SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Ahad, 27 Ogos 2017

Apa nak buat jika barang dari CHILINDO tak sampai-sampai?

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Berjumpa lagi di entri berkenaan CHILINDO.

Korang pernah mengalami masalah sama seperti saya? Excited membida barang-barang dari CHILINDO kemudian buat pembayaran melalui online banking. Lepas tu, selepas 3 hingga 4 hari barang tak sampai-sampai ke alamat kita. Sedangkan, CHILINDO berjanji kepada pelanggan mereka untuk memproses barang bidaan kita yang sudah menang dan sudah pun dibayar tu dalam masa 24 jam. Tempoh penghantaran adalah 3 hingga 4 hari waktu bekerja.

Antara Insan-insan yang mempunyai masalah barang tak sampai.

Jika korang mengalami situasi barang CHILINDO lambat sampai lebih dari 3 hingga 4 hari, jangan panik dulu. hehe. Mungkin posmen tu pergi minum kopi kejap kat warong Pak Haji. Tapi...

...tapi, jika barang korang tak sampai-sampai lebih seminggu, lebih dua minggu, lebih sebulan, jangan tunggu! jangan diam!

Jangan tunggu dan lihat saja. Jangan diam-diam je. Tapi tak bermakna pergi meroyan atau marah-marah atau attack klik>>page facebook CHILINDO<<klik dengan kuasa Goku atau Pokemon pula. Kita faham Pokemon kita memang ada banyak kuasa. Kalah air, guna api, kalah api guna racun. meh~

Saya menghadapi situasi ni pada bulan Ogos ni. Seperti yang saya kongsikan di entri-entri sebelum ini,

💟klik>>Tips Membeli atau Membida Barangan di CHILINDO dengan harga yang MURAH<<klik
💟klik>>Cara dan Kaedah Pembayaran Selepas Membida di CHILINDO<<klik
💟klik>>Penghantaran Barang dari CHILINDO hingga depan rumah (Part 1)<<klik
💟klik>>Penghantaran Barang dari CHILINDO hingga depan rumah (Part 2)<<klik

Saya mempunyai dua parcel dari CHILINDO yang saya gelar :

Pembidaan pertama
dan...
Pembidaan kedua

Pembidaan kedua, Alhamdulillah sampai dengan selamat selepas 5 hari (Termasuk Sabtu Ahad).Jadi, kira 3 hari dah sampai la tu. PERFECTO! Boleh tengok foto barang-barang tersebut di entri - klik>>Penghantaran Barang dari CHILINDO hingga ke Depan Rumah? Bunyi Macam Selamat! (Part 2)<<klik untuk lihat kualiti barang.

Tapi, pembidaan pertama tak sampai lagi. Sepatutnya, pembidaan pertama sampai dulu sebab lebih lama dari pembidaan kedua. Bila saya check status parcel pembidaan pertama ni, resultnya asyik "Record Not Found" kat poslaju dan "Delivery Pending" kat Ninja Van. Huhu.. Sedihkan.



Walaupun tak banyak sangat barang-barang tu tapi RM40++ tu kalau beli barang lain, boleh tahan juga kan. Beli makanan kegemaran ke. Ngehehe! Makanan juga yang disebut. 😀

OK! Jika berlaku kejadian seperti ini, langkah pertama adalah dapatkan alamat email dari CHILINDO dan NINJA VAN.

Langkah kedua, Selepas dapatkan alamat email kedua-dua belah pihak ni, sediakan beberapa bahan bukti pembelian kita seperti :

💟Bukti pembayaran
💟Invois pembelian (Senarai barang yang dibayar)
💟Screen Shot status parcel di Ninja Van dan Pos Laju.
Langkah ketiga, emailkan CHILINDO dulu. Tanya apa status barang kita dari pihak mereka. Dan tanya kenapa barang kita tak sampai-sampai. Jangan lupa attach 3 perkara yang saya senaraikan kat atas.

