SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Jumaat, 21 Februari 2020

Bentala oleh Sha Hanim Ramli | Gabungan Dunia Fantasi dan Realiti Yang Diolah Dengan Kreatif | Mesej Untuk Bangsa Melayu dan Muslim

Bentala oleh Sha Hanim Ramli | Gabungan Dunia Fantasi dan Realiti Yang Diolah Dengan Kreatif | Mesej Untuk Bangsa Melayu dan Muslim

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,

Alhamdulillah selesai juga buat ulang kaji komponen sastera Sulalatus Salatin. Ehh? Tak ada lah.. Saya gurau saja. Tehee... Buku Bentala oleh Kak Sha Hanim ni berjaya mempengaruhi dan membuatkan saya 'time travel' ke 2009. Habis semua moments waktu tingkatan 6 dulu masuk balik dalam kepala. Macam tengok movie dah. Terutamanya moments kelas sastera moden dan tradisional.

Ulasan/Review Buku Bentala oleh Sha Hanim Ramli - Malaysian Book Review



Buku Bentala ni sampai ke tangan saya pada 28 Januari 2020. Serentak dengan buku Jangan Baca Novel Ni oleh Ismi Fa Ismail.


Sebelum baca Bentala, saya sempat habiskan buku Jangan Baca Novel Ni. Tapi, saya nak buat ulasan Bentala dulu sebab buku ni betul betul membuat saya terjun kembali ke salah satu 'alam' paling favourite saya yang sudah pun berlalu. Tidak mungkin akan kembali iaitu zaman tingkatan 6.

Bermula dari muka surat 3; Al-Kisah 1 - Sulalatus Salatin, saya sudah mula terpaut dengan Bentala macam kena jampi. Baru nampak perkataan "Sulalatus Salatin" saya sudah pun kembali ke tahun 2009 sepantas kilat. Nostalgia betul lah... Huwarrgghh...

Siapakah Penulis Buku Bentala?

Nama penulis buku Bentala ialah Sha Hanim Ramli. Saya mengenali beliau sebelum saya mengetahui dia seorang penulis. Saya kenal beliau di laman Facebook pada tahun lepas (2019) sekitar bulan 5. Bulan Ramadhan masa tu. Saya add beliau di FB sebab saya nampak beliau selalu komen lukisan dari pelukis pelukis lain yang mengongsikan lukisan di laman Facebook. Beliau suka melukis juga pada waktu tu, jadi kami mula saling komen berkenaan lukisan. Lama lama, saya dapat tahu, rupanya beliau ni penulis. Vvaaah!

Then, saya deactivate FB selama 6 bulan. Bulan Januari 2020, saya buka balik FB lalu teringat pula dengan beliau. Wahhh... dah ada buku baru; BENTALA.

Beliau dikenali sebagai penulis versatile yang memasukkan elemen sejarah, mistik, misteri, thriller, sci-fi, kekeluargaan, masyarakat dan keTuhanan ke dalam karya demi membangkitkan semangat perjuangan dan pertahanan diri, agama, bangsa dan negara, Lahir sebagai anak pegawai tentera dan berjiwa patriotik, akhirnya beliau dijentik semangat untuk membawa pembaca mengadaptasikan keindahan sastera, budaya dan perjuangan bangsa. Beliau juga telah menghasilkan senarai skrip skrip drama televisyen berserta animasi dan filem. Antara karya yang mendapat tempat di pencalonan Anugerah Skrin TV3 adalah Jelatang. Malah pencalonan Anugerah Seri Angkasa iaitu Sekudus Doa Arisya dan Orbit Cinta Benjamin. Animasi berunsur sejarah juga seperti Puteri Hang Li Poh dan Semangat Tuah turut mendapat tempat di hati.

