SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Jumaat, 30 Julai 2021

PC Rosak Selepas Berkhidmat 5 Tahun

Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,

PC Rosak Selepas Berkhidmat 5 Tahun

4:00am

So...urm...dua hari lepas, PC saya tiba tiba tak boleh digunakan. Black screen weyhh!!! Sadissss betul. Bila PC tu kita on, tiba tiba black screen tapi no signal, tak ada keluar apa apa kat screen tu, dan buat apa pun takleh. Maknanya apa? Tu petanda motherboard rosak.



Dulu, saya pernah mengalami kerosakan motherboard juga. Jadi, bila PC saya black screen macam ni, saya mula rasa seram sejuk. Huhu... stress gil***! Tapi, masih taknak terima hakikat, try lah juga buat apa patut sebelum hantar jumpa technician. Tapi ye lah... kalau dah tak ada harapan tu tak ada lah. Kan.

Selasa PC rosak (27 Julai 2021), Rabu (28 Julai 2021) hantar kat kedai komputer lepas putus harapan kat rumah. Sebab... tak tahu lah... saya memang tahu ni motherboard problem tapi ntah saja lah mencari cahaya di hujung terowong kononnya. Hantar juga lah.

Rabu tu, tunggu punya tunggu technician ni tak ada juga call balik. Haihhh... Saya dah macam cacing kepanasan dah ni. Jadi, taknak tunggu lagi, terus lah pergi jumpa dia kat kedai dia. Laaa.... rupanya dia tak buka lagi PC tu... apasal tak cakap awal? Takyah saya dan Mr.Bee tunggu lama lama kat bandar tu sampai sempat polis tegur buat apa. Actually tunggu dalam kereta je. Tapi tu lah... PKP lagi kan. Saya punya lah stress pasal PC tu rosak, pastu sambung pula stress dengan technician miscommunication macam ni.

So, kami balik saja lah. Esoknya (29 Julai 2021), ke bandar lagi. Kami ambil keputusan untuk bawa balik je PC tu. Technician tak check lagi tak apa lah. Memang motherboard problem pun tu. Tak perlulah berfantasi kekonon ada keajaiban. HHahahaha!

4:22am

Sekarang ni, saya blogging guna smartphone. Sambung keyboard guna OTG. So memang tak proper sangatlah susunan perenggan, bold format apa semua. Nak buka file photoshop pun tak boleh ni. Jadi, hikmahnya apa? Saya secara tak langsung dapat skill baru lah kot. Sebab saya kena explore buat kerja editing semua guna apps yang ada di google play. Scheme warna pun kena adjust lah juga. Tu laaa haaaa... buat lagi instagram tu ikut warna tema. HHahahahhaa! Saya gelak je ni. Cover hati yang punah rabak koyak... 

Sekarang kena fikir macam mana nak repair PC. Semalam ada juga survey PC kat Ujana Kewangan. Harga dia? Tarik sis! Semongko! MANTAP! Saya mampu berhuhuhu sahaja buat masa ni. Dan...

nak beli motherboard kena tempah kat Shopee atau Lazada. kena tunggu lama lagi nampaknya. Jadi macam mana. Dalam keadaan terdesak ni, saya gunakan nak android yang saya ada sekarang. Alhamdulillah. Syukur ada alternatif lain dalam keadaan sedih ni. Huhu... Sedih lah... dah 5 tahun saya dating dengan PC tu. Siapa tak sedih kan.

Kebetulan... yang menambahkan lagi sedih ni apabila, drawing tablet idaman saya dah sampai tau 26 Julai 2021 hari tu. Teruja betul nak explore dan belajar melukis digital guna drawing tablet tu. Tiba tiba... PC pula minta rawatan. Takpelah... In Shaa Allah ada hikmahnya.

Baiklah... sampai sini dulu. Nanti saya sambung blogging lagi.

Terima kasih sudi singgah sini dan membaca blogpost saya.

With Love,

#Sofinah696 💕

Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @peculiarescapism, @mudahkayadotcom, @howtoanythingmy .


Follow my blog with Bloglovin 💋


Share:

0 Kata-kata Dari Teman:

Catat Ulasan

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.
[Penafian] Pihak www.sofinahlamudin.com tidak akan bertanggungjawab dengan komen komen yang negatif. Setiap komen yang negatif adalah atas tanggungjawab pengomen itu sendiri.

Highlight Article

Kenapa Sakit Gigi Ketika Mengunyah Selepas Buat Tampal Gigi (Tooth Filling)? Bagaimanakah Menyelesaikannya?

Kenapa Sakit Gigi Ketika Mengunyah Selepas Buat Tampal Gigi (Tooth Filling)? Bagaimanakah Menyelesaikannya? BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM~ Assal...

How To Anything Channel

Sofie TV Channel