SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Memaparkan catatan dengan label Sofinah Speaks. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sofinah Speaks. Papar semua catatan

Selasa, 14 Disember 2021

Kisah Tiko The Zebra Dove - Part 1

Kisah Tiko The Zebra Dove - Part 1


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~ 

Assalammualaikum dan Hai My Sugarpeeps!,


Tiko Day 1

Selesai dari celebrate birthday ayah, 07-12-2021 iaitu hari Selasa, kami berempat balik selepas sempat singgah beli barang dapur kat Savemore Labuan. Sampai sahaja di rumah, saya dan Mr.Bee direct ke SOHO selepas mengemas semua makanan basah ke peti sejuk.


Saya sebenarnya berniat nak siapkan kerja yang tertunggak sebelum jarum jam menunjukkan pukul 6 petang. Sebab, 6-7 pm merupakan sportlight hour bagi Pokemon Electabuzz. Tiba-tiba, Mr.Bee yang keluar sekejap tadi untuk ke tandas kembali ke SOHO membawa seekor burung yang sedang ketakutan.


Ekornya 3 helai sahaja yang tinggal. Nampak sahaja burung tersebut, saya terus bertanya dari mana Mr.Bee jumpa burung tu. Katanya, dia nampak Oney mencari-cari sesuatu disebalik tong drum. Lah! Oney sekarang dah pandai buru burung. Entah dari mana Oney bawa burung tu.

Well, Oney brought us a random gift I guess. Haha... It's better lah kan dari tikus atau cicak. Lols.

Bila saya lihat kawasan burung tu bersembunyi, banyaknyaaa bulu burung bertaburan. Termasuklah beberapa bulu bahagian ekor burung. Lebih panjang, warna hitam dan besar dari bulu yang lain.

Burung nampak terkejut dan trauma. Bulunya banyak yang tercabut. Dia cuba melarikan diri. HHahaha... Malangnya sayapnya rosak sebelah. Dia tak dapat nak terbang. Dia hanya boleh buka sebelah kepak sahaja.

Sambil mengejar burung yang sedang berjalan ke sana ke mari mencari tempat bersembunyi, tiba-tiba terlintas dalam fikiran, saya nak panggil dia Tiko. Hiks... memang hobi saya bagi nama haiwan yang saya jumpa. Especially kucing dan anjing. Kat Taman Damai tu, Entah berapa ekor yang sudah pun bernama. Huhu... Kucing-kucing dan anjing-anjing tu saja yang tak tahu mereka sudah mempunyai nama kini. Bukan lagi "meow" atau "ming" atau "Catty" atau "Kucinggg" seperti yang dipanggil oleh manusia lain.

Bila nampak Tiko tak dapat nak terbang, saya rasa kasihan pula. Risau pun ada. Dibaham Oney atau Betty memang tak ada harapan hidup Tiko ni. Saya cakap kat Mr.Bee, saya nak jaga dia sekejap. "Boleh." katanya. Tanpa mempersoalkan.


Tapi, tak sampai pun malam, saya dah rasa Tiko macam kawan. Hhahahaha... Rasa sayang pula. Rasa nak jadikan pet pula dah. Alahai... Malam tu juga saya cari maklumat pasal Tiko. Rupanya, Tiko adalah spesis burung Merbuk. Bahasa Inggerisnya Zebra Dove. Corak badannya memang nampak macam kuda belang. Tiko dipanggil dengan nama yang berbeza-beza mengikut negara. Filipino panggil Kurokutok / Batobatong Katingbe / Tukmo. Indonesia pula memanggilnya dengan nama Perkutut. Nama scientific Merbuk ini adalah Geopelia Striata.

Hari pertama perkenalan dengan Tiko memang agak sedikit janggal dan kekok. Tiko hanya diletakkan dalam besen. Dia berak sana sini dalam besen. Saya letak bekas air dia tak minum sendiri. Saya terpaksa suapkan baru dia nak minum. Tiko explore besen sebesar dua kali ganda badan Oney.

"Tak ada apa dalam tu Tiko..." saya kata pada Tiko.

Sejujurnya, saya langsung tak ada pengetahuan tentang burung Merbuk. Belajar dari Mr.Bee, Youtube dan google, Alhamdulillah membuatkan saya faham tentang Tiko. Terima kasih kepada yang rajin menulis tentang burung Merbuk di blog dan yang sudi menyebarkan ilmu burung di Youtube.

Tiko juga agak ketakutan sebenarnya. Dia takut dengan saya dan Mr.Bee. Saya hulurkan tangan, dia akan mengelak. Kalau dipaksa dia akan lari dan buat marathon seluruh SOHO. Hhahaha. Kalau ada pelosok kecil, dia akan masuk dengan harapan saya tidak dapat mencapai tangan untuk menangkapnya. Tapi, susah juga nak tangkap 'budak tiny' ni. Laju sungguh berlari. Jadi, pada awalnya saya biarkan saja Tiko dalam besen. Kemudian, saya cuba angkat. Dia mula nak bertenggek di tangan saya tapi tak nak lama-lama. Dia akan melompat lari. Dia macam 50:50 nak kawan dengan saya ke tak. Hiks.


Bila research, Tiko boleh makan kacang hijau. Jadi, saya ajak Mr.Bee untuk beli Kacang hijau pada hari kedua. Sebab kacang hijau saya tak ada kat rumah. Kacang tanah ada lah. hHuhu... Nak pergi ke kedai runcit berdekatan, hari dah malam pula. Kacang hijau tu, perlu dibersihkan dulu. Kemudian, direbuskan. Menurut pakar Merbuk, burung yang baru kita temui tidak akan mahu makan sebab dia takut. Mungkin juga sebab trauma lepas ditangkap kucing. Lagipun, dia belum jinak lagi.


Tiko Day 2

Pada hari kedua, saya dan Mr.Bee ke kedai runcit mencari kacang hijau untuk Tiko dan peralatan lain yang sesuai untuk Tiko tinggal.

Berdasarkan study saya melalui video-video Youtube yang dikongsikan oleh otai-otai burung Merbuk, Tiko perlu disuapkan manual sebab memang dia tak mungkin akan makan sendiri. Cara pegang burung, cara buka mulut Tiko semua saya belajar.


Saya suapkan Tiko kacang hijau yang saya rebus tu. Saya rebus 10 biji sahaja selama 25 minit. Setelah sejuk, saya suapkan ke mulut Tiko sebiji demi sebiji sampai habis 10 biji. Betul, dia memang tak nak makan sendiri. Bila Tiko tak nak makan dan minum, saya risau. Nanti dia lapar dan kurus dan tak survive.

Bila saya lihat poopoo Tiko warna putih (berak kapur), saya bertambah risau sebab, mereka kata Merbuk yang sakit biasanya memang berak kapur. Kena beri dia makan kacang hijau biar dia sihat dengan khasiat dari kacang hijau tu.

Malam hari ke dua, selepas beberapa jam beri Tiko kacang hijau rebus, poopoo Tiko dah ada peningkatan. Dah tak 100% putih. Syukur Alhamdulillah. Tapi Tiko masih tak nak bersosial dengan saya. Saya bercakap dengan Tiko seolah-olah Tiko faham. Hhahahhaa... Tiko kelip-kelip mata sahaja. Entah apa lah yang difikirkan oleh Tiko. Kadang-kadang dia menjauhkan diri selangkah dua dari saya kalau saya cuba tengok dia dekat-dekat kat sangkar.


Semasa membeli kacang hijau tu, saya mengambil peluang membeli alat untuk dijadikan sangkar sementara Tiko. Sebenarnya saya beli grid wall decoration. Student selalu guna letak nota atau gambar kat meja belajar. Ada niat nak beli sangkar burung yang real tapi saya berfikir, Tiko ni lama ke dengan saya ni. Saya masih dalam 50:50 nak jaga Tiko forever

Tapi bila dah study tentang Tiko, saya confirm nak jaga Tiko forever. So, sekarang ni proses nak jadikan Tiko BFF lah. Hehe. Nak jinakkan Tiko 100% dengan saya, dan Mr.Bee. In Shaa Allah, bila ada peluang nanti saya nak belikan Tiko sangkar yang proper. Yang boleh gantung tinggi. Boleh lah jemur Tiko pagi-pagi dari 6 pagi hingga 11 pagi untuk kesihatan Tiko.

Hari kedua, sangkar Tiko memang lawak. Bakul hijau yang di masukkan cebisan kertas. Besar pula tu bakulnya. Bila tengok Tiko berkubang dalam bakul hijau tu dengan poopoonya, saya pun rasa tak sampai hati. Saya cari kayu yang sesuai untuk Tiko bertenggek. Kelakar. Tiko hayun kayu tu macam burung yang bertenggek kat wayar elektrik depan rumah. Semakin Tiko bergerak, semakin laju pula buaian tu. Hmm...

