Selasa, 12 Mei 2020

Forget My Name

Forget My Name


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~

Assalammualaikum dan Hi My Sugarpeeps!,

Tahun 2019 lepas, hujung tahun. Saya mencuba untuk menulis gaya penulisan saya dulu dulu kala (Bunyi macam zaman purba pula) semula.  Gaya penulisannya agak rojak...slanga...pasar. Kadang kala gaya penulisan follow standard juga. Ikut mood lah. Korang tahu lah kan, zaman sekolah dulu; blogspot merupakan satu platform tempat remaja bercerita kisah masing masing.


Jadi, cara penulisan tu memang ala ala diari tapi tak skema sampai ada tarikh masa dan lokasi. Ada masa penulisan tu ala ala surat; pengganti dirinya akan berbunyi -- "Aku kau"... "saya awak"... "kite engkau" ... Hm.. Senang nak cakap, memang langsung tak ada gaya penulisan standard atau tatabahasa yang tepat. Kalau nak menulis karangan Bahasa Malaysia style macam ni, confirm kertas karangan tu banyak bulatan merah. HHahahaha.

Tapi, golongan blogger zaman dulu, membaca dan berkongsi penulisan macam ni, kitorang memang rasa seronok dan terhibur sebab diorang include emotion -- Kalau marah, memang akan keluar perkataan perkataan kasar slanga. Golongan penulis blog yang menggunakan bahasa pasar dan slanga zaman sekarang dah makin pupus sebab ramai yang sudah menggunakan platform blog untuk hasil penulisan yang mengikut format dan menghasilkan penulisan yang mempunyai spesifik keywords. Jadi penulisan tu agak kurang santai dan agak serius tapi memang bermanfat lah.

So, tahun lepas..saya ada mencuba menulis semula gaya tulisan yang saya gunakan dulu dulu. Ia lebih kepada bercerita. Saya tak kata formatnya cerpen atau novel. Saya cuma menulis whatever I have in my mind. I don't know what it is...penulisan bebas? penulisan kreatif? I don't know... Tehee...Ada beberapa buah blog yang saya create dan saya buat pelbagai nama. Saya nak tengok mana satu yang saya okay untuk publish dan kongsikan dengan korang -- dan yang paling penting saya rasa selesa dengan penulisan tu.

Finally, dalam beberapa buah blog tu, saya pilih blog FORGET MY NAME untuk saya teruskan (yang lain saya tutup dan tinggalkan). Setakat ni, penulisan yang ada dalam blog FMN (Forget My Name) cuma ada 5 blogpost. Yang lain, masih dalam draft sebab saya kena baca semula dan buat correction.

FORGET MY NAME

Jujur. Forget my name bukan lah satu nama yang aku reka sendiri. Ketika aku jalan jalan ke sebuah kedai buku, aku ternampak sebuah buku yang menarik mata. Mata aku tertarik bagai ada magnet negatif positif! Aku tak dapat nak alihkan pandangan mata pun!. Warnanya agak menonjol dari buku yang lain. Warna dan tajuk itu serentak membawa aku ke arahnya secara automatik. Dengan spontan dan tanpa keterpaksaan, aku pegang buku tu. Aku keluarkan dari rak dan aku tatap tajuknya. 'Forget my name' ku sebut dalam hati. Aku berbisik, 'itulah yang aku rasa sekarang..' -- Baca selanjutnya.


Di atas merupakan petikan penulisan yang ada di dalam blog FMN. Memang susah juga nak menulis cara penulisan begitu semula. Sebab dah lama tak buat. Tapi, why not. Let's epic comeback. Temanya agak dark but I love it.

With Love,

#Sofinah696 💕

Follow my instagram ; @sofinah696, @sillywonk, @sofinaartwork, @mudahkayadotcom.



Share:

0 Kata-kata Dari Teman:

Catat Komen

Terima Kasih Sebab Membaca. Jemput Komen.
[Penafian] Pihak www.sofinahlamudin.com tidak akan bertanggungjawab dengan komen komen yang negatif. Setiap komen yang negatif adalah atas tanggungjawab pengomen itu sendiri.