Obses
Obses mungkin terasa damai dengan rasa kasih sayang dan cinta. Namun tanpa disedari, rama rama itu sayapnya beracun. Pelangi itu datangnya dari petir, guruh dan kilat. Bunga yang wangi serta semerbak itu tanpa disedari mempunyai duri. Itulah obses. Obses itu ramuannya benci dan cinta. Obses itu bahannya antidot dan racun. Obses itu resipi gaulan virus dan vaksin.
Ditelan obses, kita akan merasa indah dan sakit. Kita akan merasakan kedua duanya. Sakitnya ibarat kau ingin mati...indahnya ibarat kau ingin hidup selamanya. Obses hanya ada dua. Hitam dan putih. Tiada warna yang lain hanya hitam dan putih. Lucu! Meski kau campurkan hitam dan putih, ia tidak pernah menjadi kelabu agar ia menjadi ramuan yang stabil dan saling mengerti. Ia senantiasa minyak dan air; tiada mahu bertemu meski kau gaul selama 340 jam, 99 bulan dan 1000 tahun sekali pun. Kau cubalah hingga planet bumi menjadi empat segi atau tiga segi.
Sukar kerana...kita suka, kita sayang, kita cinta...namun, kita terseksa. Dibuang mati, diambil pun mati. Tapi kita harus memilih. Dan memilih hanyalah boleh satu. Akhirnya aku memilih membuang dan mati. Kalau aku tahu, membuang dan mati itu tiada maksud dan pengertian untuk dia, aku akan membuang dan mati lebih awal lagi.
Ya! Aku obses. aku mengaku aku obses. Dan aku masih obses meskipun aku membuang dan mati. Sekali kita terjebak dengan obses, ia akan menjadi kanser dalam diri kita. Seketika mungkin kita bertahan dan seakan berjaya. Tidak lama kemudian ia bakal menghantui kita semula seperti kita tidak pernah sembuh sebelum ini. Malah ia lebih teruk lagi.
Jika kau tanya mengapa aku obses, adakah aku mempunyai jawapan yang tepat untuk aku jelaskan? Aku cuba duduk sendirian di kala tiada seorang pun bersama. Berfikir mencari alasan kenapa aku obses dengan sesuatu yang tidak jelas. Kau ibarat bayang bayang. Kau tidak pernah wujud seperti yang kau pernah katakan kepada aku dahulu. Kau hanya bermain dengan kata kata kosong untuk tujuan yang aku sendiri tidak pasti apa tujuannya.
Mungkin aku obses kerana kau membuatkan aku menjadi obses. Mungkin. Mungkin perasaan tertanya tanya itu yang membuatkan aku obses. Mungkin cara kau itu yang membuatkan aku obses! Apakah maksud disebalik lagu Kekasih gelapku oleh Ungu? Apakah maksud disebalik tidak membenarkan aku berkawan dengan orang lain kecuali kau? Apakah maksud segala rules yang kau tetapkan untuk aku turuti jika akhirnya kau sendiri rasa jelik dengan keobsessan?
Kau kata, kau takut aku buang kau. Pegangan aku kukuh bertahun tahun; kau saja yang hilang tak muncul muncul selagi aku tidak mencari. Aku tidak pernah membuang kau hingga tanpa disedari aku membawa parasit obses yang semakin membebankan jiwa dan raga. Hingga hari ini, kepala ini masih dihuni oleh kau. Apa salah aku hingga menjadi begini? Dan apa salah kau menjadi seperti yang kau sekarang bukan yang dulu? Apa salah aku yang dulu hingga aku menjadi begini hari ini? Ahh! Tidak. Aku yang bersalah kerana aku tidak mengerti kau. TIDAK. Kau yang bersalah kerana kau yang mula buat begitu atas alasan kau selesa dengan aku. Kau kata aku kau yang punya. Kau jangan tipu yang konon kau terlupa meskipun aku sudah menghapuskan bukti menjadi abu.
