SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Ahad, 27 Ogos 2017

Apa nak buat jika barang dari CHILINDO tak sampai-sampai?

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Berjumpa lagi di entri berkenaan CHILINDO.

Korang pernah mengalami masalah sama seperti saya? Excited membida barang-barang dari CHILINDO kemudian buat pembayaran melalui online banking. Lepas tu, selepas 3 hingga 4 hari barang tak sampai-sampai ke alamat kita. Sedangkan, CHILINDO berjanji kepada pelanggan mereka untuk memproses barang bidaan kita yang sudah menang dan sudah pun dibayar tu dalam masa 24 jam. Tempoh penghantaran adalah 3 hingga 4 hari waktu bekerja.

Antara Insan-insan yang mempunyai masalah barang tak sampai.

Jika korang mengalami situasi barang CHILINDO lambat sampai lebih dari 3 hingga 4 hari, jangan panik dulu. hehe. Mungkin posmen tu pergi minum kopi kejap kat warong Pak Haji. Tapi...

...tapi, jika barang korang tak sampai-sampai lebih seminggu, lebih dua minggu, lebih sebulan, jangan tunggu! jangan diam!

Jangan tunggu dan lihat saja. Jangan diam-diam je. Tapi tak bermakna pergi meroyan atau marah-marah atau attack klik>>page facebook CHILINDO<<klik dengan kuasa Goku atau Pokemon pula. Kita faham Pokemon kita memang ada banyak kuasa. Kalah air, guna api, kalah api guna racun. meh~

Saya menghadapi situasi ni pada bulan Ogos ni. Seperti yang saya kongsikan di entri-entri sebelum ini,

💟klik>>Tips Membeli atau Membida Barangan di CHILINDO dengan harga yang MURAH<<klik
💟klik>>Cara dan Kaedah Pembayaran Selepas Membida di CHILINDO<<klik
💟klik>>Penghantaran Barang dari CHILINDO hingga depan rumah (Part 1)<<klik
💟klik>>Penghantaran Barang dari CHILINDO hingga depan rumah (Part 2)<<klik

Saya mempunyai dua parcel dari CHILINDO yang saya gelar :

Pembidaan pertama
dan...
Pembidaan kedua

Pembidaan kedua, Alhamdulillah sampai dengan selamat selepas 5 hari (Termasuk Sabtu Ahad).Jadi, kira 3 hari dah sampai la tu. PERFECTO! Boleh tengok foto barang-barang tersebut di entri - klik>>Penghantaran Barang dari CHILINDO hingga ke Depan Rumah? Bunyi Macam Selamat! (Part 2)<<klik untuk lihat kualiti barang.

Tapi, pembidaan pertama tak sampai lagi. Sepatutnya, pembidaan pertama sampai dulu sebab lebih lama dari pembidaan kedua. Bila saya check status parcel pembidaan pertama ni, resultnya asyik "Record Not Found" kat poslaju dan "Delivery Pending" kat Ninja Van. Huhu.. Sedihkan.



Walaupun tak banyak sangat barang-barang tu tapi RM40++ tu kalau beli barang lain, boleh tahan juga kan. Beli makanan kegemaran ke. Ngehehe! Makanan juga yang disebut. 😀

OK! Jika berlaku kejadian seperti ini, langkah pertama adalah dapatkan alamat email dari CHILINDO dan NINJA VAN.

Langkah kedua, Selepas dapatkan alamat email kedua-dua belah pihak ni, sediakan beberapa bahan bukti pembelian kita seperti :

💟Bukti pembayaran
💟Invois pembelian (Senarai barang yang dibayar)
💟Screen Shot status parcel di Ninja Van dan Pos Laju.
Langkah ketiga, emailkan CHILINDO dulu. Tanya apa status barang kita dari pihak mereka. Dan tanya kenapa barang kita tak sampai-sampai. Jangan lupa attach 3 perkara yang saya senaraikan kat atas.

Langkah keempat, SABAR. Tunggu respon CHILINDO. Jika tak ada respon selepas 24 jam, boleh cuba hubungi CHILINDO dengan cara lain seperti menelefon pihak mereka. Tapi, macam biasa, perbualan telefon kurang effective sebab tak ada hitam putih perbualan kecuali kita rekod perbualan. Boleh juga hubungi mereka di page facebook.


Langkah kelima, sekiranya selepas 3 hari tak ada juga respon dari pihak CHILINDO, email NINJA VAN dengan soalan yang sama. Tapi, jelaskan barang kita dari mana. Jelaskan kepada pihak NINJA VAN, kita ada buat pembelian kat CHILINDO dan barang tak sampai lagi dari pihak NINJA VAN ke POS LAJU. Jangan lupa bagi trackingcode NINJA VAN dan Tracking number POSLAJU.

