik mungkin masa kita di pejabat untuk kerja kita? Selain itu juga, saya pernah membaca tentang di mana kita wajib fokus dengan cara yang betul semasa bekerja dari buku Focal Point yang ditulis oleh Brian Tracy. Waktu bekerja, maka kita bekerja. Jangan sedikit pun selitkan waktu bekerja untuk bersembang hal hal yang tiada kaitan dengan kerja kerana kita akan berhutang masa. Berhutang masa di sini bermaksud, kita akan terpaksa membawa kerja ke rumah sedangkan di rumah, masa kita adalah hak keluarga kita (spent time dengan anak, sembang dengan suami atau isteri) dan diri kita sendiri untuk berehat. Masa di luar pejabat bukan hak majikan melainkan pekerjaan jenis "Standby" dan gaji kita adalah sebahagian dari itu.

Jika misalnya ingin bersembang dengan rakan sekerja, bersembanglah di kedai kopi atau di waktu cuti. Biar penat bekerja di tempat kerja. Bukan bersenang lenang di kedai kopi selepas tamat bersungguh sungguh bekerja. Bak kata pepatah, "berakit rakit ke hulu, berenang renang ke tepian; bersakit sakit dahulu, bersenang senang senang kemudian (Maksud : Bersusah payah dahulu kemudian baru bersenang senang). Malah, sebagai muslim, Allah menjanjikan kita ganjaran setelah susah payah (berusaha).

Saiz Buku Dan Keringkasan Penulisan

Saiz buku ini adalah saiz A6 di mana ia kecil dan mudah dibawa di dalam beg yang kecil. Kalau waktu tersebut tidak menggunakan beg yang bersaiz besar, masih boleh membaca buku ini dan membacanya di mana mana.

Lagipun, gaya penulisan buku ini sangat ringkas dan santai. Tidak terlalu menggunakan gaya bahasa yang terlalu mendalam. Sangat sesuai untuk dibaca dalam keadaan yang bukan suasana perpustakaan. OK! Kalau saya, buku ringkas macam ni saya masih boleh baca di tempat yang bising. Kalau buku yang agak ilmiah dengan perkataan perkataan yang begitu canggih, saya perlukan tempat yang senyap untuk memahami dan menghadam apa yang saya baca.

Disebabkan buku ni menggunakan bahasa yang simple, jadi golongan yang sukar membaca dengan ayat ayat yang complicated sangat sesuai untuk membaca buku ni.

Maka, Apakah Pendapat Peribadi Saya Mengenai Buku ni?

Pada pendapat saya, buku ni ada pro dan kontra. Kembali kepada tajuknya tadi yang sengaja di tulis secara unik; perHATIkan. Perasan tak perkataan HATI yang ditonjolkan ni ada makna? Dia membawa maksud perhatikan bukan sekadar memerhatikan tetapi memerhatikan dengan menggunakan mata hati. Menganalisis dan menilai sesuatu kejadian atau situasi tersebut.

Semasa saya berada di kedai buku tu, saya menghampiri buku ni hanya sebab saya terhidu isi tersirat disebalik tajuk ni. Ia membuatkan perasaan nak tahu membuak buak, pemerhatian menggunakan hati yang macam mana isi kandungannya. Saya pun membelinya. Selepas saya membaca buku ni, saya tertanya tanya. Adakah selama ni saya memerhatikan situasi dan orang lain dengna hati?

Setelah saya habis membaca buku ni, dari kulit depan hinggalah ke kulit belakang buku ni, saya ada beberapa pendapat. Pendapat pertama, testimonial buku ni lebih kepada tujuan marketing sebab setiap nama yang memberi testimonial tertera nama perniagaan mereka apa di sebelah nama pemberi testimonial. Buku ni sebahagian daripada advertising ke arah perniagaan penulis kerana di buku ni juga terdapat iklan perniagaan beliau secara halus. Lagipun beliau telah meletakkan nama mentor beliau, iaitu Dr.Azizan Osman. Saya yakin kebanyakkan rakyat Malaysia tahu perniagaan dan marketing adalah perkataan sinonim dengan Dr. Azizan Osman.

Walau bagaimanapun, saya tidak mengatakan buku ini tidak boleh dibaca kerana ada tujuan marketing. Tidak, bukan begitu saya maksudkan. Marketing itu adalah normal. Dalam realiti kehidupan, kita dikeliling oleh hal hal seperti ini secara sedar mahupun di bawah sedar. Hampir semua buku ada iklan. Betul tak? Itu cara penulis meningkatkan sales. Lagipun, Syed Faiz sekarang berlatar belakang sebagai seorang businessman. Maka, ia normal.