Antara karya skrip beliau adalah seperti; Jangan Disalahkan Takdir, Radio Buruk, Bejat, Di Langit Ada Cinta, Dendam Maya, Warkah Dari Alabama, Cendana, Di Tangga Usang Itu, Hijriatul Sufia, Antara Denai, Tarikh Kematian, Dosa Serupa, Mata Air Raji', Kerana Lidahnya, Golliwog, Suraya, Keimanan Cinta, Aku Lagi Kelas, Dayang Cintaku, Janji Yang Satu, Bonda, Kau Curi Cintaku, Malang Hari Kerana Hati, Dakapan Senja, Soda Selasih, Elegi Bonda, Cinta Dia, Enggang Berlabuh Di Teratak Senja, ...dan banyak lagi.

Malah kini bergelar novelis setelah menghasilkan novel Scarlett Cincin, Teori X, Dialah Bunga Berembun Bulan dan Kitab Lama. [Rujukan; Bentala, muka surat 271 - 273]

Ulasan/Review Buku Bentala oleh Sha Hanim Ramli - Malaysian Book Review
Senarai novel Sha Hanim Ramli yang lain.

Buku Ini Mengenai Apa?

Genre buku ni fiksyen. Secara tepatnya, fiksyen sejarah realism yang digabungkan dengan fiksyen sains dan fantasi. Ia bermaksud gabungan dunia realiti dan yang ghaib (dimensi lain), gabungan realiti dan khayalan.

Buku ni sederhana tebal. Muka surat sebanyak 273. Berukuran A5. Iaitu lebih kurang saiz kertas A4 yang dibahagi dua lagi. Di dalamnya terdapat 5 Al-kisah. Cerita berlainan tetapi berkaitan.

Ulasan/Review Buku Bentala oleh Sha Hanim Ramli - Malaysian Book Review

Ada terfikir tak apa agaknya maksud Bentala? Bagi yang belum tahu, Bentala adalah bumi atau tanah. Di depan buku tertulis "Ini mesej dari bumi..." Kisahnya memang mengenai tanah dan bumi...terutamanya 'bawah bumi'. Kalau dah baca, akan fahamlah apa yang dimaksudkan 'bawah bumi'. Korang tak terfikir ke bawah bumi kita ada apa? Tehee...

Kalau mengikut prolog buku ni, ada makhluk seperti burung jadi jadian; tapi bukan. Kalau tengok belakang buku, tertulis mengenai burung berkepak merah yang digelar Sang Pasada. Buku ni diakhiri dengan epilog Sang Pasada ni juga tetapi pertengahan buku ni menyimpan kisah yang bervariasi. Kena baca sendiri. Ada masa tak dapat nak dijangkaui akal. Ada masa kita akan kata, "Iya betul, ini logik walaupun tak nampak tapi mungkin ada..."

Apakah Kehebatan Buku Ini?

Buku ni ditulis oleh seorang penulis yang berpengalaman dalam bidang penulisan dan mempunyai ciri ciri penulisan yang baik. Buku ni boleh dibeli secara direct dengan penulis sendiri. Jadi, korang boleh berkomunikasi dengan beliau. Semestinya akan mendapat tanda tangan beliau. YyeahhH! I love it!

Ulasan/Review Buku Bentala oleh Sha Hanim Ramli - Malaysian Book Review

Selain tu, kita akan mendapat penanda buku yang sama dengan design muka depan buku Bentala.

Ulasan/Review Buku Bentala oleh Sha Hanim Ramli - Malaysian Book Review

Pada pendapat saya, dari segi lain kenapa buku ni hebat, sebab buku ni mengembalikan ciri ciri bahasa klasik walaupun tidak keseluruhan buku tapi membuatkan kita sedar betapa bahasa klasik sudah mula tenggelam di zaman moden. Betul kan?

Buku ni juga cuba untuk mengingatkan kembali bagaimana sebenar benarnya yang dinamakan Melayu. Maksudnya, dalam era moden ni, disamping kita membuat eksplorasi bahasa dan budaya orang lain, jangan dilupakan asal usul. Ehh? Saya tak dapat nak jelaskan sangat tapi, saya dapat mesej ni sebenarnya. Ketandusan vocab yang sesuai ni. Wehehehehe... (Duhh)

Selain tu, susunan plot dalam buku ni mirip movie Marvel. Saya sangat kagum cara penulisan macam ni, terutamanya mampu ditulis oleh rakyat Malaysia. Selalu jumpa susunan plot macam ni dari buku barat or.....mungkin....saya belum jumpa lagi buku yang lain dari penulis Malaysia yang lain.