Mr.Bee cakap, "Lubang sangkar tu besar lah...dia boleh keluar tu.." Saya tengok Tiko duduk diam-diam dalam tu macam tak percaya lah dia boleh keluar. Mustahil dalam fikiran saya. Sekitar jam 12 tengah malam, Tiko tiba-tiba keluar dari sangkar. Hahahhahaha... lepas tu dia masuk sendiri. Aduh! Buat lawak la Tiko ni. Walhal, sepanjang hari dia duduk dalam tu nampak macam serius dia tak boleh keluar.

Sangkar Tiko tak ada pintu. Kalau saya nak pegang Tiko, saya kena angkat sangkar tu macam tudung saji. Hhahaha...


Tiko Day 3

Hari ketiga, saya tinggalkan Tiko sendirian dengan Mr.Bee. Saya hangout dengan seorang sahabat lama sejak tingkatan 6 (Farah) dan anak buah saya (Fitri). Dari pagi hingga petang. Sekitar jam 4:30 petang, saya balik rumah. Saya terus jumpa Oney dan Betty. Kemudian, jumpa Mr.Bee dan Tiko. Saya sempat kenalkan Oney kat Farah  tapi nampaknya Oney tak nak being friendly. Lol. Mr.Bee kata, Tiko macam tak suka duduk dalam sangkar. Dia nak lari. Dia tak mahu minum dan makan. Sad news.

Tiko tak happy. Terdetik dalam fikiran nak lepaskan Tiko bila dia dah boleh terbang dengan stabil. Tapi sekarang ni kepak dia memang tak function proper. Lil bit bengkok sayap sebelah kanan. Risau juga... bila lepaskan kat luar rumah nanti, Tiko jalan-jalan kat tanah, kucing tangkap pula. Kat sini, banyak kucing including my kucing. hehe.

Hmm... saya pun cuba rebus kacang hijau. Suap Tiko 10 biji kacang hijau lagi. Ni hari ketiga Tiko tak makan. Minum pun nak suapkan juga. Dia tak mahu buat sendiri. Masih tak biasa agaknya dengan suasana baru. Boleh jadi kacang hijau pun adalah makanan baru bagi Tiko.


Actually, sebelum balik dari hangout, saya sempat singgah Mr.Diy dengan Farah dan Fitri. Kat Mr.Diy, saya cari talam bentuk square yang boleh dijadikan lantai sangkar Tiko tapi tak jumpa talam square. Semua talam berbentuk rectangle. Hhuhu... Selain dari talam, saya nak beli satu tempat yang sesuai untuk letak Tiko berjemur. Malangnya tak jumpa yang sesuai.

Since tak ada talam square dan tempat untuk Tiko berjemur, saya cuma beli lapik rumput plastik dan tempat bawang warna pink. Oh ya, sempat juga beli tempat Tiko bertengek yang baru, design cantik. Tak terlalu besar dan tak juga terlalu kecil. Murah. RM2 sahaja.

Hari ketiga Tiko ni, saya tukar bakul hijau tu kepada bakul pink (tempat orang simpan bawang selalunya hahaha). Untuk lantai sangkar Tiko, saya letak rumput fake tu. Kemudian, tempat bertenggek Tiko saya tukar kepada yang baru. Kayu lama tu, saya dah tak gantung style bergoyang. Saya ikat kat sangkar supaya tak goyang. So, sekarang Tiko ada dua jenis tempat tenggek. Satu boleh hayun, satu lagi yang steady.


Waktu malam, Oney tak lepak dalam SOHO, Oney lepak tempat parking depan SOHO. Jadi, saya biarkan Tiko di luar sangkar jalan-jalan atas meja kerja saya. Kat atas meja, ada cermin. Tiko suka main dengan cermin tu. HHhaha... dia lepak depan cermin tu berjam-jam sambil buat bunyi "tek tek tek tek" dia membebel-bebel macam ayam. kadang macam bunyi ketuk pintu la pula, like "Tok tok tok". Lepas tu, Tiko naik atas cermin tu, dia bertenggek kat situ sebab cermin saya tu macam frame gambar.

Dia suka naik dan turun cermin tu. Sambil-sambil dia lepak depan cermin tu, dia seolah-olah manusia yang sedang berlawa. Menggayakan baju dan memastikan semuanya kemas. Dia angkat kepak. Dia patuk dadanya, sometime dia menggaru-garu menggunakan kakinya dan berdiri hanya sebelah kaki.

Sementara tu, saya pasang tali kat sangkar Tiko. Saya ikat zig zag kat lubang sangkar tu supaya Tiko tak boleh keluar masuk dari sangkar anytime. Sebab risau nanti ada Oney pula masa dia keluar tu. Sebenarnya saya nak gunakan dawai. Tapi, dawai tak ada kat rumah. Kalau nak beli lambat lagi. Jadi, saya pakai je mana yang ada kat rumah. Saya gunakan tali yang biasa orang gunakan menyulam tu. Hihi...

Sambil-sambil buat zig zag kat sangkar Tiko, saya dan Mr.Bee terkejut bila dengar Tiko menyanyi. Waaaaa happynya kami berdua dengar Tiko berbunyi. Tiko dah berani nyanyi walaupun kami ada. Tu berita yang baik. Tiko nampaknya dah suka dengan rumah baru.

Tiko nyanyi 3 kali. Happy betul dengar Tiko bersiul macam tu. Tu tanda dia okay. Dah tak ada trauma dan tak ada tanda-tanda kemurungan. Selesai buat zig zag, saya hias sikit sangkar Tiko dengan daun dan bunga plastik sikit. Biar cantik dan ceria.


Tiko Day 4

Bila saya masuk SOHO, Tiko nampak sangat resah dalam sangkar. Saya pun keluarkan. Saya biarkan Tiko jalan-jalan atas meja saya. Biarlaaa dia poopoo mana-mana atas meja asalkan bukan atas buku. Hahaha... saya akan lap poopoo dia dengan tisu basah dan sanitize meja.

Talking about poopoo Tiko ni, masa day 1 tu, perghh poopoo Tiko busuk betul tau. Bila dah 4 hari bagi Tiko makan kacang hijau, saya perasaan, poopoo Tiko tak sebusuk Day 1. Serius! Sangkar Tiko kat meja blogging saya kot. Saya menaip sebelah Tiko. Hhahaha.. Bau poopoo dia dah tak busuk. Amazing!

Macam biasalah, bila Tiko jalan atas meja saya, port kegemaran dia mesti depan cermin. Jadi, saya biarkan je Tiko enjoy playing time dia. Asyik duduk sangkar tak syok juga kan. Sementara tu, saya bersihkan sangkar Tiko yang dah ada poopoo sana sini tapi tak banyak sangat. Saya tengok kacang hijau rebus Tiko macam ada yang kurang. Saya biarkan kacang hijau rebus tu dalam sangkar Tiko semalaman.



Selesai bersihkan lantai sangkar, saya nak suapkan Tiko kacang hijau. Tiko tak nak! Tiko melarikan diri dan Tiko langgar dinding sangkar. HHahahaha... dia nak masuk sangkar sendiri. Dia ingat masih boleh keluar masuk sangkar tu. Dia langgar dua tiga kali. Dia cuba menyelamatkan diri dari disuapkan kacang hijau ke mulutnya. Since Tiko macam tu, saya tak nak paksa. Saya angkat sangkar dan Tiko masuk sendiri. Dia bertenggek kat port kegemaran dia dalam sangkar tu.

Dalam sangkar tu, saya biarkan bekas makanan dan air walaupun Tiko tak pernah makan sendiri. Saya duduk kat depan PC, sambil kepala ligat berfikir macam mana nak edit video untuk Intagram Silly Wonk (Bookstagram saya yang tumbesarannya agak terbantut). Tiba-tiba, Tiko turun dari tempat dia bertenggek. Dia turun ke lantai sangkar dan berjalan menuju ke mangkuk kacang hijau rebus. OMG! Dia makan sendiri. Dia patuk kacang tu, dia masukkan dalam mulut dan telan. I'm super excited and happy!

Tiko repeat again and again and again!

Tiko really love kacang hijau! Then, saya gelak kat Tiko sebab dia patuk bekas kacang hijau mentah (dalam botol) kat luar sangkar dia. Dia keluarkan kepala dan patuk. Bekas tu lut sinar, mungkin dia ingat sama kot macam kacang hijau dia dalam mangkuk kat lantai tu. Hhahahaha!

