Selamat pagi Rabu semua :) Alhamdulillah... Alhamdulillah...
Hari ni saya plan nak buat Logo untuk LabuanBlogger. Page saya dah create kan. Cuma saya merasa sungguh bengang bila Facebook yang saya khas kan untuk LabuanBlogger dan Kecohtergolek buat hal lagi. Tak tahu la apa yang Facebook ni nak dari saya.. ceh ceh.. macam la tuan facebook tu nak sangat kat user facebook dia yang sorang ni. Yang menyemak buat lebih dari satu facebook akaun ni. HAHA.
Just geram la kan. Macam mana nak buat komunikasi dengan pembaca kalau tak dapat nak reply apa-apa komen dan inbox ? okeyh lah.. Inbox tu kita ignore kan. Sebab nak layan pun semuanya ambil kesempatan nak minta "layan lebih" . Faham-faham sendiri lah. Menyampah yang teramat sangat rasanya..
Tak pasal-pasal FB saya yang ini di blok lagi selama 30 hari. Tak sudah-sudah blok orang. Padahal saya tak ada pun share link spam. Saya pun benci dengan span span ni.. eh.. span dengan spam pun dah tak reti nak eja dah.
Tak apa lah... Tak penting pun. Huhu...
Bangun pagi tadi, saya sarapan kuih pau yang Encik Tunang belanja saya. Kuih pau tu kuih segera..cepat sikit masak, dah ready made kan. Jadi saya rasa elok masak pau tu pagi ni. Actually, 1st time makan pau type macam tu.. Rasa pelik pula bila.........
Nampak sangat comel.. hehe.. Panas-panas aroma pau tu betul-betul nak makan cepat-cepat. Kekeke... |
Gigit sekali.. Hehehe... Aiks ?? |
Laaa.. tak ada inti la pula... hahaha! Tak apa la.. layan je la... |
Cakap tak serupa bikin la pau saya ni kan... Maksud saya, Aroma tak serupa rasanya la pau ni... Haha!
Selamat melakukan kan kerja anda dengan gembira :) miss my encik tunang!
P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~
With Love,
0 Kata-kata Dari Teman:
Catat Ulasan