Follow Instagram @sofinahlamudin

Wednesday, August 23, 2017

Cara dan Kaedah Pembayaran Selepas Membida di CHILINDO

Assalammualaikum Readers dan Bloggers!,

Hai hai... Dah baca entry saya sebelum ni berkenaan klik>>cara berjimat ketika membida di CHILINDO<<klik? Kalau belum baca, elok baca sekarang! hehehe!

OK! Selepas kita membida dan menang barang-barang di klik>>CHILINDO<<klik, kita mestila nak bayar barang-barang tu kan?

Penghantaran barang yang kita bida akan dicaj RM8 sahaja. Tapi kalau korang pilih COD, korang mesti tambah RM4 lagi untuk bayar orang yang menghantarkan tu ke depan rumah korang.

Terdapat 3 jenis kaedah pembayaran di CHILINDO.

πŸ’ŸCash On Delivery
πŸ’ŸATM/Bank (Bank in atau transfer duit ke akaun bank CHILINDO)
πŸ’ŸVisa/Mastercard (Credit/debit)
KAEDAH CASH ON DELIVERY - Jika korang memilih menggunakan CASH ON DELIVERY,(Barang sampai dulu baru bayar tunai) CHILINDO akan menggunakan perkhidmatan NINJA VAN untuk menghantar barang korang depan mata korang. Dia akan blah bila korang dah tanda tangan dan bagi dia duit barang dan caj penghantaran. Tapi, tidak semua orang boleh guna kaedah ni terutamanya saya yang berada di Wilayah Persekutuan Labuan. Hahaha! So, jika korang dari SABAH/SARAWAK/LABUAN, korang terpaksalah menggunakan kaedah nombor 2 atau pun nombor 3.

KAEDAH ATM/BANK - Sekiranya korang tidak mempunyai online banking, korang boleh lah pilih kaedah kedua ni, dengan mem-bank-in kan atau transfer duit korang ke nombor akaun bank milik CHILINDO (CHILINDO guna bank OCBC). Kemudian, sila hantarkan slip atau bukti pembayaran korang kat CHILINDO melalui email mereka di support.my@chilindo.com . Kalau boleh, hantar slip atau bukti pembayaran korang ni dengan cara membalas (reply) email  dari CHILINDO yang sudah disertakan dengan invois korang semasa korang daftar keluar barang-barang korang dari troli. OK!

KAEDAH VISA/MASTERCARD - Kaedah VISA/MASTERCARD ni tidak boleh digunakan jika korang belum activate kan kad bank korang untuk shopping online. Cara nak activate kan kaedah ini, korang kena call bank korang (Nombor telefon biasa ada tulis kat belakang kad bank kita). Bercakap dengan pegawai bank tu tak lama. Cakap je nak activate kad untuk shopping online. Dia akan faham laa tu. Saya guna kaedah nombor 3 ni. Jadi saya boleh jelaskan dengan lebih lanjut.

OK! Rujuk gambar (Sila klik gambar ye kalau tak jelas) di bawah ni...

Langkah Pertama.
Saya tick nombor 2 iaitu Visa/MasterCard.

KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Langkah kedua.
Klik "Teruskan".

KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Langkah ketiga.
Akan keluar page dari 2C2P macam dalam gambar di bawah. Isi maklumat dengan betul OK!

KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Selepas dah isi maklumat kat borang nombor 1 dan nombor 2, klik pada "Continue Payment".

Langkah keempat.
Sila tunggu.

KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Langkah kelima.
Nombor Kod MSOS akan masuk ke telefon korang (SMS). Bila dah dapat nokbor tu, masukkan ke kotak nombor 1 seperti dalam gambar kat bawah ni. Lepas tu klik "OK".

KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Lepas klik "OK" , korang akan terima email daripada CHILINDO bahawa korang dah pun selesai membuat bayaran.

Rupa emailnya adalah seperti berikut.

KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Pastikan korang simpan email ni. Jangan delete dari inbox. Sebab, inilah bukti korang memang dah bayar kalau tiba-tiba barang tak sampai. Huhuhu...

Selain tu, korang juga akan menerima dua lagi email seperti di bawah..

KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Kalau tak jumpa email ni dalam inbox email korang, jangan lupa check kat spam atau trash..Hmm...OK! Begitula sahaja yang boleh saya bantu. Jumpa lagi di entry seterusnya!Jangan lupa pula baca entry klik>>tips jimat di CHILINDO<<klik ! OK...
With Love,
#Sofinah696 πŸ’•
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.