Langkah keempat, SABAR. Tunggu respon CHILINDO. Jika tak ada respon selepas 24 jam, boleh cuba hubungi CHILINDO dengan cara lain seperti menelefon pihak mereka. Tapi, macam biasa, perbualan telefon kurang effective sebab tak ada hitam putih perbualan kecuali kita rekod perbualan. Boleh juga hubungi mereka di page facebook.


Langkah kelima, sekiranya selepas 3 hari tak ada juga respon dari pihak CHILINDO, email NINJA VAN dengan soalan yang sama. Tapi, jelaskan barang kita dari mana. Jelaskan kepada pihak NINJA VAN, kita ada buat pembelian kat CHILINDO dan barang tak sampai lagi dari pihak NINJA VAN ke POS LAJU. Jangan lupa bagi trackingcode NINJA VAN dan Tracking number POSLAJU.

In Shaa Allah, lepas NINJA VAN nampak email ni, CHILINDO akan respon email korang. Kalau korang nak sekali jalan, tak nak tunggu-tunggu, email NINJA VAN, terus CC ke CHILINDO Malaysia, Thailand, Norway dan Australia email korang tu. Email biar dalam bahasa inggeris supaya semua pihak faham.

Mungkin, barang saya hanya RM40++, mana tahu barang korang beratus-ratus. Jadi, inilah langkah terbaik untuk pastikan barang korang sampai. Mungkin dalam perjalanan/proses menghantar barang tu, pekerja CHILINDO tiba-tiba terpesona dengan bunga tepi jalan. Jadi dia singgah kejap. Atau unicorn tertarik dengan kotak CHILINDO korang lalu dikidnap nya dari pekerja CHILINDO tu. Terpaksa pekerja CHILINDO tu kejar unicorn tadi sampai dapat. Sebab tu lah delay sekejap. hehee...

OK! ini contoh email saya kepada CHILINDO :

Jangan gelak. Bahasa Inggeris saya memang 'OHMYENGLISH'.

Ini pula adalah contoh email saya kepada NINJA VAN selepas 3 hari CHILINDO tak respon email saya :

Kalau buka laman web NINJA VAN, buka kat bahagian contact US, kita boleh hantar email melalui situ sahaja. So, bentuk email kita akan jadi macam ni.

Selepas contact NINJA VAN, Alhamdulillah CHILINDO pun respon pada tarikh yang sama NINJA VAN respon iaitu 24 August 2017.

Kat bawah ni adalah contoh attactment yang saya sent ke CHILINDO.

Tunjukkan Invois kita.

Senarai barang-barang kita.

Trackingcode NINJA VAN kita

Tunjukkan Tracking number POS LAJU kita

Screenshot status tracking number kita.

Bukti pembayaran kita yang disertakan dengan order number,invoice number, transaction date, transaction reference.

Jumlah pembayaran.
Kenapa kita MESTI sertakan dokumen seperti di atas ketika menghantar email? OK..sebab.....

....sebab CHILINDO adalah sebuah syarikat membida, menjual, membungkus dan menghantar barang-barang. Berlangsung 24 jam sehari. Pembidaan tidak pernah tidur 24 jam. Barang-barang yang perlu dihantar semakin hari, semakin berlambak. Jadi, maksudnya...CHILINDO adalah syarikat yang sangat sibuk. SANGAT SANGAT SANGAT SIBUK setiap hari, setiap masa, setiap saat.

Malah syarikat ini juga adalah Syarikat baru, pasti mereka sedang berusaha sekeras mungkin untuk membuat perkhidmatan terbaik.

Oleh hal yang demikian, kalau kita telefon dan telefon dan telefon...
kalau kita terus komen, mesej, di facebook page CHILINDO dengan berkata,

"Barang saya tak sampai lagi... dah sebulan..."
"Barang saya dah sampai tapi tak cukup barang.. satu lagi tak ada pun.."

