Alhamdulillah... Syukur dengan apa yang kita ada... :) Sebenarnya dari tadi tadi dan tadi lagi nak tulis entry tapi tak jadi sebab nak masuk tidur...nak tido nak tido nak rehat nak bangun awal-awal esok.. buat kerja buat kerja... berapa kali ulang dalam hotak!
Tapi bila dah nak masuk tidur, mata ni taknak tutup pula.. Macam terang je macam bulan je.. hoho.. Hentah-hentah nak saya menaip untuk entry ni juga kot baru lah dapat tido kan...
Sekarang dah pun menghampiri jam 12:00 AM.... sekejap saja lagi akan bertukar tarikh menjadi 25 November 2013... Dah nak masuk hari Isnin dah pun. Isnin, hari bekerja dan merupakan hari yang ramai yang tak suka sebab itulah hari permulaan untuk bekerja dalam seminggu... dah tu, itu lah hari pertama bekerja selepas bercuti pada hari Sabtu dan Ahad bagi mereka yang tak kerja pada Sabtu dan Ahad. Hihi....saya tahu, korang ada rasa malas2 kan ? hehihihi.... ala rajin laa... kejap lagi momentum kerja korang naik balik la...
Hah...? Apa saya cerita ni?? huu~ tak kisah lah, Isnin ke Jumaat ke,... saya bukan dalam dunia macam tu lagi.... sekarang ini lah dunia saya... blog! .............dan hari-hari pun buat kerja kat rumah :)
Tadi saya ada beli 3 batang pensil untuk hari hari depan... Nak melukis ala-ala greyscale pro gitu.. lols. Actually jeles sebab Encik Tunang ada melukis Minion untuk saya baru-baru ni... saya ni bila lagi nak lembutkan jari melukis semula ? Masa banyak ni... macam-macam boleh buat. Terima kasih kepada Encik Tunang sebab memberikan saya semua ni :) Kalau dulu-dulu mana ada macam ni.... asyik lepak kat ofis jerk. Nak nampak bantal pun susah. haaa haaa.. nak tido la tu... dah siap sebut bantal segala. :p
Tadi beli pencil "H" , "4B" dan "6B" ... haha... dari keras (Kabur) hingga lah ke lembut (Terang) mata pencilnya. Encik tunang pun join beli pencil "6B" , tak sabar bak tengok lukisan dia yang lain lepas ni :)
..dan saya pula nak lukis apa ya ? masih belum ada idea lagi... Sebenarnya saya dah ada Drawing Block... just belum start2 melukis. Saya lebih awal beli Drawing Block berbanding Encik Tunang.. ketara la tak start2 melukis :p
Kalau dulu , masa zaman sekolah, saya suka beli Drawing Block yang gsm dia tebal... kertas dia tebal sikit sebab nak melukis guna poster colour Buncho tu... Sebut tentang Buncho, sekarang ni harga dia mahal pula kan... dah naik harga.. zaman sekarang ni semua benda pun nak naik harga.. haish! Buncho tu poster colour yang popular dan sangat diminati orang ramai terutamanya yang suka melukis tetapi tu lah.... benda yang banyak demand tu la naik harga! >_<
Saya belum lagi beli baru... kira nak beli dua set! Satu untuk saya dan satu lagi untuk Encik Tunang... hehehe... Poster colour saya yang ada sekarang ni macam lain lain lain macam jerk ??! Dah lama tak guna la..
In Shaa Allah nnt saya beli... :)
Kalau sebut tentang lukisan hitam putih, saya ada buku tajuk "Jangan Beli, Bikin Sendiri" , beli semasa Labuan Art Festival hari tu.... hah! Buku tu buat saya konfius juga tau... dia kata jangan beli, tapi kann dia jual buku tu... saya patut beli ke tak ?? hehehehe...... Sabahan punya Qoutes letak sana.. memang lawak je bunyinya!
Buku tu kat dalam memang bersih habis.... kertas kosong.... buku ni, buatan tangan oleh team Pangrok Sulap. Cayaa lah... kreatif betul... ! So, memandangkan kat dalam memang kosong, saya nak jadikan buku ni buku lukisan greyscale dan hitam/putih saya ^_^ Buat koleksi lukisan...
Lepas saja selesai pergi cari barang yang nak dibeli dan sebagainya.... Saya dan Encik Tunang nak pergi lepak kat tepi pantai. Piknik nak baca2 buku kat sana kononnya... sekalikan... punyala ramai manusia... FullHouse kat tempat kitorang selalu lepak piknik2 tuh.... maklumlah Ahad kan... orang berhujung minggu. So, tak jadi laa... kami pun berpaling tadah... chewahh ;p kami pindah port... kitorang pergi ke Restoren DeepSea yang ada penmandangan laut...
Awan tu macam semacam je..... |
..Dulu saya dan Encik Tunang memang suka makan malam kat sini... makan ikan fresh, lamb chop, chicken chop dan sebagainya makanan laut! Pemandangan kat sini kalau malam cantik sikit nampak macam ada bandar kat sebelah sana... sebab Restoren ni mengadap ke kawasan bangunan Oil and Gas. Lampu kat sana nampak macam ada bandar kedua pula dah :p Kadang-kadang kami ada nampak kapal terbang lalu... ish ish nampak macam kapal Alien pula lalu.. kihkihkih :p
Paling best lepak masa perayaan la kat sini.. ada orang pasang bunga api kat sebelah sana sesiapa sahaja yang makan kat DeepSea masa tu akan nampak bunga api tu. Heh! Macam Romantik jeee :p lols.
Panjang juga saya bercerita tengah malam ni kan...... nak tidur la... nak habiskan dulu susu ni... setiap malam tak boleh minum kopi , nnt tak tidur lah saya sampai esok pagi...
Layan susu dengan gelas favourite sepanjang zaman.
Terima kaasih sebab baca entry ni....
Selamat malam........
TwitTwit.. Wassalam.
P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~
With Love,
2 Kata-kata Dari Teman:
kisah harian yang seronok di baca :)
aik ? acik datang blog ni... hehe... tuan punya "AkuPenghibur" .
Terima kasih sudi baca entry biasa2 ni dan singgah blog sangat biasa ni :)
Catat Ulasan