In Shaa Allah, lepas NINJA VAN nampak email ni, CHILINDO akan respon email korang. Kalau korang nak sekali jalan, tak nak tunggu-tunggu, email NINJA VAN, terus CC ke CHILINDO Malaysia, Thailand, Norway dan Australia email korang tu. Email biar dalam bahasa inggeris supaya semua pihak faham.

Mungkin, barang saya hanya RM40++, mana tahu barang korang beratus-ratus. Jadi, inilah langkah terbaik untuk pastikan barang korang sampai. Mungkin dalam perjalanan/proses menghantar barang tu, pekerja CHILINDO tiba-tiba terpesona dengan bunga tepi jalan. Jadi dia singgah kejap. Atau unicorn tertarik dengan kotak CHILINDO korang lalu dikidnap nya dari pekerja CHILINDO tu. Terpaksa pekerja CHILINDO tu kejar unicorn tadi sampai dapat. Sebab tu lah delay sekejap. hehee...

OK! ini contoh email saya kepada CHILINDO :

Jangan gelak. Bahasa Inggeris saya memang 'OHMYENGLISH'.

Ini pula adalah contoh email saya kepada NINJA VAN selepas 3 hari CHILINDO tak respon email saya :

Kalau buka laman web NINJA VAN, buka kat bahagian contact US, kita boleh hantar email melalui situ sahaja. So, bentuk email kita akan jadi macam ni.

Selepas contact NINJA VAN, Alhamdulillah CHILINDO pun respon pada tarikh yang sama NINJA VAN respon iaitu 24 August 2017.

Kat bawah ni adalah contoh attactment yang saya sent ke CHILINDO.

Tunjukkan Invois kita.

Senarai barang-barang kita.

Trackingcode NINJA VAN kita

Tunjukkan Tracking number POS LAJU kita

Screenshot status tracking number kita.

Bukti pembayaran kita yang disertakan dengan order number,invoice number, transaction date, transaction reference.

Jumlah pembayaran.
Kenapa kita MESTI sertakan dokumen seperti di atas ketika menghantar email? OK..sebab.....

....sebab CHILINDO adalah sebuah syarikat membida, menjual, membungkus dan menghantar barang-barang. Berlangsung 24 jam sehari. Pembidaan tidak pernah tidur 24 jam. Barang-barang yang perlu dihantar semakin hari, semakin berlambak. Jadi, maksudnya...CHILINDO adalah syarikat yang sangat sibuk. SANGAT SANGAT SANGAT SIBUK setiap hari, setiap masa, setiap saat.

Malah syarikat ini juga adalah Syarikat baru, pasti mereka sedang berusaha sekeras mungkin untuk membuat perkhidmatan terbaik.

Oleh hal yang demikian, kalau kita telefon dan telefon dan telefon...
kalau kita terus komen, mesej, di facebook page CHILINDO dengan berkata,

"Barang saya tak sampai lagi... dah sebulan..."
"Barang saya dah sampai tapi tak cukup barang.. satu lagi tak ada pun.."

OK...CHILINDO tak dapat nak selesaikan masalah tersebut sebab, kita tak bagi bukti barang tu tak sampai dan tak bagi bukti pembayaran. Tak bagi nombor invois untuk disemak dan sebagainya.

Saya bagi tips keselamatan supaya CHILINDO percaya barang kita tak sampai. Terutamanya kes apabila kita ada 10 barang yang dibeli, tapi hanya ada 9 kat dalam kotak tersebut. (Tips ini hanya untuk mereka yang serius sahaja. Kalau yang tak kisah barang tak sampai dari CHILINDO, abaikan tips ni. In Shaa Allah dah let go atau pasrah atau reda).

Tips keselamatan :

💟Semasa unboxing barang CHILINDO yang dah sampai, pasang kamera (Rekod Video). Kalau boleh, rekod dari semasa kita received dari POS LAJU. Melalui video, Kotak yang sudah pernah di buka gam akan jelas (ketara). Jadi,pastikan rekod sejak dari kita buka gam kotak tu. Pastikan kotak tu 'suci' tau..belum pernah buka. Belum ada tanda-tanda gam terkoyak dan tampal balik. Hahaha!

💟Rekod video sepanjang kita checklist barang dalam kotak. Sambil checklist tu, Rakam kat video.

💟Kalau ada barang rosak semasa kita unboxing tu, tunjukkan kat video.  Bukti bukan kita yang rosakkan tapi memang dah rosak dari keluarkan dari kotak.
Memang leceh! Tapi... asalkan tak ada yang bersedih dan tak tido malam sebab barang tak sampai atau rosak tak boleh tukar.

Unboxing tersebut direkod bukan tujuan untuk kecaman atau serangan atau viral atau mengamuk atau GOKU atau Pokemon atau sebagainya. Tapi...

