SELAMAT DATANG KE BLOG SOFINAHLAMUDIN.COM

Sila gunakan
untuk memudahkan pencarian topik dan pembacaan di dalam blog ini.


Khamis, 26 Julai 2018

Saat Saya Kenal Oki Setiana Dewi

Assalammualaikum Bloggers dan Readers,

Hello guys, lama tak menulis entri personal. Tehee.. Ni cerita bulan puasa lepas. Masa tu saya sibuk kemas pakaian lama. Lipat pakaian yang belum lipat dan mana mana pakaian yang dah tak boleh pakai nak simpan dalam kotak. Baru lah boleh bernafas almari baju. Dalam mengemas tu, saya dapati baju paling tahan lama dan boleh pakai sampai sekarang adalah baju kurung. Wahaha... Terdetik pula dalam fikiran nak buat baju kurung je nanti untuk pakaian jalan jalan. Ok tak? Ke klasik sangat? Wehehe... ke macam budak sekolah? Lol.



Sambil saya sibuk lipat pakaian, Mr.Bee temankan kat ruang tamu main game handphone sambil tengok TV. Ehh? Boleh ke tengok TV sambil main game? Boleh je kalau dia. Sebab, main Mobile Legends. Wahahaha... Kalau enemy slain kita, tempoh nak hidup balik tu boleh tahan lama juga. Sempat juga menjeling TV. Tapi, lama lama Mr.Bee mengantuk dan tutup TV lalu masuk tidur. Jadi, tinggal laa saya sendirian kat ruang tamu dengan barang barang yang nak dikemas.

Dah sendirian kat ruang tamu tu, macam nak tengok TV sambl lipat pakaian laa pula. So, saya on laa TV. Astro Oasis. Uits! Lama tak buka Astro Oasis, kalau tak silap, kali terakhir tengok Astro Oasis ni, tahun lepas. Rancangan Oki Setiana Dewi dan Srikandi Al-Quran sedang berlangsung. Lama sangat tak buka Astro Oasis. Wahaha... Saya jarang pegang remote TV. Biasa join tengok apa yang Mr.Bee tengok je. Paling paling pun tengok HBO kalau ada movie kegemaran yang ulang ulang dah tengok. Contoh? Harry Potter. Wahahaha...

Sumber Gambar : Google

Selepas Oki dan Srikandi Al-Quran habis, berganti dengan rancangan seterusnya. Tak ingat pula tajuk rancangan tu apa. Sebab tengok sambil lipat tudung sebakul. Hhuhu.. Tiba tiba muncul lagi Oki Setiana Dewi. Ni laa yang nak cerita ni.



Korang kenal Oki Setiana Dewi sejak bila? Kalau saya, sejak terjumpa satu rancangan TV Indonesia "Islam Itu Indah" dari Trans TV secara tidak sengaja pada tahun 2015. Masa tu lepas menonton Jejak Paranormal dengan Mr.Bee kat channel ANTV Indonesia secara online. Dah habis menonton tu, tukar tukar la channel mana mana yang boleh ditonton bersama Mr.Bee. Mr.Bee tengok "Islam Itu Indah" , jadi saya pun join...Kat dalam rancangan tu, ada seorang perempuan cantik, namanya Oki Setiana Dewi. Pertama kali tengok dia bercakap dan dengar suara dia. Sedap betul mata memandang Oki ni. Ceramah agama dia pun berhemah sungguh. Lemah lembut pula. Cantiik betul orangnya. Tapi sekali tu je saya tengok. Seterusnya tak buka dah channel Trans TV. Buka ANTV je untuk layan Jejak Paranormal.

Saya cakap kat Mr.Bee, muka Oki ni macam familiar je. Macam pelakon je dia ni. Mr.Bee kata, yaa.. movie Indonesia. Fuuhh... Mr.Bee tahu pula. Wahahaha... Cuma, dia tak ingat movie mana satu. Yang saya pernah tengok movie Indonesia Islamik masa tu ialah "Ayat Ayat Cinta" je. Tu pun kawan lama suruh tengok baru tengok, pada tahun 2009 kalau tak silap. Atau 2010. Tak ingat sangat laa.. Muka Oki tu familiar sebab ada poster bertampal sana sini kat kedai CD. Wahahaha..Cuma saya tak ambil perhatian dengan tajuk movie.



Tahun 2016, di bulan Ramadhan, saya buka youtube nak dengar ceramah motivasi dan dan sebagainya untuk mengisi masa lapang waktu tu sebelum masuk tengahari. Terjumpa laa lagi "Islam Itu Indah" kat youtube. Ada Oki Setiana Dewi... Lama lama tengok dia ni, terdetik dalam hati nak tengok movie yang dia berlakon tu. Saya pun google laa. Oh! Oki berlakon kat Movie "Ketika Cinta Bertasbih" rupanya. Saya pun download laa movie ni. Part 1 dan part 2.

Sumber Gambar : Google

Hhaaah! Maksudnya tahun 2016 laa saya kenal dengan Oki Setiana Dewi ni lebih sikit berbanding tahun 2015 walaupun movie "Ketika Cinta Bertasbih" tu release pada tahun 2009 di Indonesia. Bagaimana masuk dalam Malaysia? Tak pasti. Mungkin ada juga kot dalam pawagam. Saya tak tahu. Mungkin juga masuk Malaysia DVD/CD je.



Ketika Cinta Bertasbih ni ada dua part. Saya menonton kedua duanya sekali masa bulan Ramadhan tahun 2016 tu. Pergghh cerita dia menyentuh perasaan. Saya ni susah tau nak tengok cerita cinta cinta ni. Wahaha...Apatah lagi nak baca novel cinta. Tapi, "Ketika Cinta Bertasbih" ni buat saya berangan nak belajar sampai Mekah. Wahahaha...Kat universiti Al-Azhar tu kan. Vvaaah! untung tau insan terpilih. Uhrm..

Bersambung di "Kisah kejayaan Oki Setiana Dewi".

With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinahlamudin, @sofinahlamudin2.0, @blogsofinahlamudin, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher, @sillywonk .


Share:

2 Kata-kata Dari Teman:

IFBT1 berkata...

cerita ni best betul

Sofinah Lamudin berkata...

Ketika cinta bertasbih mmg best ... hehe..