SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Rabu, 23 Ogos 2017

Cara dan Kaedah Pembayaran Selepas Membida di CHILINDO Malaysia

Assalammualaikum Readers dan Bloggers!,

Hai hai... Dah baca entry saya sebelum ni berkenaan cara berjimat ketika membida di CHILINDO? Kalau belum baca, elok baca sekarang! hehehe!

OK! Selepas kita membida dan menang barang-barang di CHILINDO, kita mestila nak bayar barang-barang tu kan?

Penghantaran barang yang kita bida akan dicaj RM8 sahaja. Tapi kalau korang pilih COD, korang mesti tambah RM4 lagi untuk bayar orang yang menghantarkan tu ke depan rumah korang.

Terdapat 3 jenis kaedah pembayaran di CHILINDO.

💟Cash On Delivery
💟ATM/Bank (Bank in atau transfer duit ke akaun bank CHILINDO)
💟Visa/Mastercard (Credit/debit)
KAEDAH CASH ON DELIVERY - Jika korang memilih menggunakan CASH ON DELIVERY,(Barang sampai dulu baru bayar tunai) CHILINDO akan menggunakan perkhidmatan NINJA VAN untuk menghantar barang korang depan mata korang. Dia akan blah bila korang dah tanda tangan dan bagi dia duit barang dan caj penghantaran. Tapi, tidak semua orang boleh guna kaedah ni terutamanya saya yang berada di Wilayah Persekutuan Labuan. Hahaha! So, jika korang dari SABAH/SARAWAK/LABUAN, korang terpaksalah menggunakan kaedah nombor 2 atau pun nombor 3.

KAEDAH ATM/BANK - Sekiranya korang tidak mempunyai online banking, korang boleh lah pilih kaedah kedua ni, dengan mem-bank-in kan atau transfer duit korang ke nombor akaun bank milik CHILINDO (CHILINDO guna bank OCBC). Kemudian, sila hantarkan slip atau bukti pembayaran korang kat CHILINDO melalui email mereka di support.my@chilindo.com . Kalau boleh, hantar slip atau bukti pembayaran korang ni dengan cara membalas (reply) email  dari CHILINDO yang sudah disertakan dengan invois korang semasa korang daftar keluar barang-barang korang dari troli. OK!

KAEDAH VISA/MASTERCARD - Kaedah VISA/MASTERCARD ni tidak boleh digunakan jika korang belum activate kan kad bank korang untuk shopping online. Cara nak activate kan kaedah ini, korang kena call bank korang (Nombor telefon biasa ada tulis kat belakang kad bank kita). Bercakap dengan pegawai bank tu tak lama. Cakap je nak activate kad untuk shopping online. Dia akan faham laa tu. Saya guna kaedah nombor 3 ni. Jadi saya boleh jelaskan dengan lebih lanjut.

OK! Rujuk gambar (Sila klik gambar ye kalau tak jelas) di bawah ni...

Langkah Pertama.
Saya tick nombor 2 iaitu Visa/MasterCard.

Cara dan Kaedah Pembayaran Selepas Membida di CHILINDO Malaysia - Sofinah Lamudin
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Langkah kedua.
Klik "Teruskan".

Cara dan Kaedah Pembayaran Selepas Membida di CHILINDO Malaysia - Sofinah Lamudin
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Langkah ketiga.
Akan keluar page dari 2C2P macam dalam gambar di bawah. Isi maklumat dengan betul OK!

Cara dan Kaedah Pembayaran Selepas Membida di CHILINDO Malaysia - Sofinah Lamudin
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Cara dan Kaedah Pembayaran Selepas Membida di CHILINDO Malaysia - Sofinah Lamudin
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Selepas dah isi maklumat kat borang nombor 1 dan nombor 2, klik pada "Continue Payment".

Langkah keempat.
Sila tunggu.

Cara dan Kaedah Pembayaran Selepas Membida di CHILINDO Malaysia - Sofinah Lamudin
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Langkah kelima.
Nombor Kod MSOS akan masuk ke telefon korang (SMS). Bila dah dapat nokbor tu, masukkan ke kotak nombor 1 seperti dalam gambar kat bawah ni. Lepas tu klik "OK".

Cara dan Kaedah Pembayaran Selepas Membida di CHILINDO Malaysia - Sofinah Lamudin
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Lepas klik "OK" , korang akan terima email daripada CHILINDO bahawa korang dah pun selesai membuat bayaran.

Rupa emailnya adalah seperti berikut.

Cara dan Kaedah Pembayaran Selepas Membida di CHILINDO Malaysia - Sofinah Lamudin
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Pastikan korang simpan email ni. Jangan delete dari inbox. Sebab, inilah bukti korang memang dah bayar kalau tiba-tiba barang tak sampai. Huhuhu...

Selain tu, korang juga akan menerima dua lagi email seperti di bawah..

Cara dan Kaedah Pembayaran Selepas Membida di CHILINDO Malaysia - Sofinah Lamudin
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Cara dan Kaedah Pembayaran Selepas Membida di CHILINDO Malaysia - Sofinah Lamudin
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LAMPIRAN PENUH

Kalau tak jumpa email ni dalam inbox email korang, jangan lupa check kat spam atau trash..Hmm...OK! Begitula sahaja yang boleh saya bantu. Jumpa lagi di entry seterusnya!Jangan lupa pula baca entry tips jimat di CHILINDO ! OK...
Terima kasih membaca entri ini. Semoga membantu dan bermanfaat.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .


Share:

33 Kata-kata Dari Teman:

Unknown berkata...

Macam mana nak tahu email kita wujud di chilindo?

Sofinah Lamudin berkata...

Masa kita daftar tu, kita ada masukkan emel kan. Haa.. emel tu la Chilindo gunakan untuk menghantar sebarang update berkenaan bidaan kita. Kalau semasa mendaftar tu guna facebook, jadi, Chilindo akan hantar kat emel yang kita kita daftarkan kat akaun facebook kita.

aQilah J. berkata...

haii mcm mana nak pilih barang utk d bayar..? mesti smua ke tak boleh pilih ke barang yg menang bit?

Sofinah Lamudin berkata...

Semua barang yang kita menang semasa membida kena beli semua. Tak boleh pilih Aqilah...

Tanpa Nama berkata...

knp bila nak buat payment tak boleh. setiap kali kena reject. masa byr utk shopping kat tmpt lain blh je. frust je.

Sofinah Lamudin berkata...

Err... biasa kalau kena reject tu sebab belum activate shopping function. Kena kol bank. Tapi, kalau beli online kat tempat lain boleh tu, saya pun takleh nak jawabkan. Tehee.. Tapi, beli kat tempat lain tu, bayar transfer online ke? Kalau transfer online, memang boleh. May be boleh try buat pembayaran dengan cara transfer/bank in ke bank OCBC Chilindo.

Candy Blogger berkata...

Nak tanya ni first time beli lh.. Kalau ada dia tulis nombor+kampung+jalan, tu nk buat macam mana ye.. Yg nombor tu no poskod ke..

Sofinah Lamudin berkata...

kalau poskod, dia akan tulis poskod.

Unknown berkata...

no akaun bank ocbc brapa yaa?

Unknown berkata...

no akaun bank ocbc cari kat mana yaa kalau nak buat transfer payment

Sofinah Lamudin berkata...

Boleh baca kat entri saya yang ni berkenaan OCBC Chilindo Malaysia : http://www.sofinahlamudin.com/2017/12/cara-dan-kaedah-pembayaran-barangan-CHILINDO-Malaysia-menggunakan-ATM-atau-TRANSFER-ONLINE.html

Sofinah Lamudin berkata...

Boleh baca kat entri saya yang ni berkenaan OCBC Chilindo Malaysia : http://www.sofinahlamudin.com/2017/12/cara-dan-kaedah-pembayaran-barangan-CHILINDO-Malaysia-menggunakan-ATM-atau-TRANSFER-ONLINE.html

Tee Brownies berkata...

Hai, saya nak tanya(sebab first time beli kat Chilindo) perlukah email apa2 kepada Chilindo selepas buat bayaran?

And lepas email yang bergambar kartun kiut tu sampai, maknanya payment sudah sditerima lah ya?

Sofinah Lamudin berkata...

Jika buat bayaran menggunakan bank in/online transfer ke OCBC Chilindo, perlu emailkan. Sebenarnya tak emelkan pon boleh tapi lagi bagus emelkan kalau bayaran melalui OCBC.

Kalau bayaran menggunakan debit/credit card tak perlu. Tapi kalau rasa was was, emelkan je..

Unknown berkata...

I need chilindo email to report ab the item i get is dispointed

Sofinah Lamudin berkata...

Boleh gunakan emel yang saya bagi dalam artikel ni. sama je.

Unknown berkata...

kenapa CASH ON DELIVERY saya tekan x boleh ek?

Sofinah Lamudin berkata...

Tak pasti pula Mira. Sebab saya tak pakai COD. huhu..

Tanpa Nama berkata...

bleh bg email chilindo..

Sofinah Lamudin berkata...

Emel Chilindo - support.my@chilindo.com

Unknown berkata...

Saye dah buat payment bank in dekat ocbc bank ..tapi kan kenape kat app chilindo tu tulis payment pending.....lagi satu sepatutnye kan saye kene bayar 63.35...tapi saye teros bank in rm 70 tak pe ke..sebab bank kan tak terima sen dengan rm1 dan rm5..jadi macam mane dengan payment saya

Unknown berkata...

Kalau barng kite harge rm63.5.....tapi kite bayr rm 70....macam mane...lepastu kite kn dah bayr..tapi kenape kt app chilindo tu kate yng payment masih pending

Sofinah Lamudin berkata...

Memang akan tulis pending... selagi tak hantar emel ke CHILINDO dan hantarkan bukti pembayaran...Selain tu, jalan lupa sertakan nombor invoice semasa hantarkan emel. Senang nak mereka buat semakan.

Kalimah Thoyyibah berkata...

Salam ..nak tanya ..kita dah buat payment..dh terima email dari cilindo yang kita dah buat pmbayaran.. lagi dua email blom trima ..nk tunggu ke atau macam mana ?

Sofinah Lamudin berkata...

Waalaikumsalam... Kalimah Thoyyibah, tunggu dahulu dalam 48 jam... kalau tak ada juga, follow up..

Unknown berkata...

Bank in lewat mybank gak bisa ya . Soal nya pertama kali ini . Coba2 hehehe

Sofinah Lamudin berkata...

Bank in dari ATM Maybank ke Bank OCBC boleh je. Interbank... Kalau nak senang guna online transfer untuk kaedah bayaran transfer Chilindo.

Unknown berkata...

Saya ni baru lg, mula2 byr online transfer.tp sy lupa nk letak nombor invoice. .So kli kdua mng sy letak invoice nombor.. So kira ok la, pastu bila mng kli ktiga dn sterusnye,msh pending.. Mcm mn tu

Sofinah Lamudin berkata...

Kalau pending lebih 3 hari tu ,cuba la emel kan Chilindo untuk follow up.

Unknown berkata...

saya xda buat apa2 bayaran pun dgn chilindo tapi tadi chilindo hantar email bagitahu yang saya ada buat payment dekat chilindo..heran betul

Tanpa Nama berkata...

Kalau guna COD takpayah email kat chilindo lps checkout kan?

Sofinah Lamudin berkata...

ouch? Ada error agaknya tu. Ke ada bagi payment detail? hehe.

Sofinah Lamudin berkata...

Ya betul.