OK...CHILINDO tak dapat nak selesaikan masalah tersebut sebab, kita tak bagi bukti barang tu tak sampai dan tak bagi bukti pembayaran. Tak bagi nombor invois untuk disemak dan sebagainya.

Saya bagi tips keselamatan supaya CHILINDO percaya barang kita tak sampai. Terutamanya kes apabila kita ada 10 barang yang dibeli, tapi hanya ada 9 kat dalam kotak tersebut. (Tips ini hanya untuk mereka yang serius sahaja. Kalau yang tak kisah barang tak sampai dari CHILINDO, abaikan tips ni. In Shaa Allah dah let go atau pasrah atau reda).

Tips keselamatan :

💟Semasa unboxing barang CHILINDO yang dah sampai, pasang kamera (Rekod Video). Kalau boleh, rekod dari semasa kita received dari POS LAJU. Melalui video, Kotak yang sudah pernah di buka gam akan jelas (ketara). Jadi,pastikan rekod sejak dari kita buka gam kotak tu. Pastikan kotak tu 'suci' tau..belum pernah buka. Belum ada tanda-tanda gam terkoyak dan tampal balik. Hahaha!

💟Rekod video sepanjang kita checklist barang dalam kotak. Sambil checklist tu, Rakam kat video.

💟Kalau ada barang rosak semasa kita unboxing tu, tunjukkan kat video.  Bukti bukan kita yang rosakkan tapi memang dah rosak dari keluarkan dari kotak.
Memang leceh! Tapi... asalkan tak ada yang bersedih dan tak tido malam sebab barang tak sampai atau rosak tak boleh tukar.

Unboxing tersebut direkod bukan tujuan untuk kecaman atau serangan atau viral atau mengamuk atau GOKU atau Pokemon atau sebagainya. Tapi...

Untuk kemudahan kita senang dapat balik barang tersebut dari CHILINDO dan CHILINDO pun tak pening kepala. Sebab, cuba fikir... betapa rasa bersalahnya berfikir seperti ini :

💟Saya nak bagi barang yang orang tu kata tak ada dalam kotak dia. Tapi betul ke barang tu tak ada semasa dia buka kotak tersebut? Macam mana kalau dia kata tak ada selepas barang tu dikeluarkan dari kotak tersebut oleh dia pagi tadi. Lepas tu dia lupa yang dia dah keluarkan dari kotak? (Hahaha! Mudah lupa jangka pendek).

💟Saya nak bagi diorang tukar barang yang rosak tu tapi macam mana kalau bukan rosak semasa dalam kotak? Macam mana kalau kotak tu dibuka oleh anak buah dia, lepas tu anak buah dia ter-rosakkan barang tu, lepas tu, dia letak balik dalam kotak elok-elok. Kemudian, dia pun ingat barang tu dah rosak dari awal lagi (Logik tak situasi ini? meh~).
Sebab tulah, akan wujud barang tak akan dihantar kepada kita sehingga kita buktikan apa yang kita cakap.

Jika korang adalah PEMINAT atau CHILINDO ADDICT, bolehlah sertai group facebook klik>>CHILINDO MALAYSIA<<klik untuk mendapatkan lebih banyak tips,pendapat dan review barangan CHILINDO.

Kembali kepada status parcel pembidaan pertama saya yang asyik "Record Not Found" tadi, ALHAMDULILLAH... CHILINDO sudah pun memberikan update melalui mesej di Page Facebook dimana parcel saya sedang dalam perjalanan ke alamat saya! Yayh!!

Status terkini parcel Pembidaan Pertama saya (27/08/2017) :



Jadi, ini maknanya saya dah boleh pick up parcel kat Pos Laju...! yayh!
Kalau saya dah pick up parcel ni kat pos laju, nama saya akan tertera kat atas sekali. Success!

Haa... macam tu la...