Apa Komen/Ulasan Saya Mengenai Buku Ni?

Banyak sangat. Macam mana nak pendekkan ye? Uhrmm...

Cerita ni sebenarnya sangat luas dan bolehlah dikatakan banyak terkandungnya maze atau puzzle. Kalau nak merungkai misteri disebalik cerita ni, wajib baca dari awal dan habiskan. Jangan skip sedikitpun ayat atau muka surat. Sebabnya nanti tiba tiba, "ehh ni datang dari mana pula watak ni?"

Susunan plot cerita ni tidak mengikut kronologi. Sama macam kita baca buku Harry Potter and The Curse Child yang ditulis oleh J.K.Rowling. Siapa tak baca buku Harry Potter yang sebelumnya, confirm jadi bingung.

Cuma, kelebihan Bentala, walaupun tidak mengikut kronologi dan watak dan latarnya berubah ubah, jalan ceritanya tidak ada kaitan dengan buku penulis yang sebelumnya. Tidak pernah membaca buku yang dikeluarkan sebelum ini pun masih boleh membaca Bentala.

Tapi pada pendapat saya, lebih seronok kalau kita sudah baca buku yang lain (keluaran yang sebelum ini). Macam saya, saya belum baca buku yang lain. Buku Bentala ni adalah buku pertama yang saya miliki hasil tulisan Kak Sha Hanim. Ada beberapa watak yang ada dalam buku ni datangnya dari buku yang sebelumnya.

Bagi saya, cara Kak Sha Hanim menyusun plot agak kreatif dan misteri. Saya suka! Mirip movie Marvel; The Avengers. Setiap watak dalam movie tu ada peranan masing masing dan akan ada movie tunggal mereka sendiri. Sama macam watak yang direka oleh Kak Sha Hanim.

Sebagai contoh, novel ni meng-highlight Sang Pasada di muka depan buku. Dengan ilustrasi burung. Pada mulanya saya ingatkan ceritanya tentang burung jadian. Wahaha... Rupanya, di dalam buku ada variasi cerita tapi saling berkaitan antara satu sama lain.

Semakin misteri cerita semakin saya jadi tak keruan. Semakin ada klu pada satu bab, semakin saya digging. Buku ni punya pengaruh, sampai saya nak sangat baca buku yang lain terutamanya Dialah Bunga Berembun Bulan, Teori X, dan Cincin. Kitab Lama tu saya tak pasti ada kaitan atau tak dengan salah satu kisah dalam Bentala. Tapikan, ada buku yang sedang berbaris menunggu saya habiskan pembacaan. Terpaksa lah saya berpuasa buku Kak Sha Hanim buat masa ni. Semoga ada rezeki bulan seterusnya.

Kembali kepada Sang Pasada yang saya ada tuliskan di atas, nama sebenarnya adalah Suri. Dia seorang manusia. Tapi boleh buat perjalanan astral. Korang tahu tak perjalanan astral tu apa? Korang pernah dengar tak mengenai budak indigo?

Tapi, Suri ni tak ada kaitan laa dengan indigo atau...mungkin juga dia ni indigo tapi versi lain. Salah seorang budak indigo yang popular di Indonesia adalah Frisly Herlind. Dia ni, boleh buat perjalanan astral iaitu berjalan jalan ke lapisan dimensi lain dengan cara tidur dulu, maka roh dia akan keluar dari jasad. Malah, dia boleh melihat diri dia sendiri. Mirip macam watak Suri ni. Dia akan tidur dan keluar menjadi burung.

