Assalammualaikum Readers dan Bloggers,
Kepada sesiapa sahaja yang sudah berumahtangga mahupun belum, mari kita belajar ilmu rumahtangga agar hubungan kita suami isteri sering terjaga dengan sikap kita yang betul. Amin.
Mengapa kita
memulakan dari persepsi-persepsi yang salah? Hal ini bertujuan untuk memberi
pengetahuan kepada kita mengenai perkara yang utama untuk memasuki gerbang
perkahwinan. Adakah kita sudah meninggalkan semua kegagalan hidup dan semua
persepsi kita yang salah? Masa akan mentukannya. Kita diminta untuk
meninggalkan semua yang membelenggu hidup kita dan melempar jauh setiap
persepsi yang telah membatasi kita.
I. Persepsi Salah Seorang Suami
1. Tidak Memahami Perbezaan antara Lelaki dan wanita
Sebahagian orang berpegang kepada persepsi bahawa wanita
adalah sama seperti lelaki sehingga dia melayan (bergaul) wanita sama seperti
dia melayan seorang lelaki. Dia menganggap wanita adalah orang asing, bahasa,
ucapan dan kehidupannya berbeza dengan dirinya. Sikap kedua-duanya adalah
salah. Jika demikian, seseorang tidak akan dapat menjalinkan hubungan dengan
wanita, menghadapi masalah bersama atau hidup bersama dengan bahagia.
Kebahagiaan yang dihiasi oleh kasih dan sayang seperti yang Allah janjikan dan
Dia telah menjadikannya sebagai salah satu daripada tanda-tanda kebesaranNya.
2. Memandang rendah Terhadap Isteri
Antara bentuk dari persepsi yang salah adalah memandang
rendah kepada isteri hanya kerana dia seorang wanita yang tidak memiliki hak
untuk memberi pendapat. Seorang suami tidak pernah melakukan sesuatu
berdasarkan pendapat isterinya, malah memandang rendah terhadap pendapat yang
dikemukakan. Keadaan ini akan menyebabkan golongan isteri sering berasa
tertendas, tidak dihormati dan tidak pernah diajak untuk bermusyawarah walaupun
adakalanya ilmu dan kebudayaan yang dimiliki oleh seorang isteri melebihi
seorang lelaki.
3. Hubungan yang Rasional
Lelaki sering menggunakan rasionaliti atau logik, manakala
perempuan pula lebih suka menggunakan perasaannya. Oleh itu, lelaki menganggap
bahawa melakukan hubungan secara rasional dengan perempuan akan menjadikan
dirinya lebih tinggi dan dapat mengatasinya. Ini adalah persepsi yang salah
kerana seorang perempuan memerlukan pola hubungan yang sesuai dengan bentuk
emosi dan perasaannya. Inilah kebanyakan pola hubungan yang dilakukan oleh
seorang lelaki kepada perempuan dan dia juga menginginkan agar orang lain
bersikap demikian terhadap dirinya. Maka, lelaki harus membuang jauh persepsi
ini jika ingin hidup dengan seorang isteri.
4. Meremehkan jalan Penyelesaiannya
Akibat daripada persepsi-persepsi yang salah,seorang suami
sering meremehkan cara penyelesaian yang dicadangkan oleh isterinya kerana
seorang perempuan dikatakan tidak mempunyai hubungan dengan pekerjaan,
pendidikan, orientasi dan dengan cara penyelesaian pelbagai masalah yang
dihadapi. Suami lupa akan hakikat bahawa ibunya juga seorang perempuan yang
telah menolong dirinya dalam merancang kehidupannya. Suami juga lupa bahawa
perempuan itu juga seorang anak perempuan yang mempunyai pelbagai prestasi
dalam pekerjaan dan pelajarannya serta telah memberikan penyelesaian-penyelesaian
ilmiah? Adakah seorang perempuan sebagai seorang isteri adalah makhluk lain
yang berasal dari planet lain?!
5. Menyelesaikan Masalah Kewangan
Antara persepsi yang salah pada seorang lelaki adalah mereka
berasa sudah cukup bagi mereka jika mereka telah menjalankan tanggungjawabnya
dalam menyelesaikan masalah kewangan dengan mencari rezeki, memberi nafkah dan
memenuhi segala bentuk keperluan yang seharusnya ada dalam setiap rumah bagi
isteri dan anak-anaknya. Dia berasa tidak bertanggungjawab dalam mendidik
anak-anak, melakukan penyelarasan dalam rumah dan melakukan tugas-tugas di
rumah seperti menjaga dan memperbaikinya. Elain itu, mereka juga berasa bahawa
mereka tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kemelut rumah tangga, memberi
nasihat dan semangat atau menanamkan perasaan optimisme bagi setiap anggota
keluarga.
6. Banyak Bercakap
Perasaan puas seorang suami yang telah berubah menjadi suatu
perilaku yang salah dalam persepsi bahawa perempuan itu banyak bercakap. Maka
penyelesaian, pendapat-pendapatnya dan segala bentuk bantuannya dalam suatu
krisis hanya dianggap sebagai bentuk ucapan yang tidak difahami oleh diri
perempuan itu sendiri, Perempuan bercakap untuk tujuan lain yang tidak dapat
difahami oleh leleki. Maka kesalahan bukanlah terletak pada perempuan tetapi
pada lelaki yang tidak dapat memahami perempuan. Persepsi yang salah ini dapat
dibetulkan dengan pemahaman yang ada setelah apa yang diucapkannya.
7. Tidak Ada Masa
Selain itu, sikap lelaki yang sering melarikan diri daripada
tanggungjawab, kesalahan atau ketidakmampuan dengan mengatakan ‘’saya sibuk ‘’,
tidak ada masa’’ atau ‘’tidak cukup masa’’ juga merupakan salah satu daripada
persepsi yang salah bagi lelaki. Hal ini tidak membawa apa-apa makna bagi
seorang perempuan. Namun, pada hakikatnya, orang yang sering melarikan diri
daripada keadaan yang serius, berasa dirinya sibuk dan terlalu teliti terhadap
segala sesuatu dan orang yang suka mengeluh mengenai kesempitan waktu
sebenarnya merupakan orang yang suka membuang masa. Sesungguhnya pelaburan yang
terbaik untuk masa adalah apa yang dihasilkan dalam suatu waktu untuk
kebahagiaan keluarga serta mewujudkan sikap saling memahami antara suami isteri
dan pendidikan anak-anak . Sebenarnya, alasan mengenai tidak ada masa hanya
dibuat-buat dengan tujuan membuang masa untuk sesuatu yang tidak berguna.
II. Persepsi Salah Seorang Isteri
1. Mengharap suami melakukan apa yang disukainya
Perkara ini merupakan sesuatu perkara yang mustahil.
Perempuan sangat berbeza dalam membenci seorang lelaki. Apabila perempuan
berasa selesa untuk menyatakan keluhan tentang rasa penat, kesulitan dan
kepahitan hidup, lelaki pula akan berusaha untuk mencari penyelesaian kepada
masalah-masalah tersebut. Yang diinginkan perempuan dari lelaki? Sebenarnya dia
menginginkan kehangata, cinta, perhatian, pertolongan dan sokongan. Namun,
lelaki membalasnya hanya dengan berdiam diri kerana sibuk mencari jalan
penyelesaian terhadap permasalahan tersebut, padahal, seorang perempuan
sebenarnya tidak menginginkan penyelesaian kepada masalah yang telah
dinyatakan. Diantara persepsi yang salah adalah perempuan menghakimi lelaki
dengan mengatakan bahawa lelaki tidak memberi perhatian, pendiam, bersikap
pasif dan kaku. Tabiat lelaki sangat berbeza dengan perempuan. Isteri yang
bijak tidak megharapkan respon atas keinginan-keinginan tersebut, tetapi dia
ingin ketenangan dan kedua-duanya hidup dengan bahagia.
2. Membandingkan Tingkah Lakunya
Hal ini juga termasuk dalam hal-hal yang sangat mustahil
untuk mewujudkan situasi yang harmoni antara suami isteri. Walaupun hanya
sekali membiarkan (membuka ) ‘’pintu
membandingkan –bandingkan ‘’antara perilaku suaminya tentang perasaan, emosi,
dan kata-katanya yang lembut , hal ini sebenarnya akan mengundang permasalahan
yang tidak ada penghujungnya. Ketika seorang isteri membandingkan perilakunya
dengan perilaku suaminya, kemudian mereka menginginkan seorang suami melakukan
sesuatu (seperti apa yang dilakukan ) yang tidak mungkin seorang lelaki dapat
melakukannya, Namun, si isteri tetapi berkeras hati dengan sikapnya ibarat
menanduk gunung yang tetap kukuh dan tidak bergerak.
3. Menghasut untuk keluar dari sikap pendiam
Kami akan membincangkan tentang cara berhubung dengan sikap
pendiam seorang lelaki, namun usaha seorang isteri untuk menghasut suami bagi
mengeluarkan diri dari sikap pendiamnya adalah persepsi yang salah. Ingatlah
bahawa menghadapi suatu watak yang sebenar dengan lawannya untuk
mengeluarkannya dari keseimbangannya, sebenarnya akan menciptakan penderitaan
yang tidak akan berakhir. Segala bentuk hasutan adalah hal yang dibenci, tidak
dapat diterima dan berlawanan dengan tabiat lelaki. Maka perbincangan antara
suami isteri akan berakhir dengan satu perbalahan. Kebahagiaan akan berahir
dengan kesedihan dan akan datanglah suatu perkara yang tidak diingini.
4. mengeharap Suami meluahkan perasaan
Faktor-faktor kemanusiaan dan sosial, emosi dan perasaan
adalah sesuatu yang menjadikan perempuan lebih unggul daripada seorang lelaki.
Peranan utama seorang wanita sebagai seorang ibu yang harus mempunyai sikap
bersopan santun, lemah lembut dan penuh kasih sayang . Namun, sikap sebegini
hanya sedikit yang dapat dilihat pada seorang lelaki untuk dapat menghadapi
peperangan hidup, memecahkan pintu-pintu rezeki dan keluar dari segala
permasalahan, krisis dan kesulitan hidup. Sebagai contoh, bagi seorang lelaki
matlamat besar yang harus dikuasai adalah pekerjaan. Mengapa seorang perempuan
yang bijak tidak memulakan sesuatu dengan bertanyakan tentang pekerjaannya,
kemudian diikuti dengan masalah-masalah dalam pekerjaannya kemudian biarkan dia
(suami) bercakap apa yang merunsingkan fikirannya walaupun sedikit. Biarkan dia
bercakap untuk beberapa minit. Setelah itu, barulah isteri menceritakan
mengenai masalahnya sama ada mengenai dapur, anak-anak, saudara mara dan
kesulitan sehari-hari dalam menguruskan rumah tangga. Tetapi, jika perempuan
mengharapkan supaya suami meluahkan perasaan, prkara itu adalah sesuatu yang
mustahli. Perempuan harus redha dengan apa yang diluahkan oleh suami walaupun
hanya sedikit. Kita akan mengutamakan cara dan ungkapan lelaki tentang cinta
dan perasaannya yang berbeza dengan apa yang diinginkan oleh perempuan.
5. Bersikap Keras Kepala Kerana Diam Seorang Suami Merupakan
Kemarahan Suami Kepada Isteri
Apabila seorang lelaki mula berdiam diri ketika mencari
penyelesaian untuk suatu permasalahan, perempuan pula menganggap bahawa lelaki
tersebut sebenarnya mempermainkan pendapat yang telah diberikan, marah kepada
dirinya, tidak menghormatinya, membencinya atau sedang memikirkan isteri kedua.
Padahal semua itu sebenarnya tidak pernah bermain difikiran lelaki tersebut .
Perkara yang menghairankan adalah tuduhan-tuduhan yang disampaikan isteri
sabenarnya hanya sekadar rekaan akal dan khayalannya. Segala permasalahan akan
muncul akibat daripada anggapan salah seorang isteri terhadap sikap lelaki dan
terlalu mudah memberikan reaksi dan respon serta terlalu mempercayai apa yang
ada difikirannya. Sikap keras kepala isteri tidak akan dapat mengeluarkan suami
dari diamnya kerana itu adalah wataknya. Dia isteri tidak akan mendapatkan apa
yang diinginkannya bahkan hal itu hanya akan mengundang permasalahan psikologi
yang tidak berpenghujung. Hal inilah yang menjadi penyebab kepada perlunya
komunikasi antara suami dan isteri .Telah dijalankan suatu penelitian terhadap
beberapa pasangan suami isteri. Hasilnya mendapati bahawa sebanyak 87% daripada
para isteri lebih mengutamakan komunikasi sebagai cara penyelesaian masalah
rumah tangga dan 4% daripada mereka menganggap dengan mengirimkan surat dapat
menyelesaikan masalahnya. Saya kemudiannya tertanya-tanya, ‘’peratusan yang
selebihnya iaitu 9%, apa yang dilakukan oleh para isteri untuk menyelesaikan
masalahnya?’’ ya, jawapannya adalah seperti jawapan anda.
Semoga kita semua memperbaiki sikap untuk kebahagian bersama insan tercinta. Amin.
P.S : Sila tinggalkan URL blog anda untuk saya blogwalking oke :) tQ~
With Love,
0 Kata-kata Dari Teman:
Catat Ulasan