SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Ahad, 1 September 2013

Sun Awa Nazz day | Teddy Bear my sweet friends!

Assalammualaikum Readers,

Sun Awa Nazz Day!! Sunday with Awa and Mr.Nazz...

Seawal pukul 8.30 pagi saya dah kelaur rumah pada hujung minggu ini.. Join bakal mak mertua ke majlis rumah terbuka by......I don't want to tell you guys.. huhu..

Selepas hantar bakal mak mertua dan adik ipar ke lokasi rumah terbuka tersebut, saya ke Pasar Tani bersama Encik Tunang untuk mencari sesuatu untuk makan pagi - sarapan. Sesungguhnya mata saya mamai-mamai dan berbintang-bintang pada pagi itu tetapi kuat hati untuk join hujung minggu dan nak lepak hujung minggu bersama Encik Tunang..

Melihat suasana Pasar Tani sekarang, saya rasa Pasar Tani dulu lagi best! But, sekurang-kurangnya sekarang ada tempat untuk lepak makan selepas membeli makanan dan minuman pilihan.

Saya dan Encik Tunang pulang ke rumah Encik Tunang sebentar untuk menjemput Tuan Puteri. haha. Yang sangat excited untuk join jalan-jalan. Lihat gambar tuan puteri yang gorjes kat bawah ni..




Tuan Puteri kat gambar ni namanya Awa.. hehe.. Dia nampak gembira dan excited sangat bila dapat jalan hari ni..

Lihat lagi gambar dia... bukan dia saja, saya pun nak join juga masuk frame :p




Selepas jemput Awa kat rumah Encik Tunang, kami terus ke lokasi open house tadi. Sangat mengecewakan dan menghampakan bila suasana kat sana bukanlah seperti open house. Pernah bersekolah kat sekolah rendah kan ? Budak sekolah rendah biasanya kalau membeli kat kantin sekolah, akan BEREBUT right ? Macam tu lah situasi yang kami alami tadi di sana. Saya ? Saya langsung tak makan.. sebab tak ada selera bila lihat makcik, pakcik, adik, kakak, bla bla bla orang kat situ macam tak pernah jumpa makanan..

Saya rasa ini bukan lah open house tapi "Kebuluran Haus" huhu... Kat bahagian aiskrim, penuh dengan manusia yang bersesak berebut aiskrim macam ada badut kat sana yang panggil "cepat nanti tak dapat" huhu...

Rasa tak meriah.. rasa tak bertamadun dan memalukan pun ada juga sebab berebut yang seperti seminggu tak jumpa makanan. Tak sanggup saya nak join berebut. Biarkanlah mereka mereka mereka ituu...



Kemudian, disebabkan cuaca agak panas terik, mata silau, baju berpeluh, saya ajak Encik Tunang keluar dari tempat tersebut. Actually, tempat tu tak sesuai untuk rumah terbuka. Mandi peluh beb! Kalau nak buat aktiviti berkelah ke, family day ke, aktiviti sukaneka ke, keramaian ke.. itu sesuai la..

Hmm..

Then,
Selepas hantar bakal mak mertua dan Tuan Puteri, :) Encik Tunang ajak saya pergi cari makanan dan makan kat tepi pantai. Macam biasa, lebih seronok! Lebih tenang, aman damai, selesa dari berebut kat open house macam tak pernah jumpa makanan kat Malaysia. Apapun, bersyukurlah saya kerana saya bukan berada di tempat yang tak ada makanan. Saya rasa, tak perlu nak berebut sangat la kat sana tu sebab kan open house..

Makan kat tepi pantai, Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah!! Perghhh! Lazat beb! Tak terhingga. Berminumankan soya bean dan makan dengan Encik Tunang dalam suasana angin sepoi tepi pantai.. lega rasanya bila kenyang. Ngeh3x..Alhamdulillah..


Kemudian, saya dan Encik Tunang lepak kat rumah saya pula tengok "Trans7 - Dua Dunia" sambil menikmati juice mangga yang Encik Tunang belanja. Cepat juice tu habis - dapat sambutan nampaknya. hehe.

Kemudian, Encik Tunang pulang bila dah senja.

..And suddenly...... Teddy Bear my sweet friend ! Muncul dari kotak anak patung saya kat stor simpan barang yang ayah selongkar..



Nama si Coklat ni "El-Kee" :) Lama tak nampak El-Kee since saya simpan dia dalam stor lantaran mengemas dan cat bilik sebelum bertunang dengan Encik Tunang dulu. El-Kee ni lah teman saya tidur dulu..Sejak 2012. Thanks kepada yang menghadiahkan El-Kee kepada saya.

Sungguh menggamit memory.....


Saya rasa, simpan El-Kee semula kat bilik bersama saya, tak apa-apa kot... Ada lah teman Ms.Fian-Kee saya :)



Ms.Fian-Kee adalah teman tidur saya sejak bertunang dengan Encik Tunang :) Thx for the pinky cute sweet Teddy Bear as your my sweetheart Mr.Nazz :)

So, tonite, Fian-Kee dan El-Kee teman saya sleeping beauty !

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher .

Share:

2 Kata-kata Dari Teman:

Unknown berkata...

urwelcome dear.. takecare for the teddy.. :)

Sofinah Lamudin berkata...

hehe.. of coz my fiancee :) <3