...sambungan dari muka surat 3 .
Persinggahan seterusnya ni sebenarnya dari 2008 (selepas SPM sebelum STPM). Tu la sebabnya ada satu masa tu saya macam chipsmore. Kejap sekolah, kejap kerja. Konflik interest banyak! Wehehe. Nak tunai permintaan mak ayah atau nak merealisasikan impian sendiri?
Tapi, yang pastinya, di sinilah bermulanya kisah alam pekerjaan saya yang pertama. Dalam banyak banyak tempat singgah sebelum kahwin, tempat ni lah yang paaaaliiinngggg banyak menyimpan cerita. 1001 kisah ada di sini.
Macam macam versi kisah saya kat sini. Bermula dengan yang paling manis dan berakhir dengan yang paling pahit. Hhuhu... Di sini, saya banyak belajar tentang pelbagai perkara terutamanya dalam dealing people. Saya bermula sebagai promoter di sini hinggalah saya berjaya naik sedikit demi sedikit atas kesanggupan menerima perkara baru. Dan sanggup menanggung cabaran yang semakin sengit.
Namun, tidak semua cabaran mampu digalas. Akhirnya saya kecundang. Walaupun begitu, kisah yang manis tetap saya titip dalam hati sampai bila bila. *nangis* rindu.. hHuhu..
Kat sini, saya belajar tentang orang, tentang kejujuran, tentang manipulasi, tentang politik pejabat, tentang hipokrit dan pelbagai lagilah ragam manusia. Dan, dari sini jugalah saya mengkaji, mengapa mereka menjadi sedemikian rupa. Percaya tak percaya? Saya banyak baca buku psikologi manusia kat sini sebab nak faham diorang semata mata. Lols. Tapi masalahnya, saya sendiri tak faham diri sendiri (remaja ni complicated!).
Jujur saya katakan, bekerja di sini merupakan pekerjaan paling favourite berbanding dengan yang lain meski gaji tak meletop. Whahaha... Ia bukan soal duit. Tapi tentang sesuatu yang kita tidak akan miliki di tempat lain. Walaupun begitu, impian yang saya inginkan tidak ada di sini. Pengorbanan ada kalanya terpaksa dilakukan.
Soal kawan, kawan saya di sini juga bersilih ganti. Datang dan pergi. Adakalanya saya tidak boleh menerima hal yang terlalu kerap berlaku ni. Mereka pergi bukan hanya meninggalkan tempat tetapi meninggalkan persahabatan yang sudah terjalin. *nangis* lagi. Adakah antara kamu tahu? saya sayang korang?
Sehinggalah pada suatu hari, saya mulai dewasa. Saya mula faham apa itu politik kerja. Sukar ditelan tetapi begitulah kehidupan pekerjaan. Kadang kala saya sukar membezakan, adakah mereka hanya berpura pura. Adakah bersikap baik kerana kepentingan semata mata? Adakah bersikap dingin kerana kita sudah tidak berguna dimatanya? sukar untuk saya pastikan sehingga saya menemui jalan buntu.
Pelbagai ragam yang ada. Tidak pasti ini hanyalah untuk mewujudkan drama hidup yang bosan atau memang tidak matang. Pernah seorang sahabat, tiba tiba menyerang dengan kata kata berduri di suatu pagi. Tiada ribut, tiada angin. Ia berlaku dengan tiba tiba. Sedangkan kelmarin, kami berbual seperti biasa. Bergurau senda dengan riang sekali.
Adakah wajar seseorang yang dikenali sebagai kawan dituduh seorang pengintip untuk menjatuhkan seorang kawan? Tuduhan yang menyakitkan sekali untuk diterima. Awak ingat ni kisah Detektif Conan ke? Jauh sekali laa awak! Saya ni ibarat Spongebob sayangkan Patrik! Ibarat Spongebob setia dengan Mr.Crab. Wahaha!
Saya akur dan hormat akan keputusannya untuk tidak mahu lagi bersahabat. Tidak apa. Tuhan tahu hati saya. Tiada kebenaran dalam dunia ini yang mudah dilihat dengan sekadar menggunakan mata kasar. Semoga dia berjaya diluar sana. Sihat dan bahagia dengan keluarga kesayangan.
Sejak berkawan dengan orang atasan, selalu berurusan dengan orang atasan, saya sudah mula mengurangkan hubungan kawan rapat dengan bahagian yang lain. Bukan tidak boleh. Boleh! Tapi saya rasa tidak wajar untuk saya bertalam dua muka demi meraih kawan yang membenci management. Saya tiada urusan untuk membenci tanpa sebab. Saya cuma melakukan pekerjaan semampu yang boleh. Bukan niat mengharap balas selain gaji yang sudah pun tetap nilainya setiap bulan. Apatah lagi mengampu yang tiada baloi sama sekali.
Mereka kata, saya rajin kerana ada makna. Apa mereka tidak berfikir menggunakan otak? Adakah diluar kita boleh menjadi pemalas untuk meraih 1 juta? sedangkan di sini, gaji yang tidak sampai 1K pun kita perlu menjadi rajin untuk mendapatkannya!
Bukan. Memang bukan. Tidak pernah sesekali saya mahukan pangkat. Saya memilih untuk menerima tawaran kerana kenaikan gaji yang mungkin bertambah sedikit demi merealisasikan impian yang tidak pernah kunjung tiba. Kebarangkalian untuk tercapai itu agak tipis tetapi saya mahu mencuba. Tidak salah mencuba.
Saya begitu kagum dengan segelintir manusia di sini yang tidak pernah berganjak seperti pokok. Tidak pernah keluar ke tempat lain meskipun cabarannya terlalu hebat. Mungkin pokoknya sudah rendang dan besar seperti di dalam hutan yang belum pernah di teroka. Hingga akarnya terlalu kukuh dan begitulah mental mereka.
Sekuat kuat saya dalam berjuang, akhirnya tetap kecundang. Wahahaha. Kecundang dengan diri sendiri yang terlupa mengawal kebodohan diri. Nampaknya saya tidak memilih untuk menjadi pokok. Mungkin saya jenis pokok yang lain. Mungkin saya GROOT! Tehee. Saya memilih untuk berganjak.
Walaupun begitu, ada satu situasi yang ia tidak sepatutnya berlaku sedemikian. Mungkin sudah buta hati. Maafkan saya atas kekhilafan. Saya manusia biasa. Terkadang lupa dan terlalu mengikut perasaan.
Jika Allah izinkan, saya akan gantikan yang baru. Ibarat matahari bersinar indah di suatu pagi yang ceria dan di taman bunga yang mewangi.
Di sini, terlalu banyak memori. Saya sayang tempat ni tetapi bukan di sini tempat saya. Akhirnya saya tinggalkan dan memulakan hari baru.
Bersambung di sini .
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sofinahlamudin, @sofinahlamudin2.0, @blogsofinahlamudindotcom, @jejakmoment, @labuanblogger, @sopheestudio, @sopheericher, @sillywonk, @sopheevlog, @sophee.beauty.
0 Kata-kata Dari Teman:
Catat Ulasan