Untuk kemudahan kita senang dapat balik barang tersebut dari CHILINDO dan CHILINDO pun tak pening kepala. Sebab, cuba fikir... betapa rasa bersalahnya berfikir seperti ini :

💟Saya nak bagi barang yang orang tu kata tak ada dalam kotak dia. Tapi betul ke barang tu tak ada semasa dia buka kotak tersebut? Macam mana kalau dia kata tak ada selepas barang tu dikeluarkan dari kotak tersebut oleh dia pagi tadi. Lepas tu dia lupa yang dia dah keluarkan dari kotak? (Hahaha! Mudah lupa jangka pendek).

💟Saya nak bagi diorang tukar barang yang rosak tu tapi macam mana kalau bukan rosak semasa dalam kotak? Macam mana kalau kotak tu dibuka oleh anak buah dia, lepas tu anak buah dia ter-rosakkan barang tu, lepas tu, dia letak balik dalam kotak elok-elok. Kemudian, dia pun ingat barang tu dah rosak dari awal lagi (Logik tak situasi ini? meh~).
Sebab tulah, akan wujud barang tak akan dihantar kepada kita sehingga kita buktikan apa yang kita cakap.

Jika korang adalah PEMINAT atau CHILINDO ADDICT, bolehlah sertai group facebook klik>>CHILINDO MALAYSIA<<klik untuk mendapatkan lebih banyak tips,pendapat dan review barangan CHILINDO.

Kembali kepada status parcel pembidaan pertama saya yang asyik "Record Not Found" tadi, ALHAMDULILLAH... CHILINDO sudah pun memberikan update melalui mesej di Page Facebook dimana parcel saya sedang dalam perjalanan ke alamat saya! Yayh!!

Status terkini parcel Pembidaan Pertama saya (27/08/2017) :



Jadi, ini maknanya saya dah boleh pick up parcel kat Pos Laju...! yayh!
Kalau saya dah pick up parcel ni kat pos laju, nama saya akan tertera kat atas sekali. Success!

Haa... macam tu la...

Terima kasih kerana membaca entri ini, ya.
Semoga dapat membantu korang semua.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Follow my blog with Bloglovin 💋

Share:

14 Kata-kata Dari Teman:

Tanpa Nama berkata...

Fantastic explanation. Good!!!

Sofinah Lamudin berkata...

Thanks! :)

Beba Ifa berkata...

good info..mula2 x pecaya chilindo ni..main2 bida ja..dapat tapi x check out payment pun..hehe just suka2..rupanya boleh percaya juga ni..thanks untuk semua entri2 post berkenaan chilindo! Bolehlah sy try balik masuk chillindo ni!

Unknown berkata...

Barang saya rosak..dah hantar ke chilindo tp chilindo masih belum dpt pengesahan penerimaan barang..pos malaysia kata dah hantar chilindo 26 oktober 2017..ape nk buat ea

Sofinah Lamudin berkata...

Boleh percaya Beba Ifa.. cuma sometime ada juga problemnya laa.. kena contact pihak diorang.

Sofinah Lamudin berkata...

Setakat ni saya belum pernah buat pertukaran barang lagi dengan Chilindo (berkenaan barang rosak). Better hantar email ke Chilindo kalau pos laju dah hantar.. Bagi screen shot / bukti dari pos laju yang barang sudah pun dihantar. Bagi pihak Chilindo tracking number.

Tanpa Nama berkata...

MEMANG TERBAIK INFO NI,SY SALAH SEORANG MANGSA BARANG TAK SAMPAI DEKAT TUJUH BULAN DAH, TAK TAU CARA NAK TUNTUT BALIK BARANG, TP DENGAN ILMU BERGUNA NI, SAYA AKAN TRY TUNTUT

Sofinah Lamudin berkata...

Hehe.. Alhamdulillah bermanfaat... try emelkan diorang K.

Unknown berkata...

HAI,MACAM MANE PULA KLAU DAH BAYAR,TPI STATUS MASIH PAYMENT PENDING?

Sofinah Lamudin berkata...

Kena emailkan mereka dan tanya mereka kenapa.

Unknown berkata...

Adakah saya perlu bayar jumlah?

Sofinah Lamudin berkata...

Kalau Chilindo dulu, kena bayar semua jumlah. Tak boleh nak pilih barang mana nak bayar. Kalau cancel, cancel semua barang sekali. Sekarang saya dah tak pasti macam mana. Dah lama saya tak buat bidaan kat Chilindo.

Unknown berkata...

Hai.. macam mana kalau barang tertukar?.. bida barang lain tapi dapat barang lain

Sofinah Lamudin berkata...

Hai... sila hubungi pihak Chilindo En/Cik.