Terima kasih kerana membaca entri ini, ya.
Semoga dapat membantu korang semua.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin ðŸ’‹

Share:

Penghantaran Barang dari CHILINDO hingga ke Depan Rumah? Bunyi Macam Selamat! (Part 2)

Assalammualaikum Bloggers dan Readers!, Hi guys!

OK now nak cerita pula "Penghantaran Barang dari CHILINDO hingga ke Depan Rumah? Bunyi Macam Selamat! (Part 2)" selepas jari bertungkus lumus menaip "klik>>Penghantaran Barang dari CHILINDO hingga ke Depan Rumah? Bunyi Macam Selamat!<<klik (Part 1)".

Kat entry saya yang part 1, saya ada kongsikan status parcel yang success, kan?
Status parcel yang success itu adalah merujuk kepada pembidaan saya yang kedua. Pembidaan pertama masih "Record not found". Saya rasa sedikit pelik sebab pembidaan pertama sepatutnya sampai dulu ke tangan saya tapi nampaknya barang-barang pembidaan kedua yang sampai dulu.

Pada 21 Ogos 2017, barang-barang pembidaan kedua saya sudah pun sampai ke WP.Labuan. YeayhH! Selamat sampai tetapi...

...yes! Ada tetapi sebab....

Terkejut dengan cara CHILINDO packing barang yang nak dihantar kepada pelanggan.

Mereka hanya masukkan kesemua barang-barang dalam satu kotak yang sama tidak kira barang tu macam mana. Mudah pecah atau tidak. Sebenarnya, tidak kisah pun nak masukkan dalam satu kotak, cuma cara packing tu saja yang perlu diperbaiki.

Jika penghantaran adalah adalah jenis COD, rasanya tak apa kalau tak packing elok-elok untuk barangan mudah pecah atau mudah rosak sebab penghantaran tidak melibatkan kargo kapal terbang. Kargo kapal terbang mungkin akan terdapat beberapa kemungkinan seperti kemalangan yang tidak diingini.

eh..bukan kemalangan jalan raya ye. Hehehe..

Contohnya, barang tu terjatuh atau terlepas.

Tapi, cuba bayangkan kalau packaging kita tu tak ada pun perkataan "Handle With Care" atau "Fragile". Bertambah-tambah lah risiko barang dalam kotak akan rosak.

Tips bungkus barang sebelum membuat penghantaran melalui pos adalah...

💟Pastikan kotak tidak mempunyai ruang untuk bergerak. Sumbatlah dengan apa-apa seperti kertas terpakai, surat khabar lama atau span dan sebagainya.

💟Jika barangan adalah mudah pecah, balut barang tersebut terlebih dahulu sebelum masukkan dalam kotak. Balut menggunakan kertas dengan tebal sehingga betul-betul pasti tidak akan pecah walaupun terhentak.

💟Jika dalam satu kotak tersebut terdapat barang yang berat, wajib pastikan barang tersebut tidak menghempap barang yang lain di dalam kotak tersebut. Hal ini kerana, barang yang berat tersebut akan merosakan barang yang lebih ringan dan kecil darinya. Apatah lagi kalau mudah pecah.


Jika tips di atas diikuti dengan baik, In Shaa Allah hantar kamera, handphone,laptop, TV dan barang-barang lain yang mudah pecah tidak akan rosak.

OK! Saya nak kongsikan barang-barang yang saya terima dari pihak CHILINDO 5 hari (Termasuk Sabtu dan Ahad) selepas buat klik>>pembayaran<<klik :

Not bad! Boleh bawa pergi piknik!

Dalam banyak-banyak barang yang saya bida, ini paling best.

Eggtimer! Saya dah try ni.. Masa rebus telur tu, masukkan eggtimer ni sekali, warna merah tu akan semakin mengecil. Angkat telur selepas puas  hati tahap kemasakkannya.

Yayh! MP3 untuk orang Birthday.

Jam ni, walaupun tidak seperti yang dijangka tapi still ok. Untuk my mom.

Untuk pembersihan kuku.

