SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Rabu, 4 Julai 2018

Aplikasi Tik Tok Kini Diblok (Disekat) Oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Baru sahaja saya menulis mengenai teknik atau maklumat mengenai aplikasi Tik Tok di dalam blog ini pada 23 Jun 2018 bersamaan hari Sabtu yang lepas. Boleh baca entri bertajuk "Teknik dan cara menggunakan aplikasi Tik Tok, Musically, Thriller dan Kwai" untuk mengetahui lebih lanjut. Tiba tiba mendapat satu berita bahawa aplikasi Tik Tok sudah di blok oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Indonesia atau dikenali sebagai KemKominfo Ri pada 3 Jun 2018.. KemKominfo Ri adalah singkatan dari nama Kementerian Komunikasi dan Informatika Republik Indonesia.. Hal ini terjadi kerana terdapatnya video yang berunsurkan negatif dalam aplikasi Tik Tok. Saya agak tertanya tanya adakah aplikasi Tik Tok ini akan di blok oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia kelak?

Aplikasi Tik Tok Kini Diblok (Disekat) Oleh Kementerian





Walaupun begitu, menurut Rudiantara selaku Menteri KemKominfo Ri, aplikasi ini di blok hanyalah sementara. Proses "filter" Tik Tok ini bakal dilakukan. Hal ini terjadi kerana terlalu banyak PENGGUNA aplikasi ini adakah dalam kalangan di mana otaknya di lutut. Wahahaha... Maaf terkasar pula. Bukan semua pengguna yang saya maksudkan. Saya pun pengguna aplikasi ni juga sekadar untuk hiburan.

Aplikasi Tik Tok Kini Diblok (Disekat) Oleh Kementerian


Melalui perkataan "HIBURAN" inilah aplikasi ini disalahertikan oleh mereka yang menggunakannya dengan cara yang betul tetapi salah dari segi pengisian video. Ye laahh.. betul sebab cara tekan butang rekod dah betul. Buat stiker pun dah ngam dan kreatif tu ada cuma...



Terdapat satu pengguna yang boleh tahan terkenal di aplikasi ini menggunakan anjingnya sebahagian dari Vlog Tik Toknya, hubungannya dengan anjingnya kelihatan agak rapat tetapi saya sangat tidak suka dan tidak setuju dengan sesetengah video yang dibuat.Seperti memukul anjingnya. Seperti yang saya katakan tadi, kita seorang dewasa sudah pasti tahu itu hanyalah sekadar gurauan. Bagaimana dengan kanak kanak? apakah yang sampai ke dalam otak mereka yang masih perlukan bimbingan? Saya risau, kanak kanak akan "Terbelajar" pula untuk membuli haiwan. Ini baru video buli haiwan.. bagaimana dengan buli kawan?

Kelima, video putus cinta dan menangis. Ya Allaaahhh! Apa yang dilakukan oleh mereka ni? Weheee... Saya adalah salah seorang yang agak TIDAK pakar dalam membaca novel cinta. Saya budak nerd, budak fantasi dan budak Sci Fi. Buku cinta cinta ni, saya kurengs sikit. Tak pastilah kalau d masa akan datang. ToeEng.. Sebab, kadang kala saya terpanggil untuk membaca novel cinta agar saya kreatif dan puitis sikit dalam menggunakan perkataan. Belajar sastera..seni kesusateraan lah macam tu..

Tapi, bagi saya... video menangis sebab putus cinta kat aplikasi ni agak ridikulus! What are you doing? Selfie while you're crying? Seriusly? Well, what if you record how you pooping in the toilet?? Ahaaaa... Apa yang saya faham, beberapa pengguna mahu menyelaraskan lagu sedih atau lagu percintaan dengan video yang mereka cuba rekod. Tapi, pendapat saya... ia hanya memalukan diri sendiri sahaja. Sebagai seorang wanita, jangan terlalu murah. Jual mahal tu bagus agar dalam pasangan yang benar benar mahukan kita. Tapi, biar bersederhana.. Bukan jual mahal tahap dewa hingga melepas atau pun, jual mahal yang disertakan dengan demand tinggi. Hhaaah! Nanti melopong. Hhuhu... Cukup untuk ketahui sejauh mana komitment dan kesungguhan serta kesanggupan seorang lelaki terhadapa kita. Terdapat beberapa video sedih yang kurang sesuai dirakam dan membuka aib sendiri..

Selain dari itu, terdapat banyak lagi unsur unsur yang kurang berintelek yang telah dirakamkan dalam aplikasi ini. Yang tidak sesuai ditonton oleh mereka yang berumur 13 tahun ke bawah dan mereka yang berumur 17 tahun ke bawah. Bukan sahaja begitu, terdapat juga video yang buat orang dewasa tidak terhibur langsung atas beberapa sebab yang agak kurang sesuai.

Pada pendapat saya, aplikasi ini adalah aplikasi yang mengasah untuk kita semua menjadi kreatif dan tricky agar video kita menjadi menarik. Aplikasi ini boleh membuat video stop motion berdurasi 15 saat dengan mudah tanpa menggunakan video editor yang rumit. Segelintir pengguna Tik Tok yang telah mencemarkan aplikasi ini kerana mereka tidak sedar video yang dibuat oleh mereka adalah video berunsur lucah, keganasan, menimbulkan isu sensitif dan banyak lagi yang agak tidak baik untuk ditonton kerana menyampaikan mesej tersirat yang tidak bersesuaian.



Harapan saya terhadap aplikasi Tik Tok di Malaysia

Saya berharap, pihak Tik Tok Malaysia boleh membuat satu menapisan video dan pengguna mengikut lapisan masyarakat / had umur. Blok video berunsur 18 tahun keatas tu kepada pengguna kanak kanak dan seumpama dengannya. Untuk kebaikan aplikasi ni juga kan. Betul tak? Pengguna dah memang sah sah ramai, malah dah hot dan trending sekarang ni. Orang kata, kalau ada saham, saham naik sekarang ni, you. Tehee..

Lagipun, golongan yang buat rakaman yang tidak bersesuaian ni rasanya susah nak halang. Mungkin, dengan cara buat "filter" je laa yang boleh. Rasanyaa laa... Saya bukan pakar IT. Lol...

Tapi...Facebook boleh sekat video yang tertentu. Malah boleh buat deletion video secara automatik jika terdapat unsur yang tidak patut. Youtube pula, ada dua jenis, satu youtube yang biasa kita guna.. satu lagi, Youtube Kids. Bagus kann? Hhaaah!


Adakah saya masih akan menjadi pengguna aplikasi Tik Tok ini?

Sudah tentulah, ya. Seperti yang saya katakan tadi, aplikasi ni tak ada salahnya.. Banyak salah pun punca dari penggunanya yang buat rakaman yang tidak betul. Jika dilihat challenge yang disediakan oleh aplikasi ini sekalipun, tak pernah ada yang lucah. Tak pernah ada yang mahu pengguna menyahut cabaran untuk membuli. Tak pernah juga ada challenge yang membahayakan diri sendiri. Betul tak betul? Tak percaya, boleh periksa sendiri.

Aplikasi Tik Tok Kini Diblok (Disekat) Oleh Kementerian
Tik Tok ID saya : AbellaFlor696

Jadi, kesimpulannya, saya akan masih menjadi pengguna aplikasi musik dan unik ini. Selagi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia tak blok, saya guna laa... VvaawaahhHHHH!



Terima kasih kerana membaca.

Penafian : Bukan promosi. Bukan ajak. Saya memang peminat dan pengguna aplikasi video berdurasi 15 saat ini terutamanya kategori transition dan komedi  untuk hiburan semata mata namun bukan semua jenis rakaman saya sokong dan suka. *Tertakluk pada terma dan syarat* LOL.

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @sofinahlamudin2.0, @blogsofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher , @sopheevlog .


Share:

7 Kata-kata Dari Teman:

azlina ina berkata...

gara gara pompuan yg seakan wajah lelaki tu kan? ehehe.. ina ingatkan itu lelaki,sebab jnis slumber memegang dan dipeluk lelaki.Opppsss...

ejulz berkata...

Jemput join segmen ejulz jika sudi :)
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

Entry terkini :
http://ejulz.blogspot.com/2018/07/hindari-sifat-malas.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/5-julai-2018-bday-furqan.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/mood-blogwalking.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/nasi-lemak-isteri-tercinta.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/ranking-alexa-5-jul-2018.html
https://ejulz.blogspot.com/2018/07/giveaway-nak-hadiah-jawab-dulu-by.html

Sofinah Lamudin berkata...

Wahaha..Tak pasti dari mana datangnya isu BOWO jadi Tuhan Kitab TikTok ni Ina.. Sampai macam tu sekali diorang buat..

Sofinah Lamudin berkata...

In Shaa Allah ada kesempatan saya join segmen Ejulz k.

mrhanafi berkata...

iklan Tik Tok ini di media sosial meletup...

sana-sini suruh install..

mana tidak jadi gempak aplikasi yang entah apa apa tu

Sofinah Lamudin berkata...

Iya.. marketing aplikasi tik tok agak agresif bro. hehe.

Calrase Patrick berkata...

Perkongsian yang amat menarik. Boleh baca juga Cara Buat Duit Dengan TikTok