Sambil saya unwrapping buku dari Pansing, Definitely Books, Tiko asyik naik turun dari tempat dia bertenggek. But later lah Tiko keluar ya. Nanti u poopoo atas buku saya. Hhahaha...

Sebelum saya dan Mr.Bee keluar dari SOHO, Mr.Bee said, "Cuba letak kacang hijau mentah dalam sangkar Tiko."

Bila dengar Mr.Bee cakap macam tu, rasa macam tak yakin pula. Tapi...secara logiknya, Tiko makan benih dan bijiran yang ada kat tanah kot kan kat luar. Hhaha... So, saya pun try. Bila Tiko nampak saya letak kacang hijau mentah tu, Tiko turun ke lantai dan terus ke kacang tu dan makan. Hhahaha... Bukan sebiji ya. Berbiji-biji dia makan. Tak payah suap-suap dah sekarang. Tiko dah boleh berdikari. Gituuu...


Bersambung...


Terima kasih sudi membaca.

Semoga bermanfaat.

Jumpa lagi di next blogpost.


With Love,

#Sofinah696 💕

Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @peculiarescapism, @mudahkayadotcom, @howtoanythingmy .


Follow my blog with Bloglovin ðŸ’‹



Share:

Jumaat, 2 Julai 2021

I'm sorry. I'm Not Ignoring You. I Just Feel So Overwhelmed.

I'm sorry. I'm Not Ignoring You. I Just Feel So Overwhelmed.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalammualaikum dan Hai My Sugarpeeps!,

Terima kasih sebab singgah sini dan membaca blogpost peribadi saya. Could we be friends? Hiks.

Dah berapa kali juta dah saya tukar pages untuk menulis kat blog ni, hari ni. Draft pun dah bertimbun termasuk yang lepas lepas. Tak mungkin dapat nak disambung, dibaiki, mahupun dibaca semua dalam masa terdekat ni. Saya rasa macam tak sibuk mana pun hidup saya ni tapi tetap chaos dalam kepala. Berantakan!


Sekarang, jam menunjukkan jam 2:38 pagi. Tak tahu jarum jam akan menunjukkan ke mana setelah saya noktahkan blogpost ni. Ada draft job nak disubmit sebenarnya. Ada gambar yang perlu diedit. Ada video yang perlu diupload. Ada buku yang perlu dibaca. Tapi ia berakhir dengan penulisan yang cuma ada beberapa patah perkataan untuk perenggan pendahuluan. Gambar yang menanti untuk diedit berakhir dengan penantian tiada penghujung. Video yang kini perlu diupload terlupa di-schedule-kan.

Ntahlah! Tak dapat nak fokus. Kelabu semacam fikiran. Perasaan ni, kadang kadang mendung, kadang kadang cerah, kadang kadang penuh harapan, kadang kadang optimistik, kadang kadang pesimis, kadang kadang upside down. Cuba juga cari jalan keluar dengan menyemaikan semula harapan yang kejap lagi terkulai layu menggunakan teknik distractions yang menghiburkan. Mungkin dapat melarikan diri dari dibelengu kepulan asap dalam kepala otak. Tapi parah!...distractions tu membuatkan saya semakin hanyut dengan arus fikiran yang melayang. Melayang bersama mentaliti yang tidak sepatutnya ada dalam senarai kamus hidup. Ya! Memang sangat menghiburkan dan indah belaka tapi menghanyutkan hingga alpa dan lupa. Lalai. Tak guna betul!

Tolonglah Sofie. Cuba kau fokus dan disiplin. Kekalkan momentum. Entahlah... banyak sangat yang saya fikirkan. Overloaded. Nak termuntah! Benda tak terjadi. Problem tak ada kena mengena dengan diri sendiri pun saya sedut sekali dalam kepala macam vaccum. Masalah kucing dan anjing liar tak cukup makan pun join sekali dalam fikiran. Nasib baik cacing dalam tanah saya tak fikirkan sekali. Benda kecil. Benda remeh. Apatah lagi benda yang besar. Sangat membebankan minda.

Meskipun beban bukan milik diri sendiri. Masih perit rasanya melihat dan menyaksikan. Ya! Memang berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Namun...

Menyakitkan dan menyeksakan fikiran, mental, perasaan, emosi, semua! Mungkin saya kesal, terkilan, rasa bersalah, marah, geram, macam macam.

Saya dah cuba alihkan perhatian. Buat overwhelmed meletop saja bila dilayan... tapi...semakin dijarakkan, semakin menyedut semua tenaga. Dahlah Sofie. Cubalah bertenang. Susah kalau mudah sangat mental koyak. Walaupun hanya melihat berita kecil di sosial media. Tidaaakkkk... Ada sosial media salah. Tak ada sosial media pun salah. Ambil tahu salah. Tak ambil tahu pun salah.

Bila orang panggil saya lemah, saya marah. Tapi...sekarang ni? Ah! Lupakan optimistik buat masa ni. Saya manusia. Ada masa manusia pasti akan merasa sakitnya terjunam mendadak tanpa kau rela terjun. Pain is pain. Saya mungkin perlu...

Perlu berhenti menjadi toxic positivity dengan diri sendiri. "I'm okay, I'm fine"? Stop lying Sofie. Stop it! This is pandemic era. We are in danger. Everyone in danger! Everything in danger. Our jobs...ya! our entire financial futures, and yada yada.

Sejak sejak dunia dilanda pandemik, saya mengalami beberapa keadaan yang agak pelik sedikit. Bukan secara fizikal. Tapi mental. Atau mungkin juga bukan mental. Mungkin permainan perasaan. Atau saya cuna menafikan dan menyedapkan hati agar nampak tetap cool dan steady? Macam mana kalau semua tu bukan permainan perasaan? bukan paranoid? bukan overthinking? Macam mana kalau semua yang ada dalam fikiran saya betul?

Sebelum ni saya tak pernah nampak betapa bernilainya setiap manusia. Sekarang saya sedar. Mereka tetap penyeri dengan pelbagai ragam dalam dunia ni. Sejak melihat mereka semua pergi meninggalkan kita akibat Covid-19 - yang dikenali, yang tidak dikenali, yang pernah bersua, yang stranger, yang apa sahaja...

Sejak terlalu banyak kes positif Covid-19, membuatkan saya begitu rapuh sekali. Wait! Mungin saya memang dah lama rapuh. Sekarang mungkin menghampiri fasa menjadi debu saja. Habuk.

Tidak kiralah mereka masih sihat mahupun telah diuji, tidak kira mereka adalah insan yang saya kenali mahupun tidak pernah kenali. Tidak kira saya pernah bersua mahupun tidak pernah bersua. Bukan kawan. Bukan siapa siapa. Tapi hati saya rindu. Saya risau. Mereka semua baik baik sahaja bukan?

Bagaimana dengan awak yang pernah saya kenali? Yang pernah menjadi kawan? Yang pernah menceriakan hati? Yang pernah... yang pernah... wajah mereka bersilih ganti dalam minda. Perasaan yang pernah ada untuk mereka dulu timbul kembali. Yang lupa mulai diingat. Yang diajak bergaduh, mulai terasa kematian itu pasti, wajarkah semua persengketaan?

Awak... awak apa khabar? 'Apa khabar' ?? Soalan mesra apa khabar kini tidak lagi relevan. Apa khabar bukan lagi soalan yang boleh dijadikan soalan dalam kehidupan norma baharu. Semua orang pastinya khabar tidak mungkin ada baiknya. Masing masing pasti merasa "I'm fine" merupakan penipuan paling besar dalam hidup. Penipuan diri yang menampar di muka sendiri.

Mungkin awak tak kenal saya. Saya juga tidak kenal awak. Tapi saya selalu nampak awak. Saya notis kewujudan awak dalam dunia ni. Are you still holding up okay? What’s your day been like so far? What’s been on your mind lately?

Bertemuan biasanya unik. Ada masa saya kenal dia. Ada masa dia kenal saya, tapi saya tak kenal dia. Ada masa saya tahu nama nama mereka tanpa perlu mereka tahu nama saya.

Siapa pun awak. Apa pun nama awak. Please...Please stay safe, healthy, and survive. Not for me. For you. For your love ones. For your family.

@sofieluthor

##SofieLuthor ##Tribe769 Sleepless 😪💤

♬ original sound - Sofie Luthor 💛

I'm sorry if you feel I'm ignoring you. I'm not ignoring you. I just...I just feel so overwhelmed.

I think I need to take deep breaths.

Sending you my big visual hugs,

Sofie Luthor.

--

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @peculiarescapism, @sofieluthor.


Share:

Ahad, 13 Jun 2021

"Selain Blogging, Sofie buat apa je?"