MR.BEE's handphone stand. Boleh digunakan secara vertical atau horizontal (Potrait / Lanscape)

Pam air yang buat masa ni tak ada kegunaan. Huhuhu...

Beg ni pun sangat cute! Untuk seseorang yang bakal birthday juga.

Untuk MR.BEE saya.. Dia tengok je jam ni terus gelak. Boleh laa katanya, bawa jalan-jalan.

Tikar Yoga atau senaman di rumah seperti senaman perut,peha dan punggung 😂

Untuk seseorang.

Untuk ayah. Simpan dalam kereta dia dan bawa kemana-mana.

Pita pengukur ni, perlukan bateri saiz AAA untuk on laser. Laser tu berfungsi untuk garisan lurus. Sesuai digunakan untuk mereka yang nak buat dinding bilik, tingkap, lantai dan sebagainya.

Lampu LED bilik tidur ni cantik sangat! Memerlukan bateri AA dan sangat sesuai untuk bilik permainan atau bilik tidur kanak-kanak.

Ni , semasa saya sedang cuba lampunya. Cantikkan! Kalau tutup semua lampu dalam ruang bilik tu, lagi menyerlah lampu perhiasan ni. Untuk seseorang juga. 

Beranikan diri dapatkan barang macam ni kat CHILINDO. Tu pun terbida harga mahal RM10 dari kat Lazada. Huwa Huwa.. But its ok. Setakat ni, saya dah cuba kamera ni.

Untuk buat koleksi bagus juga. Untuk buat recording semasa driving pun nice! Nanti saya akan review lebih lanjut mengenai kamera comel ni, OK!

Colourful! Suka warna-warni! Cute jam tangan gajah dari CHILINDO ni.

Setakat ni, ALHAMDULILLAH semua barang-barang ni sampai dengan selamat dan belum ada barang yang rosak teruk dan tidak ada juga barang yang tidak berfungsi walaupun saya tidak berpuas hati dengan cara packaging CHILINDO. Selain itu, barang yang sampai ni semua 1 invois. Alhamdulillah semua ada. Tak ada yang tercicir.

Semasa saya unboxing parcel, saya agak terkejut tengok kondisi di dalam kotak tersebut. Macam baru sahaja lepas terkena ribut taufan. Hahaha! Panik sikit. Takut barang rosak.

Dah kemek sana-sini. Hehe..

Laa...habis barang kat dalam ni SHAKING.

Pecah kotak MP3 ni. Huhu.. Nasib kotak je pecah.

Jam tangan lelaki.

Jam tangan Wanita.

Yang ni pun boleh koyak.

Retak sikit.

Huhuhu...nasib saya tak ada basikal. Kalau ada, mesti kecewa terpaksa beli yang stand basikal yang lain. hahaha!

Nasib baik jam tu masih OK.

Semasa saya unboxing barang-barang CHILINDO pembidaan kedua saya ni, dalam hati risau juga parcel pembidaan pertama saya berstatus "Record not found". Semacam ada yang tidak kena.

Setiap hari saya check status parcel tetap sama juga. Kalau parcel pembidaan kedua saya ambil masa 5 hari untuk sampai ke alamat saya, itu bermaksud parcel pembidaan pertama saya sudah pun seminggu tak sampai. Bukan tak biasa menunggu barang lambat sampai. Selalu juga buat pra-tempahan barang-barang dari luar negara kat Lazada tapi CHILINDO kan janji hantar 3-4 hari bekerja. kekekeke....

Sebab tu la asyik standby nak pickup barang kat pos laju. Haha!

Hati tak tenang la parcel pembidaan pertama tu status "Record Not Found" . Kalau lambat sampai tak apa. Macam mana kalau... tak ada?

Jadi, saya pun hantar email kepada pihak CHILINDO. Tanya berkenaan status parcel saya yang asyik "Record Not Found" ni. Yang lagi menambahkan perasaan tak seronok adalah, email tersebut tak ada respon. Huhuhu...

