Wanita Yang Melawan Penindasan Dengan Kalimah Kebenaran dan Keimanan
Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,Hari ini kita cuba renungkan sedikit (hanya sedikit) dari kisah isteri Firaun pada zaman nabi musa, iaitu Asiyah binti Mazaahim.
Cebisan kisah dari kisah keseluruhan Asiyah R.A ini terdapat satu teladan yang berguna untuk semua orang mukmin dan mukminah contohi / boleh dijadikan ikutan.
Sesungguhnya Allah telah memuji Asiyah R.A. Allah S.W.T berfirman:
At-Tahriim 66:11 |
Asiyah mendedahkan tentang keimanannya kepada Allah, menolak Firaun sebagai Tuhan, dan berkata bahawa dia tidak kisah apa akan terjadi kepada dirinya kelak. Terkejut dengan pendedahan tersebut, Firaun mengarahkan tenteranya untuk menyeksa Asiyah di padang pasir, membiarkan dia kelaparan, dan menanggalkan pakaiannya.
Beliau diseksa dengan teruk, namun keimanannya langsung tidak goyah. Firaun mengarahkan tenteranya untuk mencari sebuah batu besar. Sekiranya Asiyah berkeras dengan perndiriannya yang enggan mengaku Firaun sebagai Tuhan, maka batu tersebut akan dilontar kepadanya sehingga dia meninggal dunia. Jika tidak, nyawanya di dunia ini akan terselamat. Pengakhiran kisah Asiyah, dia meninggal dunia masih dengan pendiriannya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.
Sedangkan Asiyah adalah seorang Ratu di samping Firaun pun beriman kepada Tuhan Yang Maha Esa sehingga sanggup mengorbankan nyawanya sendiri, maka kita sebagai orang biasa harus turut beriman dengan teguh kepada Allah. Asiyah pernah hidup dengan kemewahan yang tidak dapat kita bayangkan, namun dia tahu bahawa kekayaan dunia tidak kekal berbanding pengakhiran di akhirat kelak.
Sumber : islamhashtag.com , whyislam.org, aboutislam.net, iluminasi.com
Pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah ini bagi pendapat saya. *Mohon tegur jika terdapatnya kesilapan dalam pendapat saya ini, di ruang komen artikel ini.
Dunia Hanyalah Sementara, Akhirat Satu Satunya Yang Kekal dan Abadi
Janganlah merungut dengan segala kekurangan dan ujian kita di dunia serta tidak tercapainya cita cita yang kita idamkan di dunia ini. Sedangkan Asiyah R.A yang hidupnya mewah, kaya raya tiada bandingannya, hidup dalam istana yang penuh dengan perhiasan dan ramai pelayan yang boleh melayan semua keperluannya tetap pendiriannya memilih tempat tinggal yang lebih kekal, lebih indah dan lebih cantik disisi Tuhan. Jangan lah bersedih dunia ini hanya sementara. Kuatlah berusaha untuk yang abadi.Tidak Ada Salahnya Kita Ada Kaitan Dengan Mereka Yang Non-Muslim Di Zaman Moden Ini
Selagi tidak mudarat atau terjejas iman, tetaplah berbaik baik dengan mereka yang bukan Islam. Islam tidak pernah mengajar kita untuk sombong, berlagak dan zalim. Namun, tetaplah kita wajib jauhkanlah diri dari mereka yang boleh membuat kita lupa dan jauh dari Allah kerana kebanyakkannya lebih suka memuja hal hal duniawi.Tetapkan Pendirian, jangan goyah!
Belajarlah tetap pendirian dengan hal hal yang benar terutamanya berkaitan dengan agama Islam.Tiada daya untuk menghindarkan dari kederhakaan dan tiada kekuatan untuk melakukan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah S.W.T.
Banyak lagi pengajaran disebalik kisah Asiyah. Hari ini kita peringatkan diri sendiri untuk satu ini dulu. Jangan terlalu bersedih kerana dunia hanya sementara. Itulah tujuannya kita di dunia. Diuji untuk mendapat ganjaran Allah (Pahala). Yang kekal dan yang abadi.
Semoga Allah S.W.T memberikan kita semua kekuatan untuk berjuang dalam keimanan.
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @sopheestudio, @sopheericher.
0 Kata-kata Dari Teman:
Catat Ulasan