SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Sabtu, 30 November 2013

Million dollar money start with 1 cent! Million miles journey start with 1 foot step... Just Don't give up... :)

Assalammualaikum Readers, rakan blogger yang budiman... :)

Selamat pagi Sabtu...

"Million dollar money start with 1 cent! Million miles journey start with 1 foot step... Just Don't give up... :) "

Semua orang pernah dengar apa yang saya -copy dan paste- kat atas kan? Pernah lihat dan baca tajuk macam kat atas kan ?

Sepanjang perjalanan hidup saya, sepanjang saya cuba melangkahkan kaki, selangkah demi selangkah, baru kini saya rasa peritnya "Million dollar money start with 1 cent!" . Bukan kerana saya tidak pernah mencari duit selama ni. Bukan kerana saya seorang yang memang orang kaya lalu jatuh miskin sebelum ni. Bukan juga kerana saya seorang yang mewah, berharta dan tidak mementingkan wang sebelum ini.

Tetapi peritnya rasa tu kerana situasi saya sekarang. Apa yang saya lihat, apa yang saya rasa, apa yang perjuangankan tidak akan sesiapa nampak dan lihat kerana semua itu sekadar "Million miles journey start with 1 foot step" bukan "Million dollar money start with 1 cent!" . Kerana $$$ hati saya hancur. Saya belum pernah rasakan ini sebelum ni.

Apabila melihat movie kanak-kanak yang suka melukis, lukisannya dikutuk ayahnya kerana lukisan itu tidak mendatangkan wang, "Awak boleh tak jangan asyik melukis dan berkhayal? Pergilah lukis duit! Jika kau boleh gunakan lukisan itu sebagai duit!"

Hancur hati dia kerana perkataan $$$. Saya tahu sememangnya keperluan kita dalam dunia ini adalah duit. Tetapi perlukah kerana duit, kita lupa tentang "HATI" yang tidak perlu dibeli dengan duit?

...kerana $$$ , permusuhan berlaku sana sini...
...kerana $$$ , suami isteri bersengketa tak sudah-sudah...
...kerana $$$ , anak bini ditinggalkan...
...kerana $$$ , suami dibuang kerana lelaki kaya...

SEMUANYA KERANA DUIT! ada apa dengan duit ? Ya! Duit boleh membuatkan kita ada segalanya.... tetapi duit tidak akan pernah memberi kita "HATI" .

Hati yang setia...
Hati yang jujur...
Hati yang cinta...
Hati yang ikhlas...

Hanya manusia yang imannya kuat, DUIT bukan HATI. tetapi HATI lah DUIT...Tanpa hati, duit membutakan mata!

Saya hanya ada nyawa, hati, perasaan, jasad....tetapi duit? saya belum ada nilai jutaan, ribuaan. Sebab itu saya selalu kelihatan "Goyang kaki" , "Tidak berusaha" , "MISKIN!" , "lemah" ....!!

Salah saya! usaha mungkin belum berganda... tapi saya rasa susah dan penat... namun, saya berusaha melakukannya agar ia terbaik...kenyataan dunia sangat menyakitkan...hakikat kehidupan sangat memeritkan. Kadang-kadang terfikir, tak sabar nak berhenti dengan semua ni... tapi amal tak cukup lagi... dugaan gigitan semut sudah terjatuh.. apatah lagi dugaan gunung berapi...hanya pada Tuhan saya berserah. Apa pun orang kata, abaikan, lupakan, doakan.. In Shaa Allah...hati akan tenang, redha dan kejayaan hati akan milik kita.

Biasanya, kita melihat kesusahan dan kegagalan demi kegagalan orang yang popular, orang yang terkenal, orang yang hebat... kesusahan orang biasa, yang tidak ada apa-apa tidak ada sesiapa yang lihat. Tak perlu untuk dilihat...tidak penting untuk dilihat... Tuhan melihat sudah cukup.

Just Don't give up... :)

Saya bukan mata duitan. Saya bukan seorang yang ketagih dengan duit. Saya hanya mencari duit kerana saya ada minat, hati, cinta dan perasaan. Jika saya tidak punya hati, cinta dan perasaan, hanya kerana duit, saya tidak akan berada di sini.

Dengan HATI dan WANG RINGGIT yang banyak, one day.... IN SHAA ALLAH.... keluarga dan suami akan gembira....

Setiap langkah saya yang kecil ini,...




....meski pun lambat, kecil, tak berharga bagi sesiapa...hanya ini yg saya ada, untuk hati yang saya sayang, buat masa ni....,

P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~

With Love,

Share:

3 Kata-kata Dari Teman:

Unknown berkata...

..& xde 1sen pn xleh jd milionaire kn ...

Unknown berkata...

sedih baca entry ni..

Sofinah Lamudin berkata...

kak zira : hehe.. betul tu.. :)

Nazz : entry biasa saja... jangan sedih2 :)