Benih obses ini telah tertanam sekian lama dalam minda sejak 10 tahun dulu hingga menjadikan lagu Menjaga Hati oleh Yovie dan Nuno sebagai lagu siang dan malam suatu ketika dahulu sambil ditemani rasa bersalah kerana satu kesilapan yang aku lakukan kononnya tidak boleh dimaafkan dan mungkir janji dan menjadikan ia tidak akan sama seperti dulu. Rasa bersalah ini menjadikan aku disumpah obses selama lamanya. Obses ini menjadikan diri ini merasa lebih baik kau tidak pernah wujud dalam hidup! Kasih sayang apakah yang kau cuba berikan dengan seketul Teddy Bear bewarna pink yang perlu disorokkan? Ada apa dengan beruang pink? Simbolik kau dengan apa? ... atau dengan siapa?
Apa faedahnya aku meninggalkan semua orang kerana mahu membaiki janji yang rosak itu demi kau? Akhirnya kau tidak relevan lagi untuk kisah ni. Kau mahu aku berjanji untuk cerita dongeng rupanya. Bodohnya aku; bodohnya budak hingusan yang tidak matang dan buta dengan kata kata bersalut madu yang berbisa. Hari ni, yang kau tahu hanyalah berkata -- Bergurau kata kau. Kau lupa; kata kau. Kenapa kau beri kalau ia tiada makna? Adakah kau sekadar bermain main disaat kau bosan diluar kawasan pujaan kau?
Kadang kala, aku benarkan obses ini dan menikmati apa sahaja yang muncul dalam kepala seperti menikmati opoid. Aku biarkan sahaja diri sendiri melayang dalam kegembiraan dan berlagak seperti Heater si tukang topi di dalam dunia Wonderland yang pernah dijejaki Alice. kadang kala aku tidak membenarkan obses ini menguasai diri kerana aku tahu betapa sakitnya dihantui oleh obses yang tidak pernah ada kepuasan. Sakitnya bagai ingin membantai dan ia sangat menakutkan; lebih menakutkan dari kisah Annabelle kerana obses boleh menakluk aku dan dunia aku.
Obses ini menyakitkan. Menyeksakan. Di saat aku tidak mahu, ia datang tanpa dijemput. Di saat aku mahu, ia tidak pernah datang walaupun dicari, dijemput, dipanggil dan diseru. Walau dijampi sekalipun.
Serba salah dan serba tidak kena semuanya. Obses yang aku tolak tetap menempel membuatkan aku rasa jengkel. Aku marah, menjerit sekuat hati tanpa sesiapa pun mendengar. Hanya aku. Hanya aku yang mendengar suara di dalam kepala tanpa perlu menggunakan perkhidmatan telinga. Ya... ia tanpa bunyi dan tanpa suara tapi aku masih mendengarnya. Suara itu benar benar di dalam kotak fikiran.
Bila aku mula menerima obses ini kembali. Mencuba untuk menjinakkan obses ini agar tidak melukakan aku disaat aku tahu, obses ini tiada berguna dan aku sendiri tahu obses ini hanyalah bayangan tanpa fizikalnya. Ucapannya hanya ilusi tanpa diucapkan dari mulutnya. Aku melihatnya -- aku nampak dia meski dia ibarat makhluk tak kasat mata. Namun, aku dapat rasakan ia seperti benar benar wujud dan tersenyum kepada aku dan bersembang dengan bahagia.
Obses; sekali kau cuba -- kau akan ketagih. Ingatlah... ubatnya hanya satu. Mati. Maka ia akan berhenti di dunia. Semoga bersahabat lagi di alam lain.
Terima kasih membaca "Obses" sambil lagu Menjaga Hati oleh Yovie dan Nuno berkumandang di udara. See you again. Lebih banyak kisah dan gaya penulisan seperti ini di FORGET MY NAME.
With Love,
#Sofinah696 💕
Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @sofinaartwork, @mudahkayadotcom.
0 Kata-kata Dari Teman:
Catat Ulasan