SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Khamis, 30 Oktober 2014

Saya dan Forex | Sofie is trader! | Kisah 1 Dollar

Assalammualaikum & Salam Sejahtera bloggers and readers,

Sofie is trader! Sound great, kan.

Saya memang tahu buat untung dalam Forex. Kawal MM pun tahu. Emosi pun tahu. Tapi tahu-tahu pun saya, semalam gagal juga. haha.

Akaun forex paling comel saya baru sahaja MC sebab tertido semasa news gempak semalam. haha. Akaun yang dijaga siang malam, tak lepas pandang, buka kat fon tu juga lah yang cau dulu. Akaun yang di jaga sampingan tu gagah pula profitnya.

Bersyukur jugalah sebab akaun yang satu blah, akaun satu lagi bagi pulangan. Tapi tak mahu la cerita akaun yang lain. Tak sama. 1 Dollar tak sama dengan akaun modal besar. 1 Dollar adalah akaun orang pandang sebelah mata. Akaun yang orang anggap tak ada apa-apa. Sebab tu saya suka akaun 1 dollar ni.

Tak apa, take the lessons.

So, pengajarannya..kalau yer pun akaun tu dijaga selalu macam anak kesayangan, letak sahaja SL. SL tu Stop Loss.Ia untuk mengurangkan kadar kerugian. Tak lah sampai Margin Call. Ye lah... Kes tertido memang bukan satu jangkaan. Anytime boleh tertido walaupun kata nak jaga akaun.

Same like kes pekerja bank dalam berita dulu tu kan. Tertido kemudian ter-transfer duit banyak gila ke akaun orang lain.

Sekarang ni, penyelesaian adalah, letak SL dan minum kopi kaw2 next time. haha! Supaya tak tertido.

Tak apa la~ Saya topup balik akaun tu. Mulakan semula journey 1 dollar dengan teknik jaga akaun yang lebih gempak.

Macam mana agaknya saya boleh terjebak dalam dunia Forex ni tak pasal-pasal? Haha!



Klik pada gambar.

Encik Fiancee kata, Macam bukan trader je gambar ni. Macam DJ.
Hakikat - My passion ada di situ. Music. Art. haha.
Tapi saya belum boleh ke situ. Kena langgar 'dinding' dulu. :p
Forex - Making money is an art too, kan.

Saya belajar Forex sejak tahun 2012. Banyak yang saya nampak dan dengar tetapi bukan saya yang alaminya. Terus terang, menyakitkan juga - mereka.

Tercetus cerita Forex apabila rakan sekerja buka cerita pada pertengahan tahun 2012. Katanya, dia trader. Katanya, dia withdraw setiap hari. Rakan sekerja yang lain pun mula teruja dan follow.

Saya tak follow lagi. Saya jadi tukang perhatikan sahaja. Ada yang buka akaun, bagi duit ratus-ratus. Ada yang kumpul duit dengan family, bagi orang lain trade. Keuntungan? I am not sure. Itu diorang punya cerita.

Lepas tu senyap.

Pada suatu hari, saya bertandang ke rumah seorang teman. Masuk ke bilik komputer (Bilik trading sebenarnya) , masa tu saya rasa canggihnya la bilik dia. Monitor lebih dari satu. Kat belakang monitor ada papan tulis dan nota-nota Forex.

Perasaan tertanya-tanya. Apa yang seronoknya dengan Forex ni? Sejauh mana boleh berikan duit. Sejauh mana ia bagus?

Kes member kena tipu oleh orang yang terlibat dalam Forex? Itu memang dah nampak sebelum saya join Forex. HAHA! Bila member-member kena tipu tu semua, bukan rasa takut yang datang. Tapi rasa nak ikut Forex. Sebab, kenapa orang yang menipu tu, boleh mempengaruhi orang lain hingga tertipu dengan menggunakan "FOREX" ? Apa yang ada dalam Forex sehingga dia mampu mempengaruhi orang lain dengan jayanya?

Saya mula google-google sikit. Maklumlah info Forex lebih banyak Bahasa Inggeris berbanding Melayu. So, Saya mencari cara lain untuk tahu tentang Forex.

Hari demi hari, tak ada apa-apa yang berlaku. Saya mula sibuk dengan hal lain  dan lupa tentang Forex.Sehingga suatu hari, bertemu pula dengan rakan facebook yang kebetulan menjalankan Forex.
Dari situ, saya cuba meminta beliau berikan info mengenai Forex. Beliau berikan satu ebook untuk dibaca. Nice!

Dan, dia menjadi sifu saya hingga sekarang. Dia lah Encik Tunang saya. HAHAHA! - Jodoh saya datang dari perkataan "perniagaan". Dia cuba tegur saya sebab "Elken". Saya pula cuba ambil tahu apa itu "Forex".

Elken tu adalah bisnes yang saya tergila-gilakan dulu, sampai sekarang sebenarnya.. Bila Encik Tunang tegur pasal Elken, sudah tentu saya layan. Over my head - "Mana lah tahu jumpa jodoh boleh together dalam Elken kan" hahahahahahaha! Memang itu yang saya MAHU! Angan-angan budak mentah, biasalah tu.

Lepas tu, saya tengok dia buat Forex. Saya berfikir begini, kalau saya maju dalam Forex, In Shaa Allah tak payah la saya kerja. Malas nak layan kerenah majikan. So, jika Forex buat saya tidak bekerja lagi, saya akan ada banyak masa untuk Elken. Itu di dalam kepala hotak saya lah ketika itu.

So, saya mengambil keputusan muktamad. Untuk belajar Forex dan nak buat Forex. Kebetulan saya memang yang jenis kaki internet sejak tahun 2006. Blogging sejak tahun 2006 tanpa apa-apa faedah. Sekarang apa salahnya ngadap komputer dan layan internet sambil buat duit, kan. Even Forex bukan minat saya yang boleh melonjak-lonjak dan terkinja-kinja kan. Layankan saja. Minat boleh dipupuk biarkan lambat. Fynn Jamal pun struggle buat apa yang bukan minat dia demi apa yang dia minat suatu hari nanti. Sama lah macam saya, In Shaa Allah. Forex adalah batu loncatan saya.

I AM BORN TO BE A TRADER!

Hujung tahun 2012, saya mengambil keputusan berhenti kerja untuk Forex tetapi masih belum FTT lagi. Hanya percubaan masuk ke dunia Forex.

Bagi saya, situasi terlalu rumit. Situasi win-win agak sukar untuk dilihat dalam medan peperangan forex. "Jika saya menang, maka kalah lah kamu. Jika kamu menang, saya akur akan kekalahan itu tetapi suatu hari kamu akan lihat saya menang."

Kadang-kadang jadi bangang. Should I "Kill" somebody because of technique and skill of Forex? Bagi saya, Teknik bukan milik sesiapa. Their claim that because of "Periuk Nasi" yang nak dicelok sendirian di dunia Allah yang luas malah banyak tersedia rezeki untuk semua orang.

Tapi, kan kita manusia. NAK MENANG! NAK BESAR! NAK DI ATAS! Complicated. Kes menjatuhkan orang lain memang berlambak dalam Forex. Mengumpat sana sini pun berlambak.
Btw, nak selamat dalam Forex, JADI SILENT TRADER YANG MENGAUT KEUNTUNGAN TRADING. Jadilah halimunan.

Jauh beza dengan dunia Elken.

Nampaknya saya belum boleh menerima suasana dunia Forex. Oleh itu, pada pertengahan tahun 2013, saya hentikan sementara waktu perjalanan saya dalam dunia Forex.Cuba untuk menstabilkan kepala yang hang dan bertabur. Sebenarnya, banyak juga saya dah belajar termasuk teknik dan keadaan dalam dunia Forex. Cuma masih belum kuat untuk stand. Lepas tu saya sambung semula trading pada hujung tahun 2013 sehingga April 2014.

Saya stop lakukan Forex lagi atas sebab saya kembali ke Elken. Saya kembali ke Elken dengan harapan baru tetapi nampaknya ia bukan satu cara yang baik. MUSTAHIL!

Pada bulan 6, 2014.. saya masih cuba untuk menjalankan Elken dengan mengikut haluan dan cara Elken. Saya bekerja. Untuk membina kenalan baru. Kerja kontrak 3 bulan.

Day by day...
I am getting STRESS!

STRESS sebab, tak boleh go on di Elken.

Tawaran sambung kontrak? Saya tolak mentah-mentah. I have my own reason.

FAKTOR UTAMA, SAYA NAK MEMBINA KEJAYAAN DI FOREX.

Eh? Kenapa Forex? Bukan Elken?

In Shaa Allah, melalui Forex saya akan ada segala-galanya untuk kembali ke Elken.Kalau bukan usahawan Elken pun, saya boleh shopping kaw-kaw produk Elken. HAHAHA! Sound crazy, kan. Thats called passion. But, I will make sure, I get two package of CBPPLUS brooo!

Saya membayangkan, saya akan kembali menjadi usahawan Elken, one day.

Buat masa sekarang, GOOD BYE ELKEN.

Kenapa membina kejayaan di Forex?

I hate Forex but I hate "Makan Gaji" more! Dari saya makan gaji, better saya layan Forex. Sekurang-kurangnya saya dalam dunia internet.

Menghentikan kegiatan Elken, mungkin saya kelihatan "KALAH". Tak kisah! Kalah kat sana sekarang biarkan. Biar saya MENANG di Forex.

Now,setelah nekad saya begini jauh, sesiapa tolak saya dari Forex, I WILL PUSH IT BACK! I WILL KILL YOU NO MATTER WHAT. - huhu menakutkan :p

Since baca buku soal kewangan, makin menjadi-jadi GILA FOREX.

I can twist forex like dancing.
I can manipulate forex like painting.
I can LOVE forex like MUSIC.
Oo..Good bye..lulaby~

I CAN DO IT!! OYEAHH!


With Love,



Share:

4 Kata-kata Dari Teman:

Unknown berkata...

Tahniah..saya pun dh jadi gila forex walau selalu juga MC..tapi x perenah putus asa.. Its everything to me..
Suatu hari saya pasti akan berjaya dengannya

suryanisaara berkata...

So.. apa perkembangan terbaru 2016 sis?.. masih aktif lagi ke dunia forex?..

Sofinah Lamudin berkata...

Suryanisaara : yup.. masih aktif lagi.. :)

Tanpa Nama berkata...

Dulu aku kenal forex melalui kawan aku pada 2013. Kawan aku tak pernah untung pun. Selalu jer mc. Aku pulak sama tak pernah untung tapi tak sempat mc aku dah berhenti trade sebab masa tu takde sapa ajar kami. Nak cari guru masa tu tengok yuran dia terlalu mahal sampai berpuluh ribu. Aku tak berani nak masuk kelas mahal2 sebab takut guru tu palatao. Akhirnya tahun 2021 april aku tekad nak trade forex sebab aku yakin forex ni ada masa depan & aku dapati sekarang ni banyak tutorial forex ada di mana2 seperti website & youtube. Channel youtube yang aku suka hanzo shadowcodes sebab di situ dia ajar secara percuma yang kebanyakan ilmu yang dia ajar sebenarnya beharga berpuluh ribu. Ramai guru lain yang berbayar marah dengan hanzo sebab kacau periuk nasi diorang. Dengan ilmu yang diajar oleh hanzolah menyebabkan aku tahu sedikit demi sedikit pasal forex. Insyaallah dalam masa terdekat aku akan berjaya withdraw jugak sebab aku dah jumpa pair yang sesuai dengan teknik swing aku iaitu eurjpy & eurtky. Sebelum ni aku trade pair eurusd tapi 50% aku untung 50% jugaklah aku rugi sebab pair ni banyak sangat sideways. Asyik kena sl jer. Dah selalu sideways bila nak untung? Sepanjang aku trade aku tak pernah bagi tau sapa2 pun sebab takut orang ambik kesempatan suruh tolong tradekan sambil goyang kaki. Untuk kunci rahsia aku trade aku kena buka kedai dobi layan diri supaya aku tak diganggu oleh orang yang ambik kesempatan terhadap aku. Jadi orang akan ingat aku kerja hasil untung dari kedai dobi padahal sumber utama adalah dari forex