Seorang penulis yang berlatar belakang perniagaan adalah wajar menulis berkaitan dengan perniagaan secara psikologi mahupun teknikal. Kan?

Dari segi stail penulisan, buku ni lebih cenderung seperti FIXI bukan Alaf 21 sebab ada teknik atau format menulis yang bebas. Tak terlalu terikat dengan mana mana format. Sama macam gaya bahasa Faiz Ibrahim. Ringkas dan mudah difahami.

Cuma, disebabkan buku ni adalah buku motivasi yang mempunyai mesej yang baik, saya agak sedikit kecewa dengan penyampaian yang terlalu ringkas. Pada asasnya, kita memang tahu mesej penulis. Memang sampai kepada pembaca. Cuma saya rasa kurang puas dengan huraian. Sebab buku self-help biasanya diulas lebih terperinci. Kenapa mengapa dan sebagainya. Tapi apapun, buku ni still okay sebab mesej dan pengajaran serta nasihat tu deep. Tak ada satu pun dalam 53 bab tu yang saya tak setuju atau tak suka.

Dari segi gaya bahasa, saya ada sedikit janggal membacanya sebab kadang kadang penulis cuba untuk menulis seperti puisi cuma ada sedikit kekok. Tapi, seperti yang saya ada katakan di atas tadi, keringkasan yang tidak terlalu puitis dan berkias membuatkan lebih difahami isi tersiratnya oleh pembaca.

Satu lagi yang sama macam stail Faiz Ibrahim juga, Syed Faiz suka menggunakan gaya bahasa pinjaman iaitu bahasa Inggeris. Secara keseluruhannya, saya rasa buku ni okay. In the middle. Not to bad, not too good. Sesuai untuk bacaan ringan.

Kualiti kertas juga sangat bagus. Ketebalannya mungkin 100gsm. Sebab tu buku nampak tebal walaupun 1 bab tak sampai pun 300 patah perkataan. Tulisan di setiap muka surat bersaiz besar dan pendek pendek. Macam format puisi, pantun dan syair. Jadi buku ni boleh lah dijadikan buku yang kerap diulang baca. Tak makan masa tapi masih memotivasikan.

Dan yang terakhir, saya membaca di belakang buku ni mengatakan bahawa buku ni "Menghimpunkan 53 kisah pendek yang sangat menarik...", sebenarnya buku ni bukan kisah pendek. Biasa peminat cerpen akan jumpa ayat, "Himpunan Cerpen" atau "Himpunan Cerita Pendek" atau pun "Kumpulan Kisah Pendek". Betul tak? Mungkin ada sedikit error atau disengajakan, tapi bagi saya buku ni bukan cerita pendek tapi lebih kepada kata kata, thoughts, quotes, dan nasihat motivasi.

Berapa Bintang Saya Beri Untuk Buku Ni?

3 bintang dari 5 bintang.

Buku ni bagi saya just okay. Tak great juga tapi tak juga bad . Tak dapat nak bagi lebih dari 3 bintang sebab ada beberapa bahagian dalam buku ni, ayat dia bagi saya hambar. Mesej bagus cuma pemilihan ayat atau perkataan dan kadang kadang jumpa susunan ayat yang tak sesuai. Malah, di bab satu, tajuk mengenai fokus impian tetapi tiba tiba cerita hukum alam dan menentang hidup. Mungkin penulis nak sampaikan fokus impian dengan berfikir secara melawan arus sehingga law of attraction tu ke arah kejayaan mencapai impian?

So, kepada yang sudah membaca buku ni, boleh kongsikan pendapat di ruang komen. Suka atau tidak. Mengapa suka, mengapa tidak. Beri berapa bintang dan bahagian mana paling disuka?

Kalau nak dapatkan buku ni, mungkin masih ada dijual di mana mana secara online. Boleh cuba buka laman web menjual buku yang terkenal dalam Malaysia.

Jangan lupa kongsikan review buku Apa Yang Saya Perhatikan? oleh Syed Faiz ni sosial media korang (laman facebook, instagram dan lain lain) kerana akan membantu rakan rakan korang yang mungkin memerlukan buku motivasi yang seperti ini.

Terima kasih sebab membaca and supporting me, Sugarpeeps!

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @sopheestudio, @sopheericher.


Share:

2 Kata-kata Dari Teman:

iam.umifuzy berkata...

menarik juga untuk dibaca ni Sofi...nanti boleh la cari

Sofinah Lamudin berkata...

Ringkas buku ni kak... senang nak baca. Tajuk "Apa yang saya perhatikan?" tu yang buat saya nak beli. hehehe.