[PART 1] Quichotte by Salman Rushdie | Quichotte Membuat Saya Agak Gila dan Salman Rushdie Memaksa Saya Bermain Dengan Teka Teki
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~
Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,
Buat pertama kalinya saya membaca buku novel Bahasa Inggeris setebal kamus (Ehh...janganlah menipu pula..Wehehe). Mungkin separuh ketebalan kamus dewan bahasa lah. Pernah juga baca buku setebal buku ni tapi buku ni full of text. So, bagi saya berbeza. Saya mula membaca Quichotte ni sejak 01 Januari 2020. Sekarang saya baru tamat membaca bab 10 dari 21 bab dan berada di muka surat 158 dari 396 muka surat. Saiz buku adalah separuh A4 dan saiz font mungkin 11 atau 12. Agak kecil juga. Buku ni, banyak hal yang menarik minat saya untuk membuat kajian. Sebab banyak hal yang saya baru tahu melalui penulisan Salman Rushdie ni.
P/S : Ulasan buku ini mempunyai versi Bahasa Inggeris di blog buku saya di www.sillywonk.com.
Disebabkan banyak yang saya nak kongsikan dengan korang tentang buku ni, saya mengambil keputusan untuk menulis ulasan buku Quichotte ni menjadi 3 bahagian (Part 1, Part 2 dan Part 3). Mungkin cara mengulas begini agak sedikit diluar kebiasaan tetapi apa salahnya jika saya mengulas dari bab ke bab tanpa membuat sebarang spoiler? Kann?
Siapakah Salman Rushdie?
Sebelum saya membawa korang ke topik yang ada di dalam buku, saya nak berkongsi dan memperkenalkan kepada korang penulis buku ni; Salman Rushdie (SR).SR adalah seorang penulis novel India-British yang terkenal sejak penulisan beliau yang bertajuk "Midnight's Children (1981)" dan "The Satanic Verses (1988)". Beliau lahir pada 19 June 1947 di Bombay, India. SR adalah seorang pelajar dalam bidang sejarah di King's College di University Cambridge.
Salman Rushdie |
Buku pertama yang beliau tulis adalah novel sains fiksyen dan fantasi yang bertajuk "Grimus" pada tahun 1975. Buku beliau yang bertajuk "The Satanic verses" pada tahun 1988 pernah memenangi anugerah "Whitbread Award". Walaupun begitu, buku ini mempunyai kontroversi sehingga buku ini di ban disesetengah negara Islam. Isu mengenai buku ini mulai reda pada tahun 1998.
Senarai buku (Top 10) oleh SR adalah:
- Midnight's Children (1981)
- Shame (1983)
- The Satanic Verses (1988)
- Harun Aur Kahaniyo Ka Samunder (1990)
- Imaginary Homelands (1991)
- East, West (1994)
- The Moor's Last Sigh (1995)
- The Golden House (2017)
- The Ground Beneath Her Feet (1999)
- Joseph Anton : A Memoir (2012)
SR website : www.salmanrushdie.com
Novel Quichotte Mengenai Apa?
Novel ini diinspirasikan dari sebuah novel lama berjudul "Don Quixote de la Mancha (1605, edisi pertama) yang ditulis oleh Miguel de Cervantes yang berasal dari Spain. Judul asli Don Quixote adalah El Ingenioso Hidalgo Don Quijote de la Mancha. Pada tahun 1612, buku ini dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris untuk bahagian pertama. Manakala bahagian kedua dikeluarkan pada 1620.Novel Quichotte ini bergenre fiksyen sejarah / fiksyen realism sejarah kerana banyak sekali imbasan kembali berkenaan sejarah lampau di dalamnya, yang bukan fiksi atau rekaan. Contohnya, SR menggunakan nama lokasi dengan nama yang sudah tidak wujud lagi pada hari ini. Seperti BOMBAY. Nama Bombay telah digantikan dengan Mumbai pada tahun 1995.