Jadi...

Baca kat artikel ni - "klik>>Apa perlu buat jika barang dari CHILINDO tak sampai-sampai?<<klik" untuk ketahui apa jadi kat barang-barang "Record Not Found" tersebut.

Boleh baca artikel berkaitan kat sini :

💟klik>>Tips membeli atau membida barangan di CHILINDO dengan harga yang murah<<klik
💟klik>>Cara dan Kaedah Pembayaran selepas Membida di CHILINDO<<klik

Terima kasih kasih kerana membaca.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin ðŸ’‹

Share:

Khamis, 24 Ogos 2017

Penghantaran Barang dari CHILINDO hingga ke Depan Rumah? Bunyi Macam Selamat! (Part 1)

Assalammualaikum Readers dan Bloggers!,

Sebelum ni saya ada cerita mengenai klik>>TIPS JIMAT, MURAH dan BERBALOI ketika membida di CHILINDO<<klik!

...dan juga berkongsi mengenai klik>>kaedah pembayaran di CHILINDO selepas selesai membida<<klik!

Sekarang saya nak cerita pula mengenai Penghantaran barang dari CHILINDO hingga ke depan rumah! yang berkaitan dengan tracking number.

Selepas membuat pembidaan dan klik>>pembayaran<<klik, sudah tentu kita akan merasa tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya di manakah barang kita sekarang. Apatah lagi, kalau kita dah bayar! Perghh! panik kan kalau barang tak sampai-sampai? Kalau boleh hari ni bayar, esok sampai lah!

Ok guys! Selepas buat pembayaran, kita akan dapat email, right? Email yang seperti di bawah ni :

GAMBAR 1 : KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH
GAMBAR 1 : Email yang ni, adalah email di mana kita akan jejak di mana barang kita berada sekarang.

GAMBAR 2 : KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH
GAMBAR 2 : Email ni, kita boleh check semula senarai barang yang kita sudah bayar.

Email seperti di dalam gambar nombor 1 tu penting. Buka dan baca kemudian klik pada "HERE" yang tertera di dalam email. Rujuk pada gambar di bawah kalau tak faham.

GAMBAR 3 : KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

GAMBAR 3 : Sebelum klik "HERE" sila copy dulu trackingcode dari email ini. Saya punya adalah CHI06998015. Anda punya apa?


Selepas klik "HERE", kita akan di bawa ke laman NINJA VAN! Di laman NINJA VAN tersebut, klik pada "Track Your Order".

GAMBAR 5 : KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Kemudian, masukkan atau pastekan trackingcode NINJA VAN korang ke kotak nombor 1 seperti dalam gambar di bawah ni.

GAMBAR 6 : KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Dah paste, klik "Next" . Selepas itu, kita akan di bawa ke laman Ninja Van seperti di bawah..

GAMBAR 7 : KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH
Di sini, akan tertera status barang kita dari NINJA VAN.  Ada tiga status..

💟Pending
💟Transit
💟Delivered
Kat jadual di bawah sekali (rujuk dalam gambar di atas) , kita akan tahu success atau tidak barang kita oleh pihak NINJA VAN. Kalau dalam gambar yang saya kongsikan ni, barang saya nampaknya sudah berjaya di ambil oleh pihak NINJA VAN dari CHILINDO tapi, delivery ke pos laju masih pending.

Untuk memeriksa status barang kita dari pos laju pula adalah dengan klik perkataan "HERE" yang saya tandakan nombor 2 dalam gambar di atas tu. Kemudian, copy tracking number dari pos laju yang saya tanda kan nombor 1.

Selepas klik "HERE" , akan terbuka lah laman pos laju. 

GAMBAR 8 : KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH


Tadi kita ada copy tracking number dari laman NINJA VAN kan.. haa...lepas ni kita paste kan ke kotak yang saya tandakan nombor 1 seperti di dalam gambar di atas. Lepas tu, klik "TRACK" yang saya tandakan nombor 2.