"Selain Blogging, Sofie buat apa je?"

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM~

Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,

Apa saya buat selain dari blogging? Usually buat rutin biasa yang suri rumah buat lah. Hhaha... loyar buruk pula. Sorry. Just Kidding. Blogging ni sebenarnya adalah main activity saya. Benda paling utama atau sepenuh masa. Macam kita kerja bangun pagi, bersiap, pergi kerja, dan ke pejabat sebagai seorang kerani, operator, dentist. Haaa... macam tu.

Tapi tulah. Seperti yang saya dah cerita kat previous blogpost sebelum ni, bertajuk "Bangkit dari Kegagalan", saya dah lalai dan alpa. Semua benda dah rojak dah sekarang. Blogging ni sepatutnya perkara wajib saya buat setiap hari. Tapi sejak...sejak...sejak emosi tak stabil kot. Ntah lah! Saya pun start lah layan blog ni macam perkara sunat atau harus sahaja. Nak buat, buat. Tak nak buat, sudah. 

Susah tau nak konsisten kalau ada masalah overthiking dan seumpama dengannya. Benda senang jadi susah. Apatah lagi kalau yang susah. Lagi double triple susah jadinya. Ehh? Baiklah... sebelum saya terlari topik banyak sangat, elok saya teruskan dengan tujuan asal blogpost ni.

@sofieluthor

Reply to @hasanah.j saya buat.... ☺️ ##SofieLuthor ##MalaysianBlogger ##Tribe769 ##Booktok ##ForYou

♬ original sound - Sofie Luthor 💛

Ada seorang sahabat dari platform Tiktok ni, namanya Nana. Dia seorang yang supportive juga kat Tiktok tu. Dia lah orang yang bertanya saya satu soalan ni. Saya kenal dengan dia baru tahun ni, di Tiktok. Jadi, dia memang tak tahu saya siapa. Buat apa. Dia tahu saya blogging pun sebab saya kongsi tentang blogging kat Tiktok tapi tak selalu lah. Buat masa ni Tiktok saya pun tak ada la ikut niche sangat. Random sahaja.

Jadi soalan dia berbunyi...

APA SAYA BUAT SELAIN MENULIS DI BLOG?

Hmm... ada beberapa perkara tapi saya kongsikan yang biasa saya kongsikan di sosial media ok. Antaranya :

1. MEMBACA BUKU // BUAT ULASAN BUKU

Sejak zaman sekolah lagi, saya memang suka baca buku dan masuk ke perpustakaan. Tidak kiralah perpustakaan awam atau pun perpustakaan sekolah. Paling ketara semasa di tingkatan 6. Sampai jadi pengawas perpustakaan. Bila dah habis sekolah, saya selalu ke perpustakaan awam dan kerap pinjam buku walaupun dah bekerja.

Dulu dulu, saya jarang beli buku. Sebab kat Labuan cuma ada beberapa kedai buku sahaja dan bukunya tidak begitu up to date. Bila dah kerap lepak kat Kota Kinabalu hampir setiap bulan dulu. Semakin banyak koleksi buku. Bertambah banyak koleksi buku bila dah tahu nak beli buku secara online.

Pada tahun 2018, tergerak hati saya nak buat review buku yang saya baca di blog, Instagram, Good Reads, dan Facebook. Tergerak hati dah lama sebenarnya. Sebelum 2018 lagi tapi tak ada kekuatan sangat sebab takut komitmen. Tapi, tahun 2018 tu saya berani kan diri saya sebab terinspirasi dengan beberapa bookstagrammers yang sangat gigih dan konsisten dalam memperkenalkan buku baru dan menyebarkan rasa cinta kepada buku. Terutamanya Fatina Mudz dari Amazing Distance.

Sejak tahun 2018, semakin ramai bookstagrammer yang saya temui di sosial media. Hebat belaka. Malah, ada yang berbakat seperti Dayana dari Orchid Library. Instagram dan Tiktok nya growth tanpa henti. Saya menjadi follower adik manis ni sejak follower Instagramnya baru 800++ orang dan kini? Uncountable. Ribuan pastinya.

Silly Wonk Yang Layu

Silly Wonk bukanlah satu nama yang saya guna suka suka. Ada maknanya. Silly wonk (SW) merupakan satu karakter yang saya reka untuk laman blog buku saya. Blog pun saya letakkan domain www.sillywonk.com. Begitu juga Instagram ( @sillywonk ).

"Silly Wonk Yang Layu" merupakan metafora yang saya berikan kepadanya sejak saya tak dapat nak komited. Semangat dan inspirasi mudah sahaja hilang di bawa angin. Sekali lagi, saya tinggalkan Silly Wonk tak berteman lebih dari setahun. Usia blog SW dah hampir 4 tahun tapi... isi kandungannya bagai baru dibuka semalam. Hhuhu...

Distributor dari Singapura

Email dari Distributor buku yang dihantar dari Singapura sering saya abaikan sejak pandemik. Ujian sebelum pandemik belum selesai, ujian dalam pandemik pula tiba. Dugaan saya tak ada lah besar mana tapi... pain is pain. I'm sick of toxic positivity. Inviroment pandemik, sejujurnya boleh tahan menghilangkan fokus dan mood. Bukan SOP. Bukan lockdown menjadi gangguan. Tapi, manusia dan mental yang tunggang langgang. So, untuk melarikan diri dari tekanan jiwa, I stay away for a while from book reviewing. Book dragon called it as "Hiatus".

Saya bekerjasama dengan distributor dari Singapura ni sejak tahun 2020. Saya tidak sangka saya dapat peluang ni. Masa tu, saya begitu gembira dan teruja apabila mendapat invitation kerjasama ni. Tapi, saya begitu frust... saya tidak dapat nak maintain sebab my mood changing so fast and strange. My feeling so troublesome. I hate it so much.

Saya suka sangat membaca dan menulis apa sahaja yang ada dalam fikiran saya selepas membaca buku tu tapi...i don't know. Saya rasa begitu tidak berminat lagi. Rasa kosong dan tak gembira membaca. I try macam macam. Beli buku baru. Buka buku nipis. Baca buku Bahasa Melayu. Baca buku kanak kanak. Nothing help! So I stop and waiting. Maybe... saya tak perlu nak paksa diri.

Finally, minggu lepas I was replied their latest email and I wrote, "Yes, Sure" for it. I was thinking, Allah still bagi rezeki. Dah setahun saya abaikan tapi, email mereka tiba tiba masuk lagi setelah mereka diam seketika. Thanks god. I'm grateful for this.

Dalam gambar di atas, merupakan koleksi buku paling saya sayang. Buku Harry Potter. Saya seorang Potterhead sejak tahun 2003. Buku HP tak ada lah banyak mana tapi boleh lah buat hati gumbira.

So, my current reading is Malay book. Tajuknya "Scarlett" ditulis oleh penulis Malaysia, Sha Hanim. Buku lain? Sudah tentulah buku-buku yang pernah dihantar dari pengedar Singapura yang saya cerita ni. May Allah help me and ease everything.

@sofieluthor

@marissamichael_ said I should try fiction to boost my reading mood ✨ Let's try ##Scarlett ##MalayBook and share with ##Tribe769 ##Malaysian ##Booktok .

♬ Good Morning - MaxMusicMax

2. MELUKIS // MENERIMA TEMPAHAN LUKISAN

Sama seperti membaca buku dan menulis review buku. Melukis adalah salah satu aktiviti separuh masa. Saya menerima tempahan melukis tapi rarely. Kebanyakkan lukisan saya adalah coping mechanism, for fun, and self indulgence. Untuk apa? Creating distraction of course. Yeah... to forget everything. Everything? Tak sebenarnya nak lari dari sesuatu yang bermain dalam kepala. I don't have a big problem you know. I'm fine but...there are bubbles in my head. Lols.

Saya akan melukis sehingga saya dapati lukisan saya dah tidak membantu sebab dah semakin creepy.

Saya suka melukis potret (wajah manusia) berbanding benda bukan hidup seperti bunga? rumah? dan saya hadapi masalah dan dilema kerana dalam Islam, kita dilarang melukis manusia. Stressful dan sangat payah nak menerima hakikat. Perasaannya macam putus cinta. Hhahahahaha...

But, my Ustazah said, draw it incorrect. It will be fine. In Shaa Allah. That's makes sense. Tapi saya tak pastilah benda ni. hm...

Melukis adalah perkara paling saya gemari sejak kecil. Sebenarnya peratus suka melukis lebih banyak berbanding membaca. Cuma, saya rasa, lebih banyak saya membaca lebih baik di usia sekarang ni. Ye lah... bukan remaja lagi! Gitteww...