Bila dia jadi burung tu, dia boleh melihat tubuh dia sendiri sedang tidur. Tapi berbeza lah dengan Frisly. Suri ni, dia terbang di alam nyata. Maksudnya, kat dunia nyatalah. Manusia lain boleh nampak dia dalam bentuk burung. Kalau Frisly, bila dia buat perjalanan astral tu, manusia tak nampak dia, tapi dia nampak manusia lain. Dia berada di lapisan lain. Dan...kes Frisly ni seram sikit. Jin boleh nampak dia semasa dia keluar dari jasad dia. Fuuhhh! Seraammm weyhh... Walaupun roh dia keluar dari jasad pada waktu siang, dia hanya boleh melihat suasana tu malam. Macam malam. Bukan siang. Walaupun roh dia keluar tengahari ke jam 2 petang ke.

Persamaan watak Suri dengan Frisly adalah boleh keluar dari jasad, lepas tu jalan jalan. Tu saja la. Frisly tak ada la jadi burung pula. Wahahaha... Suri boleh merentas masa, mengembara ke tahun yang berbeza termasuklah masa depan. Kalau Frisly, saya tak pasti. Mungkin boleh kot.

Kemudian, ada satu babak bercerita tentang pokok kesayangan Suri ni, mati. Jadi Suri sedih sangat. Saya sebagai pembaca pun turut sedih. Tapi, dalam masa yang sama, saya teringat pula watak Anom dalam novel lain. Berkaitan dengan pokok juga. Tapi, pokok Anom ni seram! Pokok Jati.

Saya ada sebut mengenai buku Jangan Baca Novel Ini oleh Ismi Fa Ismail kan kat atas? Hhaaah! Watak Anom tu datang dari buku ni lah. Anom dengan pokok jati tu seperti ada sesuatu yang aneh. Anom mengandung tanpa ada hubungan dengan mana mana lelaki, adakah anak kepada pokok jati? atau penunggu pokok jati? atau...?

Bezanya, pokok Anom seram. Pokok Suri tak. Pokok korang mana satu? seram, aneh, atau sweet? hahaha...

Plot cerita dalam buku Bentala ni terkandung banyak isi tersirat. Salah satunya; sepertinya ada impian atau harapan - alangkah indahnya jika semua dalam dunia yang fana ini, termasuklah di dimensi lainnya dalam keadaan damai kerana semuanya berpegang dengan agama Islam; agama Allah dan jalan yang benar.

Walaupun buku ni fiksyen tetapi saya percaya makhluk lain di alam ghaib wujud dan ada yang beragama Islam. Malah, mereka turut sama berjuang kerana Allah dan Islam (Jalan yang benar). Pernah lihat video youtube Sheikh Abdul Rauf  Ben Halima dari Perancis? Subhanallah.




Buku Bentala sedikit sebanyak buat saya ter-imaginasi dimensi lain. Sama macam menonton video Sheikh ni.

Terdapat juga babak yang membuatkan saya ter-refleksi diri dari buku ni. Terutamanya kisah watak bernama Naffiy dan Nukman di muka surat 33.

Melihatkan wajah Naffiy yang terobek, Danial bertanya lagi. "Bro, cuba beritahu aku betul-betul. Kau sebenarnya mahu apa?" Naffiy menarik nafas berat, sebelum memberi jawapan. "Aku mahu jumpa Nukman, dan kembali hidup dengan dia macam dulu." Danial simpati mendengarkan suram suara Naffiy di balik isi hati yang selama ini terbuku, lalu dia kembali memberi kata-kata semangat. "Harapan kau itu adalah doa. Aku harap doa kau itu makbul." - Muka surat 33.

Jujur! sedih dan menangis kat babak ni. Naffiy dan Nukman adik beradik kembar. Terpisah. Terpisah sebab apa tu, korang kena baca sendiri lah. Tehee. Dialog Danial dengan Naffiy ni betul betul menembak jantung saya. Saya stop baca lalu throwback insan yang saya anggap kami adik beradik. Bezanya, saya dengan dia bukan adik beradik kandung. Berkawan rapat sekejap sahaja. Tapi, saya sayang dia.