Selepas klik "TRACK" , akan keluar status-status barang kita berada di mana. Kalau kat laman NINJA VAN tadi masih berstatus transit atau delivery pending, status kat pos laju akan tertera "Record Not Found" sebab barang tu tak diterima lagi oleh pihak pos laju.

Biasanya, tak akan ambil masa lama sangat. Tapi kalau dah hampir seminggu, dua minggu tak muncul-muncul juga barang tu memang pelik!

So, lepas check status barang korang yang korang beli dari CHILINDO setakat ni macam mana? Success tak? hehe! Dah sampai ke belum?

Saya ada buat dua kali pembidaan kat CHILINDO dan dua kali pembayaran. So, maksudnya saya akan menerima dua parcel atau dua kotak dari pihak CHILINDO.

Itu juga bermaksud, saya akan menerima 2 trackingcode dari NINJA VAN dan 2 tracking number dari pos laju.

PEMBIDAAN PERTAMA atau KOTAK PERTAMA

Trackingcode NINJA VAN - CHI06998015
Tracking number POS LAJU - EG635056718MY

STATUS dari NINJA VAN adalah "Delivery Pending".
STATUS dari POS LAJU adalah "Record not found".

...sejak 16 Ogos 2017. Hahaha! Rasa semacam geram malah ada juga sejenis menyampah sebab lambat sangat. Ingat ni pra-tempahan ke? kekeke...

PEMBIDAAN KEDUA atau KOTAK KEDUA

Trackingcode NINJA VAN - CHI07011183
Tracking number POS LAJU - EG635050202MY

STATUS dari NINJA VAN adalah "Delivery Success".
STATUS dari POS LAJU adalah "Successfully delivered SOFINAH".

GAMBAR 9 : KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH
GAMBAR 9 : Beginilah statusnya kalau berjaya sampai kepada kita..

OK! Itulah sedikit perkongsian mengenai  penghantaran barang dari CHILINDO hingga ke depan rumah (Part 1).

Sambungan di sini - klik>>Penghantaran barang dari CHILINDO hingga ke depan rumah (Part 2)<<klik

Boleh baca artikel berkaitan kat sini :

💟klik>>Tips membeli atau membida barangan di CHILINDO dengan harga yang murah<<klik
💟klik>>Apa nak buat jika barang dari CHILINDO tak sampai-sampai?<<klik

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

Rabu, 23 Ogos 2017

Cara dan Kaedah Pembayaran Selepas Membida di CHILINDO Malaysia

Assalammualaikum Readers dan Bloggers!,

Hai hai... Dah baca entry saya sebelum ni berkenaan cara berjimat ketika membida di CHILINDO? Kalau belum baca, elok baca sekarang! hehehe!

OK! Selepas kita membida dan menang barang-barang di CHILINDO, kita mestila nak bayar barang-barang tu kan?

Penghantaran barang yang kita bida akan dicaj RM8 sahaja. Tapi kalau korang pilih COD, korang mesti tambah RM4 lagi untuk bayar orang yang menghantarkan tu ke depan rumah korang.

Terdapat 3 jenis kaedah pembayaran di CHILINDO.

💟Cash On Delivery
💟ATM/Bank (Bank in atau transfer duit ke akaun bank CHILINDO)
💟Visa/Mastercard (Credit/debit)
KAEDAH CASH ON DELIVERY - Jika korang memilih menggunakan CASH ON DELIVERY,(Barang sampai dulu baru bayar tunai) CHILINDO akan menggunakan perkhidmatan NINJA VAN untuk menghantar barang korang depan mata korang. Dia akan blah bila korang dah tanda tangan dan bagi dia duit barang dan caj penghantaran. Tapi, tidak semua orang boleh guna kaedah ni terutamanya saya yang berada di Wilayah Persekutuan Labuan. Hahaha! So, jika korang dari SABAH/SARAWAK/LABUAN, korang terpaksalah menggunakan kaedah nombor 2 atau pun nombor 3.