Hal ini membuatkan pembaca agak ligat berfikir mengenai sejarah lampau terutamanya di India (yang pernah wujud dan pernah terjadi) disamping menyelami perasaan, emosi, krisis dan situasi watak watak di dalam kisah ini terutamanya watak utama, iaitu Ismail Smile atau nama samarannya Quichotte. Selain dari sejarah, SR juga memasukkan isu atau topik mengenai kesihatan mental, politik, perkauman, pengganas dan industri lakonan.
Secara keseluruhannya, novel ini mengisahkan perjalanan atau pengembaraan Ismail Smile bersama anak lelakinya Sancho. Pengembaraan tersebut adalah bertujuan mencari cinta sejati Ismail yang digelar sebagai "Oprah 2.0".
Ulasan Saya Mengenai Novel Ini [Part 1]
Penulisan SR di dalam novel ini mempunyai lebih dari satu sudut pandang. Dari bab 1 hingga 5, saya membaca novel ini pencerita menggunakan sudut pandang orang ketiga di mana penulis menggunakan kata ganti nama "Dia" tetapi pada bab 6, tiba tiba sudut pandang berubah menjadi "Saya" dari sudut pandang Sancho anak lelaki Ismail Smile. Pada bab ke 7, sudut pandang kembali kepada kata ganti nama "Dia".Setakat yang saya sudah baca (Bab 1 hingga 10), saya sangat menikmati jalan cerita novel ini terutamanya mengenai Salma R iaitu intan payung, pengarang jantung Si Ismail / Quichotte. Sehingga saya rasa saya boleh jadi gila bila saya berada di tempat Quichotte dari awal cerita sampailah bab 10. Bila saya cuba mendalami wataknya, pendapat saya, Quichotte bukan sahaja gila bayang tetapi obses. Percaya hal yang belum terjadi. Atau tidak pernah terjadi pun.
Atau mungkin, sikap Quichotte menajdi sedemikian rupa akibat terlalu berimaginasi kerana terlalu menonton TV. Wehehe... Nampak agak pelik. Tapi, itulah yang mengakibatkan Quichotte mengalami masalah otak. Mari saya mulakan ulasan dari bab ke bab secara ringkas.
Bab 1
Di dalam bab pertama ini, penulis memperkenalkan kepada pembaca mengenai watak utama novel ini. Di bab pertama ini saya sudah mula merasakan bahawa buku ini sedikit sebanyak akan bercerita mengenai masalah mental atau masalah psikologi tetapi saya tidak pasti masalah mental yang bagaimana. Kemudian, saya tiba tiba keliru apabila...he had been seized long ago and now returned by the aliens in the mothership hiding in the sky above the meteors... (Page 17)Quichotte menemui anaknya dari masa hadapan yang bernama Sancho. Adakah ini cerita sains fiksyen?
Bab 2
Dalam bab 2 ini saya mula menghadapi 'tambahan' kekeliruan apabila penulis novel ni memperkenalkan watak bernama Sam Duchamp. Pembacaan saya mula semakin tegang dengan teka teki apabila Sam Duchamp merupakan seorang penulis novel. Di dalam novel nampaknya ada penulis novel. Vvaaah!Babak yang mengejutkan saya dalam bab 2 adalah apabila bapa kepada Sam membunuh diri. Hhuhu menyedihkan! Watak ini juga sama seperti Quichotte yang kelihatan 'gila'. Tetapi, kali ini saya tahu apa yang dialami oleh Sam.
...then Brother's anxieties were close to triggering a flight response. He wanted to run but didn't know where or how, which made him more fearful still...(Page 23)Sam mengalami anxiety disorder. kesihatan mental Sam terganggu mungkin kerana pembulian yang berlaku pada zaman kanak kanaknya. Korang yang membaca ni, sebarkanlah betapa buruknya kesan buli. Kesihatan mental orang lain, mungkin tanpa kita sedari telah terosakan.
Jadi, kembali kepada topik asal, apa kaitan Sam Duchamp dengan Quichotte?
Bab 3
Apabila membaca bab 3, saya mula jatuh cinta dengan novel ni. Pada mulanya hanyalah suka. Dia macam pembacaan yang biasa biasa sahaja. Walaupun saya suka dengan kisah psikologi dan latar belakang kehidupan Quichotte dan Sam DuChamp. Tiba di bab 3, saya mula berkobar kobar dan ingin tahu siapa sebenarnya Salma R? Yang digila gilakan oleh Quichotte. Apa sangat keistimewaan Salma R hingga Quichotte sanggup membuat pembaraan tentang cinta? Kadang kadang saya terfikir, berbaloi ke jatuh cinta bagai nak rak dekat seseorang yang tidak pun kenal kita. Wahahaha...Dalam bab 3 ni ada unsur penyakit mental juga. Yang membawa sampai kes membunuh diri. Itu yang membuatkan saya begitu tertarik dengan kisah Salma R dan keluarganya. Sama macam bab 2, kisah hubungan keluarga yang dysfunctinal.
Maybe her spirit was more adventurous than she knew. Maybe there was something in her that wanted to test itself against the challenges of the wider world...(Page 44)Dia memang nampak optimistik, berkarisma dan YyeahHHH... watak dia ni sangat membuatkan saya membuak buak nak tahu lebih lanjut tentang character dia. Alamak... adakah saya terjangkit gila seperti Quichotte? Wahaha...
Bab 4
Dalam bab 4, saya terbawa bawa dengan emosi membaca kisah adik kepada Sam DuChamp. Bila melihat cara adik dia ni marah, saya rasa macam dia pun ada masalah mental. Weyhhh... nampaknya semua watak pun saya dah mula nak kata diorang ada masalah mental. Wahahaha.... Macam mana tidaknya. Adik dia ni marah macam HULK. Smash smash smash! Hurmmm...Kisah adik Sam ni sedikit sebanyak membuatkan saya mengimbau dengan kisah silam sendiri. Hhuhu... Cuma, ada juga yang berbeza, adik Sam ni, dia tiba tiba macam watak Joker. Faham tak korang? Korang rasa, berwatak macam Joker, memberontak tu betul? Tapi...entahlah... semua yang terjadi ada sebab / hikmah. Walaupun kita kata dalam hidup ni ada pilihan yang lebih baik dan positif, tapi... masalah yang dipikul, beban yang dirasa oleh seseorang, kita tak rasa. Bukan kita yang pikul. Tak perlulah.. judging tu lebih memburukkan lagi keadaan. Ada baiknya fikirkan solution.
Dalam bab ni saya agak tersentuhlah tentang hubungan adik beradik yang mula rengang dan berjauhan. Sedih. Malangnya masing masing ada ego. Si adik ni, aku tak suka watak dia. Agak biadap dan tak kenang budi. Dan... tak pasti la...sebab dalam bab ni, dia memang nampak macam Talam Dua Muka.
Bab 5
Dalam bab 5, saya agak sangkut sikit kat bab ni. Mengenai seorang Doktor. Yang seakan....hurm...macam ni lah.. saya tak dapat nak komen sangat bab ni. Saya kena baca semula. Banyak hal hal politik yang membuatkan saya agak tak dapat nak telan. Tapi, mengikut naluri saya, doktor tu ada skandal dan kebaikkan dia hanyalah topeng semata mata.Bab 6
OK! Bab 6 seperti yang saya sebut di atas tadi, sudut pandang penceritaan di sini adalah sudut pandang orang pertama. Menggunakan kata ganti nama "Saya".Saya terkejut! Macam tidak percaya. Sancho ni wujud ke? Macam mana pula dia boleh bercerita banyak tentang Quichotte? Kalau di dalam bab 1 tadi, dia kononnya diculik Alien, so, dia ni orang atau...?
I guess I have to call him Dad. But here's the thing. How am I supposed to feel properly what's the word. Filial. When we just met. I didn't grow up with him...(Page 82)Walaupun Sancho tidak jelas statusnya. Dia sangat mengetahui kisah Quichotte dengan terperinci sekali. Contohnya, kisah Quichotte dibuli oleh orang kulit putih kerana dia seorang India. Dan bergaduh dengan bapanya sendiri di England. Selagi tak habis baca novel ni, selagi tu kepala macam maze. Tapi, itulah salah satu faktor kenapa penulisan SR ni menarik!
Bab 7
Dalam bab ni ada part yang saya rasa lucu sangat... Sancho bercakap dengan cengkerik! Wahahahaha! Pada mulanya, mungkin pet dia kot kan...rupanya, cengkerik tu pun boleh bercakap! dan...Sancho boleh hilangkan cengkerik tu dengan memahami fungsi insula otak."That is correct," said the cricket, "he wants you to be fully human as badly as you do. He imagines it all the time. And to get you there, he will need to give you an insula." (Page 101)Agak agak Sancho ni apa? Apapun, saya terhibur dengan bab ni gara gara Sancho borak dengan cengkerik..Tehee.
Bab 8
Penulis membawa pembaca kembali ke dalam kehidupan Salma R. Namun dalam bab kali ini, kisah Salma R lebih terperinci kepada darkness side Salma R. Agak menakutkan dan mengejutkan. Pernah tak korang menonton wayang yang berkaitan dengan pesakit mental? Yang melibat rawatan kejutan elektrik?Saya pernah menonton wayang bertajuk "Girl Interrupted" . Wayang ini merupakan genre drama psikologi Amerika yang mengisahkan pengalaman Sussana Kaysen pada tahun 1993 yang pernah tinggal di institusi mental.
Sahabat Susanna, Lisa Rowe yang dilakonkan oleh Angelina Jolie, adalah pesakit yang agak agresif di institusi tersebut. Lisa sebagai pesakit sosiopath, pernah malah kerap mendapat rawatan ECT (Electroconvulsive therapy).
...He was the man who knew too much. He had helped her cover up a scandal that could have derailed her career. (Page 115)Jadi, di dalam bab ini, penulis telah menyebut beberapa jenis ubat dan rawatan mental. Terdapat juga kisah skandal dan kematian yang melibatkan Oprah 2.0 ni. Adakah akibat dari penyakit mentalnya? Walaupun dalam bab kali ini agak membuat saya tegang dan mempersoalan pelbagai perkara mengenai Salma R, saya masih suka pada watak ini.
Kesimpulan Part 1
Kesimpulannya, SR sangat terperinci dan tahu bagaimana untuk menulis berkenaan isu isu semasa di dalam novel ini disamping menulis kisah fiksyen sebagai cara menyampaikan mesej yang beliau cuba sampaikan kepada pembaca. Terlalu banyak yang saya perolehi dari buku Quichotte ini, dari sejarah hinggalah sains. Termasuklah hiburan, wayang, lagu dan sebagainya. Hampir setiap bab, saya mendapat informasi dan nilai murni.Saya tidak mahu artikel ini menjadi terlalu panjang, jadi bertemu lagi di artikel ulasan Quichotte oleh Salman Rushdie Part 2. Tunggu ulasan terakhir di part 3, saya akan kongsikan berapa bintang saya berikan untuk Quichotte. Terima kasih kerana membaca ulasan ini.
Kongsikan artikel ini ke media sosial korang agar boleh dicapai kepada mereka yang suka membaca buku dan mungkin mereka mahu menjadikan buku ini sebahagian dari pembacaan mereka.
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @peculiarescapism, @sofieluthor.
28 Kata-kata Dari Teman:
Assalamualaikum Wrmbth Sis Sofinah. Jemput sertai giveaway dengan 17 Hadiah Wang Tunai bernilai RM1000
Hadiah RM200 (Seorang Pemenang) - 1 x RM200
Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang) - 2 x RM100
Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang) - 14 x RM50
Tarikh tutup 29 Feb 2020. Klik sini untuk sertai giveaway ini.
WWaahhh..hadiah giveaway ni. Terkeluar mata I... hehehe... Terima kasih sis jemput join giveaway ni. Maaf tak dapat nak sertai giveaway buat masa sekarang ni. In Shaa Allah di masa akan datang.
Seronok baca ulasan buku Salman ni. I pernah dengar je nama famous author ni. Tapi tak pernah tergerak hati nak baca.
My friend suka baca buku mcm ni, akan shared kat dia.. Pasti dia suka.. Tq for sharing..
rajinnya la awak baca buku kan sofinah.. semoga akk dibukakan hati balik utk membaca tapi dapat baca blog awak pun akak za dah seronok sgt..mcm2 ilmu dan cerita akk dapat ...
Kena ban..wah ni yg nak tahu content dlm buku ni.. mesti sesuatu yg ingin tahu
Rajin Fina layan novel or fiction book ni.. kak liez dh lama tak layan membaca buku2 ni.. hebat juga Salman Rushie ni
Wow, thanks for introducing this book. It definitely looks interesting. Too bad I missed the giftaway.
terima kasih atas ulasan yang sangat jelas dan bernas! Saya jarang sebenarnya nak baca novel english ni. selalu baca yang melayu je :)
ye ke... Seronok juga baca Quichotte yang ditulis oleh Salman Rushdie ni. Nanti try la baca...
you are welcome sis... Thanks juga memebaca ulasan buku Quichotte by Salman Rushdie 🤓🤓
Seronok kak membaca ni. Feeling dia follow apa yang sedang kita baca tu. Hehe.. Terima kasih kak...semoga kak za cepat cepat kembali membaca...nanti boleh kongsi ulasan buku...
Buku Salman Rushdie yang kena ban tu dah lama dah... Saya nak tahu juga sebenarnya kat buku dia tu. Kalau buku Salman Rushdie yang tajuk Quichotte ni tak ada la kena ban...hehe...
Actually penulisan Salman ni memang best baca. Gaya bahasa dan penulisan dia bergaya... cuma kadang keliru dia punya point of view je mula mula tu...
This book already available at bookstore sis Michelle... Maybe you can check at your place's bookstore...
sama sama... terima kasih juga sebab baca ulasan buku Quichotte oleh Salman Rushdie ni... Saya baru juga tahun ni baca buku English... selalu memang melayu.. hehe...
Dah lama tak baca novel inggeris and tak pernah lagi baca buku dari SR ni. Jalan cerita macam menarik. Boleh try cari la nanti.
Salman Rushdie ni memang famous. Cerita ni pun agak menarik jugak hahah nak cari jugak la buku2 Salman Rushdie ni
Zaman sis membaca buku2 macam ni dah berlalu. Now lbh membaca blog kengkawan aje dn lbh kpd menulis. Satu lg..lbh memasak..hehehe,
nanti boleh try tengok, menarik juga ulasan buku ni. thanks info sharing
Ulasan awak buat saya tertarik utk cari buku nie n membacanya.. sinopsis yg nmpk menarik kerna berkisar isu kemanusian, sejarah, politik..
menarik! bagus awak rajin baca buku macam ni. mindblowing tapi penuh info kan
Try la... best juga... penulis Quichotte ni banyak mesej dalam dunia realiti hari ni.
Wah kak Min memang dah lama kenal eyh dengan Salman Rushdie ni. Saya baru je tahu ni... boleh tahan juga penulisan dia.
Hehehe... biasa la tu sis... Human may change anytime mengikut parioty masing masing kan...
Terima kasih kembali sis...
Betul AM... buku ni memang ada beberapa bahagian mengetengahkan sistem politik...
Hehehe... ya betul...
Catat Ulasan