Saya pernah special dalam hidup dia dulu. Masa tu dia sayang saya sebagai adik dia sangat ketara. Bezanya, saya masih anggap dia special sampai hari ni. Walaupun saya putuskan untuk tak nak berhubungan lagi dengan dia. Saya dah giveup. Kalau watak Naffiy ni, dia tak pernah giveup dengan Nukman. Tak apalah...mungkin saya akan bersahabat semula dengan dia di akhirat jika Allah izinkan. Biasa laa tu...perkara yang sekejap dan sedikit nilainya ibarat sebesar langit dan bumi. kan?

Saya simpati betul dengan watak Naffiy ni walaupun pada awalnya, dialah watak yang paling saya rasa menyampah. Wahaha...sombong sangat.

Berkenaan Nukman, ada yang menarik perhatian saya. Sepanjang membaca kisah Nukman, fikiran saya terbawa bawa dengan cerita Yajuj dan Majuj, Zulkarnain, dan temboknya. Korang pun tahu kan kisah Yajuj dan Majuj? Tahukan mereka bakal keluar kerana tembok bakal runtuh? Tapi, ni kisah selepas Dajjal, Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa A.S.

Tapi, kalau  saya bayangkan kehidupan Nukman melalui cerita dalam buku ni dari segi animasi, keindahan alam yang didiami oleh Nukman ni mungkin macam ala ala Kingdom The Moors dalam movie Maleficent tu. Ada makhluk pelbagai saiz dan pelbagai rupa. Bezanya, Nukman tu bawah tanah. Maleficent? Atas.

Bila baca hingga muka surat 117, pembaca diperkenalkan dengan watak Som Soeraya. Saya pasti Som ni ada kat Teori X. Haihh.. curiosity membuak buak ni. Kemudian, muncul pula beberapa watak yang lain menambahkan lagi saya bermain dengan teka teki. mencapai ke muka surat 165, tiba tiba saya rasa seperti sedang menonton wayang Tan Sri P.Ramlee sebab cara mereka berkomunikasi ala ala filem P.Ramlee... "Bapak" , "Dinda" dan, "Kanda". Malah, suasana yang digambarkan tu pun agak similar dengan filem klasik.

Oh ya! Terdapat juga unsur unsur psikiatrik seperti Anxiety Disorder, Depression, Schizophrenia dan Panic Disorder dalam buku ni. Watak paling kasihan yang berkaitan dengan kes mental dalam buku ni adalah Emma (Emak kepada Naffiy dan Nukman). Sedih tau... kasih sayang seorang ibu tu sangat jelas melalui watak Emma.


Terdapat juga informasi yang saya baru sahaja tahu hanya dengan membaca Bentala. Contohnya mengenai lohong Agartha, Nicholas Roerich, Junk DNA dan The Lost City of Atlantis.

Selain tu, saya mempelajari beberapa perkataan baru dari buku ni. Antaranya, daksina, paksina, gemawan, melingas, terlongo dan beberapa lagi. Saya serius tak tahu maksud perkataan tu apa. First time dengar.

Pengajaran Dari Buku Ni

Banyak sangat pengajaran dari buku ni. Antaranya:


Bagiku, tiada siapa mampu runtuhkan bangsa melayu selain bangsa melayu itu sendiri.  Dan musuh sebenar melayu, bukanlah bangsa lain sebaliknya di kalangan bangsa sendiri. - Muka surat 251

  1. Musuh kita yang paling bahaya adalah diri sendiri.
  2. Taatlah kepada ibu bapa terutamanya anak lelaki. Menurut Islam, syurga seorang lelaki meskipun telah berkahwin tetap pada ibunya.
  3. Hargailah hubungan persahabatan dan berkasih sayanglah sepanjang masa. Bersahabatlah atas nama Allah. In Shaa Allah itulah hubungan sahabat yang bersama kita di akhirat kelak.
  4. Rendahkan hati dan runtuhkan tembok egois.
  5. Redha dengan ketentuan Allah. 
  6. dan...banyak lagi.

Berapa Bintang Saya Beri Untuk Buku Ni?

5 bintang dari 5 bintang. The best and recommended!


Kepada yang suka membaca novel misteri dan terdapatnya ciri ciri sejarah, boleh grab dan baca buku ni. Nak dapatkan buku ni boleh hubungi penulis di laman Facebook beliau : https://www.facebook.com/shahanim.sha nak beli kat kedai buku lain, saya tak pasti sebab saya beli direct dari beliau.

Buku ni dah jadi salah satu buku kegemaran saya, jadi memang akan diulang baca di masa hadapan.

Ulasan/Review Buku Bentala oleh Sha Hanim Ramli - Malaysian Book Review

Terima kasih kerana membaca ulasan buku ni korang. Kongsikan artikel ini ke media sosial korang agar boleh dicapai kepada mereka yang suka membaca buku dan mungkin mereka mahu menjadikan buku ini sebahagian dari pembacaan mereka juga. VvaawaahhHHHH!



With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @sofinaartwork, @mudahkayadotcom.


Share:

32 Kata-kata Dari Teman:

nikkhazami berkata...

dah lama saya tak baca buku buku macam ni. bila tengok review ni macam menarik. says lebih suka cerita fiction

Farhana Jafri berkata...

kosa kata baru ni, bentala. Tak pernah jumpa lagi perkataan ni. Banyak mesej dan pengajaran dari novel ni. Power lah kalau penulis mampu berkarya sehebat team marvel.

Wai Yee aka Rane berkata...

wow you are indeed a book warm. :) I like how you introduce the book to us. Keep it up k

Sofinah Lamudin berkata...

Terima kasih singgah sini dan baca ulasan buku Bentala. Buku fiksyen memang ramai peminat.. hehe..

Sofinah Lamudin berkata...

Betul Farhana... sis pun baru juga tahu maksud Bentala ni. Baru nampak sebenarnya.. hehehe...terima kasih singgah baca ulasan buku Bentala.

Sofinah Lamudin berkata...

Yyeahh... hehehe... I love reading. Thank you visit my blog and read Bentala review.

Fadima Mooneira berkata...

Wow!!!!! What a good book review. This book sounds like a good read. Reading your review makes me interested lak nak baca this book walopun I already have more than 10 books to read for 2020. Hehehe.

Sofinah Lamudin berkata...

Hai Fadima...hey, no worries dear. You can add your book more than 10 for 2020... hehehe...keep it up..don't forget to share with me your book review after you finish it. you can tag me in facebook or instagram.

Tiara Sapphire berkata...

saya minat dengan buku Sha Hanim Ramli lepas baca buku Kitab Lama tapi belum ada kesempatan nak baca buku yg lain. suka baca review awak :) ♕Tiara Sapphire♕

Sofinah Lamudin berkata...

Saya pun nak baca Kitab Lama tuuu. Sebenarnya nak baca semua... huhuhu... Terima kasih baca usalan Bentala kat blog saya Tiara :)

Mahamahu berkata...

Serius lah you boleh habis baca novel Bentala ini hehehe kita tengok muka depan dan mengantuk. Secar jujur saya baca komen you tentang buku ini dah tahu jalan cerita novel ini hehehe bagus kalau rajin membaca ini menambah skill penulisan kita..

Nadia Johari berkata...

mesti banayk pengajaran yang dibawa dalam buku ni..nama buku pun unik..ada banyak unsur dalam buku tu erkk

AyuArjuna BiGoshh berkata...

Buku klasik mmg kalau baca mmg sampai ke jiwa. Mmg best.

Dikbee berkata...

wah, banyak juga kaitan dengan novel2 yang lain. Mesti awak ni sejenis yang suka membaca kan. Sis ni takde kesempatan nak baca novel-novel ni. Tapi bila tengok cara awak ulas buku Bentala tu buat rasa macam nak baca je

Cik Min berkata...

Kak min kalo cerita fantasi ni tak berapa nak minat sangat. Kak min suka cerita misteri, hantu, penyiasatan dan pembunuhan hahahah

Sofinah Lamudin berkata...

Macam tu la bro...book worm life. hehehe... thanks singgah baca ulasan Bentala ni bro. Hebatnya bro boleh tahu jalan cerita tanpa membacanya. hehehe...

Sofinah Lamudin berkata...

Banyak cerita kak Nad. Yang saya tulis tu baru sikit... hehehe... thanks kak Nad singgah baca ulasan buku Bentala...

Sofinah Lamudin berkata...

Betul sangat sis... terima kasih singgah baca ulasan buku Bentala kat sini sis...

Sofinah Lamudin berkata...

Terima kasih sis DikBee singgah baca ulasan buku Bentala kat sini. Ya sis, sya suka membaca. hehehe...cerita Bentala ni, ada juga sedikit sebanyak tempias dari buku Sha Hanim yang terdahulu. hehehe.

Sofinah Lamudin berkata...

Amboi Kak Min... pembunuhan tu lagi seram dari hantu tau! hhehee...jap lagi saya nak up review cerita hantu ni... tajuk buku, "Jangan Baca Novel Ni" oleh Ismi Fa Ismail.

Nurhasanah Ismail berkata...

wow saya suka quote muka surat 251 tu. Bagus ya novel Bentala ni. Banyak pengajaran yang penting boleh kita ambil.

Sofinah Lamudin berkata...

Ya sis hasanah... saya pun suka...sebab tu saya highlight. hehehe... terima kasih baca ulasan buku Bentala kat sini.

RAIHANAH AHMAD berkata...

thanks for info menarik juga dari review sis tu berkenaan buku ni.

Sis Lin berkata...

Sis tertarik bila kata mengenai apa yang ada di bawah bumi tu? Selama ni tak terfikir plak...

xulhlmi berkata...

wow! menariknya buku ni dengan menggunakan kosa kata itu sebagai tajuk, baru tahu Bentala tu adalah bumi/tanah. Sinopsis buku ni pun menarik sekali. tak sabar nak baca!

Aerill Hassan berkata...

terima kasih atas ulasan yang sangat lengkap dan menarik ni. macam saya, saya suka baca novel fixi. ada banyak juga ulasan buku fixi dalam blog saya :)

rosdi ramli berkata...

Sha Hanim ni sepupu sya, sya panggilnya kakgah memadangkn beliau lebih tua dr sya. Ayah beliau adalah poklong sya mnakala ayh sya Pakngah beliau. Kebetulan nama ayah kami sama. Beliau mmg hebat dan berbakat tinggi dlm bidang penulisan. Setiap penulisan karyanya mengandungi mesej2 penting untuk manusia akhir zaman dan nilai2 murni bg membentuk jati diri yang kuat bg mpersiapkan diri dgn hari kebangkitan penyatuan Melayu Islam. Ilham dlm penulisannya amat tinggi digabung dengan pengalaman dirinya dan juga shbt2nya. Ada novel2nya mempunyai kesinambungan antara 1 sama lain. sebelum mbaca bentala kena baca "Dialah bunga berembun bulan" dahulu pastu "Kitab Lama", "Teori X" dan "Cincin", lepas Cincin baru baca "Bentala".

Sofinah Lamudin berkata...

Sama sama... semoga mendapat manfaat... Jangan lupa dapatkan buku Bentala selagi stok masih ada...

Sofinah Lamudin berkata...

Kalau dalam buku Bentala ni sis, sis akan rasa taknak berhenti membaca selagi tak tahu ada apa di bawah tu haa... kat dalam buku tu, kat bawah bumi ni ada.... haa... sis kena baca sendiri...hehehehe..

Sofinah Lamudin berkata...

Kan...? Cepat dapatkan selagi stok buku Bentala ni masih ada zul..mmg seronok baca buku ni..

Sofinah Lamudin berkata...

Alhamdulillah...saya akan ke blog Aerill untuk baca ulasan ulasan buku Fixi sebab Fixi pun menjadi target saya sekarang... harap masa mengizinkan saya baca banyak buku tahun ni dan tahun tahun seterusnya...

Sofinah Lamudin berkata...

Terima kasih tuan Rosdi sudi menulis ulasan dan komen menarik ni di blog saya... Bertuah tuan ada sepupu yang begitu berbakat dalam bidang penulisan... Bentala adalah buku pertama saya dari beliau... In Shaa Allah akan membaca buku yang lain lain juga di masa akan datang...