KAEDAH ATM/BANK - Sekiranya korang tidak mempunyai online banking, korang boleh lah pilih kaedah kedua ni, dengan mem-bank-in kan atau transfer duit korang ke nombor akaun bank milik CHILINDO (CHILINDO guna bank OCBC). Kemudian, sila hantarkan slip atau bukti pembayaran korang kat CHILINDO melalui email mereka di support.my@chilindo.com . Kalau boleh, hantar slip atau bukti pembayaran korang ni dengan cara membalas (reply) email  dari CHILINDO yang sudah disertakan dengan invois korang semasa korang daftar keluar barang-barang korang dari troli. OK!

KAEDAH VISA/MASTERCARD - Kaedah VISA/MASTERCARD ni tidak boleh digunakan jika korang belum activate kan kad bank korang untuk shopping online. Cara nak activate kan kaedah ini, korang kena call bank korang (Nombor telefon biasa ada tulis kat belakang kad bank kita). Bercakap dengan pegawai bank tu tak lama. Cakap je nak activate kad untuk shopping online. Dia akan faham laa tu. Saya guna kaedah nombor 3 ni. Jadi saya boleh jelaskan dengan lebih lanjut.

OK! Rujuk gambar (Sila klik gambar ye kalau tak jelas) di bawah ni...

Langkah Pertama.
Saya tick nombor 2 iaitu Visa/MasterCard.

Cara dan Kaedah Pembayaran Selepas Membida di CHILINDO Malaysia - Sofinah Lamudin
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Langkah kedua.
Klik "Teruskan".

Cara dan Kaedah Pembayaran Selepas Membida di CHILINDO Malaysia - Sofinah Lamudin
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Langkah ketiga.
Akan keluar page dari 2C2P macam dalam gambar di bawah. Isi maklumat dengan betul OK!

Cara dan Kaedah Pembayaran Selepas Membida di CHILINDO Malaysia - Sofinah Lamudin
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Cara dan Kaedah Pembayaran Selepas Membida di CHILINDO Malaysia - Sofinah Lamudin
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Selepas dah isi maklumat kat borang nombor 1 dan nombor 2, klik pada "Continue Payment".

Langkah keempat.
Sila tunggu.

Cara dan Kaedah Pembayaran Selepas Membida di CHILINDO Malaysia - Sofinah Lamudin
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Langkah kelima.
Nombor Kod MSOS akan masuk ke telefon korang (SMS). Bila dah dapat nokbor tu, masukkan ke kotak nombor 1 seperti dalam gambar kat bawah ni. Lepas tu klik "OK".

Cara dan Kaedah Pembayaran Selepas Membida di CHILINDO Malaysia - Sofinah Lamudin
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Lepas klik "OK" , korang akan terima email daripada CHILINDO bahawa korang dah pun selesai membuat bayaran.

Rupa emailnya adalah seperti berikut.

Cara dan Kaedah Pembayaran Selepas Membida di CHILINDO Malaysia - Sofinah Lamudin
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Pastikan korang simpan email ni. Jangan delete dari inbox. Sebab, inilah bukti korang memang dah bayar kalau tiba-tiba barang tak sampai. Huhuhu...

Selain tu, korang juga akan menerima dua lagi email seperti di bawah..

Cara dan Kaedah Pembayaran Selepas Membida di CHILINDO Malaysia - Sofinah Lamudin
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Cara dan Kaedah Pembayaran Selepas Membida di CHILINDO Malaysia - Sofinah Lamudin
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Kalau tak jumpa email ni dalam inbox email korang, jangan lupa check kat spam atau trash..Hmm...OK! Begitula sahaja yang boleh saya bantu. Jumpa lagi di entry seterusnya!Jangan lupa pula baca entry tips jimat di CHILINDO ! OK...
Terima kasih membaca entri ini. Semoga membantu dan bermanfaat.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share: