SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Ahad, 27 Ogos 2017

Penghantaran Barang dari CHILINDO hingga ke Depan Rumah? Bunyi Macam Selamat! (Part 2)

Assalammualaikum Bloggers dan Readers!, Hi guys!

OK now nak cerita pula "Penghantaran Barang dari CHILINDO hingga ke Depan Rumah? Bunyi Macam Selamat! (Part 2)" selepas jari bertungkus lumus menaip "klik>>Penghantaran Barang dari CHILINDO hingga ke Depan Rumah? Bunyi Macam Selamat!<<klik (Part 1)".

Kat entry saya yang part 1, saya ada kongsikan status parcel yang success, kan?
Status parcel yang success itu adalah merujuk kepada pembidaan saya yang kedua. Pembidaan pertama masih "Record not found". Saya rasa sedikit pelik sebab pembidaan pertama sepatutnya sampai dulu ke tangan saya tapi nampaknya barang-barang pembidaan kedua yang sampai dulu.

Pada 21 Ogos 2017, barang-barang pembidaan kedua saya sudah pun sampai ke WP.Labuan. YeayhH! Selamat sampai tetapi...

...yes! Ada tetapi sebab....

Terkejut dengan cara CHILINDO packing barang yang nak dihantar kepada pelanggan.

Mereka hanya masukkan kesemua barang-barang dalam satu kotak yang sama tidak kira barang tu macam mana. Mudah pecah atau tidak. Sebenarnya, tidak kisah pun nak masukkan dalam satu kotak, cuma cara packing tu saja yang perlu diperbaiki.

Jika penghantaran adalah adalah jenis COD, rasanya tak apa kalau tak packing elok-elok untuk barangan mudah pecah atau mudah rosak sebab penghantaran tidak melibatkan kargo kapal terbang. Kargo kapal terbang mungkin akan terdapat beberapa kemungkinan seperti kemalangan yang tidak diingini.

eh..bukan kemalangan jalan raya ye. Hehehe..

Contohnya, barang tu terjatuh atau terlepas.

Tapi, cuba bayangkan kalau packaging kita tu tak ada pun perkataan "Handle With Care" atau "Fragile". Bertambah-tambah lah risiko barang dalam kotak akan rosak.

Tips bungkus barang sebelum membuat penghantaran melalui pos adalah...

💟Pastikan kotak tidak mempunyai ruang untuk bergerak. Sumbatlah dengan apa-apa seperti kertas terpakai, surat khabar lama atau span dan sebagainya.

💟Jika barangan adalah mudah pecah, balut barang tersebut terlebih dahulu sebelum masukkan dalam kotak. Balut menggunakan kertas dengan tebal sehingga betul-betul pasti tidak akan pecah walaupun terhentak.

💟Jika dalam satu kotak tersebut terdapat barang yang berat, wajib pastikan barang tersebut tidak menghempap barang yang lain di dalam kotak tersebut. Hal ini kerana, barang yang berat tersebut akan merosakan barang yang lebih ringan dan kecil darinya. Apatah lagi kalau mudah pecah.


Jika tips di atas diikuti dengan baik, In Shaa Allah hantar kamera, handphone,laptop, TV dan barang-barang lain yang mudah pecah tidak akan rosak.

OK! Saya nak kongsikan barang-barang yang saya terima dari pihak CHILINDO 5 hari (Termasuk Sabtu dan Ahad) selepas buat klik>>pembayaran<<klik :

Not bad! Boleh bawa pergi piknik!

Dalam banyak-banyak barang yang saya bida, ini paling best.

Eggtimer! Saya dah try ni.. Masa rebus telur tu, masukkan eggtimer ni sekali, warna merah tu akan semakin mengecil. Angkat telur selepas puas  hati tahap kemasakkannya.

Yayh! MP3 untuk orang Birthday.

Jam ni, walaupun tidak seperti yang dijangka tapi still ok. Untuk my mom.

Untuk pembersihan kuku.

MR.BEE's handphone stand. Boleh digunakan secara vertical atau horizontal (Potrait / Lanscape)

Pam air yang buat masa ni tak ada kegunaan. Huhuhu...

Beg ni pun sangat cute! Untuk seseorang yang bakal birthday juga.

Untuk MR.BEE saya.. Dia tengok je jam ni terus gelak. Boleh laa katanya, bawa jalan-jalan.

Tikar Yoga atau senaman di rumah seperti senaman perut,peha dan punggung 😂

Untuk seseorang.

Untuk ayah. Simpan dalam kereta dia dan bawa kemana-mana.

Pita pengukur ni, perlukan bateri saiz AAA untuk on laser. Laser tu berfungsi untuk garisan lurus. Sesuai digunakan untuk mereka yang nak buat dinding bilik, tingkap, lantai dan sebagainya.

Lampu LED bilik tidur ni cantik sangat! Memerlukan bateri AA dan sangat sesuai untuk bilik permainan atau bilik tidur kanak-kanak.

Ni , semasa saya sedang cuba lampunya. Cantikkan! Kalau tutup semua lampu dalam ruang bilik tu, lagi menyerlah lampu perhiasan ni. Untuk seseorang juga. 

Beranikan diri dapatkan barang macam ni kat CHILINDO. Tu pun terbida harga mahal RM10 dari kat Lazada. Huwa Huwa.. But its ok. Setakat ni, saya dah cuba kamera ni.

Untuk buat koleksi bagus juga. Untuk buat recording semasa driving pun nice! Nanti saya akan review lebih lanjut mengenai kamera comel ni, OK!

Colourful! Suka warna-warni! Cute jam tangan gajah dari CHILINDO ni.

Setakat ni, ALHAMDULILLAH semua barang-barang ni sampai dengan selamat dan belum ada barang yang rosak teruk dan tidak ada juga barang yang tidak berfungsi walaupun saya tidak berpuas hati dengan cara packaging CHILINDO. Selain itu, barang yang sampai ni semua 1 invois. Alhamdulillah semua ada. Tak ada yang tercicir.

Semasa saya unboxing parcel, saya agak terkejut tengok kondisi di dalam kotak tersebut. Macam baru sahaja lepas terkena ribut taufan. Hahaha! Panik sikit. Takut barang rosak.

Dah kemek sana-sini. Hehe..

Laa...habis barang kat dalam ni SHAKING.

Pecah kotak MP3 ni. Huhu.. Nasib kotak je pecah.

Jam tangan lelaki.

Jam tangan Wanita.

Yang ni pun boleh koyak.

Retak sikit.

Huhuhu...nasib saya tak ada basikal. Kalau ada, mesti kecewa terpaksa beli yang stand basikal yang lain. hahaha!

Nasib baik jam tu masih OK.

Semasa saya unboxing barang-barang CHILINDO pembidaan kedua saya ni, dalam hati risau juga parcel pembidaan pertama saya berstatus "Record not found". Semacam ada yang tidak kena.

Setiap hari saya check status parcel tetap sama juga. Kalau parcel pembidaan kedua saya ambil masa 5 hari untuk sampai ke alamat saya, itu bermaksud parcel pembidaan pertama saya sudah pun seminggu tak sampai. Bukan tak biasa menunggu barang lambat sampai. Selalu juga buat pra-tempahan barang-barang dari luar negara kat Lazada tapi CHILINDO kan janji hantar 3-4 hari bekerja. kekekeke....

Sebab tu la asyik standby nak pickup barang kat pos laju. Haha!

Hati tak tenang la parcel pembidaan pertama tu status "Record Not Found" . Kalau lambat sampai tak apa. Macam mana kalau... tak ada?

Jadi, saya pun hantar email kepada pihak CHILINDO. Tanya berkenaan status parcel saya yang asyik "Record Not Found" ni. Yang lagi menambahkan perasaan tak seronok adalah, email tersebut tak ada respon. Huhuhu...

Jadi...

Baca kat artikel ni - "klik>>Apa perlu buat jika barang dari CHILINDO tak sampai-sampai?<<klik" untuk ketahui apa jadi kat barang-barang "Record Not Found" tersebut.

Boleh baca artikel berkaitan kat sini :

💟klik>>Tips membeli atau membida barangan di CHILINDO dengan harga yang murah<<klik
💟klik>>Cara dan Kaedah Pembayaran selepas Membida di CHILINDO<<klik

Terima kasih kasih kerana membaca.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋

Share:

19 Kata-kata Dari Teman:

Mrs Pip berkata...

Dlm byk2 barang tu, lampu star master tu yb menarim perhatian..
Nnt nak beli 1 lah juga ....thanks sharing tau entry ni, byk barang
menarik sofie beli .. yang kamera utk kereta tu pun menarik..
Eh, tak reveal harga ke? Nnt boleh compare kat website lain...

Tanpa Nama berkata...

Postage macam mana dia kira yer? yang RM8 tu?

Sofinah Lamudin berkata...

ada check juuga kak pip kat Lazada dan tengok-tengok harga di kedai-kedai area Labuan yang biasa pergi. Lampu star tu cantik kan...hehe..

Sofinah Lamudin berkata...

Postage adalah RM8 untuk setiap penghantaran. Tidak kisah berapa banyak barang kita bida. Tetap RM8.

Fnd Rocka berkata...

shopping nampaknya

Unknown berkata...

babe..so x tipu la.brg smpi ye

Ulhaq Daffa berkata...

Nak tanya . Barang yang berjaya bida . Tak dapat delete ea ?

Sofinah Lamudin berkata...

Takleh delete... biarkan je sampai Chilindo batalkan.

Sofinah Lamudin berkata...

Tak tipu.. barang sampai. Cuma kadang ada masalah barang tak sampai2. tu kena follow up la kat Chilindo.

Sofinah Lamudin berkata...

Hiks..

Unknown berkata...

Macam mane kite nak cek barang kite ade kat mane yee? Dia bagi nom tracking x??

Sofinah Lamudin berkata...

Ada.. dia memang akan bagi no tracking. Check kat email.

Unknown berkata...

barang rosak boleh refund tak?

Sofinah Lamudin berkata...

Boleh... kalau rajin hantar balik.. hehehe.

Unknown berkata...

assalamulaikum sis nak tanya boleh. kalau cod pulak macam mana.. tadi saya tgh nak pilih kaedah bayaran samada cod ke bankin lepastu line lembab tertekan cod. n then dapat mesej "terima kasih kerana memilih kaedah bayaran di hantaran. sila sediakan 94.88.kami akan membuat penghantaran dalam masa24" dan cek di troli dia ckp "troli anda-menunggu bayaran" so macam mana nak semak .. tolong sis

Sofinah Lamudin berkata...

COD tu Cash of Delivery. Nanti dia dah hantar ke alamat rumah, bayar dia cash.. sediakan lebih.. Kalau tak silap ada caj tambahan.

Sofinah Lamudin berkata...

Saya tak pernah COD sebab saya kat WP.Labuan.
Bagus idea check dulu sebelum bayar tu.
Memang macam tu la sepatutnya.
Kalau ada barang Chilindo yang kurang, boleh tanya. Cuma, si penghantar tu mungkin bukan dari Chilindo tapi dia dari Ninja Van. Jadi, nak tak nak memang kena hubungi Chilindo sendiri juga.

Unknown berkata...

beg tu ok x?brapa lama tahan, sbb saya pun dpt bid beg sama

Sofinah Lamudin berkata...

Beg Chilindo yang kelabu tu okay. Saya still guna lagi sampai sekarang. Letak barang melukis. Kadang letak laptop bawa jalan jalan.