Pada tahun 2016 hingga 2019, branding lukisan saya berbunyi "Sophee Studio"... kemudian, saya ubah kepada "Sofina Artwork". Tapi "Sofina Artwork" tak lama. Saya ubah lagi kepada "Peculiar Escapism". Barulah rasa puas hati. Susah tahu tak kalau ada isu dengan nama sendiri. Sekarang baru rasa lega bila tambah "Luthor" kat belakang. Ntah hape hape kan? Tapi... macam tu lah rasanya. Yang pernah rasa sahaja yang boleh relate benda macam ni. Orang yang tak faham? Biasanya judging. Hiks.

Tahu kan "Luthor" tu datang dari mana? Hhahahaha...

Setiap tahun, saya akan aktif melukis setiap hari pada bulan Oktober sebab ada cabaran yang dipanggil Inktober Challenge. Memang fun sangat lah bagi saya. In Shaa Allah Oktober tahun ni saya sertai lagi.

@sofieluthor

Other 10 drawing of ##Inktober2020 💛

♬ How You Like That - BLACKPINK

In Shaa Allah bila saya dah bersedia kelak, saya akan open tempahan lebih luas lagi. Buat masa ni, gitu gitu saja lah.


3. FOREX TRADING

Pada tahun 2012, saya sanggup berhenti kerja dan trading sepenuh masa. Blogging tu jadi sampingan masa tu. Tapi, Forex ni bukan diri saya walaupun ketika tu seronok juga buka kelas Forex basic dan berjumpa dengan kawan kawan borak tentang benda ni. Lama lama saya bocor lah juga sebab, Hmm...Rasa kehilangan diri sendiri sebab... Forex totally bukan saya.

Saya mengambil keputusan untuk tidak menjadikan Forex sebagai kerjaya utama saya.

Sekarang ni, saya trading untuk diri sendiri sahaja. Dah tak ada lah buka signal trading semua. Group semua saya bubarkan. Kalau nak menulis tentang Forex ni, saya okay sahaja lah. Sebab asasnya adalah menulis. Tapi kalau nak buat coaching OMG! Big no. Penat lah... Penat sebab... tak semua yang datang cari saya tu faham risiko.

Forex ni bukan macam kita kerja makan gaji. Setiap bulan akan dapat gaji. Dah tu, jumpa pula orang yang, kalau boleh nak profitable meningkat setiap bulan tapi tak faham teknik. Macam mana? macam mana laaa nak jelaskan dengan orang macam ni?

@sofieluthor

Hari ni open 1 entry kat pair ##GBPUSD. 📈📉 ##SofieLuthor ##Tribe769 ##esekeli ##Vlogging ##foryou

♬ SAD! ~ lofi - Closed on Sunday

Akhirnya, di sini lah saya trading untuk diri sendiri sahaja. Part time.


4. SHOPEE AMBASSADOR // AFFILIATE

Shopee bagi email tahun lepas. Sekitar hujung tahun 2020 macam tu. Invite jadi affiliater mereka. Ambassador tu nama sahaja. Sebenarnya benda ni affiliate. Buat something, dapat something. Tak buat something, tak dapat something. Macam tu lah lebih kurang. Keuntungan berdasarkan sales.

@sofieluthor

Reply to @tengkubutangofficial semua link dah up kat highlight story Instagram bertajuk Shopeeing 🧡 stand pink saja yang ada cermin ✨

♬ original sound - Sofie Luthor 💛

Saya cuba buat benda ni for 3 months dan saya tak dapat results yang memuaskan mungkin sebab saya mempunyai target audience yang salah. Atau mungkin, cara tak betul. Saya tak pasti. Buat masa ni, memang saya still buat affiliate ni. Cuma bukan sepenuh masa.

Tu je lah yang saya buat setakat ni.

Semoga menjawab soalan dan yang masih tak tahu, tahu lah apa yang saya buat sekarang. Apapun, kerja utama saya adalah menulis blog. Nak bekerjasama boleh hubungi saya di alamat email : Admin@sofinahlamudin.com.

Kepada korang yang sudi membaca, terima kasih.

Jumpa lagi di blogpost seterusnya.

Wassalam.


With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @peculiarescapism, @sofieluthor.


Share:

Jumaat, 11 Jun 2021

Bangkit dari Kegagalan

Bangkit dari Kegagalan

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM~

Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,

Saya sebenarnya masih ada isu dengan diri sendiri. Isu dalaman. Masih tak selesai selesai lagi sejak berkurun lamanya. Agaknya saya ni insecure atau overthiking atau anxious tak bertempat kot. Agaknya? Bukan agaknya. Memang pun sebenarnya. Terimalah hakikat walaupun pahit dan sukar nak ditelan. Tak perlu nak nafikan untuk defend diri. Tak ada gunanya menegakkan benang yang basah.

Dulu, saya bukan main lagi update blog ni hampir setiap hari. Ya! Hampir setiap hari saya menulis kisah hidup sendiri di sini. Meluahkan perasaan, menumpahkan fikiran, dan melontarkan pendapat peribadi tanpa wujud rasa gusar dan gundah gulana tanpa sebab.

Apakah semua ini? Kekurangan tenaga kerana sudah berada di level 3 series? Atau adakah ini yang dipanggil penyakit 'dalaman'. Insecure, anxiety, phobia, atau depressioon? Kehilangan minat, kehilangan inspirasi, kehilangan motivasi, dan seumpamanya? Atau juga berputus asa?

Banyak yang terbuku di hati yang hendak saya buang ke laman blog ni. Ada masa saya tegas berfikir, biarlah saya semadikan kisah hidup saya di blog ni meskipun tiada sesiapa pun yang nak tahu. HhaHa...

Nama pun personal blog. Bukan professional blog/website. Apabila banyak idea datang bertubi tubi, biasanya saya jadi tak tentu hala. Gelisah tidak keruan. Mula tidak boleh melelapkan mata. Akibat beban semangat hendak menulis yang tiba tiba muncul tak kena pada masa yang tepat.

Mungkin juga, dibebani dengan fikiran yang tidak wajar. Perasaan yang jelik tanpa ada puncanya. Apabila bangun pagi, di siang hari, melabuhkan punggung dan duduk tegak di kerusi meja komputer, mata tepat memandang ke skrin komputer, tangan memegang papan kekunci -- Malang! Satu perkataan pun tak ada yang mampu ditaip! Tiba tiba celaru dan serabut otak dibuatnya. Tiba tiba merasa ntah berbaloi kah yang dibuat. Perlukah ditulis? Mungkin tidak perlu? Tiba tiba kecut perut. Tiba tiba jadi pengecut.

Esok, saya wajib bangun seawal mungkin untuk kelas atas talian. Zaman pandemik, atas talian menjadi harapan. Tapi, raikanlah sebab masih ada peluang jumpa walaupun sekadar atas talian daripada tiada langsung. Saya tahu, ini semua menakutkan, tapi apa pilihan yang kita ada?

Online class esok dengan si adik cantik manis. Malam ni, maksud saya, pagi ini (3:07 am), saya sedaya upaya menyusun ayat sebaik mungkin dengan begitu struggle sekali di sini. Ya, di sini -- di pulau Labuan yang semakin tenat dengan kes Covid-19 meningkat setiap hari bermula pada Aidilfitri lepas. *nangis* Temujanji my mom ke hospital di seberang sana terpaksa saya tangguh demi keselamatan dan SOP. Arggghhh saya tidak patut memikirkan benda ni. Shuhhh shuhhh...

Cuba menulis ala kadar di sini walaupun payah demi mendapat tidur yang nyenyak malam ni. Maksud saya, pagi buta ni.

Perbincangan dengan Mr.Bee di siang hari tadi, sedikit sebanyak menyedarkan saya. Sedar dari tidur lena, buaian indah yang tidak wujud. Apa sebenarnya yang saya tercari cari lagi? Saya seorang blogger. Kebetulan sahabat lama sempat sembang panjang siang tadi di aplikasi yang sedang berkembang sekarang, WHATSAPP!. Menguatkan lagi tamparan di muka. 

"Teruskanlah berkarya" katanya. Saya seorang blogger. Blogger Malaysia yang menulis di platform Blogspot ni demi berbakti kepada mereka yang perlukan blogger iaitu mereka yang sanggup mengeluarkan dana atau wang ringgit demi secebis karangan yang mereka gelar artikel. Mungkin tidak sesuai dipanggil 'berbakti' tetapi 'bekerjasama'.

Mungkin saya down kerana saya seorang blogger yang kesunyian. Hhhahaha. Maksud saya, seorang blogger dari negara Malaysia tanpa ditemani blogger dari Pulau Labuan. Dah lah Pulau, sendirian pula. Blogger dari Wilayah Persekutuan mungkin ada lagi yang aktif. Mungkin mereka sedang bersembunyi. Mungkin. Saya tak tahu. Ada masa saya berfikir bukan bukan. Warga Labuan, kenal tak dengan Blogspot. Warga Labuan, tak ada kah lagi yang berminat dalam dunia penulisan blog?

Ada masa, saya rindu macam dulu. Masing masing nak ada blog sendiri untuk update kisah hidup untuk dikongsikan bersama rakan blogger yang lain. Zaman dah berubah. Kebanyakannya sudah mula berhijrah ke media sosial yang lain dan saya... tetap setia di sini demi pendapatan yang dianggap gaji bagi seorang blogger.

Tapi...,masih lagi saya lupa dan alpa. Masih mencari cari nak jadi apa. Masih tertanya tanya diri ini siapa. Saya tak kata saya hebat. Blog pun masih klasik. Cuma, saya sepatutnya fokus, konsisten, dan bersyukur sebab... Dulu...inilah impian saya. Menjadi blogger yang menghasilkan pendapatan. Bila dah dapat? Saya sia sia kan.

@sofieluthor

Baru bangun dari kegagalan. Nak start balik. Sy lupa saya ni blogger 😵😭 Story at www.sofinahlamudin.com 💛 ##SofieLuthor ##Tribe769 ##MalaysianBlogger

♬ Countless - Official Sound Studio

Walaupun pendapatan tak banyak, tak gempak, tapi  tetap cukup. Namun, mengharap lebih lagi. Cuma perlukan penggandaan usaha. Jadi, yang saya masih tercari itu tercari ini dah kenapa? Betullah orang cakap, kuman di seberang nampak, gajah depan mata tak nampak.

Maka, taubatlah saya. Tak payah jadi benda lain. Jadilah blogger yang sudah dicipta sejak tahun 2006 ni. Nak apa lagi?

Terima kasih kepada mereka yang masih mempercayai saya untuk karya yang tidak seberapa. Video di atas, saya kongsikan dengan korang beberapa tasks yang sedang saya kerjakan sekarang. Antaranya adalah 'hutang'. Wajib bayar. Submit saja lah walaupun dah basi. Hhuhu... 

Sepatutnya saya bersyukur dan ucapkan "Alhamdulillah" kerana impian tercapai. Haih, dah Allah beri betis nak paha pula. Ketuk kepala tu!

Maka, bangkitlah saya dari kegagalan yang kononya tiada kesudahan ini. Berhentilah saya mempercayai ilusi diri sendiri. Lama lama jadi halusinasi baru tau. 

...dan, siaplah penulisan ini selama lebih kurang 30 minit. Hmm... Tak ada lah susah mana, Sofie. Just do it! Stop overthiking. Tapi..

ehh tapi apa lagi? entahlah... tetiba ada tapi pula. K bai.

Kepada korang yang sudi membaca, terima kasih.

Jumpa lagi di blogpost seterusnya.

Wassalam.


With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @peculiarescapism, @sofieluthor.



Share:

Selasa, 13 April 2021

Catatan Ramadhan 2021 | Hari Satu

Catatan Ramadhan 2021 | Hari Satu

BISMILLAHIRAMANIRRAHIM~

Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,

Alhamdulillah... bertemu lagi kita di Bulan Ramadhan yang mulia dan penuh berkah ni. Tahun ni saya mengambil keputusan untuk menulis blog setiap hari sepanjang Bulan Ramadhan tahun 2021. Dahulu kala (dah lama sangat nampaknya) saya selalu menulis aktiviti di Bulan Ramadhan di blog untuk dijadikan kenangan. Tapi, terdapat beberapa blogpost Ramadhan yang saya sudah tidak buka untuk bacaan umum lagi sebab gaya penulisan agak terlebih complicated. Hhahaha... Maklumlah... dulu dulu kan. Memang penulisan tu ada masa macam menghantar pesanan ringkas. Dengan singkatan dan huruf besar kecil sengaja disusun pelik pelik. Aduh! Sakit mata pula walaupun sendiri yang baca. Hhehe...


Selain dari menulis, jika ada masa terluang dan mengizinkan, saya akan buat rakaman vlog ringkas untuk saya muat naik di aplikasi Tiktok dan Instagram. Facebook? Hmmm... saya ada isu sedikit dengan Facebook ni. Hhaha... Vlog untuk tatapan sendiri di masa depan. Jika ada sahabat sosial media yang suka, Alhamdulillah kita raikan bersama. Kalau tak suka, saya harap, tak perlulah tonton untuk sakitkan mata sendiri. Hhuhu...

Video di bawah ni video ringkas Ramadhan hari pertama saya. Tapi tu lah, di pertengahan hari tu, lupa pula nak rakam... Apa daaa... Hakhakhak... So, ini saja lah apa ada nya.

@sofieluthor

Ada urusan urgent. Terus lupa buat record moment lain 😣 Selamat berpuasa ☺️ ##SofieLuthor ##Tribe769 ##Vlogging ##foryou

♬ Ibiza - MBB

Buat masa ni memang aplikasi Tiktok tak ada niche spesifik. Just jadikan platform simpan video ringkas dan moment sendiri. Ahaks.

So, apa yang berlaku di hari pertama bulan Ramadhan 2021 dalam hidup saya? My dad terima panggilan daripada hospital. Pihak hopital kata keputusan CT Scan my mom dah siap hari ni. Macam biasa, my dad adalah seorang yang jenis mudah kalut dan kelam kabut. Saya pula jenis yang calm. Saya baru bangun dari nap, tiba tiba my dad dengan gaya kalut bagi tahu nak ke hospital ambil result CT Scan mami. Katanya nak ambil ubat darah tinggi mami sekali.

Saya dalam keadaan yang belum bersiap tak cakap banyak, bagi je my dad jalan dengan my mom ke hospital terlebih dahulu. Sebenarnya saya tahu, ambil result bukan sekadar ambil tapi sudah tentulah jumpa doktor sekali. Bila my dad sampai hospital, dia pun telefon saya bagitahu kena jumpa doktor. Hhuhu... Saya memang dah tahu tapi kena juga bagi dia jalan dulu. Level resah dia lepas terima panggilan tu agak ketara. Hhahaha...

Tanpa panjang cerita, saya dan Mr.Bee ke hospital temankan mami jumpa doktor. Sebab my dad dah mula ada masalah pendengaran. Normal lah kan, golden age. Memang tak jelas dengan apa apa yang doktor cakap. Ayah saya seorang yang suka menyelam ke laut di zaman muda untuk mencari hasil lautan. Jadi, effect ke gegendang telinga dia. Orang kata lah, buat masa ni tak pernah tanya doktor lagi.

Selain tu, my dad juga memang jenis yang tak berapa nak faham bahasa pertuturan doktor atau bahasa yang kompleks. Takut nanti dia salah faham. Jujur lah, ada masanya... saya bercakap dengan dia pun dia boleh tak faham Hhahaha... saya bertutur bukan 100% bangsa kedayan. Point of view memang selalu juga berbeza dengan my dad dari saya kecil lagi. Tak tahu lah weh... bahasa pertuturan saya ni pengaruh wayang kat TV lah kot.

Berjumpa doktor tak juga lah lama sangat. Cuma, yang buat lama ni sebab nak buat temujanji lagi dengan doktor pakar. Dua orang doktor pakar. Sebenarnya, masih dalam siasatan lagi kondisi my mom ni. Memang cukup mendebarkan. Tapi, saya mengharap perkara ni selesai dengan keadaan yang selamat. Semoga Allah memudahkan urusan keluarga saya. Semoga Allah mengangkat semua perkara perkara yang mungkin menyulitkan urusan yang sepatutnya mudah ni.

Doakan my mom okay... Sejujurnya, ni ujian yang paling challenging dalam hidup saya. Dalam banyak banyak cabaran hidup yang saya rasa mencabar adalah bila perkara tu melibatkan my dad. Tapi, kali ni lebih mencabar. Level kali ni bagi saya tinggi sangat ni. Saya harap Allah permudahkan urusan dan memberikan kesembuhan buat my mom. Semoga Allah kurniakan keajaiban. Amiinn...

Oh ya! Di hospital saya terserempak dengan bekas guru saya. Dulu dia mengajar saya mata pelajaran Kimia. Wahhh lama juga dia mengajar kat sekolah saya tu. Boleh tahan. Katanya, sekolah saya dah tak ada Science Stream. Sains biasa sahaja yang ada. Tersentap pula saya seketika. Hhahaha... dulu saya wish sangat saya bukan student Science Stream. Ambil bidang gempak, nampak hebat tak ada gunakan tanpa passion. Nampaknya wish saya tu terkabul sekarang. Toeng... Tak borak banyak sangat dengan dia sebab terasa juga serangan social awkward kat situ. Hiks. Dalam kepala ligat berfikir nak apa, borak apa... Hhahahahaha... parah.

Selesai sahaja urusan di hospital, saya dan Mr.Bee terus balik rumah. Awal Ramadhan ni planning memang nak menikmati puasa dengan aktiviti indoor sahaja. Taknak keluar sangat. Bazaar Ramadhan? Nope buat masa ni. Hhuhuhu...


What I wanna Do for Ramadhan?

Membaca buku Islamik

Saya pilih 4 buah buku sahaja. Tak boleh nak banyak banyak. Saya slow reader. Hhuhu...

@sillywonk.vibe

Books to be read for Ramadhan. I choose 4 of them.✨💛🌟💪 ##SillyWonk ##Booktok ##Tbr ##IslamicBooks

♬ Close to You - Maher Zain

Tafsir Al-Quran

Belajar untuk faham maksudnya. Nak buat nota sikit. Banyak kena catch up dan belajar. Wish me luck ya sahabat.

@sillywonk.vibe

With ##pomodorotechnique ✨✍️##Study ##SofieLuthor ##StudySpace

♬ I'm Fine - Nathan Hartono

Mengaji Sabtu Ahad

Ni mengaji dengan seorang anak muda. Anak perempuan seorang ustaz. Jiran baru saya sekitar tahun 2017. Sweet sangat orangnya. Baik hati dan lemah lembut. Alhamdulillah, ada peluang mengaji dengan dia. Rezeki ilmu Allah beri.

Mengaji Di Masjid Isnin-Rabu

Hhaaa... yang ni pun sesuatu yang saya sangat happy. Bukan senang nak dapat tau ni dulu. Dulu saya kerja kat bandar, memang tak ada masa lah mengaji kat masjid. Nak join kelas ilmu macam ni segan tahap tak tahu nak cakap macam mana. Ada hati tapi action tu berat dan susah. Alhamdulillah sejak kahwin, Mr.Bee banyak memberi sokongan benda positif macam ni. Semua mudah je. Tinggal saya je nak ambil ke tak peluang ni.

Buat Scrapbook

Ini namanya hobi. Hhahahaha. Saya ada projek scrapbook gigantic. Tak pasti lagi nak buat content macam mana. Tapi, kalau nak buat tema tu rasanya nak buat random saja lah kot.

@sillywonk.vibe

I'm making gigantic scrapbook ✨ ##SillyWonk ##scrapbook ##foryou 💛

♬ Mabuk Lagi (Remix) - syhhafiq

Melukis

Melukis pun hobi juga. Buat masa ni nak lukis untuk fun sahaja dulu. Terapi. Mudah sangat stress sekarang ni. Hmm... Nak juga buka semula untuk tempahan logo. Tapi masih 50:50 lagi benda ni.

@sofieluthor

Tell me ☺️🙈 ##drawingchallenge

♬ original sound - SimJim6627

Blogging

Blogging sekarang memang sedang on. Nak clearkan draft. Banyak story sebenarnya nak kongsi. Semua duduk dalam draft. Nak edit sikit sikit dulu baru publish.

@sofieluthor

Nak jadi blogger? ##SofieLuthor ##bloggermalaysia 💻

♬ оригинальный звук - ✨ⲘⲒR ⲆⲞRⲀⲘ✨

Sampai sini saja dulu sembang bulan Ramadhan hari satu. Jumpa esok. In Shaa Allah. Selamat menjalani ibadah puasa buat semua muslim dan muslimah. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita dan memberikan kita kekuatan agar menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Amiinn...

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @peculiarescapism, @sofieluthor.


Share:

Sabtu, 7 November 2020

Akibat Membayar RM250.00 Bulan Ini Untuk Bil Celcom, Saya Korbankan Lagi RM99 Agar Tidak Berulang Membayar RM250 Di Masa Depan

Biasanya Bayar RM2 Sahaja Setiap Bulan. Bulan Ini, Saya Terpaksa Bayar RM250.00 Hanya Kerana Satu Kesilapan Penggunaan Internet Celcom

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalammualaikum dan Hai My Sugarpeeps!,

RM250 tambah dengan RM99 bersamaan RM349. Uhrmm... Banyak juga ya... Belum tambah dengan caj penggunaan telefon, pesanan ringkas, bil tambahan yang saya selitkan ke bil Celcom setiap bulan. Agak agak, RM300++ ni boleh guna untuk apa?

Internet Celcom Mahal

Kalau saya, saya terfikir juga boleh buat untuk cabut gigi bongsu saya yang sedang berlubang sekarang ni. Sebenarnya, boleh buat lebih dari satu rawatan gigi. Kan? Hhahaha... Tidak pun, saya mungkin boleh belanjakannya untuk bata, simen, atau pasir untuk projek SOHO kecil kecilan saya bersama Mr.Bee (Ruang kerja kampung kampung laa...). Tidak pun, saya boleh beli untuk hobi melukis yada yada...

Apa Sebenarnya Yang Sudah Terjadi?

Di suatu pagi, saya bangun seperti hari hari lain (Rutin harian) di sebabkan bunyi penggera yang saya set di telefon saya. Selesai menutup penggera, saya lihat terdapat beberapa pesanan ringkas. Lalu, saya pun membukanya satu persatu. Macam biasa, pesanan ringkas mengenai SOP berkenaan Covid-19, promosi Digi, dan juga Celcom. Apabila melihat pesanan ringkas daripada Celcom, saya cepat cepat membukanya, nak tahu bulan ni nak kena bayar berapa.

Terbuka sahaja mesej tu, mata saya terus ke jumlah bil yang perlu dibayar. Dari mata yang mamai baru lepas bangun tidur, jadi terang benderang bak lampu spotlight perlawanan bola sepak di stadium. Gosok mata sikit, manalah tahu saya belum bangun lagi. Masih bermimpi. Hhahaha... Terkejut teruk! Bil tiba tiba berjumlah RM310 keatas.

OMG!omgomgomgomgomgomgomg... Terkejut tapi cuba cool lah macam biasa. Hhuhuhu... saya pun cepat cepat check apa sebenarnya yang berlaku? Apa saya dah buat kat Celcom ni sampai jadi macam tu? Bila masa pula saya bergayut? Member nak bergayut pun tak ada. (Fakta : Saya texting person bukan calling/video callHhaha...

Bila buka senarai caj yang saya gunakan, di sana tertera RM250 penggunaan internet yang seciput! Hanya 24MB sahaja, saya sudah dikenakan bayaran RM250. Sekarang saya dah tahu apa yang berlaku. Confirm sure, bulan Oktober tempoh hari, di mana tarikh yang saya sendiri pun tak tahu bila, saya ter-on data a.k.a internet simkad Celcom tanpa sengaja.

Telefon saya tu, dual sim. Kat dalam ada Digi dan Celcom. Saya langgan internet bulanan menggunakan Digi. Bukan Celcom. Telefon pula jenis lama, setting tak ada lock data sim1 atau sim2. Jadi, anytime boleh tertekan salah sim untuk buka data.

Bila saya tak ada beli internet bulanan kat postpaid Celcom saya ni. Jadi, bila kita terbuka internet, Celcom akan caj kita mahal tahap tak boleh nak nego macam di pasar malam. Celcom akan caj kita se-EKLUSIF yang mungkin.

Bagaimana Nak Periksa Bil Celcom Jika Tidak Ada Bil Sampai Ke Alamat?

Rasanya semua pengguna postpaid Celcom dah tahu tapi tak apa, saya kongsikan saja. Mana tahu masih ada yang memerlukan info ni.

Biasanya, bil Celcom akan dihantar ke alamat yang kita daftarkan semasa kita beli Postpaid Celcom. Dulu, sekitar tahun 2009-2010 macam tu, saya guna alamat tempat saya bekerja. Semua senarai penggunaan kredit Celcom seperti nombor siapa yang kita telefon, kita hantar pesanan ringkas kepada siapa, senarai caj tambahan, atau apa sahaja caj akan dihantar ke alamat tersebut dalam bentuk surat. Kalau senarai kita panjang berjela, maka tebal lah sampul surat tu. Muka surat senarai pun banyak.

Kemudian, saya tukar alamat bil Celcom saya apabila saya sudah tidak bekerja lagi di sana. Jika korang tidak terima bil Celcom korang di alamat tempat tinggal korang sekarang, korang boleh ke Celcom Center untuk tukar alamat, mungkin bil korang sampai ke alamat lama.

Namun, saya tidak ingat pada tahun bila, bil dalam bentuk kertas (hard copy) dikenakan caj tambahan untuk melindungi alam sekitar. Maksud disini, nak mengurangkan penggunaan kertas untuk mengurangkan penebangan pokok untuk membuat kertas dan sebagainya. Disebabkan saya tidak perlukan bil dalam bentuk cetakan, saya tukar kepada bil dalam bentuk digital di Celcom Center.

Jika kita gunakan bil dalam bentuk digital (Soft Copy), kita perlu mendaftarkan akaun nombor telefon kita di www.celcom.com.my untuk memudahkan kita mengubah profil kita termasuklah untuk kita muat turun bil kita, ke telefon pintar ataupun ke komputer kita di rumah dalam format PDF.

Senang kita nak periksa bil kita. Hanya login dan periksa. Sekarang, lagi senang sebab dah ada aplikasi Celcom untuk telefon pintar. Tak perlu susah susah nak buka laman sesawang Celcom do komputer. Tapi, rasanya laman sesawang mereka sudah pasti mobile friendly sekarang ni.

Dilema Lah Pula

Celcom saya ni sebenarnya tak ada lah penting sangat. Saya boleh sahaja terminate bila bila masa sebab saya dah ada nombor lain. Tapi, tak tahulah... Sayang pula...Hhahaha!

Plan celcom ni, bayar sewa hanya RM2.00 sebulan. Tak ada lah mahal cuma ni plan lama. Memang kalau nak langgan internet boleh tahan mahal. RM30++ hanya dapat dalam 3GB internet sahaja. Selain tu, saya sangat selesa dengan postpaid sebab tak perlu nak top-up berulang kali. Nak telefon? Just telefon tak perlu periksa ada kredit ke tak ada. Tak perlu periksa kredit tamat tempoh ke belum.

Sebenarnya, ni kali ketiga saya terbuka data Celcom saya ni. Kali pertama dan kedua mungkin dua tiga tahun yang lepas. Membazir sangat...Tapi nak deactivate postpaid ni, saya berat hati. Hhahahaha... Saya dah gunakan nombor ni sangat lama.

Mr.Bee suggest agar saya tukarkan kepada prepaid. Masalah saya, kalau tukar jadi prepaid, buat apa simpan? Elok terminate. Sebab saya dah ada nombor prepaid. Saya simpan Celcom ni sebab nombor ni postpaid dan sewa hanya RM2 sebulan. 

Fikir punya fikir, saya pun buat keputusan untuk...menerima hakikat RM250 saya perlu bayar sebab kecuaian sendiri. Untuk mengelakkan saya terbuka data internet Celcom ni di masa depan sekali lagi, saya korbankan RM99 untuk sebuah telefon bimbit klasik atau telefon bimbit yang di dalamnya hanya ada keperluan asas. Tak boleh akses internet pun. Hhahaha... kelakar pula rasanya bila menggunakan telefon klasik. Nostalgia betul!

REVIEW DAN UNBOXING NOKIA 106

Review dan unboxing Nokia 106
Pada mulanya, saya nak beli telefon jenama Land Rover. Pernah nampak tak? telefon yang ala ala army tu? Nampak betul betul tough! Tapi kedai yang jual telefon tu, tutup pula. Nak beli kat Shopee kena menunggu lagi. Uhrmmm... Tak boleh nak sabar. Rasa gelisah dan risau terbuka data Celcom lagi. 



Sekarang sedang PKPB kat Labuan. Tak nak juga berlama lama kat luar rumah. Jadi nak cari kedai telefon ke sana ke mari memang tak nak. Akhirnya, saya beli jenama kegemaran saya di zaman sekolah dulu. NOKIA. Tehee... Nokia 106 hanya ada keperluan asas seperti kalendar, jam, buku telefon, pesanan ringkas, bertelefon, dan permainan klasik seperti game ular dan 'susun bata'. Hhahaha...

Yakin sangat tidak akan mungkin ada kesilapan terbuka data internet lagi lepas ni. Walaupun telefon ni telefon klasik, ada juga beberapa perkara yang menjadi kelebihannya. Antaranya:

Kelebihan Nokia 106

Permainan Video

Terdapat 7 permainan video yang menghiburkan hati selain dari rasa lucu sebab permainan tu memang mengembalikan memori pengguna telefon bimbit klasik. Gamenya adalah Snake Xenzia, Tetris, Sky Gift, Air Strike, Nitro Racing, Ninja Up, dan Danger Dash .

Nokia 106 The Nokia Classic
NOKIA 106 #TheNokiaClassic

Kenapa Nokia 106 lebih bagus
Tak ada warna lain untuk model ni. Hanya ada dark grey.

Nokia 106 boleh main permainan video
Kecik sahaja...

Saya dan kawan kawan siap boleh hantar SMS tanpa tengok keypad ni. Hhaha... Masing masing bawa HP ke sekolah, tangan ber-SMS bawah meja, kepala tengok depan. Hhaha...

Charger jenis micro... Tengah tu lampu suluh dan macam biasa ada earphone jack untuk dengar radio.

Tetris betul betul mengimbau kenangan zaman kanak kanak. Hhahaha! Saya dan sepupu sepapat masing masing ada konsol Brick Game ni dengan pelbagai rekabentuk. Kalau Snake Xenzia pula membuatkan saya teringat dengan telefon lasak kakak saya NOKIA 3310 bewarna biru gelap (Navy) dan silver.

Air Strike dan Nitro Racing pula mengingatkan saya dengan permainan video tape yang pernah ayah saya belikan sekitar tahun 1997-1999. Ninja Up, Danger Dash, dan Sky Gift tidak pernah saya lihat sebelum ni.

Menghiburkan hati juga bermain permainan video NOKIA 106 ni. Rasa rileks juga...boleh tahan terleka juga saya seketika...Hhehehe... Cuma, skrin kecil. Kalau nak main Tetris, rasanya puas hati layan guna design 90-an. Nak tekan pun senang sebab besar sesuai dengan tangan orang dewasa. Nokia 106 ni kecil sahaja. Saiznya lebih kurang Nokia Butterfly. Yang pernah guna Nokia butterfly, pasti tahu saiznya.

Bateri

Baterinya hanya 800Mah tetapi boleh bertahan selama 21.9 hari jika tidak digunakan (Mode Standby). Boleh bertahan selama 15.7 jam untuk bertelefon. Ada yang sanggup bergayut begitu lama ke? Zaman sekarang mungkin, orang lebih memilih untuk buat video call. Kann?

Tapi, dengan ketahan bateri macam ni, saya rasa memang patut ada untuk kita jadikan spare telefon ketika perjalanan jauh. Manalah tahu, power bank pun dah kehabisan tenaga nak beri kat smartphone. Boleh lah guna telefon klasik ni untuk buat panggilan.

Lampu Suluh

Sama macam telefon lain, telefon ni direka dengan lampu suluh. Cuma, lampunya kurang terang pada pendapat saya. Kalau nak menyuluh jauh memang tak boleh. 


Buku Telefon

Dahsyat! Boleh simpan hingga 2000 senarai telefon. Korang yang ramai kenalan boleh lah masukkan senarai telefon banyak banyak. Hhehehe...

Tahan Lasak

Macam biasa, telefon macam ni memang sudah pasti tahan lasak. Paling tak boleh nak nafikan, kalau hilang tak ada siapa nak kisah rasanya. Hhahaha... OK, Kidding. Kalau saya, saya kisah tau...

Dual Sim

Yang suka guna banyak nombor, boleh letak dua simkad kat telefon ni.


Itulah beberapa kelebihan telefon ni yang saya boleh kongsikan. Warnanya kelabu gelap seakan hitam. Permukaan telefon ni jenis yang tidak meninggalkan kesan cap jari kecuali di skrin. Kalau disentuh rasa lembut je permukaan tu cuma, agak slippery la... 

Kalau rasa macam nak berehat dari dunia internet, boleh lah ON telefon ni saja kat rumah buat sementara waktu. Kalau ada hal penting, gunakan perkhidmatan telefon saja. Kann?

Dengan adanya NOKIA 106 ni, selesailah masalah saya. Tak ada lagi rasa risau data ter-ON tanpa sengaja...Hhahaha...


Terima kasih sudi membaca.

Semoga bermanfaat.

Jumpa lagi di next blogpost.


With Love,

#Sofinah696 💕

Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @peculiarescapism, @sofieluthor @mudahkayadotcom, @howtoanythingmy .


Follow my blog with Bloglovin ðŸ’‹


Share: